Camera Samsung Note9 captured by the talented Abang Shah Transport Cameron Highlands.

Dah lama teringin sangat-sangat nak mai sini, akhirnya dapat peluang nak mai bila I olls dan group Resdongs Entertainment buat annual holiday trip ke Cameron Highlands.  Sudah pastinya I olls pastikan agar salah satu aktiviti ke sini adalah menjejakkan kaki ke hutan lumut di puncak tertinggi Cameron Highlands.  Satu pengalaman yang agak lain daripada yang lain.  Kepada u olls yang cintakan keindahan alam dan manusia,  suka fotografi,  suka adventure,  WAJIB MAI SINI.

Some introductions about mossy forest Cameron Highlands.  Actually ada banyak spot mossy forest di Cameron Highlands.  Mossy forest bermaksud hutan yang berlumut,  disebabkan puncak-puncak gunung ini terletak di daerah tanah tinggi Cameron,  maka lokasi yang berkenaan diselaputi dengan lumut yang tumbuh pada dahan dan ranting pokok-pokok ini.  Ada yang terjuntai,  ada yang dedaun kecil,  ada yang warna fresh green,  ada yang warna hijau lumut yang gelap.  Jadi suasana ini menyebabkan pemandangan hutan di sini berbeza daripada hutan khatulistiwa yang biasa kita tengok.  Kelihatan macam majikal dan mistikal sekali dan disebabkan itu menjadi pilihan kepada pencinta fotografi dan filem.  Lokasi ini pernah menjadi tempat shooting filem Puteri Gunung Ledang (2004) dan banyak kali jadi pilihan fotoshoot fesyen.

Tapi here are some of the things I nak share dengan u olls semua sekiranya planning nak mai Mossy Forest,  Cameron Highlands. 



First,  PLEASE JANGAN MEMANDAI NAK DRIVE NAIK LOKASI INI DENGAN KENDERAAN SENDIRI.  Sebenarnya,  untuk sampai ke lokasi permulaan dakian mossy forest ini,  u olls kena lalui laluan sempit di tepian ladang teh jalan yang sama menuju ke Ladang Teh Sungai Palas.  Ingat tak scene dalam filem Ombak Rindu?  Tetapi destinasi untuk Mossy Forest lagi jauh ke atas,  selain berlingkang lingkuk tali kecapi,  keadaan jalan yang banyak lubang juga amatlah bahaya dan merosakkan kereta sekiranya u olls tidak membawa kereta selain kenderaan jenis pacuan empat roda.

Jadi,  I olls cadangkan u olls hire/sewa pick up 4WD.  Alhamdulillah,  dalam trip ini kami telah sewa khidmat pick up 4WD dari satu brother ni nama dia Abang Shah.  Orang yang sangat berpengalaman dan paling hebat sekali,  bukan sahaja dia akan guide kita naik atas mossy forest ni, tapi bila dah sampai kat lokasi DIA AKAN BERTINDAK MENJADI JURUFOTO kita.  Siries weh.....aku sangatlah terpana sebab hasil gambar dia walaupun amik dengan camera handphone sangatlah meletops sekali.

Untuk booking Shahrul Transport Service Cameron Highlands contact beliau +60142746559.  Harga kami booking beliau adalah RM250 satu trip.

Yang paling kanan tu Abang Shah driver pick up 4WD kita!

Ini truck tu dari belakang. Muatlah untuk naik up to 10 orang.

Lokasi henti Mossy Forest Cameron Highlands.  Semua pick up 4WD akan berhenti dan park di sini dan kita akan mulakan sedikit hiking.  Sayangnya kat belakang ni ada macam tree top walk tau,  bolehlah nak jalan menuju hutan lumut yang lebih cantik.  Tapi masa kami mai under construction.  Kena mai lagi la,  mungkin kali ini dengan geng adik-adik pulak.


Perjalanan berturap menuju ke lokasi hutan lumut.  Lebih kurang 150 meter dari tempat kami parking.

Tunggu turn orang lain turun...ha kami akan daki naik dari lereng-lereng hijau kat tepi tu.


Secondly,  janganlah mengada nak bawak budak kecik ataupun orang tua.  Memang tempat ni agak mencabar nak daki.  Walaupun hakikat kita drive sampai ke puncak paling tinggi,  dan untuk daki sedikit lagi ke lokasi hutan berlumut tu tingginya tak sampai 7-10 meter sahaja lagi,  tetapi siries nak habaq pendakiannya amatlah mencabar.  Tiada tali atau tempat pegang yang selamat,  permukaan tanah yang basah berselut dan lembik walaupun tak hujan malam tu.  Memang menyukarkan sekali.  

Keadaan pendakian yang amat menyukarkan.  Sedihlah!


Tambah pulak i olls yang wanita agam ini,  walaupun I olls adalah jenis wanita agam yang lasak yang rajin bersenam (tetapi) hiking is not my forte sejak dulu.  Rasa macam nak termeninggal apabila dah sampai ke puncak mossy forest yang menyebabkan I olls rasa macam nak posing pun macam tak cukup feel 100%.  Bayangkan selalu I olls kalau posing siap boleh tarik nafas dan cari pose yang betui-betui cheating I olls kurang 30 kilo (at least)....tapi kali ini...hampeh!  Habis semua perut-perut dan lebihan babat di badanku ku biar menggelebeh begitu sahaja. 


Berikut adalah beberapa posing I olls yang menjadi dan yang tak menjadi.

Nenjia yang ni dah habis penat dah...tidoqqq teruih!


Time duk daki,  time ni depa suruh pose...mak pun pose.  Muka fierce...tapiiii peruttt...mak terpaksa HIGHLIGHT

Acah-acah wanita penuh kelembutan.



Bahagian ini lagi tinggi puncaknya.  Mantaro memaksa aku panjat sampai atas ni.  Tak menyesal.  Sebab rasa sangat Puteri Gunung Ledang walaupun sedikit semput.

Memang nak mai sini lagi,  next time dengan kawan-kawan ponen ku.  Siap nak bawak kostume.  Datang sini sekali buat photoshoot.


Ingat dia nak amik gambaq elok elok.  Haram betui.

Kami ni nak naik mossy forest dengan harapan nak bergambaq dengan gayanya.  Jadi feelinglah pakai agak segak-segakla.  Dengan jersey dan jacket sedondon.  Jadi tak dinafikan jugaklah,  inilah juga yang menyukarkan I olls nak mendaki  sebab punya nak jaga kasut dan baju kita kotor.  Tapi memang tak boleh nak dielakkan juga,  akhirnya semuanya berselut.  I olls pulak dapat bonus,  PAHA TERSANGKUT PADA AKAR YANG TAJAM so bengkak u olls.   Here are some of the pictures captured by Abang Shah yang driver pick up kami tu.  Siries mata dia hebat,  pandai amik gambaq.  Satu pakej yang meletops untuk kita....sewa lori sekali sewa tangan dia tolong amik gambaq!




Lanun.  Hero ayaq sabun.

Wak.  Hero rokok kretek.

Acan.  Hero seluaq jeans diseterika.

Awie.  Hero blue filem kategori Melayu.

Man.  Okay...deni elok.  #baby 🐠

Thirdly,  jadi oleh itu peringatan I olls yang ketiga untuk mai sini adalah pastikan u olls memakai pakaian sukan yang sesuai. Tak perlulah bergaya teruk-teruk macam kami ni dengan jacket semua sebab I olls ingatkan macam senang dan mudah jer dakian we olls ni.  Cukuplah pakai pakaian sukan yang u olls rasa macam ...KALAU KOTOR PAKAI PUN TAKPA!

I olls rasa itu sahaja yang I olls nak share pasai pengalaman I olls naik ke mossy forest Cameron Highlands ini.  Satu pengalaman yang best sebab subhanalllah,  tempat ini sangat cantek dan mistikal.  Dikatakan menjadi lokasi penggambaran untuk filem Puteri Gunung Ledang (2004).  Maknanya inilah lokasi PGL kedua yang I olls dah sampai,  yang pertama Air Terjun Lata Kinjang yang terletak di Kampar Perak.  Maknya,  I olls dan Puteri Gunung Ledang tu takdak jauh mana dah tarafnya.....


Habeh semua tangan berselut.

Nenjiaa nampak seluaq dan kasut aku?  Duk buat macam daki gunung 2000 meter tinggi,  kisahnya panjat tak sampai 10 meter pun!


And here are some of the gambar pemandangan mossy forest taken by us.  Not many of these photos are taken by me sebab aku rasa macam tak steady,  penat u olls.  Satgi kalau Note9 aku jatuh ....aku menyesal sampai mati.







  
  






2 comments:

  1. salam kak jumie, seluar lawa elok beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello....seluaq ni dari Mis Claire koleksi active wear. Highly recommended!

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Bottom Ad [Post Page]