9.4.19

Kembara ke Belantara Belum Part I

Pemandangan nian pagi yang damai.

Memang dah lama teringin nak sampai kat Royal Belum,  setiap kali drive dari Penang menuju Kelantan,  lalu sahaja kat Tasik Banding,  mulut mesti akan kata "Abang nanti kita amik pakej pi masuk hutan Belum okay?"

Pernah la jugak survey pakej mengembara di Royal Belum ni,  tudia lebih kurang RM800 satu orang.  So disebabkan itu,  niat ini terkubur begitu sahaja.



Aku nak amik selfie tapi tak tau pasaipa mata aku tertutup sebelah.  Nampak macam lawak muka aku.  HAHAHA




This year (2019) rezeki datang bergolek bila tempat kerja kami bercadang untuk mengadakan retreat di Tasik Temenggor, Pulau Banding di Belantara Belum. Seramai lebih kurang 75 orang bakal bermalam di atas 3 buah rumah boat di samping melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti hiking, berakit, BBQ,  melawat perkampungan orang asli dan macam-macam lagi.  Inilah pengalaman yang  aku tak akan lupakan.

Hari pertama bermula pada hari Sabtu jam 4:45 pagi kami bertolak dari Penang.  Sehari sebelum bertolak,  aku ingat lagi...aku ada hari Jumaat yang amatlah membusykan.  Dari siang di pejabat,  pastu aku stayed back kat office sampai 9:00 malam sebab nak habiskan kerja urgent.  Jam 10:00 malam aku terus ke tempat latihan teater di mana aku praktis sampai 12 tengah malam pulak.  Pastu aku balik rumah, kemas beg (baru nak kemas) dan aku tak tidur sampai waktu pagi itu.

Jadi hang rasa bila aku naik bas,  kena aircond,  aku nak berjaga lagi ka?  Nasib baik dalam bas tak ramai staf lelaki.  Ada pun,  suami kepada kakak-kakak teman sepejabat aku.  Kalau depa terdengaq aku berdengkur macam naga sakti,  mampuih pi la.  Itu depa punya prektis menjelang tiba di Belantara Belum yang berjuta tahun usianya.

Rumah boat yang sedang dibina.  HEBAT.


Kesibukan waktu pagi di jeti.  Kami sedang angkut barangan daripada van,  menaiki boat kecik dan terus ke rumah boat.

Aku pun tidoq,  sedaq-sedaq saja dah Subuh dan kami berhenti kat sebuah masjid yang terletak di tepi jalan lebih kurang 30 minit sebelum tiba di Jeti Pulau Banding.  Aku rasa dulu aku pernah mai masjid ni,  lamaaaaa dulu.  Tapi dulu masjid ni usang gila,  toilet dia dulu dinding zink sahaja.  Tapi lani dah elok dah masjid ni,  lampu pun banyak,  ada pagar batu semua dah.  Toilet pun elok besaq,  siapa ada dinding kat tengah so orang jantan tak boleh nampak la kalau hang duk beratuq nak pi berak.  

So kami pun sembahyang Subuh berjemaah dengan orang kampung kat situ.  Habis semayang semua,  kami pun teruskan perjalanan ke Jeti Pulau Banding dan aku pun sambung lena.  HAHAHAH.  

Tiba di Jeti Tasik Banding
Pemandangan daripada kawasan jeti.  Kelihatan jambatan Pulau Banding.

Bangunan jeti yang telah dinaik pulih.  Dulu takdak benda alah ni.  Aku suka sebab cantek,  lengkap dengan kemudahan.  Walaupun sedikit kotor.


Pemandangan dari dek jeti Hentian Royal Belum.  Cantek sangat-sangat.

Ini adalah titi boleh ubah/laras mengikut paras air.  

Memang titi ni agak skeri la.  Nak turun tu memang sapa-sapa yang gayat susah sikit.  Sebab tu barang-barang utama kami angkut terus melalui boat kecik (seperti dalam gambar di atas) sebab titi ini terlalu ekstreme.


Bila kita turun titi tu barulah kita akan sampai ke dek menuju masuk terus ke rumah boat.

Bukan Nama Tasik Banding
Kalau tak salah,  kami tiba di jeti Pulau Banding yang terletak di tepi jambatan lebih kurang jam 8 pagi.  Lokasi ini lebih sinonim dengan nama Jeti Tasik Banding.  Walaupun hakikat Tasik ini bukan nama Tasik Banding.  The whole water area here is actually named Tasik Temenggor.  Kita panggil Tasik Banding,  sebab kat tengah-tengah jambatan tu ada Pulau Banding.  Jadi,  sekarang aku rasa kita kena stop panggil Tasik Banding,  tetapi kena start panggil Pulau Banding.

