
Butik ini terletak di The Palazzia, Bukit Gambir, Pulau Pinang. Bertentang dengan Ivory belakang USM. Yang bestnya kedai dia betui-betui berdepan dengan jalan besaq dan tingkat bawah sekali, so tak payah jalan banyak dan senang nak parking.
Kedai baju ni baru saja dibukak, tak sampai 2 bulan pun. Sempena hari raya depa jual macam-macam baju raya. Dari size S sampailah XXXXXL (5XL), tapi untuk saiz besaq ni jumlah dia limited dan fesyen dia pun sikit. Tetapi bab fesyen ni, yang ni aku nak puji, baju-baju kat Nardea Official adalah berjenih orang Penang kata. Sama ada u olls peminat baju bercorak, ada renda atau sulaman, modern chic ataupun tradisional...semuanya ada tetapi dia punya fesyen punya kamfungan ya. Mama Regina sendiri puji.