28.4.19

Lepak di Penang Digital Library


Pada suatu hari,  kawan I olls yang tak elok sikit dan gemok kat bahagian paha bersama Ridhwan Shariff telah mengajak I olls untuk pergi ke satu tempat. 

"Weh hari hang nak buat apa?"

"Aku nak tulis blog jangan kacau aku"  maknanya aku nak berkubang di rumah dan tulis blog.

"Jom teman aku.  Hang tulis blog aku buat assignment.  Dekat Penang Digital Library.  Sana best  selesa.  Hang mesti akan suka.  Bila hang tekelapaq, boleh turun ada cafe semua."

Atas pelawaan itu,  aku pun pergi lah ke Penang Digital Library bersama Ridhwan Shariff.  Kami spend time berjam-jam kat sini.  Sampailah dia dah balik,  aku stay sorang-sorang untuk siapkan hutang-hutang artikel aku kat blog.  Kepada u olls semua yang baca blog ini,  boleh tak tolong habaq kat kawan-kawan hangpa semua,  aku dah 'BUKAK' blog aku balik.  Jangan tanya pasaipa....just habaq kat depa.  Benda elok kita sambung,  benda tak elok kita lupakan sahaja.  Gitu.

So hari ini aku nak share kat hangpa gambar yang aku rakam masa first visit aku ke Penang Digital Library.  Penang Digital Library merupakan ruang awam yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk kemudahan orang Penang.  Banggalah menjadi rakyat Penang sebab ada kemudahan seperti ini.  Terletak di dalam kompaun di Jalan Masjid Negeri berdekatan dengan Penang Free School.  So mai kat sini ada apa?  Basically kat Penang Digital Library ni ada banyak bangunan-bangunan yang menempatkan free spaces untuk kita mai buat kerja kita menggunakan laptop, untuk study ataupun discussion.  Secara sendiri atau berkumpulan.

Hangpa boleh pilih macam-macam jenis ruang disediakan,  jenis booth.  Jenis open space.  Kalau nak discussion room, u olls boleh buat booking dulu untuk tempah pakai tempat berkenaan.  In fact,  I olls pernah rekemen sorang kawan,  dia nak buat kursus percuma kepada orang awam tentang cara-cara menggunakan social media untuk tujuan e-marketing.  Atas rekemen aku,  dia buat kat Penang Digital Library u olls.  Kalau tak salah.....tiada caj dikenakan untuk tujuan bukan komersial seperti itu. 

27.4.19

Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang

Terima kasih Cafe Lagenda atas jemputan ini.


Nah!  Hangpa semua mesti kenai kan dengan Cafe Lagenda,  famous dengan makanan Asian fusion dia yang sedap ya ampun.  Gado-gado dan juadah set nasi lain lengkap dengan congkak.  U olls especially orang Penang yang tak pernah dine in Cafe Lagenda,  OH MY GOD...i don't know why you are not here still!


Alhamdulillah untuk tahun ini,  Cafe Lagenda tidak ketinggalan untuk menyediakan set juadah istimewa untuk Ramadhan.  Kalau dahulu mereka menyajikan set atas dulang 'masjid' gitu,  tahun ini temanya berbeda.  Iaitu set "Bakaq Bakaq Ramadhan"  depa insist untuk pakai ejaan BAKAQ BAKAQ sebab lebih dekat dengan cara kita orang Penang.



Vistana Hotel Bukit Jambul Penang Ramadhan Buffet "101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan"

Terima kasih Vistana Hotel Bukit Jambul Penang

Kambing panggang dengan nasi mandy di dalamnya.

Orang-orang Penang!  Nah...hari ini kita nak tunjuk kat hangpa semua review untuk Vistana Hotel Bukit Jambul Penang.  Seperti kalian semua tahu,  Vistana Hotel Bukit Jambul Penang dah renovate banyak baharu.  Dari bilik,  cafe,  lobby sampailah dia punya ballroom.  Untuk Ramadhan Buffet "101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan" yang bakal ditawarkan bermula 6 Mei 2019 hingga 3 Jun 2019,  sajian ini akan diadakan di ballroom.  Memang besaq dan selesa u olls,  hidangan pulak akan ada di area lobby nak masuk ballroom tu,  kecuali hat yang bakaq-bakaq semua dia buat kat outdoor sikit.





Seperti tahun-tahun yang lalu, Vistana Hotel Penang menampilkan sajian juadah berbuka puasa yang penuh dengan citarasa klasik bertemakan 101 Resipi Penuh Tradisi Tok Wan. Macam-macam juadah ada dari aneka kerabu, kambing golek, nasi mandy, nasi ayam dan macam-macam lagi. Apa yang specialnya bagi i olls adalah dia punya kambing golek yang very the vas,  pastu ada pulak kambing yang kot dalam perut dia ada nasi mandy.  Dan kepada peminat kerang rebuih!  Depa ada warung istimewa dengan kerang rebus!

24.4.19

Jumie & Nischa Birthday Party at Gravity, G Hotel Klawei

Seperti biasa,  perempuan feeling macam aku akan menyediakan e card untuk jemputan birthday party walaupun semua orang tu bayar makanan dan ayaq minum sendiri.  #TypicalAsianParty #damnyouSilver


Kalau tahun lalu I olls meraikan birthday party ala-ala New York girl  dekat Golden Shower by Chin Chin,  kali ini I olls bergabung dengan seorang lagi wanita agam iaitu Nischa dan kami meraikan majlis hari jadi kami di Gravity,  G Hotel Kelawai.  Sky bar ini rasanya baru sahaja dibuka and menjadi pilihan kesukaan warga kota Georgetown yang ingin santai pada waktu malam dengan pemandangan neon malam.

Pemandangan neon malam memandang arah Tanjung Tokong dan kawasan yang sama waktu dengannya.


Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang

Durianizer Corner u olls!

Dulu orang tau lokasi ini sebagai PISA (Penang International Sports Arena) tapi sekarang depa dah buat baru dah tempat ini, menjadi convention centre yang pertama di Pulau Pinang iaitu Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang. I olls pernah duk mai sebelum ni tapi untuk jogging dan zumba kat rooftop garden depa yang meletops tu, sekarang ni bahagian bawah dah siap untuk kegunaan macam-macam event. 


Keluasan SPICE Penang
Nak buat kursus, kenduri kawen, concert, pameran atau apa-apa pun bolehlah buat kat Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang! SPICE mempunyai keluasan 4,000 meter persegi. Dia punya ballroom boleh muat sampai 8000 orang (duduk macam panggung wayang tu...) pada satu-satu masa. Haaa amik hang! Kalau buat event ala-ala meja bulat, boleh muat sampai 400 bijik meja. Kalilah sendiri dengan 10. Semua ini terbahagi kepada 13 buah function di level LG dan Ground.



Ruang lobi yang luas.


Ballroom Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang


20.4.19

Orkid Merah Tanda Semangat #OrkidViral


Sempena pembukaan cafe baharu A Ghaffoor Martabak Original oleh sahabat kami Nizal Ashriff, kami kawan-kawan bagi dua hadiah kat dia. Mula-mula bila kumpul duit nak bagi hadiah,  aku duk feeling nak beli bunga hidup hat besaq macam orang Cina akan beli bubuh depan kedai baharu tu kan?  Tapi dua orang anak ayam aku iaitu Ridhwan Shariff dan Yazid Aziz berkata "Baik kita amik duit tu untuk iklan kat Laparpo bagi business dia boom menaik."  

Aku pun pi check review kat Laparpo,  8 keping gambar dengan posting ayat sikit.  Harga dia lebih kurang half daripada jumlah yang kami kumpul untuk bagi hadiah kat Nizal.  Kalau hangpa nak tengok post kami kat Laparpo boleh klik sini:  Laparpo: A Ghaffoor Martabak Original

Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang

Terima kasih Royale Chulan Penang atas jemputan ini.


Istimewa untuk Ramadhan tahun ini,  Royale Chulan Penang bakal menyajikan sajian bertemakan lauk pauk tradisional masyarakat Melayu di sepanjang bulan mulia ini.  Pastinya keenakan juadah yang dapat mengimbau kenangan semasa di zaman kanak-kanak ketika berbuka puasa bersama keluarga.  Antara juadah utama yang wajib u olls cuba adalah Sup Tulang Rawan Berempah, Rendang Tok, Kepah Masak Cili Padi, Gulai Daging Batang Pisang, Ketam Gulai Borneo, Asam Pedas Ikan Sembilang, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi dan  Spaghetti Sambal Sotong.


Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang


Tak lengkap sesi berbuka puasa di hotel kalau tidak ada kambing panggang.....jangan risau,  Royale Chulan Penang menyajikan Kambing Panggang Golek untuk hangpa semua.  U olls boleh makan daging kambing panggang golek begitu sahaja dengan sos istimewa yang disediakan ataupun nak makan dengan empat jenis nasi!  Nasi Beriani, Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato  atau Nasi Dhall...atau semua sekali! Haaaaa amik.  Siries,  semua nasi ini akan disajikan setiap hari sepanjang promosi Sajian Nostalgia Ramadhan Buffet Royale Chulan Penang.


Sebagai pemanis mulut,  u olls boleh cuba resepi tradisi seperti Sago Gula Melaka, Sago Pengat Pisang, Cucur Keria, Aneka Kuih Bakar, ais kacang dan cendol dan macam macam lagi aneka manisan resepi barat.  Semuanya sedap-sedap belaka. 

  
Sri Tanjung Cafe

"3 Abdul" Ramadhan Buffet Dinner Vouk Hotel Suites


Alhamdulillah,  bulan Syaaban iaitu satu bulan sebelum bermulanya bulan Ramadhan maka akak akan mulalah menerima jemputan daripada hotel-hotel dan cafe seluruh Pulau Pinang untuk buat review Ramadhan promo depa.  Bila kita post kat sosmed kawan-kawan mulalah duk komen dengan ayat cliche "Erm....tak ajak...."  Actually jawapan yang paling tepat nak balaih kat depa adalah "Kalau hotel ini tok menakan aku yang jadi owner aku akan jemput semua orang mai makan sekali"  Tapi disebabkan ini semua adalah komen-komen biasa para netizen Meleis yang sendu,  akak letak icon senyum jer.  Kan???

Review makan kat hotel ni semua nampak best dan seronok,  dapat makan free kan?  Tapi sebenarnya ini adalah satu tugasan yang perlu dibuat dengan penuh hormat dan displin.  Sama la macam tugas-tugas lain dalam hidup kita.  Hang kenalah mai awai dari waktu dan masa yang ditentukan,  kalau depa emel siap-siap press release,  hang kena baca supaya at least hang ada idea apa yang depa akan serve dan plan macam mana hang nak start amik gambar.  Sebab tu I olls mentioned yang kita kena datang awal,  sebab nak amik gambar!  Nak ka datang lambat,  pastu sesi makan dah bermula,  makanan yang terhidang semuanya dah diceduk dan disenduk.  Not nice for photo kan?

Persembahan khas dari sebuah pancaragam yang menyanyikan lagu lagu nostalgia P Ramlee.


Staf semuanya memakai tarbus ala-ala 3 Abdul!

15 Hari Tak Keluar Rumah



Gambar ini aku ambil pada hari pertama aku mai kerja lepas 15 hari tak keluar rumah. Baru- baru ini, bipolar disorder cycle depression aku hit balik. Penat la nak explain pasaipa, kenapa, macam mana, bagai mana.....penat dan malaih. Aku just nak share apa aku rasa sekarang.


