20.2.19

Don't Mess With The Wrong People


Itulah tajuk penulisan aku malam ini sebelum aku tidoq.  Baru-baru ni aku pi jumpa kawan aku,  dia seorang pengusaha kedai makan,  dia menceritakan macam mana hanya sebab dia menegur seorang orang awam agar tidak memukul kucing-kucing di belakang kedai makannya,  dia kerugian almost puluhan ribu ringgit.


Cerita dia senang sahaja,  dia selalu bagi makan kat kucing-kucing stray di lorong belakang kedainya.  Apa salahnya kan?  Bukan kita bela dia masuk dalam kedai,  kat rumah pun kita buat macam ni kan?  Kucing pun dah hidup. 

Satu hari dia nampak seorang lelaki memukul-mukul kucing yang sedang makan di situ jadi kawan aku pun jerekah kat lelaki tu,  "Hoi...kucing tu buat apa kat hang sampai hang nak kena pukul dia?"

"Awat hang bela ka kucing ni?"

"Aku tak bela...depa memang hidup kat sini,  sebelum hang beranak lagi....tok moyang kucing ni dah hidup kat sini."

Lepas kena jerekah,  lelaki itu pun beredar pergi.  Belum sempat dia pergi lebih jauh,  lelaki itu jerkah balik "Hang tunggu...hang tunggu aku nanti ajaq hang."

Kawan aku pun melupakan cerita itu.  Sebab orang itu mungkin mental,  dari pakaiannya pun nampak selekeh dan tidak betul. Lagipun dia tidak pernah nampak lelaki itu sebelum ini. Kawan aku ingat cerita itu sampai di situ sahaja.




Tiba-tiba pada suatu hari penguatkuasa tempatan masuk kedai makan kawan aku untuk buat pemeriksaan.  Dengan trak besar dan beberapa orang pegawai dengan jaket berboket dan cermin mata gelap.  Selepas membuat pemeriksaan tergempar,  hampir separuh daripada pekerjanya di angkut kerana salah laku permit dan selain itu dapur  diberikan notis untuk tutup bagi tugas-tugas pembersihan.

Kawan aku terpaksa akur dengan tugas yang dijalankan oleh penguatkuasa,  bak kata pegawai itu "Kami tak boleh buat apa-apa tuan,  bayangkan kalau kami keluar dari kedai tuan tanpa buat apa-apa tangkapan.  Dan orang yang membuat aduan tu sedang melihat di luar,  dia boleh terus report kami dan kami akan dikenakan siasatan kerana mungkin mengambil rasuah dari tuan."

Seminggu kawan aku kena tutup kedai,  kawan aku kena bayar semua denda para pekerjanya,  ada yang terpaksa dihantar balik ke negara masing-masing.  Dalam sekelip mata kawan aku kehilangan berpuluh ribu ringgit.  Disebabkan kawan aku menguruskan segala hal yang berlaku ini dengan pejabat penguasa dengan cara berhemah,  akhirnya dengan penuh ehsan pegawai yang handle kes aduan ini menceritakan siapakah gerangan yang membuat aduan.

"Hari-hari dia hinggut pejabat kami puan.  Kalau tak silap saya,  3 atau 4 kali sejak kali pertama dia buat laporan.  Jadi kami terpaksa ambil tindakan cepat sebab kami menjalankan tugas ikut piagam."

Siapa yang pergi buat laporan dan hinggut pejabat penguasa hari-hari tu?  Bila didiskripsi rupa paras dan cara pakaian,  sahlah lelaki yang memukul kucing itu punya kerja.   The moment kawan aku habis cerita tu,  aku macam wooooooooo.  FUCKNYA dunia ini.  Pasaipa makin tua, aku macam ,makin nampak warna-warna gelap dan menakutkan dalam dunia ini.  Aku pun ada experience tersendiri dalam soal ini,  tak boleh la cerita,  satgi kena suruh tutup blog lagi sekali.

Especially in the amazing world of social media this days.  All the people you don't know personally on sosmed probably is the wrong people!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region