Cita Rasa Warisan Ramadhan Buffet Iconic Hotel

Terima kasih Iconic Hotel atas jemputan ini.



First time I olls dijemput untuk review Ramadhan buffet untuk hotel di area tanah besar Pulau Pinang,  maksudnya di bahagian Seberang Perai.  Iconic Hotel Penang terletak di Juru,  so kalau u olls memandu atas lebuhraya Plus menuju arah Selatan,  sampai jer area Juru tu dah boleh nampak kat area kiri tu ada satu bangunan tinggi dengan lampu-lampu.  Itulah hotel Iconic.

Percubaan I olls mengambil gambar kelibat hotel dari tepi lebuhraya.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini Iconic Hotel menawarkan promo Ramadhan Buffet bertajuk Citarasa Warisan.  Macam-macam pilihan ada daripada daripada juadah Arabian style malah Malay style.  Pilihan memang banyak sekali.  Tapi yang menariknya,  Ramadhan buffet ini disajikan di paras yang asalnya adalah carpark.  Depa tutup habis,  bubuh wall paper semua siap dengan aircond ya tuan-tuan dan puan-puan.  Memang idea yang amat creative oleh pihak hotel.  Pastu dia ada area outdoor sikit yang membolehkan Iconic Hotel menyajikan kita juadah bakar-bakar dan goreng-goreng style.




Ruang selesa berhawa dingin.

Pentas utama untuk persembahan muzik tradisional Melayu.


Area outdoor sikit yang membolehkan Iconic Hotel menyajikan kita juadah bakar-bakar dan goreng-goreng style.



Memang idea yang amat creative oleh pihak hotel. 

Yang penting sekali depa ada UNTA!!!! Life size u olls.



Okay tak mau story banyak.  Jom tengok gambar u olls!

Cita Rasa Warisan Iconic Hotel
Bufet Makan Malam Berhawa Dingin


Tarikh
6 Mei hingga 3 Jun 2019


Masa
7:00 malam hingga 10:00 malam


Lokasi
Aras 6,  Iconic Hotel

Harga  
Dewasa  RM78+/-
Kanak-kanak dan Warga Emas 50% Diskaun


Membeli Sambil Beramal
RM1 daripada pembelian baru orang dewasa akan didermakan kepada badan kebajikan


Tempahan
Untuk tempahan sila hubungi +60 4 505 9988 atau emel ke talktous@iconichotel.com.my.  Layari laman web www.iconichotel.com.my



Iconic Hotel
71, Jalan Icon City, Icon City, Bukit Mertajam 14000 Penang



Pembuka Selera
Acar Jelatah Timun Nenas

Tempe Ikan Bilis


Tahuhu Sumbat

Telur Masin

Pasembur

Kerabu Ulam

Kerabu Betik

Kerabu Mangga Muda

Kerabu Taugeh

Kerabu Udang

Kerabu Daging

Kerabu Ayam



Ikan Masin Terpilih
Gelama,  Bulu Ayam,  Kurau,  Sepat,  Tenggiri,  Talang,  Kembong & Perkasam



Aneka Sambal

Sambal Belacan,  Cincalok,  Sambal Mangga,  Budu,  Sambal Kicap Manis,  Sambal Kicap Masin,  Sambal Jawa,  Air Asam,  Sambal Hijau,  Sambal Nyonya,  Sambal Manis,  Sambal Johor,  Sambal Tempoyak,  Sambal Gesek & Sambal Ikan



Ulam-ulaman Kampong
Ulam Raja,  Ulam Pegaga,  Daun Selon,  Timun,  Kacang Panjang,  Kacang Botol,  Petai,  Tomato,  Terung Bakar,  Bendi,  Kobis,  Jantung Pisang & Daun Kaduk


*Semua item menu adalah tertakluk pada perubahan berdasarkan bahan-bahan segar yang disediakan.


Bar Salad
Salad Bar

Selada Ais,  Romaine Salad,  Lollo Bionda,  Lollo Rossa,  Salad Butterhead,  Frisee,  Kubis Merah &  Tomato Ceri


Sos Thousand Island,  Salad Caesar,  Mustard Madu & Mayonis

Pilihan Jeruk
Jeruk Kedondong Hijau,  Jeruk Betik,  Jeruk Mangga,  Jeruk Sengkuang,  Jeruk Anggur,  Jeruk Buah,  Kelubi,  Jeruk Cermai,  Jeruk Salak,  Jeruk Buah Pala & Jeruk Jambu Batu




Pelbagai Keropok
Keropok Udang,  Keropok Ikan,  Keropok Sayur-sayuran,  Keropok bawang,  Papadom,  Keropok,  Belinjau & Keropok Moni



Sup Dan Bubur
(Dihidangkan dengan pelbagai roti gulung & roti bengali)
Pelbagai jenis roti

Sup Daging Utara

Sup Tom Yam Makanan Laut

Soto Ayam Madura

Bubur Lambuk




Aneka Rojak Buah
Mangga Muda,  Betik Muda,  Jambu Air,  Jambu Batu,  Sengkuang,  Timun,  Belimbing & Nenas
(Disediakan bersama kuah rojak,  kacang tumbuk & biji bijian)




Hidangan Utama

Nasi Tomato

Nasi Putih

Nasi Kabsa

Dajaj Mashwi

Ayam Goreng Madu

Kari Ikan Dan Bendi

Sayur Kobis Goreng Kunyit

Paru Goreng

Beef Tagine with Chickpea

Ketam Masak Lemak Cili Padi Nenas


Sambal Telur

Kepah Masak Paprik

Sotong Kong Po

Kacang Panjang Goreng Bersama Telur

Udang Goreng Butter



Pencuci Mulut

Buah Kurma

Pelbagai Jeli Buah

Agar–Agar Santan Pandan


Puding Karamel

Sagu Gula Melaka

Pulut dengan Santan Durian

Laici Kang



Aneka Pastri
Kek Pisang Kaya,  Kek Lapisan Pandan,  Kek Labu & Lobak Merah,  Coklat Brownie,  Kek Keju &  Kek Coklat Pisang




Kuih Tradisional Melayu
Kuih Seri Muka,  Kuih Buah Melaka,  Kuih Cara Manis,  Kuih Tako,  Cucur Badak,  Kuih Lopis Pulut,  Kuih Bingka Ubi,  Kuih Sagu Lapis,  Kuih Talam,  Kuih Lapis,  Karipap,  Onde-Onde,  Tepung Pelita,  Lepat Pisang,  Lepat Liat &  Cucur Keria



Puding Roti Bakar
(Satu Jenis Setiap Hari)
Puding Roti Mentega Tarikh Buah;  Puding Roti Mentega Pisang;  Puding Roti Mentega Labu atau Puding Roti Mentega Cip Coklat

Puding Roti Mentega Cip Coklat


Pengat Dan Bubur Kampong
(Dua Jenis Setiap Hari)
Bubur Kacang Dengan Durian,  Bubur Gandum,  Bubur Pulut Hitam,  Pengat Pisang,  Pengat Labu,  Pengat Ubi Dengan Sago,  Pengat Nangka atau Bubur Cha Cha

Pengat Ubi Dengan Sago


Pengat Pisang



Ais Krim
Pilihan Ais Krim:
Vanilla, Coklat, Jagung, Keladi & Strawberi
(Dihidangkan dengan bumbu dan topping)


Aneka Minuman
Sirap Selasih
Cincau
Bandung


Minuman Panas
Teh Tarik
Nescafe Tarik
Soya

Pilihan Buah-buahan Segar
Tembikai, Nenas, Tembikai Susu, Buah Naga,
Pisang Emas, Rambutan, Betik



Stesen Satay
Satay Ayam,  Satay Daging & Kuah Kacang
(Disediakan bersama timun, bawang dan nasi impit)


Ais Kacang Dan Cendol
(Jagung, Kacang Merah, Buah Nau,
Cincau, Sagu, Susu Sejat, Agar- agar,
Sirap Gula Melaka, Sirap Ros, Cendol,
Santan)



Stesen Pemanggang
Kambing Panggang Arab
(Bersama sos lada hitam & yogurt pudina)



Kepakaran Timur Tengah
Shawarma
(Ayam diperap rempah dihidang dengan salad dan mint yogurt dalam roti pita)



Stesen Wok
Char Koay Teow
(Telur, Udang, Cili Boh, Kucai, Taugeh)


Goreng-goreng Panas
Cucur Sayur
Pisang Goreng
Ubi Keledek Goreng
Jemput jemput Jagung
Keropok Lekor
(Dihidangkan dengan sos cili
& sos cili hitam)


Stesen Mi
Asam Laksa
(Bawang, Salad, Timun, Cili, Nenas, Otak Udang, Bunga Kantan)



Ikan Goreng
Ikan segar yang diperap dengan herba
dan rempah ratus (Ikan Bawal, Ikan
Kembung, Ikan Selar Goreng)
dihidangkan dengan masakan & sos

Cita Rasa Warisan Iconic Hotel
Bufet Makan Malam Berhawa Dingin


Tarikh
6 Mei hingga 3 Jun 2019


Masa
7:00 malam hingga 10:00 malam


Lokasi
Aras 6,  Iconic Hotel,  71, Jalan Icon City, Icon City, Bukit Mertajam 14000 Penang


Harga  
Dewasa  RM78+/-
Kanak-kanak dan Warga Emas 50% Diskaun


Membeli Sambil Beramal
RM1 daripada pembelian baru orang dewasa akan didermakan kepada badan kebajikan


Tempahan
Untuk tempahan sila hubungi +60 4 505 9988 atau emel ke talktous@iconichotel.com.my.  Layari laman web www.iconichotel.com.my

Iconic Hotel
71, Jalan Icon City, Icon City, Bukit Mertajam 14000 Penang



Berbuka bersama Suami
Bergaduh jugak la nak seret dia mai bukak posa sekali kat hotel. I olls duk pi review makan hotel (kalau dibenarkan bawak plus 1) ada pernah bawak laki?  Tak pernah kan?  Sebab dia tak suka.  Bukan ja kata makan hotel,  makan kat mana-mana yang ada orang ramai dia memang tak berapa nak suka.  Tapi takpalah,  dalam tempoh 2397 tahun ini,  sekali ni dia ikut la aku mai hotel.  Pastu duk syiok makan shawarma dan kambing dua tiga kali ulang. Tu pun bila amik gambaq sekali duk buat muka terpaksa.  Macam ayam!


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...