Skip to main content

Rawat Cagu Kuku Kaki di Northern Care Clinic Center Pulau Pinang

Bersama Dr.  Lim dari Northern Care Clinic Center

Aku mempunyai satu tabiat buruk sejak kecik lagi iaitu aku suka korek kuku kaki aku dengan tangan. Aku suka cabut kulit dan kuku kering, kadang-kadang sampai berdarah. Kuku kaki aku pun jadi pendek dan kecik sahaja. Kaki aku pulak jenis besar dan lebar, ditambah dengan jari-jari kaki aku yang bulat-bulat dan kuku jari aku pendek, so kalau spray kaki aku colour hijau, sumpah akan nampak macam kaki Fiona. 


Depa tak tau Fiona tu sapa?

Jadi aku memang sangatlah rendah diri dengan keadaan kaki aku ni, aku tak suka orang renung kaki aku especially kuku-kuku jari kaki aku. So bila aku mula-mula kahwin dengan laki aku one of the most hardest thing aku nak tunjuk kat Khafi adalah aku punya kaki. Tapi mula-mula kawen kan semua macam love kuat, so Khafi akan kata “Alaa takpalah….kuku sayang kecik-kecik ja..bukan cacat pun…” Bila sedang bercinta, kentut pun bau macam pewangi kereta Fluer.


Bila aku dah tua-tua bangka ni pun, tabiat lama masih tak buang. Tapi lani, kalau Khafi nampak aku duk trim kuku kaki aku sampai berdarah-darah ni semua, dia akan kata macam ni “Ermm…kesian….Jepun seksa hang ka?” Masa Japanese Occupation dulu, orang kata salah satu cara tentera Jepun nak seksa penduduk kampung adalah cabut kuku kaki! FUCKNYA.


Okay habis dah first act cerita aku ni. Semuanya bermula bila satu hari, aku punya stress apa tak tau, aku korek kuku kat jari kaki aku semua ni sampai berdarah. Bukan sahaja kuku kaki, jari hantu tangan kiri aku pun, aku gigit sampai keluar isi macam mana ka. Ya Allah, punya stress sampai aku rasa aku korek kaki ni, sakit dia lebih memudahkan aku lupa pada keperitan otak aku bila stress. Biasalah orang-orang Bipolar ni macam pelik-pelik kan?



So basically selalunya lepas aku akan korek kuku kaki aku ni, kata malam ni before tidoq aku korek, pastu darah, aku bubuh ubat, esok tu baik dah. Tapi kali ini, esoknya tak baik tetapi membengkak, lusanya bengkak makin besar, tulatnya bengkak tu jadi besar dan berdenyut-denyut sakit sampai aku tak boleh tidur weh! Aku telan ubat pain killer (beli kat farmasi noks kaler biru…yang tu power), baru aku boleh tidoq. Tapi esoknya tengok semua bengkak tu dah jadi bernanah pulak.


OMG! Masa ini aku memang tak boleh tipu Khafi dah, aku pun tunjuk dia kuku aku semua dah sakit gila. Kuku jari kaki kanan (3 jari effected), kaki kiri (4 jari effected). Ibu jari kaki kedua-dua belah, bahagian bawah dia kan selalu ada kulit kering macam nak tercabut tu, AKU CABUT SEMUA KULIT KERING TU SAMPAI LUKA DAN JADI NANAH JUGA. So bila banyak kuku-kuku jari kaki hang infected, memang azab wehs. Tak boleh tersentuh langsung. Takleh pakai kasut, takleh pakai socks, takleh nak pakai slipper yang tertutup, apatah lagi kalau hang terjalan laju dan kaki hang terkena bucu katil. EHHHH PUKIII SAKIT LA GILAA…..


Macam ni la aku jalan mai kerja masa kuku semua sakit!