Selfie semasa orang lain sibuk dengar taklimat.

Lepas angkat barang dan beg,  kami semua berkumpul tepi jeti untuk mendengar taklimat daripada ketua renjer yang akan menjaga kami di sana.  Selepas doa dibacakan,  memohon selamat dan kesejahteraan ke atas semua ahli rombongan ini,  kami pun bertolak.


Yang tengah pakai baju askar sikit tu la abang renjer yang jadi kedua untuk jaga tiga-tiga boat.

Breakfast di atas boat! Ada yang kami bawa,  ada yang kami minta pihak boat sediakan katering.


Jemput makan semua!

Rumah Boat
Rumah boat yang kami sewa sebanyak 3 buah ini bergerak amat perlahan.  Boleh rasa yang kita bergerak tetapi tidaklah sepantas speed boat.  Tambahan pulak,  air tasik adalah tenang dan tidak berombak.  Rumah boat yang diberikan untuk team muslimat adalah lebih meletops berbanding rumah boat yang orang jantan dapat.  

House boat ini ada 3 tingkat.  Tingkat paling bawah ada ruang legar,  ada 3 bilik,  ada tandas,  ada dapur.  Pastu naik tingkat dua,  ada 2 ruang legar,  ada 7 ka 8 bilik tidur dan tandas.  Pastu naik atas sekali...ada ruang kosong ala-ala verandah.  Sebelum sesi pengenalan dan sembang-sembang di buat,  aku naik atas dan buat sesi fotografi dulu la.  



Ini salah satu rumah boat team lelaki.

Pemandangan dari puncak paling atas rumah boat.

Nampak tak Kak Zah sopan semacam.  HAHAHAHA


Pastu kami semua pun turun kat ruang legar utama kat bawah sekali dan kami pun buat sesi pengenalan untuk kenal satu sama lain.  Syiok la time ni.  Sebab ada staf yang aku tak kenal sebab depa daripada cawangan lain.  Tapi bila mai time aku bercakap,  depa duk suruh nyanyi.......seganlaaaaaaaaaaaaaaa Kak Nab!

Sesi Pengenalan




House Boat
Ini adalah beberapa gambar dari interior House boat yang kami inap. Pengusaha boat ini adalah seperti berikut:

Pak Long Royal Belum Houseboat
RM3500 satu malam (tidak termasuk catering jika perlu / bahan masakan bawa sendiri)
House boat boleh menempatkan 25 orang
Kemudahan tandas,  bilik selesa,  dapur
Dua buah speed boat,  rakit dan jacket keselamatan untuk semua.
Contact number:  019-429 2279

Ruang kosong tingkat dua.  

Toilet macam ni ada 4 buah.

   
Bunker bed.  Bilik kalau tak salah ada 9 buah semua lebih kurang size macam ini.

Ruang legar aras dua (yang tertutup) sini kami buat jadi ruang sollat.


Dapur yang besar u olls.  Rumah aku punya dapur pun tak besaq macam ni.

Boat laju dan rakit.  Terikat rapi dengan house boat kami.  Dua ini adalah kelengkapan yang tersedia termasuk dengan house boat.

Pemandangan yang kami lalui.


Okay diam semua orang...akak nak bawak boat!



Akhirnya selepas lebih kurang 2 jam,  akhirnya boat ini tiba di sebuah pulau.  Dia pun parked kat situ.  Haaa...mulai saat ini,  jangan duk harap nak ada line telefon ya?  Memang takdak coverage langsung.  So aku tutup data dan letak fon dalam keadaan flight mode.  Save bateri.  

Hangpa kalau berminat nak tempah house boat yang sama kami naik (geng perempuan),  nah ini details nya:

Pak Long Royal Belum Houseboat
RM3500 satu malam (tidak termasuk catering jika perlu / bahan masakan bawa sendiri)
House boat boleh menempatkan 25 orang
Kemudahan tandas,  bilik selesa,  dapur
Dua buah speed boat,  rakit dan jacket keselamatan untuk semua.
Facebook page:  Pak Long Royal Belum Houseboat
Contact number:  019-429 2279

To be continued

Jom baca artikel lain untuk kembara ini:

Kembara ke Belantara Belum Part I
Kembara ke Belantara Belum Part II
Kembara ke Belantara Belum Part III
Kembara ke Belantara Belum Part IV

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE