24.4.19

Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang

Durianizer Corner u olls!

Dulu orang tau lokasi ini sebagai PISA (Penang International Sports Arena) tapi sekarang depa dah buat baru dah tempat ini, menjadi convention centre yang pertama di Pulau Pinang iaitu Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang. I olls pernah duk mai sebelum ni tapi untuk jogging dan zumba kat rooftop garden depa yang meletops tu, sekarang ni bahagian bawah dah siap untuk kegunaan macam-macam event. 


Keluasan SPICE Penang
Nak buat kursus, kenduri kawen, concert, pameran atau apa-apa pun bolehlah buat kat Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang! SPICE mempunyai keluasan 4,000 meter persegi. Dia punya ballroom boleh muat sampai 8000 orang (duduk macam panggung wayang tu...) pada satu-satu masa. Haaa amik hang! Kalau buat event ala-ala meja bulat, boleh muat sampai 400 bijik meja. Kalilah sendiri dengan 10. Semua ini terbahagi kepada 13 buah function di level LG dan Ground.



Ruang lobi yang luas.


Ballroom Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang






Meja bulat untuk 10 orang.

Meja untuk dua orang.


Rasa bertuah sangat-sangat bila kawan I olls PM tepi dan habaq dia nak jemput mai review kat sini. Haruslah I olls macam kawan-kawan blogger Melayu yang lain.....I olls angkut semua anak beranak. HAHAHA....tak lah I olls anak beberapa orang kawan yang selalu duk tolong I olls cari bahan untuk penulisan blog. Kak Fina, Veena, Ameruddin dan Ridhwan Shariff.


Cheers dengan Kak Fina, Veena, Ameruddin dan Ridhwan Shariff!


Me and Clever Girl
Kawan I olls iaitu Ainaa haruslah memberikan peluang ini kepada kami. Kalau ampa ingat, kawan I olls ni yang dulu masuk Clever Girl mewakili Penang. I ada review dalam my blog, u olls can read here. Perkongsian dari Aainaa Clever Girl





Bersama Ainaa,  Clever Girl.  Me,  Loqlaq Girl. (Loqlaq girl of course yang cun pakai tudung)




Kami semua sangat happy masa berbuka puasa kat sini. Sebab nak parking senang.....luas dan FREE. Pastu naik lift style besaq,  jalan masuk kat area ballroom dia tudiaa punya besaq. Tak cakap lagi pasai dia punya bilik semayang dan toilet. Haaaaaaa memang selesa la bak hang. Semua area ni ada aircond.


Bersama Tauke Laparpo dan Tauke Kambing Tuk U iaitu Abu dan Ajo Mamu Rajalawak yang menjadi Emcee untuk hari ini.  Antara punch line Abu paling aku tak boleh blah adalah "Hari ni ada banyak blogger dan social media page yang mai...tapi paling popular banyak like pagi kami la Laparpo"  HAHAHAHAh haram.


  
Kiri:  Perhiasan pentas yang menarik.
Kanan:  Persembahan wayang kulit dari Murshid.  HAHAHA tak sangka aku mamu ni boleh jadi Tok Dalang.



Bunga teloq daripada Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang.  Baguih depa ni....effort macam-macam.


Macam-macam Makanan
Terdapat lebih kurang 100 juadah yang WAJIB ADA semasa majlis berbuka puasa dan lebih kurang 10 buah live action stalls seperti ‘Nasi Ayam Special Pak Mat’, Noodles Soup Corner (dia tukar menu hari-hari antara mee bandung, mee jawa, koay teow soup and mee bakso), Special Penang Lok-Lok (celop-celop), satay ayam dan daging dengan kuah kacang dan nasi impit), Penang char koay teow and Yong Tau Foo dan yang paling best sekali...‘The First Live Durianizer Corner’! Di mana tetamu berpeluang untuk makan durian with pulut and special sos!

Apa pun,  nak mintak mahap banyak-banyak kalau tak banyak gambar yang memuaskan dalam post ini.  I olls harap untuk tengok gambar yang lebih jelas u olls boleh tengok kat sini:  FB Album: Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang


Jom kita makan!  ps/  Posing depan depa punya tempat pancut pancut ayaq.


All this talking is making me hungry. Let's see gambaq!

Nah! Amik pinggan kosong kita pi amik makan....

Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang
Tarikh:  11 - 31 Mei 2019
Masa:  7pm - 10pm
Tempat:  Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang

Harga Biasa
RM99 nett (dewasa)


Early Birds
RM89 nett per person
(purchase before 10 May 2019)


Booking
For reservations, please call 📞+604-643 2525.
Reservation is highly recommended.
Facebook S P Setia
FB Album: Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang


Wanita penuh kegigihan.  Kasut kuning oleh Tageoronnie Shoe Maker



Salad






Kerabu
(Maaf banyak makanan masih dalam plastik lagi)



















Keropok




Kurma



Jeruk




Sup




Durianizer Corner

Nenjiaaaa.....



Amikkkk kaaau....



Ini adalah durian...king of fruit.


Ini adalah Jumizah ...dia adalah QUEEN of Langkasuka.



Nasi goreng durian!


Durian dengan pulut sekaya durian dan pulut with special santan sauce.


Ini penjaga dusun durian dia mai dari Balik Pulau.



Main Dish
(nampak macam biasa...tapi rasa luar biasa. Certified guaranteed by Veena Ariffin)










Gulai Kawah




Kambing Golek



Nasi Ayam Pak Mat
my personal favorite!!






Noodle Corner
Depa akan tukar menu hari-hari antara mee bandung, mee jawa, koay teow soup and mee bakso.




Aneka Goreng-Goreng







Goreng-Goreng Pasta



Penang Char Koay Teow


Roti Naan




Pau Corner




Lok-Lok ala Penang









Deni pun nak amik gambaq jugak!





Ais Kacang
  


Desserts









Fresh Fruits



Air



Iftar Ramadhan Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang
Tarikh:  11 - 31 Mei 2019
Masa:  7pm - 10pm
Tempat:  Setia SPICE Convention Centre (SPICE) Penang

Harga Biasa
RM99 nett (dewasa)


Early Birds
RM89 nett per person
(purchase before 10 May 2019)


Booking
For reservations, please call 📞+604-643 2525.
Reservation is highly recommended.
Facebook S P Setia

1 comment:

  1. sempena tengok ni dari FB and blog hang, aku berjaya hasut bos aku belanja satu team berbuka kat sini... hahahaha terima kasih jumie.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region