Ini bukan kali pertama, aku tak boleh mai kerja berhari-hari. Ganggu kerja orang, beban urusan hidup orang. Tapi nak buat macam mana? Tuhan tak bagi aku mati, dulu aku cuba mati, lalok dan muntah-muntah dengan ubat tah apa apa aku telan banyak-banyak....tapi aku hidup jugak. Nak mati pun....dengan izin Allah tau, kalau Dia tak izin...tak matilah hang.

Jumie Going on 34 #eh

My only kek birthday.....


Aku ingat aku tak nampak dah cahaya matahari kat dunia ini.  Kepada hangpa yang tengok aku punya Facebook posting,  aku dah mulai semakin berani untuk menceritakan secara lebih terperinci tentang perjalanan aku dengan Bipolar Disorder yang aku hadapi.  Hangpa boleh baca kat sini,  kalau tak boleh bukak takpa nanti aku akan update dalam blog aku juga.  Janji aku,  setiap Ahad aku akan post satu cerita pasai aku punya mental health issues dalam FB.  Tujuan aku,  aku nak bagi hangpa semua kawan-kawan aku untuk rasa lebih open,  lebih selesa dan lebih memahami penyakit yang tiada nanah,  lebam atau darah ini.


Malangnya depression itu singgah dalam hidup aku pada minggu yang aku biasanya akan jadi happy gila iaitu hari jadi aku.  Hari jadi aku tak pernah kurang dari 3 bijik kek,  hahaha,  kawan-kawan dan family semua akan mai duk bagi hadiah kek.  Tapi tahun ini,  hari jadi aku,  pukul 9 malam aku paksa diri aku pi Emergency Room,  Hospital Pulau Pinang.  Aku paksa diri aku jugak sebab aku tau kalau tak paksa silap hari bulan sebulan baru aku akan boleh ada 'mood' untuk hidup balik macam maknusia biasa.

Thank you husband for taking this picture.  Me in Emergency Room  Penang General Hospital waiting room......special waiting room if you are here for mental health breakdown.

Keluar ER,  masuk kereta,  Khafi kata Happy Birthday.  Dia bagi kek ni kat aku.  Kami makan kek kat parking lot di Hospital.  Biaq la orang nak kata macam-macam pasai laki aku,  tapi aku tau laki aku macam mana.  Laki lain tak akan boleh jaga aku macam mana Khafi boleh tahan dan jaga aku.


Part tu aku akan cerita dalam blog aku yang lain.


Hari ni aku nak cerita pasai Birthday aku yang ke 34 tahun.  Yaa.....aku berusia 34 tahun walaupun hakikat aku tau hangpa semua macam tak percaya kan?  Sebab aku nampak persis gadis 19 tahun.  #masihketatyaampun.

Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang

Terima kasih Hotel Equatorial Penang Atas Jemputan Ini.


Hello u olls,

Okay hari ini kita nak share pasai review promo berbuka puasa di Hotel Equatorial Penang.  Tema untuk tahun ini adalah "Wau Ramadhan Buffet" dan disajikan di Restoran Nada Lama.  Promo Wau Ramadhan Buffet ini akan bermula dari 5 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019.  Details harga semua I olls akan ceritakan di bawah.


Perasmian
Ada banyak pilihan juadah yang u olls boleh pilih dari dalam kawasan restoran Nada Lama itu sendiri sampailah kat bahagian luar Nada Lama tu. Tak tau la nak pilih yang mana satu kan?  Sebelum kami disajikan dengan juadah enak di Nada Lama,  kami semua menyaksikan upacara perasmian Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang oleh Mr Andreas KnΓΌssi,  General Manager EQ Hotel dan Cik Rina Mariani,  Executive Assistant Manager, Sales & Marketing and Room Division di EQ Hotel.  Selain itu,  kami semua turut disajikan dengan persembahan tarian tradisional oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Bukit Jambul.  



19.4.19

Full Pink Moon

Full Pink Moon

Semalam 19 April 2019 bersamaan 14 Syaaban 1440H jam 8:07pm keluaq-keluaq office tengok bulan Masya Allah punyalah cantik. Saya pun amik la beberapa keping gambar. Nah! Share kat sini. Hangpa lain sempat tengok tak? Kalau tak sempat rasanya esok malam bulan masih penuh sebab esok 15 Syaaban.



