28.5.19

Hereditary (2018)


Hello you olls,

So baru-baru ini aku telah mentengok filem seram bertajuk Hereditary. Sebelum ini dan tengok tetapikan aku semua movie duk tengok online yang macam pirate punya. So masa mula-mula style depa record dari dalam panggung wayang. Kualiti sedih,  aku faham jalan cerita,  tapi tak puas u olls! So aku tunggu punya tunggu,  akhirnya now dah ada peluang untuk tengok filem ini dengan kualiti yang so much more better.

Nah! Hari tu aku dah bagi satu link bertajuk Putlockers untuk tengok movie stream percuma.  This time aku belajar dari Kak Pah dengan mengfollow dan mendownload movie dari aplikasi Telegram.  

Aplikasi Telegram ni memang baguih nak habaq mai. Haritu ada satu anak ikan duk share dalam thread Twitter tentang bagaimana bagusnya Telegram ni untuk share file, movie, music dan sebagainya. Aku sendiri salama ni memang duk pakai Telegram untuk nak share video Dan gambar bila nak edit apa2. Sebab kalau send melalui WhatsApp, saiz gambar dan video tu akan dikurangkan.  Jadi yang lain2 pasai Telegram tu nanti aku share kemudian la.  So.........aku follow satu Telegram ni ID dia RickyChristanto.  Ampa boleh follow dia kalau hangpa ada Telegram. Boleh download macam-macam movie duk ada!


Synopsis
Jadi aku pun tengoklah Hereditary.  Filem seram ini adalah filem pertama hasil  tulisan dan arahan pengarah baru bernama Ari Aster.  Nama sah sah Yahudi tegar.  Mengisahkan 4 sekeluarga.  Mak bapak Dan anak dua orang. Sorang laki sorang pompuan.  Si mak kerja dia seorang seniman,  buat-buat model rumah tapi bentuk macam real life untuk pameran seni.  Bapak dia tak tau kerja apa,  tak dinyatakan tapi kerja office-office la.  Anak depa dua dua dah remaja, tapi anak perempuan tu dia remaja macam nak baru besar.  Form 2 ka macam tu.


So misteri macam-macam ni bermula apabila nenek dalam cerita ni meninggal dunia.  Bila dia mati,  si mak jadi macam depression tak tau nak luah macam mana.  So dia pun pi help group (yang duduk ataih kerusi dalam bulatan pastu luahan perasaan tu).  Masa dalam help group ni dia berkenalan pulak dengan seorang perempuan tua yang katanya,  mengalami masalah kemurungan sebab cucu dia mati.

Seterusnya,  kejadian yang tak diingini berlaku apabila anak lelaki dia,  duk mabuk ganja,  bawak kereta laju,  menyebabkan eksiden dalam gelap dan anak perempuan depa punya kepala terputus sebab terlanggar tiang lampu.  WHORESHIT! Yang ni mak rasa sangat ngeri.

Lepas kejadian anak perempuan depa mati ni,  si mak punya depression lagi teruk.  Dia start sleep walking.  Anak lelaki dia pun jadi depression sebab dia tak tau nak luahkan rasa bersalah dan sebagainya yang berkumpul dalam benak hati dia.

Last-last dipendekkan cerita,  rupanya nenek depa yang arwah tu,  adalah ketua kepada satu cult pemuja syaitan bernama King Paimon,  yang merupakan salah seorang raja di neraka (according to depa punya kitab la).  So nenek dia duk sembahyang semua dan memang target nak bunuh semua anak cucu sebagai pengorbanan.

Okay itu sahaja sinopsis aku boleh share.  Ni pun kira dah banyak dah.  Aku nak ampa pi tengok sendiri sebab penceritaan cerita hantu ni memang best.

King Paimon

King Paimon Dan Pemujaan Syaitan
Selepas tengok cerita ini,  aku pun pi la Google dan cari-cari info pasai King Paimon.  Memang shit mother fucker la.  Ingat kat Malaysia sahaja la orang Melayu taksub dengan segala hantu,  jin dan syaitan?  Bomoh tarik duit dan ritual membuang jin popular dalam Youtube contohnya Ustaz Md Rosdi Hassan yang sangat popular tu.

Rupanya,  kat negara orang Putih tak kiranya negara apa pun,  area Russia ka,  Britain ka,  Amerika ka?  Semua depa gila duk puja-puja syaitan tu.  Disebabkan filem ini,  aku Google pasai King Paimon dan membawa aku kepada bermacam-macam Youtube channel yang dibuat oleh mat salleh sekalian tentang bagaimana cara-cara nak puja syaitan.

Hang nak puja syaitan apa?  Nama macam-macam jenis.  Apa bahan-bahan yang diperlukan?  Tips-tips dan sebagainya.  Aku pun nganga tengok Youtube ni semua.  Depa siap ajar,  kalau nak pakai lilin,  sila guna lilin yang ada bau earthy macam sandal wood dan sebagainya,  sebab bau sekian-sekian disukai oleh syaitan jenis tu.  Ehhhhhhh babinya!  

Tapi aku sangat amazed sebab kat ruangan komen pada Youtube berkenaan sangatlah dipenuhi dengan para pemuja syaitan yang siries dan bukan nak troll u olls.  Maknanya komuniti depa sangat open dengan pemujaan syaitan ni semua.

So kita tak payahla nak kata sangat yang kita ni masih kuno sebab duk percaya benda-benda alah ni semua.  Orang putih pun sama sahaja.

Why best?
Bagi aku,  penceritaan kisah Hereditary (yang bermaksud keturunan) adalah tersendiri dan tidak terikat dengan mana-mana cerita hantu lain.  Dia ada banyak unsur misteri,  simbolism tetapi yang best TAKDAK ELEMEN ELEMEN terkejut bagi kita takut.  Inilah kekuatan cerita Hereditary ditambah dengan lakonan Toni Collette yang meletops.  Kalau hangpa teringat,  Toni Collette adalah mak kepada budak kecik dalam cerita Sixth Sense.  

Aku harap anak Yusof Haslam boleh belajar Ari Aster ni,  sebab dia berjaya keluarkan identiti dia sendiri.  Aku suka scene last bila si mak dah bunuh si bapak.  Lepas tu somehow, si mak tu macam terbang/hanyut melayang dari dalam rumah naik ke atas rumah kayu atas pokok.  Scene itu memang takdak background music yang teruk,  takdak apa-apa effect teruk,  tapi...just imagine.....BILA MAK DIA TERBANG MACAM TU?  Dia bukan nak tiru Superman ka apa.  Tapi kelihatan macam kena rasuk dan dibawa naik ke atas.

Cerita ini,  bukan sahaja mengupas tentang masalah depression dan komunikasi keluarga.  Kenapa si mak tak mau bercakap dengan anak dia sendiri?  Gagal untuk luahkan perasaan?  Menafikan perasaan dendam,  perasaan sayang?  Memang sangat shit motherfucker.  Mental torture sungguh.  Memang ada kot keluarga yang macam ini. Memang kalau nak diikutkan,  Ari Aster kata,  filem ini lebih dikategorikan sebagai filem drama keluarga daripada cerita seram! Tahniah Ari Aster dan gang penulis skrip sebab mendalami masalah ini.  

Aku mulai hari ini akan ingat nama Ari Aster sebagai pengarah filem seram yang best.  Just like James Wan!  Mak akan follow.

Rating
Aku bagi 7/10



2 comments:

  1. Ok nanti aku nk tengok cerita nie... tapi kena tunggu lepas raya... feel dia len macam... haha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE