Jordyn Woods dan Bella Astillah: Kenapa Perempuan Yang Menghukum dan Dihukum




Aku rasa macam pernah ulas topik macam ini sebelum ini dalam blog ini sebab apa yang berlaku dalam dunia ini selalunya sama dan berulang-ulang tetapi mungkin dalam keadaan yang berbeza dan berlainan. Malas aku nak cari balik artikel aku yang lama-lama dalam gerobok archive blog ini tetapi pati yang disampaikan dalam ulasan aku tatkala kisah-kisah wanita seperti ini timbul adalah bagaimana wanita atau perempuan selalu menjadi mangsa yang dihukum dan penghukum?


Kebelakangan ini berlaku satu kejadian besar yang menjadi perbualan wanita seluruh dunia dan satu lagi yang sedang berlaku kat Malaysia. I'm talking about what happen to Jordyn Woods dan Bella Astillah.


Okay first aku nak bercakap pasai Jordyn Woods. Kepada yang tidak tahu tentang siapa dan apa yang berlaku kepada wanita bernama Jordyn Woods, aku akan habaqkan secara ringkas. Jordyn Woods adalah kawan baik kepada Kylie Jenner, dan hangpa semua mesti tahu kan? Kylie Jenner adalah adik tiri kepada Kim Kardashian. So depa ni semua adalah a big part of kisah-kisah siri realiti TV paling tersohor di dunia iaitu Keeping Up with the Kardashian (KUWTK).

Kylie and Jordyn.

Kylie dan Jordyn adalah kawan baik. Dan bukanlah kawan baik yang biasa-biasa (bukan besyer besyer boss ku...fuck I have to say it like Jibby because its not funny but after watching the video I can't unsee it 😂🤣) sebab depa berkawan sejak zaman tetek depa baru-baru start nak bengkak naik.  Dan depa pun jadi rapat gila as friends sampaikan depa pernah buat satu BFF ritual di mana dua depa dorang ni buat slumber party dan dua-dua depa berjanji depa akan menjadi BFF hingga ke akhir hayat. Macam ritual nak kawen-kawen ni u olls, tapi this are some silly things we girls used to do dengan kawan-kawan baik kita sebagai satu JANJI KERAMAT yang kita akan kawan baik sampai bila-bila. Bila pikiaq balik macam bodo saja, ini benda ni semua kenangan weh! 



Hangpa tau tak,  betapa rapatnya depa dorang ni sampaikan masa Kylie mengandung masa umur dia 20 tahun, Jordyn simpan rahsia tu sampai saat-saat Kylie melahirkan sebab depa dah macam sisters. Kylie bubuh salah satu nama liptid jenama dia jual dengan nama Jordyn sempena nama kawan baik dia dan depa dorang duduk sekali satu rumah tau! So inilah betapa rapatnya depa dorang as friends as sisters.


Apa yang berlaku bulan lalu,  apabila satu hari timbul rumors mengatakan Jordyn pi menggatal, pi party dan bercium dengan Tristan Thompson. And who the hell is Tristan Thompson??

Khloe dalam rangkulan abang Tristan.

Haaaaa....jantan ini adalah laki kepada Khloe kakak Kim Kardashian, laki kat sini bukan kata Tristan dan Khloe dah berkahwin ya! Depa just pernah dating-dating dan akhirnya, Khloe ada anak dengan Tristan bernama True Thompson. Dan tau tak, semasa Khloe tengah sarat mengandung dengan anak jantan ni, jantan ni dah start buat perangai dah. Dia ditangkap romen-romen dengan perempuan lain dah tapi apa yang membuatkan orang lagi nak amik tau pasai hubungan pelik dua orang ni,  Khloe dan Tristan adalah masa hari Khloe melahirkan, DIA MEMBENARKAN JANTAN INI BERSAMA-SAMA DIA DAN MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK MEREKA BERDUA. 


Inilah Tristan.  Aku rasa dia macam elok juga.  Walaupun aku taste kat African guys,  tapi aku tak suka sangat deni sebab dia macam renjong (tinggi) yang pelik. 2.06 meter to be exact.  Tak caya cuba google "tristan thompson height"


Memang satu episod yang amat hebat dan menjadikan rating KUWTK menjajak naik. Aku tak follow episod-episod KUWTK tapi aku follow cerita depa dalam kolum dan video gossip Hollywood. Mulanya aku rasa macam Khloe ni macam babinya bodo nak mampuih sebab walaupun laki tu dah buat macam tu kat hang, PASAIPA HANG STILL ALLOW DIA UNTUK BERSAMA-SAMA HANG DALAM SAAT PENTING ITU. Kalau aku, aku tak akan bagi Tristan ada dengan aku. Aku nak hukum dia atas apa yang dia buat. Laki tak guna wehs, dah memantat bagi aku mengandung semua tapi pastu duk memburek dengan perempuan lain.


Aku mula JUDGE dan HUKUM Khloe dalam fikiran aku dengan mengatakan bahawa Khloe ni semua walaupun depa cantek, hebat, berjaya dan kaya, tapi sebenarnya depa ni sangat insecure dengan diri depa sendiri. Khloe can't live without a man, he needs Tristan to feel completed. He needs Tristan to feel that she is a true woman. Itulah hukuman-hukuman yang aku bagi terhadap Khloe.


Sampailah aku tengok review dan episod (dalam Youtube) yang menjelaskan mengapa Khloe membenarkan Tristan bersama-sama dia semasa melahirkan True. Masya Allah, aku rasa macam kena tamparan dengan pendayung sampan Firaun. 


The real reason why Khloe membenarkan lelaki itu bersama-samanya saat melahirkan adalah kerana dia meletakkan anaknya di tempat pertama dalam situasi itu. Dia tolak tepi semua kemarahan dan kehampaan yang dia lalui masa itu disebabkan lelaki bernama Tristan dan seterusnya dia letakkan anak dia di tempat pertama. Bayangkan nanti kalau anak dia besar knowing that bapak dia cheated on her mom masa mommy tengah sarat mengandung, dan mak pulak panas baran dan tak bagi bapak mai tengok saat-saat dia dilahirkan. Semua ini nampak ser dan bodo, tetapi masa akan mengubat segalanya. Bayangkan nanti bila anak dia True dah besaq dan matang dan dia lihat balik pengorbanan yang mak dia lalui, pasti True akan sayang mak dia lebih hebat sebab pengorbanan besar mak dia buat bukan sahaja mengandung dan melahirkan malah menghadap satu cabaran besar dengan penuh maruah dan keberanian. Hangpa kena pi check out sendiri episod itu, hadam dan buat konslusyen sendiri: The Full Story of Tristan Thompson's Cheating Scandal | Keeping Up With The Kardashians


So sekarang, tiba-tiba jadi satu lagi kisah hebat antara Khloe dan Tristan apabila timbul spekulasi mengatakan Tristan dan kawan baik Kylie iaitu Jordyn duk comolot. Benda ini baru sahaja berlaku iaitu pada bulan Februari 2019. 


Apa yang menyedihkan aku adalah bila aku duk baca headlines semua menunjukkan the whole Kardashian and Jenner clan macam tolak Jordyn jauh-jauh untuk hukum dia. First, Jordyn dihalau keluar oleh Kylie dari rumah Kylie. Kan aku habaq depa housemate. Pastu esok lusa, Kylie announce lipstick nama Jordyn dijual pada harga diskaun yang sangatlah murah. Haram wehs....liptid lain dia tak bubuh diskaun, Jordyn punya lippy saja dia bagi diskaun. Pastu aku baca banyak headlines duk habaq kata Jordyn duk try contact dan call semua keluar Kardashian dan Jenner tapi semua tak mau jawab dan balas call dia. Dia nak explain kot apa jadi dan mintak maaf tapi takdak sapa nak layan dia dah. Dan tak masuk lagi apabila seluruh dunia duk kutuk dan maki hamun Jordyn dalam social media dan internet.