Taken from Spiritual Blogger @thechakraoracle


Kawan I olls seorang Vampire-rina PM tepi dia screen shot pasai kejadian Full Pink Moon. Hangpa boleh baca diskripsi pasai fenomena ini.Dalam diskripsi Full Pink Moon dalam IG tu dia kata malam ni adalah bagus untuk kita tambah energy dan memperbaiki hubungan "cinta". 😍😍😍


Orang kata time-time bulan mengambang ni geng geng otak tak centre macam aku ni boleh terganggu. Dalam pengalaman yang lalu....yes pernah la rasa murung semacam bila bulan penuh. Tak tau la itu kebetulan atau memang ada kaitan secara saintifik.


Aku balik rumah sampai lani memang duk energy lagi, basuh pinggan dan basuh kain. Insat nak menulis....Tapi aku energetic ni bukan sebab full pink moon rasanya....tapi sebab tadi Mohd Azmi belanja aku Iced Latte. Hujung minggu ja baru bleh minum kopi u olls.....  #fullpinkmoon



Copied from original posting on my Facebook on 19 April 2019.

14.4.19

Sajian Aneka Rasa Eastin Hotel Penang Iftar Buffet Ramadan

Terima kasih pihak Eastin Hotel Penang atas jemputan ini.



Waaah!  Okay u olls hari ini kita nak share pasai Ramadhan buffet promo di Eastin Hotel Penang pulak.  Kepada yang tidak tahu,  Eastin Hotel Penang adalah hotel meletops yang terletak dekat dengan Queensbay Penang.    Sempena Ramadhan 1440 Hijrah ini,  Eastin Hotel Penang menampikan sajian berbuka puasa dengan tajuk “Sajian Aneka Rasa”.  Tawaran hebat ini adalah bermula dari 7 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019 dari jam 7:00 malam hingga 10:00 malam.

Memang sesuai dengan namanya,  aneka rasa. Team kulinari dari Eastin Hotel Penang mempersembahkan pelbagai sajian berbuka puasa dengan citarasa tempatan mahupun antarabangsa di mana kita tetamu semua akan menikmati juadah ini di Restoran Swez Brasserie dengan harga RM88 nett seorang.  Tawaran ini adalah istimewa pada minggu pertama Ramadhan iaitu 7 Mei hingga 12 Mei 2019.  Untuk dapatkan promo hebat ini,  anda boleh redeem voucher dari Facebook Page Eastin Hotel Penang.  Dengan voucher yang sama,  kalau u olls beli awal sekarang untuk makan antara 13 Mei hingga 4 Jun 2019 harga yang dikenakan hanyalah RM100nett seorang.
Harga normal rate untuk juadah berbuka puasa Sajian Aneka Rasa Eastin Hotel Penang Iftar Buffet Ramadan adalah RM120 nett seorang.  Untuk warga emas hanya RM70 nett seorang dan untuk kanak-kanak usia 6 tahun hingga 11 tahun boleh dapatkan potongan sehingga 50% daripada harga normal.



Ramadhan Bazaar Buffet Lexis Suite Penang

Terima kasih kepada Lexis Suite Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.


Tahun ini,  pihak Lexis Suite Penang menawarkan juadah berbuka puasa yang menarik bertemakan ‘Bazaar Ramadhan, Authentic Malay and Arabic Cuisines’.  Ramadhan Bazaar Buffet Lexis Suite Penang akan mula ditawarkan kepada para tetamu bermula 6 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019 dari jam 7:00 malam hingga 11:00 malam di mana kita semua akan berpeluang untuk merasa 'air tangan' dari Chef Johnno Fong,  Chef Eksekutif dan seluruh tim kulinari di Lexis Suite Penang.  

My assistant for today,  Aniza the jiran.  


