15 Hari Tak Keluar Rumah



Gambar ini aku ambil pada hari pertama aku mai kerja lepas 15 hari tak keluar rumah. Baru- baru ini, bipolar disorder cycle depression aku hit balik. Penat la nak explain pasaipa, kenapa, macam mana, bagai mana.....penat dan malaih. Aku just nak share apa aku rasa sekarang.


Ini bukan kali pertama, aku tak boleh mai kerja berhari-hari. Ganggu kerja orang, beban urusan hidup orang. Tapi nak buat macam mana? Tuhan tak bagi aku mati, dulu aku cuba mati, lalok dan muntah-muntah dengan ubat tah apa apa aku telan banyak-banyak....tapi aku hidup jugak. Nak mati pun....dengan izin Allah tau, kalau Dia tak izin...tak matilah hang.


So aku pun bangun dan hadap lagi hidup ini. Ini selfie aku amik dan send kat kawan2 rapat nak habaq yang aku dah kembali dari alam barzakh. Tapi kawan aku sorang perasan and tanya "Awat mata hang macam merah?" Mula-mula aku tak pasan bila aku tengok muka aku lagi sekali kat cermin, yaaa....memang dari sebelum SUBUH HATI BERGEGAQ BERGETAQ SEBAK TAKUT RAPLAH NEVES SEMUAAAAAAAAAAAAA. Aku paksa jugak diri aku bangun dan bersiap dan hadap semua orang. Sebab itu mungkin, hati sebak aku ni menyebabkan air mata nak mengalir, tapi sebab aku tahan so mata jadilah merah kan?


Aku malu nak mai kerja, nak mengadap orang. Aku ada masalah mental, yaa...tapi aku bukan gila. Aku boleh fikir, aku ada perasaan lagi. Tapi nak buat macam mana? Hadap lah semua orang...boss & kawan-kawan kerja yang paling aku malu nak hadap. Memang depa semua sambut aku dengan baik, tapi still dalam otak dan hati aku macam-macam benda syaitan duk bisik. Duk rasa macam kat belakang aku...depa duk kata macam-macam pasai aku.


Susah weh, kalaulah sakit aku nampak nanah, nampak bisul, nampak patah tulang tu kat mana...kan mudah? Aku tak tau la kawan2 opis aku betui2 paham apa aku tanggung, apa aku rasa? Mesti depa nak tanya aku pun macam takut-takut. Sebab pada hari lain, aku okay sangat. Malah aku yang paling ceria dan memeriahkan suasana.


Sebab tulah aku jadi penat dan malaih sebab bayangkan bila aku rasa aku dah nak okay, aku boleh jadi kuat, tiba-tiba benda ni mai lagi. Aku pun tak tau la bila lagi cycle Bipolar aku ni akan jadi lagi?


Keyakinan diri aku makin jatuh, sebab setiap kali aku baru nak rasa macam hidup aku stabil tiba-tiba ujian Allah ni mai lagi. Aku jatuh lagi. Kepercayaan aku pada orang pun makin berkurang, sebab aku tau aku banyak susahkan ramai orang. Sampai bila orang nak tanggung beban kerja aku?


Dulu aku Jumie Samsudin yang ampa semua kenal, so full of live, yakin tahap 600.7 fm, fearless, fiecefull....semua tu dah macam fading away. Lani....Moto hidup aku sekarang, as long as I can keep floating will be enough. Tak perlu rakit..perahu..layar...cukuplah aku boleh float tak tenggelam. Aku redha.


Aku tulis ni bukan aku nak mintak belas kasihan dari hangpa semua, aku perlukan lebih dari itu. Empati. Apa yang aku lalui bukan main-main, mental health is real. Doalah aku terus "floating".... Hari hari kemudian ini rutin hidup aku dah kembali normal. I'm back on my lithium carbonate (mood stabiler) dose. Selainnya aku pun ada kena pi sesi occupational therapy dan next 24th April aku akan pi counseling session pulak. Dua ni adalah tambahan dalam proses "floating" aku. #mentalhealth#bipolardisorder #myfuckinglife


Copied from the original posting on my Facebook dated 5 April 2019.

3 comments:

  1. jumie aku tau hang kuat..walaupun aku baru kenai hg..aku tau hang kuat..ramai org sayang hang...aku pun dah tersayang dekat hang sebab perangai hang ngan aku 2x5 ja lebih kurang sewel dia...keep on floating jumie..ujung thun ni aku pindah duk pulau..kalau hang boring mai rumah aku..dekat ja nnt

    ReplyDelete
  2. Jumie, keep strong. Aku paham apa yg hang alami. Aku pon penah alami benda yg sama dlu. Igt Allah dan keluarga yg sayang pada kita. Doa aku semoga hang pulih pelan-pelan. Jgn push diri sgt, one step at a time ok.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...