14.5.19

Che Pa


Wehss.....thank you to Sunmelon sebab WA aku dan suruh aku tengok satu drama TV bertajuk Che Pa.  Lakonan pelakon hebat iaitu Nam Rom dan diarahkan oleh Sabri Yunus.  Dua nama hebat ni bergabung...kita kena tengoklah.


Che Pa adalah sebuah drama TV yang mula-mula keluar di Astro tapi lani hangpa boleh tengok kat Youtube banyak dah.  Gila bagus cerita ini.  Aku suka cerita-cerita macam ni sebab dia betul-betul realistik.  (BUKAN TIPIKAL DATO KAYA ADA MASALAH DENGAN BUSINESS DAN ANAK DIA PUN CANTEK NAK BAGI KAWEN DENGAN ANAK TAN SRI KAYA MACAM GILA BABI SEMUA CERITA TAK LOJIK....AWAT SEMUA ORANG MALAYSIA NI KAYA MACAM TU KA? BUTOH PAK ANG)


So cerita Che Pa ni pasai seorang anak seni dari Kedah yang memperjuangkan sebuah seni yang dinamakan permainan Hadrah.  Samalah macam Ghazal Parti,  Boria dan sebagainya dari utara negara Malaysia,  Hadrah adalah satu seni di mana lelaki akan berpakaian perempuan dan mereka akan menari dan menyanyi mengikut rentak alunan mainan muzik yang dipermainkan.


Konflik berlaku seperti mana kita tau la lani zaman modern mana ada dah orang-orang nak kerja kebudayaan ni semua.  Orang nak kerja office,  meniaga,  kerja kilang, cukup bulan dapat duit gaji.  Kehendak hidup pun terlalu mendesak,  nak kena bayar Astro,  nak kena ada handphone ada line internet,  nak kena bayar insurance sebab kalau sakit demam esok lusa baru boleh check in duduk ward hospital swasta,  kena beli barang dari Lazada....ehhh macam-macam la.  Semua tu nak pakai duit.  Habis kalau duk kerja-kerja tradisional macam ni semua ingat cukup ka?




Jadi oleh itu,  Che Pa rasa terpinggir bila kawan-kawan dan orang kampung semua dah tak mau nak tengok Hadrah lagi.  Kawan-kawan dia semua si lelaki-lelaki lembut pun semuanya dah mulai insaf dan pergi menjalani umrah.  Zaman lani pulak orang makin lama mula nak bercakap pasai isu-isu LGBT ni,  sifat homophobic terbenam dalam hati semua orang.  Menyebabkan orang pandang serong jugak kat Che Pa sebab jantan tua duk gila nak menari pakai perempuan lagi.


Tapi lembut-lembut Che Pa,  dia ada anak,  anak perempuan,  anak perempuan dia ni la yang satu-satunya duk sokong perjuangan dia dalam Hadrah.


Cerita ni best sungguh sebab jalan cerita dia sangatlah mendalam.  Bagi kita tertanya-tanya ke mana akan perginya nasib Che Pa ni.  Sebab seni budaya tradisi Hadrah ni sangat sayang kalau kita biarkan ia terus terkubur.  Che Pa merupakan karya asal oleh Saniboey Mohd Ismail dan disrkipkan oleh penulis skrip tersohor Nazli Jaafar atau Che Li.  Tahniah la kepada penulis sebab cerita ini akhirnya ada satu kesimpulan yang membuatkan kita rasa puas hati dengan pengakhirannya.


Dahla hangpa pi tengok sendiri cerita ni.


Hmetro & Budiey.com

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region