13.4.19

Selera Nusantara Ramadhan Buffet Olive Tree Penang

Terima kasih kepada pihak Olive Tree Penang atas jemputan ini.



Cepat sangat masa berlalu,  tak sangka tak sampai 1 bulan dari sekarang akan bermulalah bulan Ramadhan penuh kemuliaan.  Seperti biasa,  blog ini akan update promosi hebat berbuka puasa daripada hotel,  restoran dan cafe dari seluruh Penang.  Insya Allah (ikut mana yang sempat la).  Tahun lepas,  2018 aku tak sihat (yang ini kita akan cerita dalam blogpost yang lain) di mana aku tak dapat nak pi review mana-mana jemputan hotel pun.  Tapi alhamdulillah kali ini,  Allah bagi kesihatan seperti mana yang kita semua selalu doakan.

Kepada u olls semua yang menantikan review jom kita tengok review pertama untuk Olive Tree Penang.





Lithium Carbonate



DISCLAIMER: Catatan ini adalah sebagai melaporkan perjalanan saya sebagai seorang yang mempunyai masalah kesihatan mental iaitu Bipolar Disorder. Bukan untuk rujukan dan panduan kesihatan. Sekiranya anda khuatir dengan kesihatan mental, anda dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan klinik/hospital terdekat. WARNING: Posting ini ada (Trigger Warning) berkenaan suicidal. Mohon elak baca sekiranya anda dalam keadaan tidak stabil

Hari ini saya nak sambung catatan pasai saya punya kesihatan mental iaitu Bipolar Disorder. Sorry kalau saya punya posting tidak akan ikut kronologi sebab saja nak bagi hampa lagi syiok nak baca. Ps. Nanti posting ini saya akan share dalam blog jugak ( copy/paste)


Catatan hari ini adalah tentang ubat yang saya kena makan iaitu Lithium Carbonate. Saya start kena makan ubat ni awal tahun 2018 masa first diagnosed di sebuah hospital swasta. Masa tu dose yang diberikan adalah sedikit dan saya juga disuruh untuk makan ubat tidur. Sebab saya susah nak tidur time tu. Otak style tak boleh rest walaupun badan dah letih teruk. 🀭🀭🀭


Hospital swasta tu tak check pun darah saya, tekanan saya ka apa ka. Setiap kali pi klinik dia, dia hanya habaq "You ada makan ubat? U kena makan ubat okay! Jangan tak makan ubat." Pesan doktor tu. Oh ya...dia juga selalu suruh saya eksesais sebab saya gemok.


Lepas 3 bulan makan ubat ni ikut dosage yang dibagi, Bipolar aku jadi teruk di mana kalau hangpa ingat aku ada satu episod aku jadi terlalu marah sampai buat Facebook live dan maki satu perempuan. Itu adalah satu kejadian hitam yang amat teruk dalam hidup aku. Lepas kejadian itu aku jadi down dan mai la depression semua sampai 1 bulan tak keluar rumah. Yes, ulang suara, 1 BULAN TAK KELUAR RUMAH. Suicidal thoughts....Ada banyak kali dalam tempoh 1 bulan tu. Makan semua pill yang ada kat rumah. Tapi tak mati pun. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Muntah dan cirit sampai lembik sahaja.

9.4.19

Kembara ke Belantara Belum Part I

Pemandangan nian pagi yang damai.

Memang dah lama teringin nak sampai kat Royal Belum,  setiap kali drive dari Penang menuju Kelantan,  lalu sahaja kat Tasik Banding,  mulut mesti akan kata "Abang nanti kita amik pakej pi masuk hutan Belum okay?"

Pernah la jugak survey pakej mengembara di Royal Belum ni,  tudia lebih kurang RM800 satu orang.  So disebabkan itu,  niat ini terkubur begitu sahaja.