Boleh kata seminggu la keadaan tu teruk, aku bubuh minyak gamat macam biasa, minyak habatus sauda, aku gosok serbuk biji buah pala kering, masih tak sembuh. My thought was…..OMAIGOD ADAKAH AKU KENCING MANIS DAN LEPAS NI SEMUA KAKI AKU AKAN KENA GENGRIN, NANTI SEMUA KAKI AKU NI AKAN HITAM DAN KENA OPERATE DAN POTONG BUANG. Wehsss takut weh…..


So akhirnya aku akur, aku pi jugak jumpa doktor. Tapi yang pertamanya aku pergi klinik panel yang dekat dengan rumah aku. Haram doktor tu, style tak tanya over-over apa pun. Aku rasa dia tengok kaki aku pun tak sampai 7.5 saat. Pastu dia terus habaq, dia akan bagi ubat sapu. Pastu aku tanya la….tak bagi ka ubat tahan sakit atau ubat bengkak? Sebab kaki aku duk bengkak. Dia diam sat….pastu dia kata…okay saya akan bagi ubat tahan sakit. Pastu dia kata, you kena rendam kaki you dalam air suam dan letak garam. Buat 2 atau tiga kali sehari, untuk matikan kuman-kuman tu.


Aku pun tanya lagi, garam doktor akan bagi ka? Yelah kan kot-kot doktor akan bagi garam yang sempoi sikit yang ada kandungan mineral yang tinggi macam mana ka. To my disappointment, doktor tu kata, tak you pakai garam dapur kat rumah sahaja. Hampehnya.


So aku pun seret la kaki aku keluar dari bilik rawatan doktor itu dengan perasaan yang sangat sedih sebab aku tau dah, memang aku tak akan baik punya dengan ubat-ubat yang dia bagi ni. Antibiotik pun takdak ka? Ubat bengkak? Ubat gatai ka? Dan hang pun dah tengok satu macam punya jalan seret kaki terseksa macam OKU, hang tak offer pun aku dengan MC! Ya, aku pun pulang tanpa MC, hanya ubat sapu (yang standard botol kecil takdak label apa warna putih tu), ubat tahan sakit (yang aku mintak tadi). That’s it.


Aku balik hampa.


Hari ini hari Jumaat, pagi-pagi sebelum Subuh aku dah bangun sebab gigih masak air panas dan rendam kaki aku dan ditabur dengan garam organic warna pink aku beli kat Little India satu paket dalam RM4.50. Dekat office pun, time lunch aku rendam kaki aku dalam air panas dan garam juga. Malam pun bila aku nak tidur aku akan rendam kaki aku dalam air panas dan garam juga. So far, bila aku rendam kaki aku dalam air garam ni satu benda aku rasa adalah aku boleh rasa macam kaki aku rasa macam kurang sakit, lebih nyaman, lebih bersih. Macam semua kuman dan bakteria yang duk berjimak kat kaki aku tu semua dah mampus.

Bila aku rendam kaki aku dalam ayaq garam aku amik gambar ni dan hantar kat Sunmelon dengan mesej "HANG NAK TAK SUP KAKI?"

Tapi still, takdak sign menunjukkan bengkak ini surut, nanah pun masih meleleh, sakit masih sama! Sedih ku.


Then aku tanpa segan silu kali ini aku reach out kat kawan aku nama Yazid.  Aku dengan tak malunya, aku send semua gambar kuku kaki aku yang semua semakin parah ni. Dia teruih angkat phone dan called aku, explained pasai satu klinik di Sungai Pinang yang dia pernah pi. Dulu pun dia pernah kena cagu kuku kaki ni, tapi kat satu jari sahaja. Macam aku ni kira lebih parah sebab 7 kaki jari dan 1 jari tangan kena!


Dia pun habaq la, actually dalam gang perkawanan kami bukan dia sorang pernah kena cagu kuku kaki dan mai merawat kat klinik ini hingga sembuh, malah mak ayam besar kami Nizal Ashriff juga pernah kena benda yang sama dan pi merawat kat klinik ini. Persoalan aku adalah, pasaipa masalah cagu kuku kaki melanda banyak ahli dalam group kami ini? Adakah masalah ini berjangkit dalam orang-orang rapat?


Jadi esoknya pada hari Sabtu, seawal pukul 8:30 pagi aku dan suami dah mula melewaq (ronda-ronda) dengan kereta di hadapan klinik ini. Tapi rupanya kedai dia masih katop, dan bila Yazid pi cek kat dinding rupanya klinik ini bukak pukul 2:00 petang. Aku pun dengan kaki buruk aku pun balik dan rehat kat rumah sampai jam 12:00 tengah hari, aku keluar rumah dan decided untuk tunggu sementara klinik ini buka di tempat kerja Yazid yang kebetulan beberapa selang kedai sahaja daripada klinik yang dimaksudkan tu.




Tunggu punya tunggu, pukul 1:40 tengah hari aku pun berjalan dengan kaki sakit menuju ke kedai nasi kandaq sebelah klinik tu. Klinik masih tutup dengan pintu besi tu, aku pun tunggu la kat kedai nasi kandaq sampai pukul 2:40 petang wehs. 1 jam aku tunggu....Klinik masih tak bukak. Aku pun macam pasrah la pasaipa klinik ini tak bukak, so aku pun seret kaki dan jalan balik pi kat office Yazid. Kesian wehs kat aku dah la nak sarung slipper pun rasa seksa. Tapi aku gagah juga.


Yazid pun kesian la kat aku ingatkan dah boleh daftar dan dapat nombor menunggu, so Yazid tak bagi aku patah balik pi klinik, instead dia called nombor klinik tu…..berkali-kali sampailah panggilan dijawab lebih kurang jam 3:00 dah kot.   Rupanya memang bukak tapi tak bukak on time.


“Hello, saya nak daftar kakak saya mai klinik. Dia first time. Boleh bagi nombor?” 


“Nombor 13, satgi mai daftar dulu kat kaunter ya.”


HARAMMMMMMMMMMMMMM BARU FIRST PICKED UP PHONE DAH ADA 13 ORANG DEPAN AKU. Tapi tak mengapa, selepas Yazid selesai tugas, dia teman bersama-sama aku ke klinik untuk buat pendaftaran. Seterusnya, Yazid ajak aku pi makan kat kedai nasi tomato Nizal yang terletak tak jauh dari klinik tu.


“Konsep kat klinik ini adalah, sabarlah menunggu Sabariah. So hang dah amik nombor, dah daftar, so hang tak semestinya tunggu kat klinik. Hang buleh pi tunggu kat mana-mana, tapi every 30 minutes, hang boleh called kaunter tu tanya, sekarang nombor berapa? So kalau nombor kita dah nak dekat, kita boleh pi dah!” 


OOOOO BEGITU. So takpalah, aku dan Yazid pun pergilah ke kedai nizal. Makan nasi sat, ya Allah baru sedar adalah sedikit lapar. Rasa sakit berdenyut kembali datang, kesan ubat tahan sakit semakin berkurang. Lepas makan nasi, aku telan pil tahan sakit lagi. Itulah kaedah aku amal dalam tempoh seminggu aku duk sakit ni.


Usai makan, Yazid pun call klinik just untuk tanya. Masa menunjukkan jam lebih kurang 4:30 petang.


“Wehs jom jom…” kata Yazid. “Dah nombor 12 dah. Satgi kalau kita terlepas nombor, kita kena amik nombor baharu. Kena tunggu lagi lama.”


Kami pun bergegas ke klinik tu semula. Aku habaq tak hari tu aku dan Yazid takdak kereta, dua-dua duk naik Grab untuk pi kedai Nizal yang maha dekat tu. 


