All About My Trip To Hatyai and Bangkok

Hey u olls!

Hello u olls, okay hari ini baru ada mood sikit nak story penuh pasai I olls punya bagpack travel dari Penang ke Hatyai ke Bangkok ke Hatyai again dan akhirnya kembali ke pangkal jalan. To be exact 7 hari 6 malam. Inilah kali pertama dalam hidup aku style bercuti ke luar negara yang lama gila. Dulu aku pi Australia pun tak selama ini (yang tu 5 hari 4 malam ja). Dan selainnya standard la kita kalau pi cuti 3 hari 2 malam.


Okay pisahkan penceritaan aku dengan macam-macam soalan pendek. So aku jawab sendiri. Hangpa baca la.


Duduk kat mana?
Masa kat Hatyai, aku duduk kat Singapore Hotel. Dekat dengan Market. Murah sahaja. 600 Thai Bath semalam. Aku share dengan kawan aku. So jadi 300 Thai Baht sahaja semalam. Hotel ni macam lama sikit, takdak lift. Dia ada tangga keselamatan tapi style horror gila tangga tu. HAHAAH aku kata "Kalau ada kebakaran, aku rela mati terbakaq dari guna tangga tu." Tapi hotel ni dekat dengan market dan walking distance sahaja dari Lee Garden dan juga Train Station.  Hotel ni takdak la cantek sangat, tapi bersih dan murah. Aku okay ja!

Singapore Hotel
Alamat:  66 Supasarnrangsan Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand
Harga:  600 Thai Baht/Per Night
Kelebihan:  Murah dan dekat dengan market dan kemudahan lain.




Nampak tak pintu kaca yang ada tulisan Siam colour merah,  itulah Singapore Hotel.

Ni tangga keselamatan dia.  HAHAHAH

Masa kat Bangkok, aku duduk kat Silom Village Inn. Satu malam lebih kurang 1100 Thai Bath. Hotel ni hotel lama, tapi meletops. Hotel ni sebenarnya dibina dengan semangat untuk memelihara sebuah rumah kayu lama. Rumah ni kira macam rumah orang kaya zaman dulu-dulu, lani bangunan rumah ini masih wujud dan dijadikan sebagai function room. Keliling rumah lama itu dibina bangunan batu yang menempatkan bilik-bilik hotel, pastu ada area shopping, salon, kedai buat kuku, kedai urut dan restoran. Aku ronda semua tapi tak sekali pun makan kat hotel. Apa barang makan hotel, kita makan apa lokal people makan la.

Lokasi sangatlah strategik. Nak pi masjid ka, pi Night Market ka, pi Pat Pong ka, pi BTS station ka, pi MRT Station ka....semua in walking distance sahaja. And bertentang dengan hotel kami ada restoran makanan Thai-Malaysian bertajuk Restoran Ibu. So aku mula-mula book dua hari sahaja, lagi dua hari aku ingat nak tukaq pi hotel lain.

Tapi sebab hotel ni best sangat aku selesa gila, aku teruih sambung lagi dua hari tidoq kat sini. Yeaaaha. Sapa sapa nak mai Bangkok aku rekemen ampa mai duduk hotel ini. Murah dan strategik.




 Gambar sejarah menunjukkan bangunan asal rumah ini.


 Kat atas ni semua gambar sekitar hotel la,  dari depan ada lobbi,  pastu u olls boleh nampakla sendiri kat tengah tu ada macam bangunan lama,  depa buat pameran semua,  kedai-kedai,  pastu nampak yang macam flat tu,  itulah bilik-bilik hotel.


Silom Village Inn
Alamat:  Si Lom, Khwaeng Suriya Wong, Khet Bang Rak, Krung Thep Maha Nakhon 10500, Thailand
Harga:  Lebih kurang 1100 Thai Baht semalam

Kelebihan:
Opposite jalan ada Restoran Ibu boleh lah nak rasa makanan halal
3 minutes walk to Masjid Mirasuddeen di mana terletaknya morning market every morning
7 minutes walking distance to Surasak BTS Terminal
15 minit boleh sampai Sala Daeng BTS Terminal,  Pat Pong Night Market & Pat Pong Night Life




Pi dengan sapa?
Kami semua empat orang. Tapi semua tidak mahu aku namakan dan bubuh gambar depa dalam blog aku sebab depa kata untuk privacy sebab blog aku popular. HAHAHAH Kak Yan jangan jeles. Blog hang popular kat Kampung Melayu ja.  So untuk memuaskan hati para netizen aku bubuh gambar ini sebagai menggambarkan kami empat orang.


Dari kiri,  Kak Yan,  Nis-Cha, Achi Ayaq dan Jumie Samsudin.


Naik apa?
Haaaaaaaaaaaaaaa unik gila perjalanan aku kali ni. Macam-macam jenis pengangkutan awam yang aku naik. Dari rumah, laki aku hantar aku naik kereta sampai stesen kereta api Butterworth. Pastu aku naik kereta api dari Butterworth sampai Padang Besar. Dari Padang Besar ke Hatyai aku naik kereta api juga. Dari Hatyai aku naik kapal terbang ke Bangkok. So in between tu semua, aku naik lah macam-macam pengangkutan awam lain. GrabBike, GrabCar, Taxi bermeter, tut tut, monorail, sampan, van, ferry.....semualah.

Information tentang harga bayaran semua pengangkutan yang aku naik, aku ada share kat bawah. Ampa bolehlah tengok notes yang aku buat ni, sebagai rujukan kepada hangpa kalau ampa nak mai jalan-jalan Bangkok ikut style aku.



Duit Tambang
Okay ini semua adalah catatan aku buat untuk semua duit tambang yang aku bayar sepanjang perjalanan aku.  

Day 1:  Jumaat
✅ KTM Penang - Padang Besar   == Train == 💸 RM11.50 
✅ Padang Besar - Hatyai == Train ==  💸RM7 atau 50TB
✅ Hatyai - Singapore Hotel == Jalan kaki == 💸 Percuma
✅ Singapore Hotel - Khlong Hae Floating Market == Tut Tut== 💸 300TB

Masa kami nak pi Khlong Hae Floating Market,  kami hire pakcik dengan tut tut nya.  300 Thai Baht tu adalah harga untuk pergi dan balik dari hotel ke floating market.  So dia tunggu kami lebih kurang 1 jam lebih.  Kat belakang cermin tu,  dia bubuh maklumat diri dia,  Nama dia Pakcik Sawi,  umur dia 229 tahun.  Tuaaa dah pakcik ni.


Day 2:  Sabtu
✅  Singapore Hotel - Hatyai Airport == Grab Car ==💸 250TB
✅  DMK Airport - Silom Village Inn == Grab Car == 💸 392TB (Grab) + 50TB (Toll)

Flight
Untuk pengetahuan hangpa berikut adalah butiran penuh flight aku untuk Hat Yai - Bangkok (pergi dan balik). Aku beli harga biasa,  bukan promo pun.  Kawan aku len depa beli murah.
Tiket:  RM160 (lebih kurang...aku dah lupa)
Insurance:  RM50
Baggage:  RM110 (share dua orang)

Day 3:  Ahad
✅  Sillom Village Inn - Wat Mahabut ==GrabBike==  💸 128TB
✅ Wat Mahabut - Bangkokian Musuem ==GrabBike== 💸142TB 
✅ Silom Village Inn - Pat Pong Night Life == Jalan kaki== 💸percuma

Day 4:  Isnin
✅ Sillom Village to Surasak BTS == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Surasak BTS to Siam Centre  == BTS Skytrain== 💸33TB
✅ Siam Centre to Victory Monument == BTS Skytrain== 💸26TB
✅ Victory Monument to Bus Stops  == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Victory Monument to Southern Bus Terminal == Bus == 💸19TB
✅ Southern Bus Terminal to Damnoen Saduak Floating Market (Boat Station) == Van == 💸 80TB
✅ Boat Station Pertama to Sawadee Boat == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Boat Cruise (1 hour) Share dua orang. Ending send to jetty dekat dengan Van Station ==Boat== 600TB
✅ Van Station to Maeklong Railway Market == Van == 💸20TB
✅ Maeklong Railway Market to Van Station  == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Van Station - Mo Chit BTS == Van == 💸 80TB
✅ Chatuchak Bus Terminal (Silap Turun) - Mo Chit BTS ==Taxi Meter== 💸60TB
✅ Mo Chit BTS - Siam BTS (Interchange) - Surasak BTS== BTS Skytrain==  💸 46TB
✅ Surasak BTS - Silom Village Inn == Jalan kaki== 💸percuma

Day 5:  Selasa
✅  Sillom Village to Surasak BTS  == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Surasak BTS to Siam Centre == BTS Skytrain==  💸33TB
✅ Siam Centre - MBK == Jalan kaki== 💸percuma
✅ MBK - Siam Centre == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Siam Centre to Surasak BTS == BTS Skytrain==  💸33TB
✅ Surasak BTS - Silom Village Inn ==Motor Ada Lampur== 💸 50TB


Day 6:  2019
✅  Silom Village Inn - DMK Airport == Grab Car == 💸 391TB (Grab) +50TB (toll)
✅ Hatyai Airport - Singapore Hotel == Grab Car == 💸 250TB
✅ Singapore Hotel - Big C Extra ==Teksi Motor == 💸60TB
✅ Big C Extra - Singapore Hotel == Tut Tut== 💸 50TB


Day 7:  2019
✅ Singapore Hotel  to Train Station == Jalan kaki== 💸percuma
✅ Hatyai - Padang Besar == Train== 💸 50TB
✅ Padang Besar - Butterworth == Train== 💸RM11
✅ Butterworth - Penang == Ferry == 💸RM1.20
✅ Feri Penang - Taman Tun Sardon == Suami Amik == 💸 dengan kasih sayang


Pi mana ja?
Masa kat Hatyai standard la aku pi Lee Gardens Night Market,  pi Big C (dia ala-ala Tesco kat Malaysia),  pi floating market.  Pastu kat Bangkok,  ada aktiviti yang aku buat sorang-sorang,  ada part yang aku ikut kawan aku.  Memang kami semua takdak peraturan yang ketat.  Aku berterima kasih sebab kawan-kawan aku ni semua memahami perasaan aku yang berpenyakit Bipolar Disorder.  Untuk pengetahuan ampa,  aku macam masih lagi dalam proses nak tau cara-cara nak tangani diri aku supaya aku tak jatuh depression yang teruk lepas terlalu seronok dan gembira melampau.  It's all about saving my energy. 

So ada time aku macam tak larat aku duduk kat hotel,  depa keluar pi beli makan kat aku.  Ada time aku macam nak jalan sorang-sorang,  depa bagi aku jalan sorang sorang.  Happy!!! 

Masa kat Bangkok,  aku pi Mae Nang Phra Khanong Shrine,  Bangkokian Museum,  Mae Klong Railway Market,  Damneon Saduaq Floating Market dan area MBK Mall tu semua.  Nanti aku cerita pasai tempat-tempat ni satu persatu dalam blog post berasingan.

Pagi-pagi buta,  depan rumah sebelum keluaq merantau meninggalkan suami selama 7 hari 6 malam.


Makanan Tak Sedap
HAHAHAHAH kawan aku kalau baca ni mampuih depa akan gelak.  Aku kan feeling nak try makanan yang pelik-pelik kunonnya food adventure gitu.  Tapi memang jadi hampeh wehs!  Masa kat Khlong Hae Floating Market aku pun feeling la amik satu sup ni,  sup kulit ikan dengan bihun.  Nampaknya macam sup ni likat-likat tau dalam tu ada sayur macam mana ka.  Aku pun beli,  orang Malaysia lain (pelancong) tak beli pun kat pakcik tu,  tapi aku beli......LAST LAST SEKALI HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMM BAU REBUNG!  Style kuat gila.  

Tengok ni pun rasa ngilu.

Aku makan rebung tapi kalau dah ada dalam kuah masak lemak tempoyak tu,  di mana bau santan dan cili padi tu dah matikan bau rebung.  Tapi bila rebung ni dalam sup ikan ni serrrrrrrrrrr duk bau rebung saja-saja.  Sejak dari tu aku rasa macam ke mana aku pi dalam Thailand aku dihantui dengan bau rebung tu. Masa kat Maeklong Railway Market pun boleh jumpa makcik ni duk meniaga rebung.......haram betui!!!!

Hai Achi Ayaq...nak rebung buat suviniyer?



Seluaq Dalam Kapas
Pada penghujung bulan Mac, kakak ipar aku telah melahirkan anak perempuan pertama.  Aku dan Khafi pun turun KL untuk menziarah dia.  So masa menziarah kakak ipar aku ada share maternity pants yang jenis pakai buang.  Dia bagi aku try,  amazingly aku pakai dengan muatnya.....................wehhhhhhhssssssssssssssss AJAIB!!!! Hangpa tau tak pungkok tembikai hutan macam aku ni mana ada seluaq dalam pakai buang untuk saiz kami.  Selama ni pun kalau aku pi spa atau kedai urut,  depa bagi aku spender pakai buang,  aku memang tak akan boleh pakai punya. Sebab semua panties pakai buang yang kedai spa bagi tu hanyalah untuk saiz Lim Hui Pin.  

Kakak ipaq aku share dengan aku,  maternity panties pakai buang jenama Pureen ini dia beli online.  1 pack ada 5 helai harga RM8 sahaja.  Jadi untuk travelling day ini,  aku telah beli siap-siap 2 pack.  Weeeehuuuuuuu.......Masa kat Bangkok,  aku share dengan kawan aku sorang ni.  Dia pun pungkok tembikai hutan macam aku.  Dia pun terkejut sebab dia muat pakai panties pakai buang ni.  Dia kata "Wehssss syiok spendek ni...dia macam kapas....kapasiti."

HARAM BETUI LA.... so kepada hangpa semua, yang mempunyai pungkok tembikai macam aku,  silalah beli panties pakai buang ini...sumpah berguna!

Kalau nak beli,  beli kot online:  Lazada.com.my



7 Eleven Penyelamat Hidup Ku
So far itulah sahaja makanan tak sedap yang aku rasa,  sayangnya kat Bangkok ni agak susah dapat makanan halal. Walaupun kami duduk dekat masjid dan hari hari pi masjid tu,  mai hari last kami barulah ada kakak orang Islam meniaga makan.  So hari hari lain,  jenuhla duk makan kerabu salad,  buah dan roti kat 7 Eleven.  Aku tak nafikan,  7 Eleven banyak menyelamatkan aku.  Kat 7 Eleven depa ada banyak pilihan roti atau nasi yang halal dan depa akan tolong panaskan untuk hang.  Siap depa ada microwave yang asing (untuk pork) dan (non pork item).  Respect la orang Thai!

Pastu nak habaq,  aku rasa depa punya 7 Eleven jauh lebih murah dari makanan dan minuman yang dijual kat 7E di Malaysia.  Ayaq macam-macam ayaq ada,  nak bagi cantek,  nak bagi sihat,  nak hilang dahaga, nak bagi jantan.  Semua ada!  Makanan pun sama jugak.  Thank you la 7E,  tanpa 7E mampuih aku mati katak tak tau nak makan apa oiii!

Selamatlah perut ku. Antara pilihan burger halal.  Harga lebih kurang 3TB atau 35TB.  Macam-macam perisa ada,  daging,  ayam ataupun ikan.  Sedap jugak u olls!  Sampai lani boleh rasa dia punya sedap.



Binatang Jalanan Yang Gemok
Oh yes! Aku nak puji semua orang Thailand sebab semua stray cats and dogs depa gemok gemok gila.  Untuk mendapatkan karma yang baik setiap hari,  depa pastinya bagi makanan kepada anjing dan kucing-kucing ini.  Seronok tengok binatang jalanan yang gemok dan sihat.


Sorrylah semua gambar ni adalah binatang yang orang bela.  Sebab depa ni yang mesra dengan manusia sikit nak amik gambaq.  Binatang lain....sama ja gemok macam ni tapi hidup sendirian.



13k Steps Sehari
Siriesly aku banyak gila berjalan setiap hari dari satu tempat ke satu tempat.  Kami tak amik apa-apa pakej untuk travel, instead kami study maklumat yang diajar dalam blog-blog travel dan kami travel sendiri.  Kos jauh lebih murah tapi tak dinafikan kos dia jadi tinggi sikit la.    On everage,  everyday I will make around 13 thousands steps a day.  Dan setiap hari,  kami semua akan membandingkan berapa steps kami capai.  

Ada satu hari tu,  kawan kami tiba-tiba dia punya steps lebih 2 ribu dari kami semua.  "Eh...macam mana hang boleh lebih? Hari ni kita semua jalan ramai-ramai." Pastu kawan aku masa tu kantol,  "Tadi...mak keluar pi jumpa jantan sat. Tak buat apa...minum ayaq ja." Ayaq apa aku tak tau #lookaround

Tapi nasib baik la tak pancit akak masa berjalan jauh-jauh ni,  walaupun kalau nak banding dengan Achi Ayaq,  dia punya kelajuan pecutan ketwok adalah lebih laju.  Akak tak mampu tangani dia.  Tapi okay la tak terkencit u olls.  Sebab kunonnya sebelum mai berjalan jauh ni,  awal-awal tahun 2019 aku dah start nak jogging u olls!  Jalan kaki pusing 1.6 km pastu share kat IG story dengan hashtag #BangkokBeReady HAHAHAHAHAHAh haram J betui...sekali tu ja aku pi jogging pastu tak pi dah.

Jauh berjalan,  luas perpeluhan.


Durian Siam
Disebabkan kami dah berhari-hari disogok dengan tayangan buah durian Siam walau ke mana sahaja kami pergi,  so pada hari terakhir kami di Hat Yai kawan aku beli satu pack buah durian Siam yang telah dikupas.  Harga 150 Thai Bath ada la dalam 6 ulas yang besar-besar.  Lepas kami rasa,  kami macam "Hang tengok aku...aku tengok hang" Baik pulpa Durian D34 dalam ais krim Mc Donald lebih kau kau kau u olls.  Bukan nak kata la....Durian Malaysia eh...silap.  Durian Penang paling the best makan sikit boleh rasa masin,  pahit,  manis,  lemak,  gas semua!!

Durian Siam!  Cantik rupa,  tak setanding rasa.


1 Hari 1 Mask
Yang ni kami terpengaruh dengan salah seorang ahli kembara kami aku namakan dia sebagai "Achi Ayaq".  Dia hari-hari,  mesti nak singgah 7 Eleven bukan sahaja untuk beli roti tetapi untuk beli facial mask.  Hari hari dia akan pakai facial mask macam-macam tajuk.  Tajuk aloe vera la,  tajuk siput babi la.....janji facial mask.  Yang jenih topeng tu.  HAHAHAH kami semua pun terpengaruh.

Siput babiiiii u ollls!


Makanan Halal di Bangkok
Siries susah nak cari makanan halal kat Bangkok.  Kami duduk kat Silom tu,  pagi-pagi kat market depan masjid tu ada la jugak makcik Islam jugak roti canai pisang,  nasi kumok (Thai style nasi briyani) tapi pilihan tak banyak dan masa jualan tak tentu.  Kadang depa jual kadang depa tak jual.  Satu Restoran Ibu yang aku habaq kat atas tu,  kami dari hari first kat Bangkok duk kata...awat kedai tu katop....rupanya kami salah tengok map.  So hari last baru kami dapat pi makan sekali.  Okay la,  dia punya Thai food ala-ala Southern Thai.  

Hari last baru kakak ni muncul.....haiii la kakak.  Okay pasai makanan aku akan buat post asing ya!

Okay itulah sahaja aku nak story kat ampa pasai aku punya lawatan ke Hatyai dan Bangkok.  Jangan lupa untuk baca catatan lain kat sini:

🔊   Mae Klong Railway Market
🔊   Damnoen Saduak Floating Market
🔊   Exploring Night Life in Patpong Bangkok
🔊   Makanan Tak Sedap di Thailand

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...