Aku nak amik selfie tapi tak tau pasaipa mata aku tertutup sebelah.  Nampak macam lawak muka aku.  HAHAHA


Kembara ke Belantara Belum Part II


Aktiviti Memancing,  Berakit,  Berkayak dan Mandi Manda
Bila rumah boat dah parked,  aku dan beberapa kakak yang aku baru kenal dalam perjalanan ini mulalah merayau-rayau dan berjalan-jalan di tepian pulau tempat house boat kami.  Tapi kami tak berani nak merayau jauh,  kami berjalan setakat mana mata kami boleh nampak boat sahaja.  Ada staf lelaki yang dah mula memancing (excited gila),  ada yang dah start berakit dan bermandi-manda.  Kami pun makan tengahari dulu.  Makanan tengahari di masak oleh boat wanita dan boat lelaki.........aku dan kakak-kakak tadi pi makan kat boat lelaki sebab lauk depa macam best.  

Haaa nampak tak kami pi boat orang? HAHAHA


Lepas makan,  ikutlah aktiviti bebas duk ada.  Hang bolehla nak terjun tasik ka, nak berakit ka.  Tapi aku pulak rasa macam nak migraine,  jadi aku pun mandi!  Mandi dalam tandas la...bukan dalam tasik lagi sebab cuaca kat luar tu masya Allah punyalah panaih.  Bahang dia memang tak boleh nak habaq lagu mana.  Ingatkan mai masuk utan ni rasalah sejuk sikit kan?  House boat kami takdak air cond.  Mak pun mandi la...lepas mandi basuh kepala semua.  NENJIAAAA........apa lagi?  Aku sambung lena dalam bilik.  HAHAHAHAH Aku lena agak lama jugak la.  Tau tau sahaja dah redup sikit.


Gambar ketika merayau.

Kembara ke Belantara Belum Part III


Air Terjun Sungai Enam Base Camp, Tasik Temenggor, Perak
Daripada house boat,  kami menaiki boat laju yang disediakan di setiap house boat bersama-sama dengan renjer yang menjaga kami,  kami menyelusuri Tasik Temenggor untuk menuju lokasi  memulakan pendakian melihat Air Terjun Sungai Enam.  Lebih kurang 30 minit juga atas boat,  barulah kami masuk kat satu celahan di tepian sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Temenggor.  Kalau kat laut kita panggil teluk kan?  Kalau tasik kita panggil apa?


Masuk kat teluk tu,  masya Allah punyalah cantek aku rasa macam masuk dalam video klip Jom Cuti Cuti Malaysia sangat.  Takdak sapa yang ada kat situ melain kami,  dan aku rasa teluk yang kami masuk ni pun macam takdak binatang yang mai situ.  Sengap sunyi air pun tenang yang menakutkan....tapi cantek!

Tapi kata-kata aku dalam video ini salah.  Abang renjer ni tipu kami dia kata kami akan pi perkampungan orang Asli,  tapi sebenarnya kami nak masuk hiking ke air terjun.


Nah...ini still pictures pulak.

Kembara ke Belantara Belum Part IV

Kampung Orang Asli Chuweh
Selesai mendaki dan naik turun bukit,  now kami nak pi melawat perkampungan orang asli.  Sepatutnya kami semua membawa beberapa buah tangan istimewa untuk keluarga orang asli kat kampung ini berupa barangan memasak asas seperti beras gula dan sebagainya.  Tetapi entah macam mana,  kami dah cari kat semua house boat memang tak ada.  Rasanya memang tertinggal kat pejabat.  Inilah jadinya kalau kita tak tengok check list barangan betul-betul.



So kami semua pun menuju ke perkampungan orang asli ini yang dipanggil Kampung Chuweh dengan tangan kosong. Sampai sahaja kat sini kami disambut dengan pemandangan yang agak unik, kalau semua pulau-pulau lain penuh dengan pokok dan tumbuhan hutan yang rendang, kat sini semuanya takdak. Kami hanya nampak tanah merah sebagai lantai dan beberapa pokok-pokok kecil. Inilah cara orang asli puak Jahai ini membuka kampung.


Dari kejauhan sudah nampak bukit gondol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE