27.4.19

Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang

Terima kasih Cafe Lagenda atas jemputan ini.


Nah!  Hangpa semua mesti kenai kan dengan Cafe Lagenda,  famous dengan makanan Asian fusion dia yang sedap ya ampun.  Gado-gado dan juadah set nasi lain lengkap dengan congkak.  U olls especially orang Penang yang tak pernah dine in Cafe Lagenda,  OH MY GOD...i don't know why you are not here still!


Alhamdulillah untuk tahun ini,  Cafe Lagenda tidak ketinggalan untuk menyediakan set juadah istimewa untuk Ramadhan.  Kalau dahulu mereka menyajikan set atas dulang 'masjid' gitu,  tahun ini temanya berbeda.  Iaitu set "Bakaq Bakaq Ramadhan"  depa insist untuk pakai ejaan BAKAQ BAKAQ sebab lebih dekat dengan cara kita orang Penang.




Cafe Lagenda sekarang dikenali sebagai Lagenda House & Cafe.

Campbell Street yang sentiasa hidup.  Mai bukak posa kat sini mengimbau kenangan untuk kita dulu-dulu mesti mai shopping raya dengan family kita kat sini.




Sebelum kita makan,  kita kena jampi jampi dulu.  HAHAHA

Sebenarnya api dan bunga ini adalah hiasan wajib yang menjadi 'signature table art' di Cafe Lagenda.


Set untuk dua orang makan ini (kalau nak share tiga orang pun boleh,  kalau nak makan sorang sorang pun boleh....) mengandungi ayam panggang,  daging panggang,  kambing panggang dan satay ayam serta kuah kacang dan telur masin.  Untuk di makan bersama-sama dengan masak lemak tempe,  sambal petai,  kerabu mangga,  kerabu tembikai,  soup serai,  sambal,  jelatah,  air asam dan ulaman-ulaman.  Dalam set ini juga kita akan diberikan dengan dua pot nasi warna kuning dan biru.  Untuk pencuci mulut,  set ini juga akan sajikan kita pengat pisang,  bread butter pudding dan sweet and spicy savoury.  Tak dilupakan depa bagi jugak fresh fruits dan kurma untuk sunnah berbuka.  Nah!  Best kan?



Dating .......chewah.  Sebenarnya Cafe Lagenda memang favorite spot me and Khafi dating.  Staff sini mesra,  cozy and selesa,  tak banyak orang sangat and of course MAKANAN DIA SEMUA SEDAP.  Sapa yang duk complaint kata Cafe Lagenda tu mahai sangat,  pi la makan kat KFC sahaja.  Tak payah komplen komplen.


Memang puas hati sangat-sangat set ni.  Akak dan Encik Khafi sangat suka set ini!  Dah la kami berdua memang haiwan karnivor...so makanan daging-daging ni kami suka la u olls.  Dah la set ni sangat big potion. Encik Khafi suggest kalau u olls makan,  sila combine masak lemak tempe dan sambal petai.  SIRIES TERANGKAT.  


Bahagian depan cafe.

Bahagian belakang cafe.

Ingat tau.  U olls kalau rancang nak mai bukak posa sini kena booking/RSVP awai.  Please call +60 4-261 2293 or Whatsapp to +60 12-437 5449 for booking.  



Kepada u olls yang ingin berbuka puasa kat sini,  selain order set Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang menu lain-lain jugak boleh diorder untuk juadah berbuka. Dan satu lagi benda penting adalah kalau u olls nak makan kat sini,  please buat booking/RSVP dahulu untuk pre order untuk memastikan sesi berbuka puasa u olls berjalan lancar.


Apa dia beletiaq tak tau! Kak Doris ni kawan blogger from Penang jugak.  Dia punya syiok jumpa aku dan tak sangka dia duk baca pasai progress aku about my mental health.  Terharu okay!


Jumpa kakak Doris from Smart Dory.  Aku sembunyi di belakang dengan percubaan untuk menjadi kecik dan kurus.

Jangan risau ya Kak Yan,  ruang solat disediakan dalam premis Cafe Lagenda.  In fact,  Cafe Lagenda dah buat renovation lagi bahagian belakang menjadi lebih luas dan besar.   Sangat sesuai u olls kalau nak buat family buka puasa party.


Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang
The "Bakaq-Bakaq Ramadhan" for 2 person set inclusive of:

Grill Platter
Grilled Chicken
Grilled Beef
Grilled  Lamb
Satay Chicken with Peanue Sauce
Salted egg

Rice
Blue & Yellow rice

Side Dish
Masak Lemak Tempe
Sambal Petai,
Kerabu manggo
Kerabu watermelon
Soup serai
Sambal
Jelatah
Air Asam
Ulam ulaman

Dessert
Fresh Fruits & Kurma
Pengat Pisang
Bread butter pudding
Sweet and spicy savoury.


Price
RM75.90 (1 set for 2 person)
* Price subject to 10% service tax


RSVP
Prior booking is compulsory.  Please call +60 4-261 2293 or Whatsapp to +60 12-437 5449 for booking.  


Cafe Lagenda
43 Campbell Street
George Town, Malaysia
Business hour:  Open daily from 11 AM -11 PM
Facebook https://www.facebook.com/cafelagenda/
IG https://www.instagram.com/lagendacafepenang/



Grill Platter
Grilled Chicken,  Grilled Beef,  Grilled  Lamb,  Satay Chicken with Peanut Sauce & Salted egg




Rice
Blue & Yellow rice



Side Dish
Masak Lemak Tempe,  Sambal Petai, Kerabu manggo,  Kerabu watermelon,  Soup serai,  Sambal,  Jelatah,  Air Asam & Ulam ulaman








Dessert
Fresh Fruits & Kurma,  Pengat Pisang,  Bread butter pudding & Sweet and spicy savoury.





Full Set




Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang
The "Bakaq-Bakaq Ramadhan" for 2 person set inclusive of

Grill Platter
Grilled Chicken
Grilled Beef
Grilled  Lamb
Satay Chicken with Peanue Sauce
Salted egg

Rice
Blue & Yellow rice

Side Dish
Masak Lemak Tempe
Sambal Petai,
Kerabu manggo
Kerabu watermelon
Soup serai
Sambal
Jelatah
Air Asam
Ulam ulaman

Dessert
Fresh Fruits & Kurma
Pengat Pisang
Bread butter pudding
Sweet and spicy savoury.


Price
RM75.90 (1 set for 2 person)
* Price subject to 10% service tax


RSVP
Prior booking is compulsory.  Please call +60 4-261 2293 or Whatsapp to +60 12-437 5449 for booking.  


Cafe Lagenda
43 Campbell Street
George Town, Malaysia
Business hour:  Open daily from 11 AM -11 PM
Facebook https://www.facebook.com/cafelagenda/
IG https://www.instagram.com/lagendacafepenang/

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region