My Best Friend's Wedding 22 Years Annivesary


Back in 1997,  where were you? I was just 12 years old.  And let me tell you my story when on that year me and my friend Hanisah went to see rom-com movie called My Best Friend's Wedding by Julia Roberts and Cameron Diaz on our own.  Aku ulang lagi sekali,  umur aku baru 12 tahun.  

Bayangkan seusia itu,  aku boleh naik basikal sorang-sorang dari rumah kami  (masa itu) di Kebun Lama (Jalan Langkawi) pastu aku pi jumpa kawan aku kat rumah dia kat Kampung Dodol (tepi rumah Masjid Hashim Yahya) pastu kami pun naik basikal sampai tepi Kampung Makan.  Tak ingat kami lalu route mana,  tetapi di Kampung Makan ada apa?  Kat situ ada sebuah panggung wayang Federal.  

Zaman aku 1997,  masih ada panggung wayang hat bangunan lama-lama ni.  Jenis satu panggung,  ada satu wayang sahaja.  Budak-budak millenial tak dapat rasa dah,  sebab semua bangunan panggung wayang ini telah diubah suai menjadi restoran,  galeri seni ataupun disko.  



Kebetulan kawan baik aku masa sekolah rendah bernama Hanisah ni, bapak dia kerja dekat panggung wayang tu.  So dia kata kat aku,  kalau aku nak tengok wayang sendiri-sendiri,  bapak dia boleh tolong jaga kami la.  Lebih kurang macam tu la...aku pun tak tau la.  Tapi memang masa sekolah,  aku dengan Hanisah memang rapat gila,  kami juga ketua pengawas masa tu!  Semua budak lelaki dalam sekolah akan ikut cakap kami,  sebab kalau sapa jahat,  kami ada kuasa nak tulis nama depa dan bagi kat cikgu.

Actually selain kami berdua,  ada ramai lagi dalam gang perempuan kami!  Zulia,  Haleesa,  Azira Meerasa,  Farah Shaik Omar,  Rowaidah,  Kak Chik Noraty dan lain-lain. So aku macam pelik,  pasaipa kami dorang ja mai tengok cerita ni mungkin juga sebab cerita ni adalah cerita orang besaq,  topik cinta dan dalam bahasa orang puteh!  Hanisah dari kecik memang pandai,  aku rasa dia yang influence aku tengok cerita ni sebab cerita ni sebab kawan-kawan lain,  kalau cerita kartun baru mak bapak depa bagi kot.
The only panggung wayang Federal zaman dulu-dulu yang aku dapat jumpa kat internet.

Panggung wayang Federal sekarang.  Dah jadi macam kelab apa tak tau la....maybe karaoke untuk tauke tauke Cina.

So kami pun tiba kat depan Panggung Wayang Federal,  beli tiket,  aku lupa dah harga dia berapa.  Pastu kami pun masuk dalam tengok wayang cerita ni.  Masa kami masuk,  cerita macam dah start dah.  Aku rasa time tu,  Julia Roberts dah sampai kat airport dan berjumpa dengan kawan baik dia dan tunang kawan baik dia tu.  Ingatan aku lebih kurang macam tu la.

Hanisah macam excited gila tengok permainan emosi para pelakon,  dia memang faham gila apa yang para pelakon mat salleh tu duk bercakap.  Aku kan kata, deni pandai dari kecik.  Aku mana nak paham apa sangat.  Paham gitu-gitu sahaja dengan bantuan bacaan translasi kat bawah tu.  Aku rasa aku lagi tertumpu kepada keadaan dalam dewan panggung wayang tu.  

Panggung wayang Federal masa tahun tu dah memang uzur.  Uzur sangat-sangat sampai aku boleh ingat masa kami nak duduk ada sampah-sampah bersepah kat lantai.  Sorry takdak pop corn untuk kami berdua,  kat depan panggung wayang takdak pun vendor nak jual makanan macam lani kita duk tengok.  Kakak cina jual tiket kat kaunter tu pun style pakai baju tidur ja aku rasa,  muka selekeh gila dan tak elok.  Yang tu aku ingat!

Keadaan panggung wayang tu uzur mungkin sebab jumlah penonton yang mai tengok wayang kat situ makin berkurang.  Aku ingat lagi masa tu,  masa kami tengok wayang tu,  tak sampai 5 orang dalam panggung wayang yang maha besar tu.  Seating tak ditetapkan,  hang boleh duduk kat mana pun yang hang mau!

Itulah kenangan yang mendewasakan aku.  Pengalaman pada usia 12 tahun,  aku dan kawan pi tengok wayang sendiri tanpa diteman oleh ibu bapa.  Masa tu mana ada pengklasifikasian filem,  U,  18SX dan sebagainya.  Disebabkan aku tak berapa faham English masa tu,  aku pun duk nganga tengok sana sini,  tapi aku ingatlah cerita ini.

Kisah dua orang sahabat baik,  depa berjanji kalau sampai satu umur,  kalau dua-dua orang masih bujang,  depa akan berkahwin dorang!  So sampailah tahun umur yang ditetapkan,  kedua-dua depa sahabat baik masih bujang.  So si lelaki kata kat perempuan tu,  kita akan jumpa.  Si perempuan ni pun excited la nak jumpa,  bila dah jumpa,  rupanya si lelaki dah bertunang dan depa akan kawen dalam tempoh tak sampai seminggu.




Si perempuan punya bersungguh-sungguh buat macam-macam untuk meng-kengselkan majlis perkahwinan kawan baik dia ni.  Tapi last-last dia gagal jugak,  dan kawan baik dia end up kawen dengan tunang yang dia sayang tu.  

Masa tu aku umur 12 tahun,  aku darjah 6,  masa tu takdak internet,  social media untuk aku cerita kat kawan-kawan macam mana pengalaman tengok wayang sendiri.  Tapi hang buleh bayangkan macam mana aku punya duk bangga cerita kat kawan-kawan kat sekolah pengalaman pi tengok wayang sendiri naik basikal dari Kebun Lama sampai Kampung Makam.  Zaman lani mana ada kita berani lepas anak kita pi jauh-jauh naik basikal macam tu wehs!


Tahun 2019 di usia 34 tahun ini,  tiba-tiba lalu kat Youtube satu video wawancara para pelakon filem My Best Friend's Wedding berkumpul semula selepas 22 tahun.  Aku tengok wawancara itu!  Fuck....depa tu Julia Roberts,  Dermot Mulroney,  Cameron Diaz & Rupert Everett duk eloqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqqq lagi.  Aku pun cari balik filem ini dan tengok movie ini secara online.  

Patutlah pasaipa Hanisah nak pi tengok cerita ini,  pada usia 12 tahun dia dah ada taste yang bagus.  Dia tau movie ni best.  Dia faham konflik dalam cerita tu,  dia boleh jadi marah sebab in the end Julia Robert tak end up jugak kawen dengan lelaki cinta hati dia.  

Tahun itu,  1997 aku dan Hanisah menduduki UPSR.  Kami dua orang sahaja dapat 5A kat sekolah.  Dan seterusnya,  Hanisah masuk MRSM.  Aku dapat tawaran pi Sekolah Sukan Bukit Jalil.  Tapi mak aku tak bagi aku pi Bukit Jalil,  sebab pikiaq muda lagi.  Aku duduklah kat St.  George Girl School.  So aku stayed in Penang....sampai sekarang.  Sekarang Hanisah bertugas sebagai doktor pakar kat Sabah.  Tapi kami still berhubung dengan dia melalui social media.  Thank you Hanisah,  sebab hang bagi satu kenangan bermakna sebagai 'young woman' pada ketika itu!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...