Bengkel Penulisan Skrip anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) & KOMFIT


Hello u olls,

Pada awal bulan Ogos,  akak berpeluang untuk join satu bengkel anjuran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dengan kerjasama Komuniti Filem Titiwangsa - KOMFIT di Dewan Pemuda,  Lebuh Acheh,  Georgetown, Pulau Pinang.

Bila dapat poster tudalam Whatsapp Group gang teater yang akak join,  akak rasa macam...ermm...SILA ABAIKAN.  Siapa aku nak menulis skrip.  Tapi Ketua Penyamun kami iaitu Lanun telah memberikan kata-kata semangat secara PM tepi.  Dia kata,  "Kak Zah,  hang ada bakat dalam penulisan.  Penulisan skrip pun sama juga.  Hang kena tau teknik ja.  Hang pila try,  mana tau lepas ni gang kita tak perlukan orang luar untuk tulis skrip lagi.  Hang dah boleh tulih!"

Maka akak pun terus sign up untuk hadiri bengkel ini dengan harga yang amat murah iaitu RM80 seorang untuk dua hari.  Murah kan?



Hari pertama,  kami berkenalan dengan penceramah untuk bengkel ini yang dikenali sebagai Al Jafree Md Yusop,  seorang penulis skrip dan kemudian beliau berjinak-jinak menjadi pengarah filem dan telefilem.

Pada hari pertama,  beliau memberikan pengenalan secara ringkas tapi bagi akak adalah mendalam mengenai struktur sebuah filem dan format penulisan skrip.  Melalui sesi pengenalan ini,  akak faham tentang introduction,  act 1,  act 2 dan sebagainya.

Sorry akak terbagi hilang akak punya catatan nota.  Kalau tak boleh akak explain dengan lebih mendalam.  Babi betui.  Aku punya duk cari nota akak tulis sebanyak 16 mukasurat tu sampai nak jadi migraine.  So biarlah...akak tak mau cari lagi,  nanti bila kita tak mau,  benda tu akan muncul sendiri.

Setelah dia memperkenalkan struktur jalan cerita layar perak,  malam tu dia suruh kami tengok satu filem bertajuk LA Confidential dan kenal pasti kat mana bahagian-bahagian seperti mana ditetapkan dalam struktur.  Akak pun jenuhlah malam tu tengok LA Confidential punya filem,  pastu buat nota semua bagai,  part mana Act 1,  part mana Act 2 dan sebagainya.  Teruja sangat-sangat nak jawab dengan tepat,  sebab sapa yang jawab dengan tepat akan diberikan hadiah sebuah buku.

Tapi haram,  esoknya apa yang akak teka banyak yang salah.  Tapi tak mengapa,  cara ini kami lebih faham tentang struktur jalan cerita sebuah filem.  Selama ni kita duk tengok ja filem,  nak ulas pun kadang-kadang base on apa kita suka dan apa yang kita tak suka.  Tapi kita tak faham 'law' yang ditetapkan oleh penulis-penulis skrip ni semua.


Selain daripada ilmu-ilmu penulisan skrip dan pembikinan filem yang dibincangkan dalam bengkel ini,  kami semua sebagai peserta berasa sangat bertuah sebab penceramah kita sangatlah tidak lokek ilmu.   Why?  Sebab dia share banyak benda melalui konsep hang tanya,  aku jawab.  Kami dah macam sembang-sembang santai,  cakap pasai filem tempatan dan antarabangsa,  penceramah juga seorang yang well-read bagi akak sebab setiap butir kata yang dia lafazkan memang sedap lah telinga kita dengar.

Antara yang akak ingat "Kematian dalam sebuah cerita adalah sangat seksi" dan "Menghargai seni adalah cara yang paling mudah untuk menghargai insan".  Dan banyak lagi,  tapi semuanya hilang dalam catatan nota akak 16 helai muka surat tu.

Jadi bagi akak,  memang baguslah sangat-sangat apa yang depa buat ni.  Tahniah kepada MBPP dan juga KOMFIT.  Bak kata Puan Pengarah Unit Komuniti MBPP,  sebagai sebuah bandar yang maju,  bukan sahaja kena bagi kemudahan yang canggih selaras dengan kemajuan teknologi,  malah minda para penduduk kat bandar ini juga perlu dibangunkan dan depa percaya melalui ilmu dalam bidang penulisan dan perfilem ini boleh bina golongan masyarakat yang bagus.

Please follow Facebook depa untuk tahu apakah aktiviti terkini:  Komuniti Filem Titiwangsa - KOMFIT

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...