Damnoen Saduak Floating Market



Dari aku kecik bila tengok dokumentari pasai Thailand mesti aku akan kata kat Mak aku "Jumie teringin nak mai market terapung macam ni."  Venice of the East itulah gelaran orang Eropah kepada negara Thai sebab pada zaman dahulu kebanyakan daripada urusan harian masyarakatnya tertumpu di kawasan perairan yang menjadi perhubungan dan transportasi utama.  Pada zaman sekarang,  kebanyakan sungai kecil yang merupakan anak-anak kepada Sungai Chao Phraya di Bangkok telah ditutup dan dijadikan jalan darat.  It is said,  some of the important roads in Bangkok dibentuk dari terusan air sungai.

Apa aku duk berletiak panjang macam cikgu sejarah ni!!  Okay kalau kat Hatyai kami dah pi Khlong Hae Floating Market,  so mai Bangkok kami kena mai satu lagi floating market.  Ada banyak floating market,  tapi paling besaq dan paling busy adalah Damnoen Saduak Floating Market yang terletak di daerah Ratchaburi,  di luar bandar Bangkok.

Macam I olls cakap dalam artikel sebelum ini,  hanya aku dan sorang lagi kawan yang memilih untuk mengembara ke Damnoen Saduak Floating Market manakala lagi dua ekor,  cekcur ke tempat lain.  Kami memilih untuk tidak menggunakan pakej pelancongan yang seringkali diiklankan.  Harga pakej tu lebih kurang 1000TB.  Depa akan amik kat hotel,  bawak mai floating market ni,  pastu pi tengok railway market,  pastu hantar balik ke hotel.  

Tapi kawan aku yang sorang ni gigih! Dia study semua blog-blog yang bercerita pasai macam mana nak mai Damnoen Saduak Floating Market dengan pengangkutan awam dan dia yakinkan aku untuk mengembara cara itu.  YEAH!! Aku ikut sahaja.  Biarlah makan masa dan memenatkan....pengalaman ni aku ingat sampai tua.



Semuanya bermula dari Siam Centre,  kami bazir masa lebih kurang sejam kat situ (sambil minum ayaq teh Starbucks) sebab kami tak tau nak pi mana mula-mula.  Macam-macam duk ada dalam kepala otak.  Dari Siam Centre,  kami pun naik BTS ke stesen BTS Victory Monument dan kami turun BTS tu kami pun jalan kaki menuju ke stesyen bas yang terletak berdekatan dengan bulatan besar yang dipanggil Victory Monument.

Selfie dalam kepanasan di tepi jalan yang sesak ini.


Victory Monument dibna tahun 1941 sebagai mengingati kemenangan Thailand semasa perang Franco-Franco-Thai War

Kat sini,  sepatutnya (dalam blog tu) kata kami kena naik satu bus transit percuma dan turun kat satu tempat ni.  Tapi kami tengok semua bas sama dan ditulis dalam bahasa Siam.  Mujur,  dalam fon kami dah download siap-siap gambar lokasi kami nak pi dan gambar transportation yang kami nak naik seperti van,  bas,  kapal terbang dan kereta api.  Haaa...so bila depa tak tau cakap orang Putih dengan kami...kami tunjuk gambar bas...pastu kami tunjuk gambar floating market.

Sekali lagi,  abang tu,  pegang tangan aku sikit dan tarik suruh aku pi kat satu kaunter bas.  Orang kat kaunter tu macam tau cakap English sikit,  dia kata "U take bus 515. Central Station".  Tak lama lepas tu sampailah bus 515,  bus tu kecik dan tak berapa banyak orang.  So kami ada la tempat duduk.  Yang penting ada aircond ya.  Kami habaq destinasi kami nak pi,  tau tak berapa?  Kena 19 TB ja.  Murah u olls.

Dalam bas u olls!

So perjalanan dari Victory Monument menuju ke Central Station  ataupun Southern Bus Terminal  lebih kurang 30 minit.  Dalam bas tu aku tak boleh nak tengok pemandangan sangat sebab depa semua tutup dengan curtain.  Takpalah kita pun rehatlah.  Dalam bas ada la nampak dua tiga orang perempuan pakai tudung,  maknanya ada jugak orang Islam area sini.




Bila bas tu sampai di lokasi,  conductor bas tu punyalah baik,  dia panggil kami dan habaq kata lokasi ampa dah sampai.  Kami pun turun. Nenjia bus station punya besaq macam stadium.  Kami cepat-cepat cari 7 Eleven nak beli ayaq u olls panaih.  HAHAHA Tu la aku kata 7 Eleven sangat berjasa kepada kami.  Kami naik ke tingkat dua station bas yang besar ni,  rupanya kat atas ni semua kaunter bas macam kat Pudu.  Bus nak pi Pahang,  KL,  Penang,  Melaka semualah.  Tapi bas bas ni tak pi la Malaysia hang pun..........aku bagi contoh ja.  Pastu kami kena turun balik,  rupanya untuk amik van,  kaunter dia kat belakang ka macam mana.

So kami pun sampai kat kaunter van,  dan beli tiket menuju ke Damnoen Saduak Floating Market.  Harga 80TB.  Kami tunggu lebih kurang 20 minit,  dan van pun sampai.  Daripada Central Station menuju ke Damnoen Saduak Floating Market,  amik masa lebih kurang 2 jam juga.  Aku duduk kat tengah,  ada la terlena sikit,  tapi Achi Ayaq duduk kat belakang tak bagi chance.  Dia lap style bunyi kroh krah kroh laju punya.  Masa aku bangun tu,  aku nampak macam sawah pagi dan ada tompok-tompok putih.

Dalam bas masa nak pi!

Pastu aku perasan ada kedai kat tepian jalan,  duk jual benda putih tu dalam guni.  Dalam hati aku,  yang ni tempat buat garam ka?  Kat Malaysia takdak tempat buat garam kan?  Tapi aku duk ingat la daripada baca buku dan tengok dalam Youtube.  Bila dah balik semua,  aku Google dalam maps,  memang betui dalam perjalanan kami ke Damnoen Saduak Floating Market kami akan melalui satu kawasan pembuatan garam air tasik.  Kelas!!!  Ampa boleh Google:  Smuthsong Kram Salt Field in Thailand

So kami pun tiba di sebuah station sewaan boat untuk naik mengelilingi Damnoen Saduak Floating Market.  Tak tau apa nama tempat tu,  tapi dia punya orang servis macam CELAKA bin NOHOROM.  Dia bukak harga 1000TB untuk 1 jam sewa boat.  Gila mahai.  Share dua,  sorang lebih kurang RM50 dah la lani Malaysia duit dah jatuh.  So lebih kurang RM60 untuk sorang.  Aku minta kurang,  aku cakap elok elok,  bagi la discount.

"How much u want?"  

Memang cara bargain yang normal,  kita start dengan harga rendah atau separuh aku terus bukak "500 baht"

"What you crazy?  Ridiculous.  Cannot give you."  Muka ja comei,  cakap English terror tapi kurang ajar.  Aku pun saja la jalan-jalan pi dekat dengan tempat boat sampai...aku saja la nak tengok macam mana.  Sebab kaunter kot depan,  memang nampak macam kedai biasa ja.  Kot mana mai nya dia punya sungai dan boat?

"Hello hello...u cannot enter...u cannot enter."  Pompuan sundal tu jerkah kat aku.  Aku pun tengok Achi Ayaq.  Achi Ayaq kata "Dah nyah...tak payah la pi kat depa ni....kita pi cari tempat lain."

Ni la kedai yang kurang ajaq tu!

Macam ni la kami jalan panaih-panaih pi cari kedai lain! HAHAHAHA

Maka kami pun dengan hati yang panas membara,  kami keluaq jalan dengan confidentnya mencari tempat sewa boat yang lain.  Kami tau (dalam blog yang Achi Ayaq baca) ada kedai sewa boat yang lain,  cumanya kami tak tau kat mana.  Kami pun jalan dan jalan,  pastu jumpa satu kedai runcit.  Kami pun tanya kat orang kedai runcit tu,  macam biasa,  kami tunjuk gambar.  Depa suruh kami patah balik dan corner kiri macam mana ka.

Nasib baik kami tanya jugak sebab takut satgi pi sampai depan silap silap kami jumpa market teruih!  Last-last kami ti berenang ja pi tengok market tu.  Sah sah dua dua akan terapung otomatik dalam ayaq.  So bila orang kedai tu suruh kami patah balik dan corner kiri macam mana ka,  aku macam skeptikel sebab kena masuk celah-celah rumah orang.  Perasaannya macam hang masuk kampung,  pastu detu suruh masuk celah-celah rumah orang tu.  Haaa....

Tapi rupanya memang betui ada.  Satu tempat sewa boat tajuk dia Wandee Boat Service to Floating Market.  Tempat dia besaq,  ada toilet semua elok.  Aku rasa time busy,  mesti tempat ni banyak orang,  tapi kami sampai tu dah agak petang so takdak orang sangat.  Adik yang sambut kami tu perempuan,  cakap punya lembut,  sekali lagi dia bukak harga yang sama kat aku 1000 Thai Baht untuk 1 jam.  Aku kata,  can you discount 500 baht only?

Dia pun balas....okay i give you 600 Baht.  Okayla!!  Tak larat dah nak menapak atau pi cari tempat lain.  Sebab dalam blog yang Achi Ayaq baca,  sebenarnya boleh dapat harga 300 Bath untuk satu boat tau!  So kami pun naik la boat tu,  mula dari jeti Wandee Boat Service to Floating Market kami melalui kawasan-kawasan rumah,  kebun nyioq dan akhirnya kami sampai di sebuah dermaga yang menunjukkan pintu gerbang kayu yang besar laluan utama ke Damnoen Saduak Floating Market.

Pose ataih boat.  Achi ayaq tertutup.

Nah...kedai depa ni best.

Sayangnya ketika kami sampai dah lebih kurang 3 petang,  so macam takdak sapa dah kat market ni.  Ada la penjual dua tiga lagi atas boat dan banyak lagi kedai-kedai sudah tutup.  Siriesly dalam hati aku rasa macam sedikit kecewa sebab mai jauh jauh tapi takdak apa,  tapi aku tak mau pikiaq negative.  Banyak lagi benda nak tengok  iaitu pemandangan sekitar,  rupa-rupanya penduduk di kawasan setempat ni memang 100% duduk atas rumah yang dikelilingi ayaq.  Rumah depa besaq-besaq dan cantek-cantek ya,  kot belakang ada la tanah besaq macam mana ka.  Tapi kot depan semua ada sampan kayu.    Aku shot la a few gambaq untuk ampa tengok.  





Banyak kedai tutup.








Ramai wehs duk mandi depan rumah macam ni.  Aku amik depa ni ja sebab depa budak budak. (Tapi aku bukan pedofil okay!!)

Ada jugak orang meniaga kat rumah depa sahaja.  Kita lalu dengan boat boleh beli.

Makcik ni baguih punya duk cuci boat.  Kuatnyaa orang tua ni.






Walaupun musim panas tapi nampaknya macam pokok semua elok lagi tumbuh.

So before aku mengakhiri artikel ni,  here are some of the few things hangpa patut tau:

1.  Cara-cara nak pergi Damnoen Saduak Floating Market & Mae Klong Railway Market tanpa menggunakan pakej pelancongan!
Jimat hingga 50%!

✅ Siam Centre to Victory Monument == BTS Skytrain== ๐Ÿ’ธ26TB
✅ Victory Monument to Bus Stops == Jalan kaki== ๐Ÿ’ธpercuma
✅ Victory Monument to Southern Bus Terminal == Bus == ๐Ÿ’ธ19TB
✅ Southern Bus Terminal to Damnoen Saduak Floating Market (Boat Station) == Van == ๐Ÿ’ธ 80TB
✅ Boat Station Pertama to Sawadee Boat == Jalan kaki== ๐Ÿ’ธpercuma
✅ Boat Cruise (1 hour) Share dua orang. Ending send to jetty dekat dengan Van Station ==Boat== 600TB
✅ Van Station to Maeklong Railway Market == Van == ๐Ÿ’ธ20TB
✅ Maeklong Railway Market to Van Station == Jalan kaki== ๐Ÿ’ธpercuma
✅ Van Station - Mo Chit BTS == Van == ๐Ÿ’ธ 80TB
Abang van yang kami naik tu bodo...dia pi bok turun kami kat Chatuchak Bus Terminal.  So kami kena naik teksi pulak semata-mata nak sampai kat Mo Chit BTS
✅ Chatuchak Bus Terminal (Silap Turun) - Mo Chit BTS ==Taxi Meter== ๐Ÿ’ธ60TB
✅ Mo Chit BTS - Siam BTS (Interchange) - Surasak BTS== BTS Skytrain== ๐Ÿ’ธ 46TB
Jumlah besar ==  Lebih kurang 601TB (beberapa kos aku bahagi dua siap-siap).  Kalau hangpa ramai,  like 3 or four,  mungkin kos teksi dan boat boleh kurang lagi!


2.  Jangan beli apa-apa kat market ni.  Haram semua style cekik darah dan depa tak letak harga.
Depa pandai wehs,  abang boat tu akan kayuh hang pi dekat kedai-kedai atau boat tertentu mungkin sebab dia dapat komisyen.  Tapi kalau hang nak suruh pi berhenti tengok kat mana-mana pun dia okay ja.  Tapi bagi aku,  tak payah la beli kat sini kecuali ada benda yang hangpa betul-betul berkenan.  Yang paling aku frust sekali adalah aku agak terkelapaq jugak time tu,  sekali ada makcik ni jual seafood padthai aku pun order.  Achi Ayaq ada pesan kat aku dia kata,  kat sini makanan mahai.  Macam kalau kita makan kat market biasa duk ada sepinggan Pad Thai 50TB tapi kat sini maybe dalam 100TB.  

Disebabkan aku agak lapaq so aku pun macam okay la fine!  Orderla satu saja nak lapik perut,  dah nama pun pad thai kan?  

Sekali nenjia makcik ni buat kat aku pad thai punyalah besaq dan banyak macam nak bagi makan kat moreh pastu aku tanya how much "300 Baht" NOHOROOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM  KOTIAU APA SAMPAI 30 RINGGIT MAKCIK OI.  
Aku kesian kat makcik ni,  so aku bubuh gambar muka dia yang tertutup sikit.

Pad Thai RM30!!

Aku punya bara wehs aku tak boleh lupakan kejadian ini so ampa kalau mai sini,  jangan duk beli okay!  Siries aku habaq...ampa mai beli aiskrim dalam coconut tu sudah la ada bunga orkid sikit sebagai tanda mata nak amik gambaq.  Yang tu pun harga dia kalau tak salah aku dalam 100TB jugak!



3.  Kalau ampa nak mai pagi pagi bermakna ampa kena keluaq hotel lagi awai la.  Pandai-pandaila ampa atur sendiri masa.  
Tapi memang bestnya kalau ampa mai sendiri macam kami buat sebab takdak sapa nak kejan ampa suruh cepat dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...