Satu petang yang sendu,  akak dan kawan iaitu Syed Amir kami macam bohsan tak tau pi mana.  Katanya nak turun ke town dan cari cafe yang best-best,  so kami pun parked kat area harmony street (dekat dengan Little India),  sambil jalan-jalan tengok bunga yang warna warni di deretan kedai-kedai bunga yang dimiliki oleh anner-anner India itu,  tiba-tiba Syed Amir ternampak sesuatu di seberang jalan. 

"Jumie what is that...i see people on the verandah,"  lantas kami pun cross the road dan terjah apakah cafe itu.  Sebab dari luaran nampak macam satu kedai bangunan yang sangat usang.  Bila kami masuk dalam cafe tu,  wowwwwww........very the vintage,  rustic,  lama-lama! Suasana dia sangatlah menarik sebab dia kekalkan struktur usang dan lapok tanpa dicat dengan warna baharu ataupun ditukar dinding-dinding berlubang itu dengan tempelan plaster simen dan sebagainya,  tetapi at the same time,  ada pokok-pokok Ikea yang daun besar tu,  ada mesin kopi dan ada aircond!

Kami dorang macam wowwww...terpana sangat.  Di tingkat bawah,  kita akan disambut oleh kaunter untuk order minuman dan makanan,  pastu kita boleh pergi duduk kat mana-mana meja yang kita mahu. 
Manisnya Tuan Syed berbunga di telinga.



 Kaunter untuk order makanan dan minuman.  Lepas order,  hang pi la cari table mana,  nanti depa mai hantar makanan.


Pokok ini aku panggil pokok Ikea daun besar.

 Tangga runcing!


Ini bahagian bawah cafe.  So rustic!  Beda dari cafe hipster yang sedia ada.


Di bahagian bawah ada banyak meja-meja tersusun, ada yang dekat dengan kaunter dan ada yang disudut-sudut terpencil.  Tapi aku dan Syed Amir nak naik atas,  sebab kami dah nampak orang makan di verandah tingkat dua cafe ini. 

Nampak tak betapa halusnya anak tangga.  Sampai Tuan Syed kena bengkokkan tapak kaki untuk berpijak di bumi yang nyata.

Masa nak naik tangga tu,  masya Allah keciknya anak tangga ini!  Memang selayaknya untuk u olls yang ada lotus feet sahaja mampu naik tangga itu tanpa rasa ragu-ragu.  (Lotus feet - kaki kena ikat bagi kecik,  tradisi lama masyarakat Cina).  Tapi bila dah sampai atas,  wehsssssss gilaa best.  Bahagian atas ada beberapa meja,  setengahnya dalam bahagian bangunan,  separuh lagi di verandah.  Bila duduk kat verandah baru rasa cerah dan terang benderang sebab u olls akan melihat pemandangan hiruk pikuk harmony street yang berlatar belakangkan tokong cina,  deretan kedai bunga dan burung-burung merpati yang beterbangan.

Konsep makanan kat sini adalah all day breakfast,  brunch....makanan dia not bad.  Harga pun okay la tak mencekik u olls.  Coffee dia sedap.  Cuma sini takdak dinner u olls.  7pm cafe ni dah katop sebab malam-malam....mungkin vampire betul akan datang makan.


Tapi still,  suasana kat dalam bangunan ini memang aku suka sangat.  Feeling dia adalah vampire yang mai nak pekena kapucino di kota Georgetown.  Haa....kau nak feeling rasa macam tu,  kau datanglah sini. 

BEAN Sprout Cafe
Alamat:  No. 35, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200 Georgetown, Penang,  Malaysia
Operating Hour:  930am - 7pm
FB:  TheBEANsproutcafe
Call:  Call 04-261 9798

ps/  Lokasi ini pun sangatlah enak untuk berfoto getis. 

Walaupun dagu lapis mak 3.2 ini kelihatan jelas dalam gambar ini tetapi mak kagum dengan hasil foto dari Samsung Note 9 ini sungguh artistik.


 Bekas Hero Remaja 2008 menunjukkan bakatnya dalam jelingan foto.

Foto-foto ini bertajuk "WALAUPUN"

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Bottom Ad [Post Page]