13.4.19

Lithium Carbonate



DISCLAIMER: Catatan ini adalah sebagai melaporkan perjalanan saya sebagai seorang yang mempunyai masalah kesihatan mental iaitu Bipolar Disorder. Bukan untuk rujukan dan panduan kesihatan. Sekiranya anda khuatir dengan kesihatan mental, anda dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan klinik/hospital terdekat. WARNING: Posting ini ada (Trigger Warning) berkenaan suicidal. Mohon elak baca sekiranya anda dalam keadaan tidak stabil

Hari ini saya nak sambung catatan pasai saya punya kesihatan mental iaitu Bipolar Disorder. Sorry kalau saya punya posting tidak akan ikut kronologi sebab saja nak bagi hampa lagi syiok nak baca. Ps. Nanti posting ini saya akan share dalam blog jugak ( copy/paste)


Catatan hari ini adalah tentang ubat yang saya kena makan iaitu Lithium Carbonate. Saya start kena makan ubat ni awal tahun 2018 masa first diagnosed di sebuah hospital swasta. Masa tu dose yang diberikan adalah sedikit dan saya juga disuruh untuk makan ubat tidur. Sebab saya susah nak tidur time tu. Otak style tak boleh rest walaupun badan dah letih teruk. 🀭🀭🀭


Hospital swasta tu tak check pun darah saya, tekanan saya ka apa ka. Setiap kali pi klinik dia, dia hanya habaq "You ada makan ubat? U kena makan ubat okay! Jangan tak makan ubat." Pesan doktor tu. Oh ya...dia juga selalu suruh saya eksesais sebab saya gemok.


Lepas 3 bulan makan ubat ni ikut dosage yang dibagi, Bipolar aku jadi teruk di mana kalau hangpa ingat aku ada satu episod aku jadi terlalu marah sampai buat Facebook live dan maki satu perempuan. Itu adalah satu kejadian hitam yang amat teruk dalam hidup aku. Lepas kejadian itu aku jadi down dan mai la depression semua sampai 1 bulan tak keluar rumah. Yes, ulang suara, 1 BULAN TAK KELUAR RUMAH. Suicidal thoughts....Ada banyak kali dalam tempoh 1 bulan tu. Makan semua pill yang ada kat rumah. Tapi tak mati pun. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Muntah dan cirit sampai lembik sahaja.



I call them my chill pill. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

 Nampak tu dia tulis...menyebabkan mengantuk 🀭🀭🀭

Before makan ubat wajib makan dahulu. Disebabkan itu, i never skipped breakfast now.

Masa tu aku jadi down la pasai aku masih tak sembuh, pasaipa aku masih tak boleh kawal perasaan aku. Kecewa dengan diri sendiri sebab aku rasa aku dah makan ubat, aku pi exercise (exercise kan bagi hormon happy dirembeskan). Selepas kejadian 1 bulan tak mai kerja, of course keadaan aku menjadi perhatian pihak Sumber Manusia. Dan alhamdulillah kat tempat aku kerja, HR kami ada kaunselor kami sendiri. Despites aku masih rasa macam malu dan hina bila pegawai HR lain yang memberi peringatan "Next time jangan jadi macam ni ya...." as if aku buat ni semua as 'hobby' kan? Kaunselor kat HR ni banyak bagi semangat dan dia minta aku tukar doktor dan cuba pergi Hospital Pulau Pinang (GH Penang)


So bermulalah sesi aku di GH Penang. KLINIK 102...sapa yang tak tau, klinik 102 adalah Klinik Sakit Jiwa terletak di tingkat 2 Blok B. Masa mai sini, depa bagi aku ubat yang sama, lepas 2 minggu aku kena pi check darah. Lepas tu, depa panggil aku balik dan barulah tau rupa rupanya aku kena makan dose yang lebih besar sedikit. Iaitu 1 setengah. Ubat tidur dah tak perlu lepas tu, takdak masalah tidur sangat.


UBAT INI UNTUK APA?🌝🌚
Ubat ini Lithium Carbonate dalam kata-kata lain adalah mood stabilizers. Untuk kawal keadaan mood aku. Bila aku makan, aku tak over excited or overwhelmed untuk sebarang jenis activity yang aku nak buat. Kalau hangpa nak tau, aku buat kerja sangat laju. Benda ni aku buat...benda tu aku buat....tambah pulak dulu aku adalah coffee lover. Sehari mesti nak minum. So in the end adrenaline hang style bergerak laju hang rasa nak buat semua benda, last apa benda tak siap.


Dalam keadaan lain pulak, bila excited ni hangpa taula aku kan pak lawak, suka gelak-gelak bagi kawan-kawan and family happy. Bila pi bercuti aku la paling suka nak keriau dan jerit, buat lawak!


Sekarang ni bila makan ubat ni setiap pagi dan malam before tidur, aku jadi sangat relax. Hahahaha macam khayal sikit pun. Aku buat kerja, mana yang boleh settle esok, aku akan buat esok. Aku tak akan push diri aku untuk strive ketja ni sampai stayed back Maghrib. Eehh...bukan aku nak kata stayed back buat kerja ni salah. U olls sihat memang boleh, i tak sihat. I tak boleh. Sebab the more energy and hormon happy and bahagia i guna untuk hari, untuk esok nanti habis dan tiada ganti! Betul la orang tua-tua kata, jangan duk seronok sangat nanti jadi bunga taik. Itulah kawalan manual yang perlu dilatih sejak kecil untuk pastikan hormon dalam badan kita diguna mengikut kadar dan jadual yang normal.


My husband pernah lah terbaca dalam satu penulisan (⛔⛔bukan medical journal⛔⛔) tentang rembesan hormon bahagia (endorfin, dopamin and etc) dalam tubuh kita. Bila kita hari ni nak sambung happy dan gembira, and we tell our brain to reproduce these hormones because we wanna have more energy and happiness (maybe during that time kita duk ada gathering or tengah berholiday ka) so brain akan reproduce more hormon bahagia dalam tubuh kita. Tapi kesannya adalah esok lusa.....KITA TERUS DOWN. Sebab badan kita dah takdak hormon2 bahagia tu. Kenapa? Sebab rupanya body kita bukan tambah nilai hormon baharu tetapi dia amik ration hormon untuk hari-hari depan untuk kita pakai hari ini. BS kan? Aku tak taula betapa tepatnya benda ni, sebab husband aku baca tu dalam internet dan bukannya medical journal.


Sebab tu setiap kali bila dia tengok bini dia hyper semacam....husband aku akan tegur 🀣🀣🀣 #binitingtong #binipereng


Selain itu, in this medication aku rasa bab-bab penulisan aku ni akan sedikit lambat dan slow. Sebab tu start tahun lepas, blog aku macam tak berapa nak up to date. Aku siap announced kata nak tutup blog. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ Ayat-ayat lawak dan bombastik ni dia tak berapa nak keluaq sangat. Sebab secara otomatik aku rasa otak aku akan berhati-hati bila makan ubat ni. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚contoh lain, bila macam berkumpul dengan kawan2 kalau dalam tempoh beberapa jam awal makan ubat. Aku akan gelak-gelak sopan dan layan ja anak ayam aku lain buat lawak. Tapi bila duk mai malam dan kesan ubat makin berkurang...haaaaaaaa....barulah depa akan terima lahar hidup aku.


KESAN SAMPINGANπŸ“πŸ¦ƒ
Aku tak tau kesan sampingan lain tentang ubat ini. Tak mau tanya doktor dan tak mau pi baca. Satgi aku duk paranoid. Sebab fokus utama sekarang adalah aku nak baik dan sihat. Tapi one thing for sure, doktor kata kalau aku ada planning nak conceive, aku kena habaq doktor sebab ubat ini perlu di tukar. Takpalah doktor...lepas settle beli rumah. Kalau kata ada rezeki...kami amik anak angkat.


Kesan sampingan kalau tak makan? Yaaaa.....baru-baru ni punya episod jadi sebab tak makan ubat la. Aku cakap terus terang lepas pindah office dan sangat dengan suasana kerja kat sini, aku habaq boss aku, Ustaz...saya tak mau makan ubat dah. Sebab saya rasa keadaan kat office kita amat membantu untuk saya sembuh sendiri. Gilaaa kerja kat Masjid kan? Last-last lagu tu la.....dari bulan November, Disember, Januari, Februari..nah...Mac kena! πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Aku duk kembali hyper, buat kerja semua style laju. Stayed back. Weekend pi sana pi sini. Nenjiaaaaaaaaaaaaa........energy aku habis. Lutut aku sakit. Lepas tu mai la segala episod celaka, aku rasa so useless. TAK GUNA. MENYUSAHKAN ORANG. PEMALAIH. MEMBEBANKAN ORANG. BANGANG. BODOH. CELAKA. Semua negatif pun bermain-main dalam otak. Padahal start dari sakit lutut ja.......aku decided untuk rest di rumah dan kurangkan pergerakan. Tapi tak sangka, bila duk rest kat rumah all the negative thoughts pulak mai. And this leads to my depression (which i will tell in another post)


Lani aku dah pi jumpa psychiatry balik dan depa prescribe ubat yang sama. Nasib baik depa tak marah aku sebab memandai nak berhenti. 😭😭😭Tapi doktor tu peringat aku dia kata kalau boleh cuba untuk tidak buat macam ini lagi sebab takut episod mendatang lebih hebat (maybe starts dengar suara ka....) aku akan kena makan ubat yang lebih kuat.


Akhir kata, mai dengar lagu daripada Nirvana bertajuk Lithium.



#BipolarDisorder #bipolar #mentalhealth

Copied from the original posting on my Facebook dated 13 April 2019.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region