Bangkok Folk Museum, Bangkok Thailand


Okay hari ni nak cerita pasai Bangkok Folk Museum.  Sayangnya walaupun dalam banyak-banyak hari i mai Bangkok,  i dapat mai 1 sahaja muzium.  Tapi tak mengapa,  maybe kena mai Bangkok lagi.  Woot-woot!  I like coming to museum sebab dari museum kita boleh tengok terus depan mata penceritaan benda-benda tentang sesuatu tempat yang tak semestinya ada dalam GOOGLE dan SOCIAL MEDIA.

Lepas settle melawat Tokong Nang Nak,  I olls berehat di tepi jalan sorang-sorang.  Berteduh bawah bumbung kedai di kaki lima sambil meng-study apakah muzium yang paling dekat dan paling senang nak pi.  Lokasi Tokong Nang Nak,  terletak di bahagian timur.  Bila buat perbandingan lokasi yang I olls tengah duduk dengan beberapa muzium yang I olls target nak pi macam rumah Jim Thompson,  Kamavijitra (Muzium tentang love-making feeewwwiiit) dan beberapa muzium lain,  aku tengok so far pilihan untuk pergi ke Bangkok Folk Museum adalah pilihan yang paling tepat.

Dari segi jarak,  semuanya lebih kurang sama sahaja.  Transportation pun,  kot mana pun aku kena naik GrabBike dahulu sebelum tukar ke medium pengangkutan lain.  Tapi kalau pikiaq dari segi masa dan lokasi aku pilih Bangkok Folk Museum sebab dari muzium itu ke hotel aku duduk,  aku boleh jalan kaki ja balik dalam lebih kurang 15 minit. Kedua,  muzium ni FREE takdak bayaran dikenakan dan nombor tiga aku duk pikiaq tara aku nak balik hotel...elok-elok la lebih kurang 5.30 pm.   Sebab mengikut waktu tempatan,  maghrib kat sana sangat awai u olls.  Pukul 6:30 pm dah maghrib.  So mai pukul 5:30pm tu macam dah nak gelap u olls.




Perjalanan daripada Bangkok Folk Museum dan Silom Village Inn.  Yang titik biru tu yang Google suggest,  aku jalan ikut merah tu (aku reka sendiri) jauh sikit tapi lalu jalan besar.  Tak berani nak short cut satgi orang tangkap aku,  lapah daging aku...sikit punya untung ka depa dapat besaq punya daging.


Disebabkan itu, aku pun panggillah GrabBike lagi sekali.  Bayaran pun lebih kurang sama macam tadi 130TB.  Kali ini orang yang mai amik aku naik GrabBike adalah adik-adik remaja yang comels.  Dalam erti kata lain,  very the anak ikan.  Cara pemanduan dia lebih sopan dan perlahan,  aku beranik amik video dua kali masa ada atas motor dia.  And last bila dah sampai kat Bangkok Folk Museum,  dia siap selfie dengan aku lagi!

Selfie dengan adik GrabBike.  Deni baik dan lebih mesra daripada abang yang sebelum ni.  Dia bawak sederhana laju,  pastu dia duk sembang dengan aku ataih motor,  dia tanya aku dari mana?  Duduk mana?  Pastu sat-sat dia akan tanya "Are you okay?"  Baguih la kan!!


Setibanya aku di Bangkok Folk Museum aku sangat kagum sebab aku rasa macam aku mai kat rumah orang.  Aku disambut oleh seorang pak guard yang menyuruh aku isi nama aku dalam Guest Book.  Aku pun tulis,  Jumie Samsudin - Malaysia dan bubuhlah emel apa sikit.  Aku harap nanti kalau aku jadi orang kaya atau popular macam Beyonce,  depa boleh kerat helaian Guest Book tu dan bubuh dalam frame dan pamerkan dalam muzium ini balik.

Sekali pandang rumah ni macam rumah-rumah banglo yang banyak terdapat kat negeri Penang dan Melaka.  Jenih rumah batu zaman dulu-dulu yang didiami oleh keluarga ada-ada.  Keliling rumah ini penuh dengan pepohon buahan yang rimbun.  Ada pokok jambu dan pokok apa lagi satu aku tak ingat.  Buah jambu dia duk rimbun.  Kat taman tu penuh dengan tumbuhan herba macam pokok kaduk dan pokok pandan dan jugak tumbuhan bunga lain.

Disebabkan cuaca panas nak mampuih kat luar sana,  tiba-tiba masuk kat dalam ni mak rasa macam masuk dalam syurga sat.  Aku duduk atas sebuah bangku di bawah pokok,  menikmati keindahan alam.  Like i really take my time.  Inilah seronoknya kalau mai berjalan sorang-sorang takdak sapa nak kejan hang nak pi mana-mana.  Sampailah sejuk badan ini I olls pun berjalan-jalan di keliling bahagian luar rumah ini.  

Bangkok Folk Museum sebenarnya adalah rumah pusaka milik seorang orang tempatan bernama Mendiang Waraporn Surawadee.  Dia berasal dari keluarga middle-class la u olls.  Dari penceritaan dalam muzium ini dikongsikan semua gambar,  alatan rumah,  perabot dan macam-macam lagi benda yang bagi aku menunjukkan depa ni dari keluarga ada-ada juga.  Sebab bapak dia sendiri adalah seorang doktor dan dia pun style belajar kat Universiti semua pernah dapat hadiah daripada HRH Queen Sirikit.  Ada gambar dalam muzium ni.

Sekitar tahun 2000-an,  kawasan perumahan di mana terletaknya muzium ini akan diambil alih untuk dijadikan projek kondo mewah.  Jadi Mendiang Waraporn Surawadee membuat kutipan dana daripada pihak awam dan memberikan kesedaran kepada semua untuk memberikan sumbangan agar projek kondo mewah itu dihentikan dan rumah tersebut dihadiahkan sebagai sebuah muzium untuk tatapan jenerasi akan datang.  Yang syioknya u olls,  nah...dia berjaya kutip lebih kurang 15 juta Thai Baht dan akhirnya terbinalah Bangkok Folk Museum atau sesetengah orang panggil Bangkokian Museum.  Sebab itu nak masuk muzium ni free u olls,  dan dia siap tulis kat merata tempat NO DONATION.  Haaaaaa....

Nah baca tulisan punya kecik untuk semut baca.

Basically dalam kawasan muzium ini ada tiga bangunan,  1 bangunan utama,  kat belakang ada lagi rumah untuk pameran,  dan kat tepi ada bangunan untuk bilik sewa dan kedai jual barangan.  Aku masuk rumah utama sahaja sebab malaih nak masuk yang lain-lain tu.  Masuk bangunan utama pun dah penat terlalu banyak benda nak tengok.  Susunan barang-barang yang disusun rapi dan dijaga dengan baik,  aku sangat amazed dengan kecanggihan perabot yang ada!  Memang confirmla depa ni orang kaya-kaya u olls. Tengok dia punya meja solek sudahlah....macam MIRROR MIRROR ON THE WALL GITU.

Pastu seni bina muzium ni pun sangatlah segak dan unik.  Aku mula duk ingat rumah ni,  rumah batu!  Rupanya rumah ini diperbuat daripada kayu u olls.  Entirely........sebab tulah masuk rumah ni sangatlah sejuk.  Pengudaraan dia tidak memerlukan aircond ataupun kipas angin yang banyak.

Ini bukan pokok kat muzium tapi pokok aku amik masa jalan nak balik hotel.

Dan satu lagi best pasai muzium ni,  DEPA ENCOURAGE KITA AMIK GAMBAR BANYAK-BANYAK.   Okaylah ini sahaja aku nak share dengan hangpa.  Selamat mentengok gambar ya.



Pokok-pokok Keliling Muzium
Keliling muzium ni penuh dengan pokok.  Yang bestnya semua pokok tempatan macam pokok jambu,  mampelam,  pokok kaduk,  ulam-ulam.  Kita kat Malaysia ja suka duk pakai pokok luaq bila buat lanskap!




Tiba-tiba ada sekuntum bunga di tengah taman.....EHHHH!





Eloq anak anjing ni duk jaga Taufiq punya pokok miang kham.  HAHAHA

Azmi,  kalau hang mai jangan duduk atas indoi ini okay.





Rumah Utama - Bahagian Dalam
Okay rumah agam ni ada dua tingkat,  belah bawah,  kita masuk tengah-tengah ada walk way.  Pastu blah kanan ada bilik sikit.  Dia bubuh almari sembahyang apa semua.  Blah kiri ada ruang tamu dan bilik makan.  Dia tulis kat display,  ruang tamu dan bilik makan ni depa selalu layan tetamu.









Depa bubuh dont touch.  Sapa nak touch nyah.....jamban u olls.  Kalau Kak Yuss pegang ni mampuih dah..Dia nanti lumur badan dia bukan dengan sanitizer dah...tapi dengan minyak gas.  Pastu dia bakaq diri dia.


Kunon feeling posing macam kat Bean Sprout Cafe.  Tapi tak berapa lentik, sebab tak confident nak posing dengan adik Siam yang tolong amik gambar ni.


Rumah Utama - Bahagian Atas
Bahagian atas menempatkan dua buah bilik,  ruang legar dan satu tandas.  Kelas depa ni orang kaya....atas bawah ada pancoq.


Lantai dia flawless.

Sila beri laluan pondan ni nak pose!  Lipstick aku in sangat kan!  Nanti aku review kat dalam blog.  Lipcolour tu hadiah dari mak ayam ku Zarina Abdul Rahman. 


Nohorom skeri mak ang butoh betui.  Hitam u ollls!  Cahaya tak sampai.


Tau dak ni apa?  Ni seterika!!


Weh antik niii mana nak dapat dah!



  

Potret Mendiang Waraporn Surawadee,  pemilik asal rumah ini yang mengusahakannya untuk dijadikan muzium.  WANITA HEBAT!



Tau tak yang macam penyapu tu apa?? Yang tu untuk halau lalat!

Nila aku kata...meja mekap mirror mirror on the wall!


Siling dia smart wehs!  Depa jaga elokkkkkkkkkkkkkk....


Ushar katil dia!  Smart.


Aku suka pencahayaan bilik ini.  Sangat ong!!  Kalau time aku kena depression aku duduk dalam bilik ni...mampuihh aku cahaya matahari ti banyak.  HAHAHAHA

Beri laluan aku nak selfie lagi....hahahahah

AKU SUKA GILA LEMARI NI!!!  BESAQ NAK MAMPUIH TAPI DESIGN DIA AKU TAK PERNAH JUMPA LAGI.

Bahagian tepi almari tu pun boleh bubuh barang.




Beri laluan...deni nak selfie lagi....hahahah



Meja ni bapak depa akan potong janggut pagi pagi.


Rumah Utama - Bahagian Luar
Okay now kita tengok bahagian luar rumah ni. Nampak macam rumah batu...tapi bukan!





Pintu Gerbang


Patio Belakang
Kat sinilah I olls merehatkan diri buat kali kedua.  Siries wehs.....syiok duduk sini.  Aku relaks,  bagi sejuk badan.  Aku syiok sebab tempat ni tak banyak orang,  aku rasa macam tak ramai tourist nak mai tempat ni sebab dia jauh dari lokasi utama pelancongan.

Dia selfieeeeeeeeeeeeee lagiiiiiiiiiiiiiiiii

Depa boh kipaih seketoi.....bagi sejuk.





Bangunan-Bangunan Lain





Bangkok Folk Museum
Alamat:  273 Saphan Yao Alley, Khwaeng Si Phraya,
Khet Bang Rak, Krung Thep Maha Nakhon
10500, Thailand

Business Hour: 
Everyday except Monday
9am-4pm

Entrance Fees:  FREE!!




2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...