Sampai ja kat klinik, kami terus tanya kat kaunter, “Kami nombor 13 dah sampai…”


Pastu kakak kaunter tu kata “Duduk dulu, sekarang nombor 10”


KESAHNYA…….kakak tu dah tau dah client dia semua macam mana. Dia habaq kata nombor 12 tu sebenarnya tipu ja, dia kan tadi tanya kita nombor berapa, kita habaq kita nombor 13. Dia compare dengan current real number yang sedang dirawat oleh Dr. Lim, so kalau kata jarak tu lebih kurang dah nak hampIr, dia tipu sunnatlah kat kita….kata yang nombor sebelum kita dah sampai.




TAPI DALAM NAK KATA HAMPIR TU….aku rasa aku tunggu lebih kurang 4:40 petang sampai 5:45 petang jugaklah baru aku dapat masuk. Sedihnya u olls. Tapi aku menanti dengan sabar, yang ini satu benda aku boleh puji diri sendiri. Sebab orang lain mungkin akan gelisah, ke hulu ke hilir, duk hinggut kat kakak kaunter tanya “Kapan masa saya kak?” “Kapan masa saya kak?” “Kapan masa saya kak?” Tapi aku boleh duduk situ lagi sejam dengan kaki yang bengkak. Tapi thank you la Yazid, dia teman aku sampai sudah. Aku suruh dia balik, dia tak mau. 


Akhirnya nombor aku dipanggil. YEEEHAAAA. Bayangkan perjalanan hidup aku nak jumpa Dr. Lim ini yang dikatakan sangatlah baik, mesra pesakit, ubatnya bagus, mesra alam bermula dari jam 8:00 pagi bila aku start keluar rumah. Tunggu punya tunggu, pukul 6:00 petang baru aku dapat masuk bilik rawatannya.


Seorang lelaki cina, muka macam Lee Chong Wei sikit tapi hemsem sikit lagi menyambut aku dengan senyum punya manis, hulur tangan ke arah aku (nak salam) dan berkata “Hello….Jumizah…apa khabar….kita pernah jumpa ka?”


Aku macam eh……uncle ni! Ingat n ikat Starbucks macam nak bekenalan dengan aku. HAHAHAH so aku pun tak mau bagi dia rasa malu, aku pun salam dan shake hand dengan dia. “Tak pernah doktor…saya first time datang. Kawan saya rekemen saya kat sini.”


“Yeke….siapa kawan you?”


“Itu gemok punya orang jual nasi tomato…”


“OOOO Nizal. Kenal-kenal. Dia macam mana sekarang? Ada okay ke?”


“Okay doktor. Malam ni we all semua nak pergi lepak, tengok movie kot,”


“Haaa movie apa?”


“Tak tau la depa ajak tengok cerita hantu Indonesia.”


“Best ka?”


“Tak tau la best ka tak, tapi mungkin best kot.”


“Aiiyoo saya lamaa sangat tak tengok movie. Saya mana ada masa. Hari-hari kerja sini, saya tutup klinik pun hari Jumaat, tapi duduk dengan my family la…”


SIRIES WEH….THIS GOES ON AND ON LEBIH KURANG 3-5 MINIT. Ya Allah dia punyalah relaks sembang mesra friendly dengan aku sampai aku dah lupa keperitan aku tunggu klinik dia bukak minum teh o ais sorang-sorang kat kedai nasi kandar tadi. 


“So you sakit apa?”


“Doktor…saya ada bad habit. Saya suka korek kuku kaki saya, sekarang semua dah bernanah dan bengkak.”


“Ohhh mana-mana,” aku pun tunduk dan perlahan-lahan bukak slipper yang aku sedang pakai. The moment aku bukak slipper aku tu, hang tau doktor tu buat apa? DIA ANGKAT TERUIH KAKI AKU BUBUH ATAIH PAHA DIA…



Hahahahahah wehsssssss siries aku tak tipu. Doktor Lim terus periksa jari-jari kaki aku. Pastu sambil kaki aku masih atas paha dia, dia kata “You ada akzema sedikit tidak banyak, sebab tu you suka ada rasa macam gatal-gatal di tepi kuku. So bila tangan ada bakteria, jadi semua pun kena infection.” Kaki aku masih atas paha dia.


