Comedy Gold Volume 3 by Kim Haus Gigs & Open Mic Night

Zainal Bostaman performing!

Ini bukan pertama kali aku tonton stand up comedy secara live, ini adalah kali kedua.  Kali pertama baca sini:  Stand Up Comedy Bahasa Melayu Pertama Kat Penang.  Tetapi yang kali pertama tu adalah dalam bahasa Melayu.  Jadi stand up comedy yang lebih sinonim dalam bahasa Inggeris bagi aku, yang lebih 'asli' inilah kali pertama. Aku ternampak iklan Comedy Gold Vol.3 Kim Haus Campbell Street Penang bila terlalu kat aku punya Facebook feed. Tiket RM30 (untuk early bird), wah! Murah! Kalau dibandingkan dengan tiket-tiket stand up comedy untuk pelawak yang sudah popular, boleh jadi ratusan ringgit (tapi orang lah kata...lawak depa semuanya recycle dalam Youtube). 


Jadi aku, Veena, Fina, Yazid dan Ridhwan Shariff pun membeli tiket untuk menyaksikan persembahan ini. Cara nak beli dia adalah online, guna debit card dan seterusnya u olls kena download satu apps untuk melihat tiket u olls secara online (QR code). Ala-ala beli tiket wayang secara online la konsepnya. 


Untuk u olls yang tak pernah mai Kim Haus, dia adalah cafe hipster yang konsep dia, bawah macam ada cafe makan-makan and minum, tingkat dua ada open bar dengan stage. Kat sini selalu ada open mic, orang buat persembahan muzik, nyanyi-nyanyi dan hari ini stand up comedy. Dan tingkat atas lagi, adalah bilik-bilik hotel yang u olls boleh sewa ikut hari atau bulan. Kerlasss u olls! 


Kim Haus ni dulunya adalah sebuah kedai/kilang emas. Sapa kecik-kecik membesar kat Tanjung (Georgetown) macam aku, mesti pernah termasuk kedai ni dengan parents kita masa bila depa nak beli emaih? Tauke kedai emaih nanti akan bagi kita ayaq kotak...pastu kita yang kecik-kecik akan main pusing-pusing kerusi bulat yang tersusun kat depan tempat display emaih tu. 


So kami sampai-sampai dekat Kim Haus, kami pun terus naik tingkat dua, kami disambut oleh seorang lelaki cina kecik molek pakai bow tie. "Are you Miss Jumie Samsudin?" 


Ehhh macam mana deni tau nama aku? "How do you know my name?" curiouslah takkan semua orang yang beli tiket hang hafal nama. 


"Because you are the last table to arrive." what...table? Kami pun dijemput ke tempat kerusi kami. Keadaan macam dah semakin ramai orang, sebab kami sampai betul betul pukul 9pm. Show starts pun 9pm. Biasalah ...Melesia. Kami dapat duduk second row dari depan, masih paling depan jugaklah. Tak kisah tu u olls, cumanya sebab yang duduk kerusi belakang-belakang dah mulai duduk, so depa kena bangun baru kami boleh duduk tempat kami. 


Pastu Justin Heyes salah seorang yang akan perform malam itu memberikan sedikit announcement nak habaq kata sorry sebab show kena delay sikit, tapi kami semua okay ...boleh la relax amik-amik gambar. Tapi tak lama lebih tu, lebih kurang 9:20pm kalau tak salah aku, show pun starts. 

   
Pompuan cantek duduk second row.
  
I swear im not the only one with tudung tonight!

Ridhwan Shariff insist that we took that picture with Coke can as a prove that we are all sober. HAHAHA

Persembahan pertama oleh Justin Heyes sendiri.....LOHHHHHHHHHHHHHH RUPANYA.....dia yang tunjuk kerusi kami tapi dialah yang buat show. Detu yang sambut kami dengan bow tie, detu la jugak akan buat show. Ada satu brother yang pakai yellow Timberland boot, detulah jugak buat show....ahahahah Garu (salah seorang pelawak) sorang ja aku tak nampak dia buat kerja. 


HAHAHAHAHA sebelum depa buat lawak, depa dah buat lawak dah. 


So show pun start dah, gelak gelak gelak, lebih kurang 1 jam. Pastu depa bagi kami relax, macam take a break. Pastu sambung balik gelak gelak gelak lawak sampai 11pm maka habislah show. 


