Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang

Terima kasih Hotel Equatorial Penang Atas Jemputan Ini.


Hello u olls,

Okay hari ini kita nak share pasai review promo berbuka puasa di Hotel Equatorial Penang.  Tema untuk tahun ini adalah "Wau Ramadhan Buffet" dan disajikan di Restoran Nada Lama.  Promo Wau Ramadhan Buffet ini akan bermula dari 5 Mei 2019 hingga 4 Jun 2019.  Details harga semua I olls akan ceritakan di bawah.


Perasmian
Ada banyak pilihan juadah yang u olls boleh pilih dari dalam kawasan restoran Nada Lama itu sendiri sampailah kat bahagian luar Nada Lama tu. Tak tau la nak pilih yang mana satu kan?  Sebelum kami disajikan dengan juadah enak di Nada Lama,  kami semua menyaksikan upacara perasmian Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang oleh Mr Andreas Knüssi,  General Manager EQ Hotel dan Cik Rina Mariani,  Executive Assistant Manager, Sales & Marketing and Room Division di EQ Hotel.  Selain itu,  kami semua turut disajikan dengan persembahan tarian tradisional oleh para pelajar daripada Sekolah Menengah Bukit Jambul.  







Mr Andreas Knüssi,  General Manager EQ Hotel sedang memberikan ucapan.


Menyaksikan upacara perasmian Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang oleh Mr Andreas Knüssi,  General Manager EQ Hotel dan Cik Rina Mariani,  Executive Assistant Manager, Sales & Marketing and Room Division di EQ Hotel



Persembahan tarian oleh para pelajar dari Sekolah Menengah Bukit Jambul.


Kawan-Kawan
Terima kasih Veena Ariffin sebab sudi teman I olls untuk review ini.  Beliau dengan jayanya telah membantu I olls yang pada hari itu mengalami tummy upset yang begitu upsetting dengan perkhidmatan klinik bergeraknya.  Kisahnya,  kita setiap kali ada review berbuka puasa,  kita pun akan berpuasa sunnat.  Tapi nak buat macam mana,  hari tu walaupun dah bersahur bermula jam 2:30 petang duk mai rasa sakit perut yang menyakitkan hati.  Inilah orang tua kata "When the winds come inside your tummy."  Haaaa kerlasssss....tapi alhamdulillah lepas berbuka semuanya okay.

Ikan emaih ini juga kawan akak.....menenangkan akak bila sakit perut.

Akak juga berjumpa dengan beberapa kawan lain!  Nah jom tengok....


Inilah Veena.  Dia pun sama-sama duk jatuh hati dengan Chef Kris.  Eh....

Tak sangka nak jumpa Dadima kat sini.  Kepada adik-adik seangkatan dan yang sama waktu dengannya,  haruslah u olls follow FB beliau iaitu Shaik Ghulam Anilkumar penuh dengan penceritaan realisme tentang dirinya.  Ada yang lawak,  banyak yang boleh kita belajar....I olls suka posing posing dengan fesyen santainya.


Bersama Abang Rudy Syareme Sheriffudin dari Mercikkk Official.  Dia duk belagak amik gambar dengan fon Vivo dia ka apa....dia tak tau Samsung Note9 aku lebih berkuasa.  #malaihnaklayan


With Mr.  Timothy Tye from Penang Travel Tips blogger Penang yang sangat hebat!  Bertuah dapat kenal dia.


Chef Kris
Okay kami nak share jugak cerita ni.  Kami amatlah tertarik dengan juadah pemanis mulut (western) yang tersedia kat sini.  Masa kami nak pi amik apple struddle kami bernasib baik sebab ketua pastry chef iaitu Chef Kris Budiarto ada kat kaunter tu dan dia sendiri tolong potong apple strudel tu dan serve kat kami.  Dia suggest suruh pi bubuh ice cream (kat kaunter ais kacang).  Bila dah rasa.......Ya Allah....memang sedap sangatlah dessert-dessert kat sini.  

Lepas sesi makan,  kami bertuah sebab Chef Kris sendiri mai tegur kami kat meja.  Dia sembang-sembang dan rupanya Chef Kris bernikah dengan orang Malaysia dan dia sendiri dah duduk kat Penang more than 12 years now.  Dia pun ada cerita jugak tentang 'KEK PATUNG' yang dia buat daripada gula-gula aising.  Terdapat di paras lobi Hotel EQ untuk tatapan semua.  

So u olls kalau nak rasa manisan hebat dari Chef Kris Budiarto.......kenalah mai EQ Penang.

Apple Strudel

Apple Strudel dengan vanilla ice cream.

Bergambar dengan Chef Kris.


Ruang Makan







Okaylah!  Jom kita tengok gambar-gambar makanan pulak serta butiran penting!


Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang
5 Mei 2019 - 4 Jun 2019
6:45 petang hingga 9:45 malam
Restoran Nada Lama

Harga Normal
RM140 dewasa
RM72 kanak-kanak
RM110 warga emas (60 tahun ke atas)

Early Bird Special
Pembelian dari 8 hingga 18 April 2019
RM90 nett
Valid for dine in from 5-12 Mei 2019 dan 1 hingga 4 Jun 2019

Booking
For more info jangan lupa layari Facebook Hotel Equatorial Penang atau Instagram @equatorialpenang.  Call 04-632 7000 atau emel ke fb_reservations@pen.equatorial.com



Pembuka Selera




Salad




Nasi Ulam




Ulam dan Sambal Belacan






Sup







Aneka Kerabu







Main Dishes



























Lemang and Serunding




Laksa Penang




Pau Section


Apom Manis




Satay




Teh Tarik




Tepanyaki
Pilihan pelbagai jenis seafood,  sayuran serta sos.  Kita bagi kat chef,  chef akan masak live depan kita.  Kat bawah ada contoh!













Bakar-Bakar Corner









Mee Longgok
Siries mee ini sedap!







Murtabak Stall
Dekat sini ada satu murtabak special....murtabak durian!







Tempura Stall






Kambing Golek & Nasi Mandy




Kuih Muih Tradisional














Ais Kacang




Desserts



























Hot Desserts









Wau Ramadhan Buffet Hotel Equatorial Penang
5 Mei 2019 - 4 Jun 2019
6:45 petang hingga 9:45 malam
Restoran Nada Lama

Harga Normal
RM140 dewasa
RM72 kanak-kanak
RM110 warga emas (60 tahun ke atas)

Early Bird Special
Pembelian dari 8 hingga 18 April 2019
RM90 nett
Valid for dine in from 5-12 Mei 2019 dan 1 hingga 4 Jun 2019

Booking
For more info jangan lupa layari Facebook Hotel Equatorial Penang atau Instagram @equatorialpenang.  Call 04-632 7000 atau emel ke fb_reservations@pen.equatorial.com

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...