Air Terjun Sungai Enam Base Camp, Tasik Temenggor, Perak
Daripada house boat,  kami menaiki boat laju yang disediakan di setiap house boat bersama-sama dengan renjer yang menjaga kami,  kami menyelusuri Tasik Temenggor untuk menuju lokasi  memulakan pendakian melihat Air Terjun Sungai Enam.  Lebih kurang 30 minit juga atas boat,  barulah kami masuk kat satu celahan di tepian sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Temenggor.  Kalau kat laut kita panggil teluk kan?  Kalau tasik kita panggil apa?


Masuk kat teluk tu,  masya Allah punyalah cantek aku rasa macam masuk dalam video klip Jom Cuti Cuti Malaysia sangat.  Takdak sapa yang ada kat situ melain kami,  dan aku rasa teluk yang kami masuk ni pun macam takdak binatang yang mai situ.  Sengap sunyi air pun tenang yang menakutkan....tapi cantek!

Tapi kata-kata aku dalam video ini salah.  Abang renjer ni tipu kami dia kata kami akan pi perkampungan orang Asli,  tapi sebenarnya kami nak masuk hiking ke air terjun.


Nah...ini still pictures pulak.








Breath taking!



Nangka Busuk
Lepas boat-boat kami mendarat,  kami semua pun nak turun dari boat.  Haaa masa itu aku tersalah langkah dan terjatuh dalam boat.  FUCK!  Memang silap aku pakai kasut Croc palsu bunga-bunga yang mak aku beli kat pasar malam.  Kasut croc tu memangla sedap nak jalan pi mana-mana,  kaki terlindung....tapi untuk aktiviti macam ini kena pakai kasut daki yang betul support kaki hang kan.  Aku ada kasut aku selalu pakai untuk aktiviti jogging aku,  tapi aku malaihhh nak bawak kasut banyak-banyak.  HAHAHAH oleh itu rasakan.  ps/  Masa mendaki semuanya okay pergi dan balik.  Tapi dah balik rumah lepas 2 hari,  aku kena sollat atas kerusi.  HAHAHAH




Dalam perjalanan kami nampak ada orang berkampung untuk memancing.  Orang jantan ni aktiviti pelik-pelik kan?  Depa ni tak reti ka pi shopping ka?  Pi Queensbay ka?  Aktiviti tak complicated?


Kami pun mendaki naik ke sungai yang dinamakan Sungai Enam.  Pendakian itu memakan masa lebih kurang 30 minit.  Ada kawasan yang landai,  dan ada kawasan yang curam.  Bukan kerana naik bukit,  tetapi terpaksa memanjat celahan batu,  akar-akar pokok, pokok-pokok tumbang dan anak-anak sungai.  Setiap 10 minit pendakian,  abang Renjer membaling mercun bola.  Ini adalah bertujuan untuk menakutkan binatang buas yang mungkin sedang berada di kawasan itu.  Kita tak mau benda-benda yang tidak diingini berlaku.

Wakanda Forever
Seperti biasa,  sebagai perempuan paling cantek dalam team ini,  so aku lah yang paling terakhir dalam barisan pendakian.  Tertinggal di belakang. Masa berjalan,  aku bersembanglah dengan adik renjer ni.  Dia kata "Saya pernah bawak pelancong masuk kat sini,  baru jalan sikit jer....kami bertembung dengan pakcik Maybank punya adik yang warna hitam tu."

Antara gambar pendakian yang aku boleh kongsi.

Pakcik Maybank adalah nama samaran untuk si belang iaitu harimau dalam hutan hebat ni.  Bila masuk kawasan dia,  kita tak boleh sebut nama dia.  Pantang.  So kalau dia sebut pakcik Maybank yang hitam,  kita fahamlah apa yang dimaksudkan adalah harimau kumbang a.k.a black panther.

Aku pun dengan bodonya berkata "Awat hang tak kata kat dia WAKANDA FOREVER" sambil crossed tangan.  Pastu adik tu diam ja,  dia malas nak layan lawak bodo aku.


Jauh jugak perjalanan nak menuju ke Air Terjun Sungai Enam.  Ada sekali tu aku ingat aku dah sampai dah kat sana,  baguih dah takbir Allah Allah...tapi rupanya tak sampai lagi.  HAHAH Bengong betui.