Overall, aku sangat-sangat suka show ini. Pasaipa? Sebab ini bukan lawak-lawak MAHARAJALAWAKMEGAAAAAPISYAAUUUU (keriau ala-ala Dato’ AC Mizal), ini adalah lawak orang dewasa. Lawak gelap yang penuh dengan CARUTAN SECERA TELUS dan bukan sindiran lagi. Oleh itu, bukan semua orang boleh menerima lawak seperti ini walaupun kau adalah seorang yang dewasa. 



  

Bukan aku nak kata MLM adalah takdak class, hello…kawan baik aku adalah Mamak Puteh kot! MLM ditayangkan dalam TV yang boleh ditonton oleh umum, jadi bukan semua lawak boleh dilawakkan. Ada banyak benda yang perlu melepasi barisan penapis-penapis agar tiada lawak-lawak yang tidak melampaui batas-batas agama, raja dan Negara. 


Tetapi bukan di pentas stand up comedy….sebab itu dalam crowd yang kecil ini lebih kurang 40 orang, takdak sapa pun berani buat recording. Kalau ada yang buat, curi-curi aku tak tau la kan! Bukan sahaja si pelawak kena ada kemampuan cari bahan, tulis lawak, bercakap dengan confident dengan babinya, tetapi penonton iaitu kita semua juga kena mai dengan hati dan minda yang terbuka. Lawak depa fresh, sebab keempat-empat pelawak ini adalah ‘lokal’ maksud aku adalah orang Asia Tenggara ataupun sekurang-kurangnya dah duduk kat SEA ini more than 5 years. So lawak-lawak depa dekat dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Tackle pasai sensitiviti kita duduk di negara Muslim, politik kita, makanan kita, siries lawak wehs! 


Aku suka juga bila depa bagi kami penonton untuk berehat “take five” sebab gelak adalah satu kerja yang memenatkan u olls apatah lagi kita kami-kami ni pondan yang kuat macam gila. Memang patutlah pelawak yang last sekali nama Samsee tegur aku dalam dia punya lawak “You the feisty woman with the big laugh……what is your name….” pastu kami pun berinteraksi, dan setiap kali aku jawab, dia pun balaih balik dengan punch line yang lawak-lawak. Pelawak yang berpengalaman, otak cepat dan banyak membaca sahaja yang boleh handle style lawak macam tu. Tapi aku kecewa sebab dia tak Tanya aku kerja kat mana…….sebab kat orang lain dia Tanya kerja apa…dekat aku dia Tanya aku dah kawen ka belum! Sebab kalau dia Tanya pasai kerja….aku dengan bangganya nak habaq aku kerja dekat masjid. HAHAHAHA 

 Justin Heyes, the champion Comedy Gold by Kim Haus Gigs & Open Mic Nightf.  Dia kata muka dia macam Hobbit kawen dengan Susan Boyle. Haram aku gelak macam otak aku explode. @thejustinheyes

Garu,  Bangladeshi tetapi the only one from Penang.  Deniii lawakkk paling nohorom carut orang kau kau punya. Sorry dia takdak IG.  Tak jumpa.

Zainal Bostaman orang Brunei,  aku tak boleh quote apa pun dia kata.  Bahaya. @zainalthebostaman

Mr.  Sam See kata aku kelihatan macam seorang perempuan yang tak memerlukan 'lelaki' untuk hidup.  HAHAHAH YOU ARE RIGHT!  @mrsamsee




Kami semua cuba selfie dengan the acts.

YAZID DENGAN AKU DUK BUAT APA KAT BELAKANG!!!!

Hang buleh bayangkanlah lawak yang keluar nanti macam mana kan? So aku agak bohsan dan meluat bila ada penonton yang macam malu-malu kucing, tak tau nak jawab, jawab dengan suara membisik…haram betui wehs. Hang kalau tak mai interaksi dengan pak lawak tu, baik hang tengok stand up comedy kat Laptop di rumah hang! 


The rest is okay, eh silap. WAS GREAT. Bila habis show, semua semua empat orang pelawak naik pentas. Justin Heyes explained yang Comedy Gold adalah sebuah siri persembahan stand up comedy yang dia cuba usahakan pada setiap 16 haribulan di Kim Haus. Oleh itu, aku letakkan all the info kat bawah. Aku harap hangpa semua especially girls and boys in Penang, mai la tengok stand up comedy oleh Comedy Gold! Sumpah best dan aku harap lepas ni stand up comedy di Penang semakin bercambah.



  
Posing depan Kim Haus





Next show Comedy Gold Volume 4 16 Mac 2019.  Click sini:  Comedy Gold Volume 4

Follow them!

Kim Haus Gigs & Open Mic Night 

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...