Aku pun macam bara dengan Jordyn, tapi aku takdak la join INTERNET BAWANGERS pi komen bodo bodo kat mana-mana sos med. This is just playing in my mind iaitu aku pun berpendapat yang Jordyn ni sernya weh...pasaipa hang bodo pi romen-romen dan menggatal dengan marka dan jugak bapak kepada kawan baik hang dunia akhirat punya kakak! This is so wrong in many level. Memang patutlah hang kena ditch dengan keluarga Kardashian dan Jenner sebab depa tu macam dah bagi hang macam-macam peluang kerjaya tapi hang betray depa macam ini. Its okay nak jadi bitch mabuk dan menggedik sana sini, mampuih pi la kan. Tapi ada border dan jajahan tertentu yang hang tak boleh masuk. There are certain jantan u cannot fuck, there are certain things u cannot do when it comes to certain kote. The rules of law pun ada dalam peraturan hidup tidak tertulis ini.


Sehinggalah hari ini, Jordyn Woods announce dalam dia punya IG live menunjukkan dia berjalan dan duduk di meja merah milik Jada Pinkett Smith. WOOOHOOOO...aku terus rasa macam excited dan ternanti-nanti nak tengok rancangan ini. 


Kepada yang tidak tahu, Jada Pinkett Smith adalah isteri kepada Will Smith. Depa dorang adalah pelakon Hollywood yang sama-sama hebat. Depa ada dua orang anak yang popular juga, Jaden Smith dan Willow Smith. Aku dari dulu memang follow keluarga ini yang dianggap sebagai the Hollywood Royals. 


Aku mula follow depa sejak Jaden berlakon filem Karate Kids dengan Jackie Chan. Aku follow depa punya BTS dan interview depa dalam Oprah, cara Will dan Jada membina rumah tangga depa bagi aku adalah modern, cool, terbuka dan kalau aku ada anak nanti aku pun nak jadi cool macam depa. Sebab tu aku baru-baru ni ada anak kucing, aku bubuh nama Jaden. HAHAH. (Tapi butoh betui kucing aku dah hilang). 


So sekarang ni, Will dan Jada dah tua-tua, zaman berlakon jadi hero dan heroin dalam filem hebat mungkin dah berakhir tapi dua seniman ini terus evolve dalam cara seni mereka yang tersendiri. Will Smith ada dia punya Youtube Channel started off sejak 2018. Aku adalah follower tegar channel dia. Aku suka cara Will Smith bercerita dalam video-video dia, dalam lawak, dia banyak bagi pengajaran. Hangpa boleh follow kat sini:  Will Smith Youtube Channel


Dan Jada pulak ada rancangan bual bicara iaitu Red Table Talk (RTT). Rancangan ini diterbitkan melalui siaran Facebook Watch. Nampak tak betapa depa berkembang mengikut peredaran zaman? Mana ada buat rancangan TV ni semua macam good morning america tu semua, The View...semua yang rancangan bual bicara kat TV TV. Tu semua zaman dulu-dulu dah. Kak Jada terbit rancangan dia sendiri dalam Facebook....kerlas! Dia punya projek RTT pun started off sejak 2018 dan menjadi kesukaan dan ramai. Ramai dah puji dan kata rancangan RTT ni macam best. 


Pagi ini elok-elok aku duk baguih short vacay dengan husband kat dalam Penang ni jerssss, lepas Subuh bukak lappy Kak Myzone mentioned aku kat FB dah. Spesifically kat video RTT menampilkan bual bicara Jordyn dan makcik Jada. OMG OMG OMG dah keluar dah. So before mak turun pi breakfast hocels, mak pun tengok bual bicara ini lebih kurang 30 minit sahaja. 


Siriesly introduction video ini sahaja membuatkan aku rasa sebak. RTT telah membuatkan sisipan introduction yang menunjukkan hubungan kuat antara tiga buah keluarga iaitu keluarga Woods, Smith dan Kardashian-Jenner. Rupanya, arwah bapak Jordyn dan Will Smith kenal rapat sejak zaman penggambaran drama bersiri Fresh Prince of Bell-Air. Jordyn dan Jaden adalah sahabat rapat dan Jordyn yang memperkenalkan Jaden kepada Kylie dan memang at one time aku rasa time Kim K dan Kanye West kawen depa duk kata Kylie dan Jaden duk couple ka macam mana. 


Pastu tunjuk makcik Jada pegang tangan Jordyn dan depa berjalan ke satu ruang di mana Jada dan mak Jada iaitu Adrienne Banfield-Norris duk bagi macam prep talk kat Jordyn before recording dimulakan. Depa juga sempat buat video call dengan Will Smith. 


Aku rasa berdebar dan macam sebak-sebak nak menangis sikit sebab aku rasa apa yang depa buat ini walaupun disorotkan dengan iklan (like habaq kata Will Smith dalam sesi penggambaran filem Bad Boys 3 -iklan-sangat) tapi persembahan ini, bual bicara ini, conversation ini adalah real. Depa (Will dan Jada) sayang kat Jordyn sebab depa kenang arwah bapak dia adalah sahabat baik kepada Will. Atas sebab rasa kasih dan sayang, depa rasakan adalah masanya untuk bagi peluang kepada Jordyn untuk menceritakan kisah di pihak dia dalam suasana sebuah keluarga.


So conversation started dan hangpa sendiri kena tengok the full interview. Jordyn mengaku dia bersalah sebab dia tak sepatutnya ada kat dalam party itu. Dan ini adalah fakta yang dikeluarkan oleh Jordyn sendiri aku tulis dalam point form:

✔ malam tu dia keluar party party dengan kawan-kawan perempuan
✔  macam biasa lepas club dah tutup selalunya depa semua akan pi sambung after-party kat rumah sapa-sapa so malam tu kawan-kawan dia kata jom pi after party kat rumah Tristan. Dia kata why not kan? Dia kenai Tristans so adalah selamat dia pi rumah Tristan daripada dia pi rumah orang dia tak kenal
✔  Tristan tak jemput dia personally pi rumah tu, depa ni macam ikut ja pi mana-mana. 
✔ Masa lepak kat rumah Tristan, dia duduk sebelah Tristan tetapi macam duduk atas tempat letak tangan tepi sofa yang dah penuh. Bukan duduk atas paha Tristan. Tristan pun mengaku, dia sangkut kaki dia bawah kaki Tristan.
✔  Dia habaq depa semua ramai lepak dan chill ada la macam bisik-bisik macam orang lain kot telinga tapi nothing serious/intimate
✔  Dia kata dia dan Tristan, malah Tristan pun takdak la ajak dia pi masuk bilik ka pi romen-romen...takdak pun. (Tapi dia tak habaq pun kalau kata Tristan duk try dia...huhuhu sebab aku rasa Tristan mesti ada nak flirt punya dengan deni. Come on lah...dah mabuk kot. Mesti duk stim kan...)
✔ Pukul 6 pagi Jordyn dan kawan-kawan dia semua nak gerak balik. Sebab matahari dah naik. Tapi masa nak balik, Jordyn cium mulut dia. Dia macam tak tau nak pikiaq macam mana bila laki tu cium dia. Pastu dia pun balik dengan harapan, dia anggap TAKDAK APA PUN BERLAKU.
✔  Pastu Kylie fon dia dan tanya apa jadi, dia kata dia tak mau lah nak habaq yang laki Khloe com mulut dia sebab dia tak mau nak panaskan lagi keadaan. Atas apa sejarah hitam yang dah pernah jadi sebelum ini. 

Tonton Jordyn Woods Shares The Truth: Red Table Talk with Jada Pinkett Smith

Aku paling sebak tiba-tiba nak start macam sedih nak menangis sama apabila bila Jordyn menitiskan air mata bila dia sebut nama Khloe. Dia tak menangis meraung style over-over, as she is speaking, air mata tu mengalir dan dia cepat-cepat lap dengan tissue sebab muka dia kan duk cantek-cantek dengan make up semua. Wehs siries aku faham perasaan itu. Itulah aku rasa bila aku berhadapan dengan orang-orang besar yang soal siasat aku pasai aku punya blog tapi tiba-tiba mentioned dan tanya pasai aku punya mental health issue. Dalam keadaan tenang dan composed tiba-tiba rasa macam sebak gila wehs. Sayu dalam hati sebab perasaan itu adalah jujur. Sakit kat dada macam kena tekan dengan batu keras, hidung pun rasa pedih kalau kita tahan sebak itu. Air mata keikhlasan itu perlu kita rembeskan untuk bebaskan perasaan yang ada. Itulah rasa sebak apabila kita ikhlas tetapi dipermainkan dalam aturan dunia. Sedih sebab apa yang berlaku sekarang ini adalah di luar kawalan kita.  Aku boleh rasakan, Jordyn sangat sayang kepada Khloe macam kakak sendiri. Itu yang paling utama.


Air mata keikhlasan itu perlu kita rembeskan untuk bebaskan perasaan yang ada. Itulah rasa sebak apabila kita ikhlas tetapi dipermainkan dalam aturan dunia.


Cuba kita perhatikan body language Jordyn, dia sedikit membongkok ke depan. Kaki dia di bawah meja adalah straight ke depan dan kadang-kadang curled. Nampak macam seorang yang sangat menyerah tetapi at the same sedikit ada ketakutan dengan apa yang sedang dia hadapi dan dia kena buat jugak sebab dia mengaku dia salah. Ya, dia mengaku dia salah tetapi dia di situ bukan nak tegakkan benang yang basah. Aku suka cara dia bercakap, lembut dan tidak gopoh. Ini adalah satu proses yang Jordyn buat dengan betul, bukan untuk sapa-sapa tetapi untuk diri dia sendiri. Dia mengaku salah sebab dia nak melindungi orang-orang yang dia sayang sebab sekarang ni dia kata, dengan keluarga dia sendiri dan kawan-kawan yang keluar party dengan dia malam tu, sapa pun dia tak bagi untuk bersuara untuk mempertahankan diri dia. Sebab dia kata, dia tak mau kawan-kawna dan keluarga dia tanggung apa dia tanggung.

Jordyn is berdengkoi.  Mana laaaaaa Tristan tak hambat oi!

Let's talk about how she looks. Salute! Sapa yang tak kenal Jordyn, deni seksi tau! Gambar di atas adalah dilampirkan.  Style pompuan negro yang cantek-cantek meletops ni. Tetek besaq, curvy gila, kulit pun cantek. Tapi dalam rancangan ini dia tampil dengan make up yang simple warna natural, bulu mata pun dia bubuh kat tengah ja bagi nampak macam natural bila dia bukak mata. Blusher dan shades pun simple. Lipstick pun nude. Rambut pony tail kosong. Pastu dia pakai dress hitam turtle neck dengan kasut sport. Bila dia pakai hitam, secara otomatik aku tengok kat muka dia sahaja. Kasut sport warna putih adalah pilihan yang tepat!!! Bayangkan dia pakai pump heels......

The talk!

Habis dia cakap dan luah cerita-cerita dia, aku suka cara Makcik Jada membuat conlusion. Dia punya tazkirah about Truth.


You know I've had to learn a lot about the power of telling the truth. Even in this stage of my life, (you know) because truth gets deeper and deeper. You learn this as you go. (We love to think that) we all super honest that it is easy to tell the truth. But specifically when I was your age, I have no idea of how to tell the truth. Or even to understand the power of telling the truth. I have to tell many lies. And it's always better. I had to tell many lies and gets the consequences of telling lies. YOU'D RATHER TAKE THE PAIN of telling the truth than rather to take the pain of telling a lie. And then, take the pain of rehabilitate what ever that lie has created. Because the trust has already broken. - Jada Pinkett Smith. RTT Februari 2019


Preach momma preach! Oh aku sangat suka konklusi yang diberikan oleh Jada. Lani aku tau pasaipa orang macam suka nak tengok deni punya rancangan. Aku rasa Jada adalah seorang pembual yang sangat baik. Dia ada empathy, dia mendengar dan merasa. Dia tak berusaha teruk untuk glamorizedkan keadaan ini, dia tak overshadow orang yang dia sembang, dan kata-kata dia lahir dalam keadaan yang diperlukan dengan bahasa dan pemikiran yang mudah dan adil. SEBAB INI RANCANGAN BUAL BICARA WANITA kat Malaysia masih belum capai tahap ini sebab mana ada pengacara wanita kat Malaysia yang ada empati secara semula jadi ni? Time interview pun sarat dengan tudung melilit penuh gemerlapan kristal Svarosky.   Bahasa dan bual bicara kosong sebab kurangnya bacaan dan ilmu.


Konklusi
Kesimpulan yang aku buat untuk cerita ini dan juga cerita yang sedang berlaku kat Bella Astillah adalah, PASAIPA DALAM KEADAAN KEADAAN INI KITA SEMUA ASYIK NAK HUKUM WANITA SAHAJA? Pasaipa? Pasaipa? Pasaipa?


Pasaipa dalam cerita Jordyn...........................TAKDAK SAPA PUN YANG KUTUK DAN CAKAP PASAI TRISTAN? Deni la bapak segala masalah dalam skandal ini. Hangpa tau tak? Setahun sebelum Khloe melahirkan True pada Disember 2017, ex GF Tristan masa tu nama Jordan Craig pun melahirkan seorang bayi lelaki pada Disember 2016! So dalam tempoh setahun, hang bersama wanita lain yang kedua-duanya melahirkan dua orang zuriat hang.


Bila Khloe melahirkan semua orang kutuk dan marah Khloe sebab still bagi chance kat Tristan, sedangkan sebenarnya Tristan adalah LELAKI PERTAMA YANG REMUKKAN HATI ANAK PEREMPUAN DIA SENDIRI pada hari dia dilahirkan. Fuck kan?


Pasaipa takdak headlines pun yang kecam Tristan suruh dia blah dan jangan ganggu dan hidup hidup perempuan-perempuan ini?

Aku setuju (gelak jahat) dengan pendapat my fave Instafamous aku Anjou a.k.a Zarina Anjoulie,  ALIFF IF YOU WANNA CHEAT YOU SHOULD UPGRADE NOT DOWNGRADE.  

And now aku nak cakap pasai Bella Astillah, aku tak mau nak cerita dan explain panjang sangat pasai kes dia dan suami dia Aliff Aziz. Hangpa semua lebih arif. Tapi PASAIPA TAKDAK SAPA PUN NAK KUTUK ALIFF AZIZ KAT SINI? Because he is the problem in this situation. Let's not talk about hang sebagai isteri perlu tutup aib suami hang......sebab once hang kawen dengan satu perempuan, adalah tugas hang untuk menjaga wanita itu! Dalam banyak keadaan masalah dalam perkahwinan, kita quick to judge bahawa si perempuan yang mempunyai masalah besar dalam rumah tangga itu. TAPIIIIIII DALAM ISLAM, BUKANKAH TUGAS SUAMI UNTUK MEMIMPIN DAN MEMELIHARA ISTERI? Come on guys, kalau suami itu matang dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya zahir dan batin.......JUMIE SAMSUDIN pun boleh jadi jinak.


Aku bukan nak tazkirah kat sapa-sapa dalam cerita Bella Astillah, Aliff Aziz, Oktovia Manrose malah mak Aliff Aziz sendiri. Semua pun adalah manusia yang tak lari dari kesalahan. Tapi aku harap sangat semuanya belajar dari apa yang dah berlaku hari ini, sama-sama cari penyelesaian cara baik dan move on. Malas la aku nak bagi komen-komen sensasi kutuk sana sini depa ni, sebab aku tak mau jadi macam AHLI AHLI TOILET DALAM SOSIAL MEDIA macam yang Lady Gaga dah habaq kat kami semua Baby Monster. 


Come on para wanita sekalian, kita yang perlu menjaga dan membangkitkan lagi semangat kita semua sebagai rakan sejantina. Kepada natural born women and also my trans sister, cukuplah beribu tahun lamanya wanita dianggap sebagai jantina kelas kedua. Kita kena belajar banyak daripada kejadian ini. Jangan sesama menzalimi melalui kata-kata dan hukuman kita sendiri. Sebab esok lusa, entah apa pulak nasib kita dan anak cucu kita.

Catatan Jumie Samsudin pada 2 Mac 2019 dari Deluxe Suite Room 539, Royale Chullan Hotel,  Penang

4 comments:

  1. Yessssss! Thank you! seriously hilang sembelit baca post ni...

    ReplyDelete
  2. Baca habis tang Jordyn ja.. hat sorang lagi tu malas dah..

    ReplyDelete
  3. tapi kan jumie, Jefree Star kan ade buat IGS dia ckp jordyn ngan tristan tu sebenarnya dah kapel for a month or two & the people of calabasas sume dah tauu pasal skandal depa dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah sama ja semua u olllsss...hang kata aku ...aku kata hang...lani biaq pi la kat depa...what im trying to say is...kita betulkan mentaliti kita dahulu. Duk fight sangat for women's right tapi kita sesama wanita yang paling kuat menghukum

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...