“Sekarang ini, I akan bagi u satu injection. Iaitu satu antibiotic, bagi semua kuman mati, bagi anti bodi you kuat. I akan bagi tiga jenis antibiotic pill, dan dua jenis ubat gatal, dan ubat sapu. Hari-hari you kena makan. Kalau satu minggu masih tak okay…you datang sini balik ?”


Dia pun perlahan-lahan letakkan kaki aku di bawah. Lepas tu dia pun ambil ubat dan jarum untuk cucuk kat lengan aku. Sementara itu, aku pun duk sembang la kata aku duk rendam kaki aku dalam air garam apa semua. 


“You ada apa-apa elergy pada ubat?”


“Takdak doktor….tapi…saya ada satu benda nak bagitau..” Dr. Lim pun berhenti buat kerja dan tengok muka aku.


“I have bipolar disorder so I pun makan ubat ada GH bagi punya untuk mood stabilizer…will that effect the ubat?”


Pastu Dr. Lim letak semua barang-barang dia duk pegang, pastu dia macam lean ke depan sikit, pastu dia pegang pergelangan tangan aku, dengan muka style concern habis dia pun cakap“You jangan risau la ini mental health semua…as long as you can know you are having problem, actually you are not in a problem at all. The problem is, when you don’t know that you are having mental illness…ya itu barulah problem besar....Orang macam you….tak payah risau….you sebenarnya okay”


HAHAHA DAMN….DROP MIC! 


Next, dia pun cucuk tangan aku. Agak sakit sebab aku penakut jarum, habis dia cucuk aku satu kali. So dia pun sekali lagi, ulang suara tentang ubat-ubat yang dia bagi kat aku. Dia suruh aku makan semua, tapi kalau tak baik dalam tempoh seminggu, dia suruh aku mai sini lagi sekali. Dia tak pesan pun suruh pantang makan ka apa semua. 


So before aku keluar bilik, aku pun amik selfie dengan dia. 


Alhamdulilah, walaupun tunggu satu hari untuk jumpa Dr. Lim, tetapi pengalaman aku jumpa dia sangatlah menyenangkan, meyakinkan, menyelesakan. Mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah…adabi (Lagu iklan Adabi). Aku sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh beliau, aku dikenakan bill sebanyak RM148. Aku dapat ubat antibiotic tiga jenis, ubat gatal dua jenis dan satu ubat sapu. Sumpah wehs, malam itu juga, aku boleh pi tengok wayang dengan Nizal semua (sebab aku dah kata, kalau sakit terlalu berdenyut, aku tak join), dan esoknya aku boleh buat rumah macam biasa (basuh baju, angkat kain dan sebagainya). Dan minggu itu, semua bengkak menyurut. Nanah dan luka mengering. Alhamdulillah sangat-sangat. Yang penting, aku takdak diabetis.


Okay bye semua. Inilah maklumat klinik yang aku ceritakan tu! Seksa menunggu 9/10. Tapi servis doktor dan ubat 10/10.



Northern Care Clinic Center
4-G,  Lebuh Sungai Pinang1,
Bandar Sungai Pinang,
11600 Jelutong,
FB: Northern Care Clinic Center
Call: 04-281 2290


Gambar jari-jari aku masa sakit dan bila dah sihat.  Alhamdulillah.

Before

Beberapa hari lepas mendapat rawatan.


Alhamdulillah,  jari kaki dah sihat sepenuhnya.


Before

After


Before

A day after visiting Northern Care Clinic Center Pulau Pinang

After

Oh ya satu gambaq lagi kena boh...
.
.
.
.
.
.
Ini selfie aku dengan Yazid,  rupanya inilah gambar first kami selfie.  Deni selalu orang amik gambar,  dia katop muka.  Thank you la sebab tolong aku urus aku di klinik hari aku sakit.

Comments