Skip to main content

Etika Makan Buffet di Hotel

Hello u olls,

Saja la hari ini keluaq idea nak share dengan u olls etika makan buffet di hotel.  Kita semua pun dah biasa kan pi makan kat hotel,  buffet dinner or lunch ataupun kadang kala buffet dinner breakfast.  I olls dari kecik duk biasa dah makan buffet kat hotel sebab bapak I olls kerja syarikat swasta.  Tiap-tiap tahun ada aktiviti family day,  semua anak beranak staf syarikat akan di bawak tidoq dan makan hotel.  So dah biasa dah dari kecik,  tapi mak I,  Kak Edeh first lesson makan kat hotel "Jangan amik nasi nanti cepat kenyang....amik lauk pauk yang tak dak kat rumah.  Masa ni la nak rasa benda yang mahal-mahal kita tak mampu nak makan,"  kata mak I olls.  Wise woman she is.

So masa tu la I olls akan pi rasa segala maknena chicken ham,  cheese dan sayur masuk yang pelik-pelik.  Developing my taste buds dari usia seawal 9 tahun.  Kami orang susah u olls,  bapak I olls sahaja bekerja sebagai pemandu Van Milo yang duk bagi ayaq Milo kat budak-budak sekolah,  mak i olls adalah home maker.  Bukan keluarga datuk datin yang dua hari sekali pi makan hotel.

Macam u olls tahu,  I olls selalu lah dapat rezeki dijemput untuk makan review buffet dinner kat hotel-hotel di seluruh Pulau Pinang.  Dan setiap kali kita duk start pi amik makan,  kawan-kawan blogger akan pelik dan tanya "Hai Jumie...diet ka?"

Sebabnya bila tengok pinggan kita,  as starter akan amik salad dan benda-benda ringan dulu sebagai pembuka selera.  Hello,  walaupun aku wanita agam berat badan 110 kg tapi aku ada style bila makan kat hotel.  Sebab bila tengok pinggan depa semua,  first thing first,  biasalah MELAYU kan?  Nanti amik pinggan besaq,  teruih bubuh nasi dan semua lauk pauk yang berkenan di hati.  Pinggan depa tak jauh rupanya macam pi amik nasi kat Restoran Awet Muda Nasi Campur Sungai Dua.

I pernah sekali tu family holiday dengan family,  sepupu semua join.  So sorang sepupu I olls kawen dengan pramugari.  Pramugari MAS ya,  acuan dia berbeda. Masa dinner kami duduk satu meja,  I olls kagum tengok apa dia pilih dan susun atas pinggan dia.  Sedikit salad yang daun cabang-cabang macam mana ka,  dua tiga slices of daging panggang,  ubi kentang yang dipanggang. Tak nampak pun macam pinggan  makan buffet,  nampak macam pinggan makan untuk 9 dinner course kat restoran fine dining.   Pandai dia pilih lauk dan susun makanannya.


Sebelum start makan,  kita boleh mai ronda-ronda tengok dulu.  Ini masa kat Royale Chulan Penang



Kebaikan
So itulah bezanya cara makan di hotel antara orang yang ada style dan orang yang slamber tak kisah.  Hari ini I olls nak share beberapa tips untuk makan di hotel.  Kebaikannya:

i) agar u olls boleh rasa sebanyak mungkin juadah yang dihidangkan.  Rasa sikit-sikit,  tapi dapat rasa semua. 

ii)  nampak class di mata staff hotel.  Depa perhati kita makan dan minum ya.  Bukan tak tengok!  Walaupun depa bekerja untuk angkat pinggan kita yang kosong,  tapi tau tak,  depa duk observe kita.  Sapa yang mai dari kampung Permatang Bendahari dan sapa yang mai dari Persiaran Gurney. 

iii)  Tidak malu di bawa ke majlis.  Tak hari ini,  mungkin esok,  kita semua akan kena pi makan hotel bersama boss ataupun client boss kita.  Kepada yang tak bekerja,  mungkin kena ikut pasangan entertain pasangan punya boss/client kat hotel kan?  Jadi kenalah tunjukkan yang u olls tidak memalukan kaum kerabat.
Tips
Jadi berikut I olls nak kongsingkan beberapa tips dan etika makan buffet hotel according to me.  Mungkin apa yang I olls ajar ini tak kena dengan etika sosial yang betul-betul dalam buku,  tapi at least ikutlah yang simple-simple ni ya!


Jalan-jalan Like a Boss
Sebelum start makan,  buat la jalan-jalan pusing dan pi tengok semua makanan yang depa susun kat meja-meja buffet spread.  Tengok apa yang ada so that lepas ni hangpa bolehlah plan nak makan dan try apa.  Sambil jalan tu,  berhenti dan tengok cara depa susun makanan,  tangan pegang dan bubuh belakang pungkoq.  Sekali sekala,  berhenti dan amik bau makanan sambil kipas bau tu ke muka....BUKAN CIUM TERUIH SAMPAI MUKA HANG DEPAN PERIUK.

Kalau ada chef yang telah tunggu jaga makanan (action stall macam kambing golek ka apa),  hangpa senyum la kat dia.  Dan try sembang-sembang dengan dia,  contoh "Wow...kambing ni baka apa ya?"  Kalau hang tak tau nak tanya apa,  tak payah.  Satgi pi tanya benda merapu,  nanti chef tu kata hang buat-buat pandai pulak.  Kalau macam tu hang senyum sudah.  Cara macam ni,  orang akan tengok hang ni mesti macam Dato' Datin mana ka...style mai perati cara depa buat kerja!


Atoran!
Bila nak makan,  kita kena ada atoran (saja bagi bunyi macam mami-mami tanjung).  Aturan bermaksud,  kita makan bermula dari appertizer,  soup,  salad,  main/hot dishes,  action stall dan last sekali desserts.  Untuk appertizer,  amik la sayur-sayur dan bubuh la dressing apa sikit kot ataih.  Kalau tak reti makan sayur pun,  amik la sup,  roti dan jangan lupa....butter.  

Janganla teruih-teruih pi amik nasi putih dengan lauk pauk susun macam pi makan kat restoran nasi campur wehs.  Kalau tak salah,  etika makan buffet adalah maksima boleh bangun pi amik makanan sampai 40 kali!  So bangun duduk la pi amik makanan sikit-sikit,  bukan sekali amik....sampai penuh pinggan nak tumpah. 

Ini I olls punya starter masa makan buffet kat Lexus Penang baru-baru ni.  Nampak tak Ridhwan Sharif punya pinggan kat sebelah tu,  detu Melayu-Melayu sangat awai-awai dah boh nasi!

Lepas appertizer (pembuka selera) seperti sup ataupun salad,  barulah kita berubah pi kat area hot dishes.  Hot dishes ni dalam bahasa melayu adalah barisan lauk pauk utama la.  Hat ni,  hang pelan-pelan susun makanan dalam pinggan.  Tips dia,  susun lauk agar setiap lauk tu boleh nampak satu persatu.  BUKAN SAMPAI BERTINDIH DAN PENUH.  Kalau nak amik nasi dan makan dengan lauk pauk pun takpa,  its okay.


Try New Things
Macam yang mak I olls ajar,  this is the time u olls nak try benda-benda yang susah nak dapat kat market ataupun beranganlah kalau u olls nak masak sendiri.  Exotic seafood,  special cooked daging-daging....macam-macamlah kalau nak disenaraikan.  Tapi please,  kalau u olls bukan food adventurer,  jangan ambil banyak-banyak,  ambil sikit-sikit dahulu.  Kalau u olls tak suka,  membazirkan?

Yes,  kadang-kadang makanan yang depa hidang ni kita langsung tak tau nak makan macam mana?  Nak kena makan dengan condiments mana? Nak campur macam mana.  Satu cara adalah observe....tengok orang depan u olls ambil macam mana.  Pastu tiru dia.  Ataupun,  kalau confident terlebih...BOLEH MINTA TOLONG HOTEL STAFF UNTUK TOLONG AMBILKAN UNTUK U OLLS. (Tapi hopefully bila masa time tu dia tak busy la...)


Kat rumah hang selalu ka makan kaki ketam macam ni Kak Nab?


Jangan Berebut
Ingat tak video-video viral pelancong dari China yang merebut nak amik udang kat satu restoran buffet di Thailand.  OMG.  Itu adalah sosial disaster sangat.  Akak rasa u olls semua bukanlah bengong sangat sampai macam tu kan?  Semasa ambil makanan di kaunter buffet,  beraturlah tetapi pada masa yang sama,  time u olls ambil makanan,  janganla duk feeling-feeling pilih dan amik makanan punya lambat.  Kalau u olls sorang jer yang tengah ambik makanan tu takpa,  tapi tengok juga orang belakang!  Pernah sekali tu,  aku pi makan buffet,  pastu aku nak pi amik dessert.  Aku cukup pantang,  orang yang bila kita tengah amik lauk,  dia boleh cross tangan dia depan muka kita untuk ambil lauk dia!  U olls bukan macam tu kan?




Hotel ni memang terkenal dengan dia punya desserts chocolate yang maha enak.  Aku pun pi kat kaunter tu dan duk perhati satu-satu mini cakes dan choco bar dia duk susun macam-macam dalam mangkuk la,  dalam camca la.  Seronok gila tengok sampai tak tau nak makan yang mana satu.  Sampai tak perasan rupanya kat belakang aku pun ada orang nak ambil dessert jugak,  nasib baik aunty tu macam sopan-sopan dan tegur "Have you chosen your sins?"  sudahkah kau memilih dosa kau?  Haaaaaaa....mak pun tersipu sipu kan? Terus cepat-cepat pilih chocolate dan beredar.


Elakkan
Untuk memastikan u olls dapat rasa sebanyak makanan yang u olls nak,  selain amik makanan secara sikit,  pastikan u olls juga elakkan amik benda-benda berkanji macam nasi,  ubi,  pulut,  makanan dari tepung,    mee dan sebagainya.  Sebab kanji akan bagi kita cepat kenyang.




Meja Yang Bersih
Aku cukup pantang jenis yang makan bersepah.  Hello!  Ini bukan rumah kauye wahai anjing.  Ini adalah tempat awam,  hang makan,  orang tengok.  Oleh itu,  kalau boleh makanlah secara sopan.  Ya,  kadang-kadang kita makan makanan yang kita kena kupas kulitnya macam udang/seafood,  jadi instead of letak atas meja kulit-kulit tu,  u olls ambillah pinggan extra yang kecil.  Mudah juga untuk adik-adik waiter tu tolong angkat pinggan u olls.


End
So itulah sahaja tips yang I olls nak share dengan u olls semua.  Simple thoughts yang mungkin akan upgrade diri kita,  boleh juga ajar benda ni kat anak-anak.  At the end of the day,  u olls akan nampak hebat dan classy bukan sebab pakai handbad Dior berharga RM13,000 ya,  tetapi just because cara u olls bawak diri u olls,  silap hari bulan walaupun mai makan buffet dinner, tetapi u olls siap boleh bagi arahan kat adik waiter tu suruh tolong ambilkan coffee.  Itulah yang jadi kat kawan i olls nama Kak Maya,  orangnya tertib dan berbahasa.  Kami ramai-ramai pi makan buffet,  last-last kami semua bangun pi amik coffee sendiri,  tapi sundel ni sorang boleh bagi arahan kat adik waiter tu tolong ambilkan dia coffee......HAAAA NAMPAK TAK?

Comments

  1. Hi Jumie... i like pesan mak u tu.. hahaha... Makan kat buffet ni jangan ambil nasi banyak2. Rugi. Nanti perut cepat kenyang. Lagipun nasi dah biasa makan kat rumah. Same to me... kalau makan buffet, kita ceduk lauk dulu... Mana yang mmg rare la nak masak sendiri, yg tu kaut dulu. Kaut untuk jamah rasa... hehehe

    ReplyDelete
  2. As a hotelier mmg aku perati je Sapa2 yg dtg makan buffet tu..... Jgn ingat kita sesama kita x membawang ya...! Mmg smpai kau beredar kita dok mengumpat!! Naseb kau x tersedak sedak kat situ.... Lg2 bila buffet Ramadan!!! Takot no makanan tu hbs ������ Tq sis Jumie Samsudin Resdong's penulisannya padat ringkas dan mudah faham. Teruskan menulis.... Insyaallah bln 10 kita jumpa kat USM ya adik I convo Nur Aina Nabila ✌️

    ReplyDelete
  3. Thanks kak Jumie.. really informative. iolls mmg nk forward kt kwn2 iolls. bukankah membazir amalan syaitonn

    ReplyDelete
  4. Hi Jumie, nnt tny la yg perenggan last tu, maksodnye mmg boleh suruh waiter tu amikkan coffee ek? ke cane? sbb sy bese amik sendiri tp pelik sbb ade hotel yang tempat amik coffee tu, bukan tempat yang easily accessible.

    ReplyDelete

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com