Tapi bila dah sampai,  mak ai seronoklah u olls!  Terus masuk dalam air dan berkubang.  Kalau nak rating air terjun ni tak lah berapa best sangat.  Sebab kawasan tengah untuk mandi tu jadi hitam dan keruh,  sebab ada banyak timbunan daun kering yang dah mati.  Pastu tak dalam sangat.   Tapi air dia memang sumbang sejuk gila.  Masa tengah menikmati air terjun yang sejuk dan nyaman tu,  tiba-tiba betis kanan aku rasa macam sakit.  Aku pun tarik seluar aku perlahan-lahan, nah ada pacat sedang sedap menggigit kaki.  Aku pun perlahan-lahan jalan naik ke darat,  aku pegang badan pacat tu yang masih tak dan nak gemok puas dan cuba tarik dia.  Tapi tak bolehhh!  Dia masih melekat kat badan kaki aku.  So aku pun picit badan dia dengan kain seluar dan cabut lagi sekali.  Naaa.......darah pun meleleh.  Aku pun turun ke gigi air perlahan-lahan untuk basuh kaki.

Sikit pun aku tak bising kata ada pacat....kalau tak jenuh semua depa tu pompuan nanti keriau keluaq dari ayaq.  HAHAHHAAHAHA

Laluan Gajah
Gambar-gambar kat bawah ini menunjukkan laluan yang digunakan untuk gajah di hutan ini.  Aku tak tanya pulak berapa ekor gajah yang menghuni hutan-hutan ini tetapi yang pasti gajah Asia yang menghuni South East Asia termasuk Malaysia tidaklah sebesar gajah Afrika.  Tetapi gajah-gajah ini boleh slides bukit,  bukit daki bukit dan boleh berenang.  

Dalam pendakian ini,  adalah amat penting untuk ikut jalan yang diarahkan oleh renjer dan menjaga kawan-kawan yang mendaki perlahan agar tidak ketinggalan.  Ini adalah kerana denai yang digunakan sebagai laluan binatang seperti gajah contohnya,  kelihatan macam laluan yang digunakan oleh manusia.  Clear path!

U ols boleh lihat di bawah.

   
Kiri:  Gambar laluan gajah!
Kanan:  Dahan pokok yang menjadi licin sebab gajah duk lalu dan gosok badan dia kat sini bila badan dia rasa gatai.  HEBAT!

  
Kiri:  Itu bukan anak gajah ya...
Kanan:  Taik gajah yang dah kering.  Boleh nampak tak macam gumpalan rumput.

Pendakian
   
Thank you Kak Ida yang teman aku sepanjang perjalanan naik dan turun.  Sumpah wehs,  mak tak larat dah benda-benda ni.  Thank you Kak Ida.

   
Kiri:  Antara bahagian trek pendakian.
Kanan: Deni selalu hiking,  tengok bila mai hiking biasa macam ni dia macam kuaci ja.

Sambil hiking,  pastu kalau rasa nak terkencing,  berenti dan duduk ja dalam ayaq.  HAHAHAH sapa nak tau?


Sungai Enam

 


Sungai ini dinamakan Air Terjun Sungai Enam sebab ada 6 ayaq terjun.

Sini dulu ada challet.

  




Akhirnya tiba....yeaah!


Flora
Antara flora yang aku sempat amik gambar.  Masya Allah pokok-pokok hutan kat sini sangatlah cantek-cantek.  Ada yang daun kaler hijau,  ada kaler merah dan ada yang colour biru.  Depa pun kata ada nampak orkid yang cantek juga,  tapi aku tak nampak pun.  Kami juga lalu kat kawasan pokok bunga Raflessia.  Tapi sayangnya masa kami lalu ni,  ada akar sahaja.  Takdak rezeki nak tengok!

        

    

        

Gambar kiri adalah bekas babi hutan menyondol.



Beruang
On the way turun kami jumpa beruang duk tidoq ataih batang pokok.  Nasib baik dia duk tidoq.  Kalau dia jaga...payah! 



Baru nak pose...abang renjer plak lalu!

Ampa nak tau lebih lanjut pasai pendakian ke Sungai Nam dan juga beberapa info lebih tepat, boleh baca jugak blog Sobriyaacob.com

1 comment:

  1. Hahaha x pernah x lawak. Mai balik baca blog jumie setelah sekain lama

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Bottom Ad [Post Page]