9.4.19

Kembara ke Belantara Belum Part IV

Kampung Orang Asli Chuweh
Selesai mendaki dan naik turun bukit,  now kami nak pi melawat perkampungan orang asli.  Sepatutnya kami semua membawa beberapa buah tangan istimewa untuk keluarga orang asli kat kampung ini berupa barangan memasak asas seperti beras gula dan sebagainya.  Tetapi entah macam mana,  kami dah cari kat semua house boat memang tak ada.  Rasanya memang tertinggal kat pejabat.  Inilah jadinya kalau kita tak tengok check list barangan betul-betul.



So kami semua pun menuju ke perkampungan orang asli ini yang dipanggil Kampung Chuweh dengan tangan kosong. Sampai sahaja kat sini kami disambut dengan pemandangan yang agak unik, kalau semua pulau-pulau lain penuh dengan pokok dan tumbuhan hutan yang rendang, kat sini semuanya takdak. Kami hanya nampak tanah merah sebagai lantai dan beberapa pokok-pokok kecil. Inilah cara orang asli puak Jahai ini membuka kampung.


Dari kejauhan sudah nampak bukit gondol.





Dari puncak,  pemandangannya memang hebat.

 
Nah....daki lagi.

 

Setibanya di sana,  kami menuju ke sebuah dewan kosong di mana semua gambar-gambar dan barangan jualan hasil tangan penduduk di sini boleh dibeli.  Pastu abang renjer suruh kami pi bergambar dengan orang-orang asli kat sini sebagai kenangan.  Aku pun pi la kat satu rumah kat tepi dewan ni,  ada 4 orang wanita orang asli dengan anak-anak kecik duk duduk melepak.  Aku senyum la....


Tapi haram depa tak senyum,  malah macam jeling-jeling sikit dan pandang ke tepi bila aku cuba cakap.  Aku tau depa faham bahasa Melayu tetapi saja depa berlakon macam tak reti aku rasa untuk elak berkomunikasi dengan kami.  Ataupun aku mai tangan kosong tak bawak apa-apa benda best dan cantek untuk depa.  Pastu kawan-kawan lain pun mula mendekati,  bila kawan-kawan kami start duk amik gambar depa.  Depa nampak macam lagila tak suka,  siap kalih tepi.  Aku pun macam that's it la...aku bangun dan blah dari situ sebab aku rasa depa tak suka kot orang ambil gambar depa macam buat barang pameran. Kan?













Jadi aku pun pi duduk jauh-jauh berteduh bawah sebuah rumah mereka. Ternampak dua anak kecil terhendap-hendap melihat pelawat. Aku panggil mereka dan tunjukkan handphone. HAHAHAHH budak budak kalau umpan handphone pasti menjadi kan?  Nasib baik dalam handphone aku memang ada download video klip Mary Poppins. Maka seronoklah budak budak ni tengok Emily Blunt duk bubuh sabun dalam bath tub pastu keluaq ikan lumba-lumba mengekek.




Syiok depa tengok Mary Poppin.

Jaga Diri
Itulah antara kenangan yang tak dapat dilupakan semasa mengembara ke belantara Belum.  Sebagai rakyat Malaysia,  kita patut rasa berbangga sebab negara kita ada satu khazanah yang takdak kat negara lain iaitu hutan hujan khatulistiwa yang berusia jutaan tahun.  Aku amat rekemen hangpa mai join program macam ini,  tapi better amik house boat dan buat aktiviti macam kami.  Tapi diingatkan aktiviti ini tak sesuai untuk kalian yang lemah semangat,  yang tak berapa sihat. Yang mengandung dan ada anak kecik pun janganlah.  Kalau anak-anak 7 tahun ke atas okay la jugak.

Pasaipa aku habaq ni?  Sebab aku rasa masa malam pertama kami duduk kat sana,  something happened kat house boat orang jantan tapi depa tak mau habaq.  Sebab esok-esok pagi,  aku tengok satu house boat dah pindah pi pulau sebelah sana.  Eh?? Pastu ada juga dengar cerita dari kawan-kawan department lain yang kata,  ada orang pukul 3 pagi bangun kencing,  bau binatang busuk.  Pastu ada anak mata merah dekat kawasan hutan.  Mungkin binatang tu nak datang dekat houseboat cari makanan tetapi tak boleh sebab ada api.

Kami ada la tanya-tanya kat adik renjer yang kemudi boat kami.  Kat sini takdak hantu jembalang ka?  Dah on the way balik baru nak cerita kan?  Adik tu cakap,  pernah sekali tu malam-malam bau busuk yang amat sangat.  Bau macam bangkai.  Memang busuk tak boleh bayang,  sekali bila depa check,  rupanya ada Kak Lang duk bertenggek kat puncak atas sekali boat ni.  HAHAHAHAHAH pot yang sama aku pi lepak masa habis Subuh time gelap-gelap.  Celaka betui nasib baik aku baru tau.

On the way balik,  boss ingatkan kami semua untuk banyak-banyak berdoa agar kami semua dilindungi.  Alhamdulillah kami semua okay.


To be continued

Jom baca artikel lain untuk kembara ini:

Kembara ke Belantara Belum Part I
Kembara ke Belantara Belum Part II
Kembara ke Belantara Belum Part III
Kembara ke Belantara Belum Part IV

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE