26.2.19

Here Goes OSCAR 2019

Akhirnya berlangsunglah Oscar 2019 tanpa sebarang host. Sebenarnya Kevin Hart pak itam yang pendek dan lawak itu dilantik jadi pengacara majlis, satu pengiktirafan yang tinggi dalam kerjaya seorang komedi, tetapi macam mana ka, timbul spekulasi mengatakan dia seorang homofobik melalui lawak-lawak dan jugak twitter yang dia tulis bertahun-tahun yang lalu. Dia bara dengan fitnah tu semua so dia sendiri tarik diri dari menjadi pengacara untuk Oscar. Siries wehs....aku rasa macam ruginya dia tak jadi emcee sebab deni mesti akan buat lawak best punya. Tapi at the same time, aku sangat respect keputusan dia. Kita patut buat apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita, hati kita! Itu yang utama sekali dalam apa pun yang kita nak buat. Kalau kita rasa macam .... ehhh tak best la nak buat benda tu...Jangan buat! Buat apa paksa diri? Buat apa paksa diri untuk bahagiakan hati orang lain, sedangkan hati kita yang membara dengan ketidak-happy-an kerana keterpaksaan.

Dalam wawancara dia dengan Ellen Degeneres,  dia menjelaskan pasaipa dia tarik diri untuk menjadi pengacara Oscar.  Dia kata,  fitnah dalam berita hiburan mengatakan dia seorang homofobic berdasarkan tweet dan lawak-lawak pentas yang dia buat bertahun-tahun yang lalu tidak menjelaskan siapa diri dia hari ini.  Dia kata,  dia sekarang adalah seorang lelaki yang lebih matang,  lebih banyak belajar,  lebih banyak tahu,  dan sebagai seorang bapa dia bukanlah lelaki yang PERNAH TULIS TWITTER DAN LAWAK-LAWAK TIDAK SENSITIF SEPERTI ITU.  Jadi untuk menghukum dia atas apa yang dia pernah buat dahulu adalah tidak adil dan dia rasa better dia step off.



Ellen dalam wawancara itu sebenarnya cuba memujuk Kevin sebab Ellen sendiri pernah menjadi host yang best untuk Oscar dan dia setuju kalau Kevin menjalan tugas yang sama dengan lebih baik.  Tapi Kevin dah buat keputusan dia.  Dan aku sangatlah setuju dengan Kevin,  tak payahlah nak berlembut hati sangat.  Keputusan untuk step down dari peluang besar itu menunjukkan dia ada pendirian.  Dia tak heran pasai status dan peluang yang besar,  dia ada maruah. 

Video wawancara Kevin dan Ellen.  Kevin sangat tegas dalam sesi ini.


So Academy Awards 2019 berlangsung semalam dengan jayanya,  here are some of the things aku nak share dengan hangpa semua.   

No Popular Movie Awards
Bila Oscar habaq kata nak buat satu kategori baharu untuk memberikan anugerah filem terbaik kepada kategori popular movie macam Marvel dan sebagainya.  Filem-filem yang popular tapi tak pernah layak untuk dinominasikan sebagai filem terbaik.  Bagi aku ini adalah satu langkah pihak Academy Awards untuk menaikkan baik kepopularitian depa dalam kalangan penonton dan pencinta dunia perfileman.  Tidak dinafikan,  sekarang sudah tahun 2019 u olls.  Millenial dan veteran-youngs (those yang lahir 80s macam aku) mewarnai perubahan dalam peredaran revolusi perindustian ke empat.  Perlu ada perubahan!  Tak boleh lagi nak ikut pendapat-pendapat lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk pilihan dan kehendak masa kini.  Tapi lepas kena kutuk sebab depa cuba sogok peminat dengan kategori baharu ini,  depa kengsel kategori ini akhirnya.  What do you think?

Pelakon-Pelakon Terbaik
Aku setuju Olivia Colman menang best actress.  Aku tengok lakonan dia dan Glenn Close dalam The Wife.  Aku rasa watak Olivia dalam cerita The Favorite lebih berat berbanding watak Glenn Close dalam The Wife.   Olivia walaupun bermula sebagai pelakon pak lawak,  lani dia punya role-role semakin hebat.  Dalam cerita The Favorite dia jadi seorang permaisuri yang bodo-bodo sikit,  confused dan tak tau nak buat apa.  Aku jadi bara tengok dia dalam cerita tu.  

Regina King,  aku tak tengok lagi cerita If Beale Street Could Talk.  Tapi im sure pompuan ni berlakon memang best.  Aku happy jugak bila Mahershela Ali menang sebab lakonan dia dalam Green Book memang ada class tersendiri.  ps.  Aku taste kat Mahershela Ali.  HAHAHA okay bye.  Dan best actor,  Rami Malek menang.  Satu penghormatan untuk pelakon muda ini sebab memang dia berlakon best pun dalam cerita Bohemian Rhapsody.  Untuk menjadi Freddy Mercury satu karektor yang besar,  hang kena betul-betul bagi full komit.  Rami Malek lalui macam-macam latikan,  suara,  pergerakan badan dan macam-macam lagi.  Rasa macam tengok Freddy Mercury yang hidup balik.....itulah mejik yang seorang pelakon boleh buat.

Filem Terbaik
Nasib baik menang kat Green Book.  Cerita yang simple tapi bawak mesej yang besar.  Filem ini ada tahap tinggi yang tersendiri.  Hangpa kena tengok sendiri.  Nasib baik Bohemian Rhapsody tak menang....apatah lagi A Star Born...ataupun Black Panther.  Tiga movie ini sebenarnya filem-filem popular u olls!  Percubaan Academy Awards untuk menarik perhatian peminat filem? Tidak wujudkan kategori untuk filem popular tetapi filem popular disogokkan dalam kategori filem terbaik.  Samalah jugak!  Aku setuju dengan pendapat seorang pembikin filem tempatan dalam Facebooknya,  baik bagi kategori ini untuk filem Hereditary arahan pengarah muda Ari Aster.  

A Star Is Born
Oh ya,  i have to address this again thank you Khairul Syahmi sebab memperingatkan entah apa yang kami sembang kat kedai Pecal Lele beberapa bulan yang lalu.  A Star Is Born adalah sebuah filem yang terlalu hype dalam industri seni Hollywood, banyaknya terlalu banyak exposure.  Dapat coverage di sana,  di sini,  melambung-lambunglah nama filem ini.  Walaupun hakikat,  filem ini adalah kisah percintaan yang biasa.  Disulami dengan isu mental health.  At the end of the day,  bila aku semakin dewasa,  aku lebih banyak mendalami isu-isu dalam dunia pop culture dari pemerhatian.  Rupanya,  Academy Awards hanyalah salah satu pertubuhan penulis yang menghargai seni filem yang penuh dengan politik dan agenda perniagaan.  Syarikat yang kaya dan berkemampuan akan melobi judul filem yang diterbitkan oleh syarikat masing-masing.  Sedangkan kalau digali dan dicari,  lebih banyak filem dari syarikat bebas yang jauh lebih hebat.  Tetapi filem-filem ini,  mungkin ambil masa bertahun ataupun berdekad untuk sampai ke pemerhatian penonton filem berdasarkan rating organik dalam laman sosial dan sebagainya.  Tapi still nyanyian Lady Gaga dan lagu Shallow itu adalah sangat sedap  dan patut menang.

Apa pun,  show depa dorang memang overrr sangattttttt....haram betui.  Duk buat macam couple gila-gila ni.  Lady Gaga hang nak kena sugun dengan Irina Shayk ka....?

Baca list penuh calon-calon dan pemenang Full List of 2019 Oscar Winners

At the end of the day,  apa yang paling menarik untuk Oscar tahun ini adalah apabila Billy Potter mai kat red carpet dengan dress tuxedo.  Kerlassss mak ayam.



OSCAR MOVIES 2019
Untuk yang gila movie,  nah senarai semua filem yang dapat pencalonan utama dalam Oscar 2019.  Kecuali filem-filem dokumentari.  Boleh copy paste,  kalau dah tengok boleh tick!

A Star Is Born ✅ 
At Eternity's Gate
Avengers: Infinity War ✅ 
Black Panther ✅ 
BlacKkKlansman
Bohemian Rhapsody ✅
Border
Can You Ever Forgive Me? ✅
Capernaum (Lebanon)
Christopher Robin ✅ 
Cold War (Poland)
First Man
First Reformed
Green Book ✅
If Beale Street Could Talk
Incredibles 2 ✅ 
Isle of Dogs
Mary Poppins Returns
Mary Queen of Scots ✅
Mirai
Never Look Away (Germany)
Ralph Breaks the Internet ✅ 
Ready Player One
Roma (Mexico) 
Shoplifters (Japan)
Solo: A Star Wars Story ✅
Spider-Man: Into the Spider-Verse
The Ballad of Buster Scruggs
The Favourite ✅
The Wife ✅
Vice

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region