Iftar di Lagenda House & Cafe

Nak kena tulih ka nama depa ni semua????????????????

Hello u olls!  Seperti tahun-tahun lalu me and friends akan buat majlis bukak posa secara rasmi yang menggabungkan semua watak-watak gila dalam hidup Jumie Samsudin.  I used to call them all as 'anak-anak ayam' tapi gelaran ini telah dibuang dan tidak boleh digunapakai lagi sebab depa semua lani bukan level anak-anak ayam dah,  semua semua dah level RATU!  Haaa....bukan lagi mak ayam ya u olls,  terus lompat jadi ratu.

Ratu Kampar,  Ratu Kuala Kangsar,  Ratu Jelutong,  Ratu Ayer Itam,  Ratu Taman Tun Sardon dan Teluk Kumbar,  Ratu Seberang dan macam-macam lagi.  

Jalan Campbell,  yang antik dan indah!


Aku nak amik la gambaq bagi nampak macam aku duk tunjuk bangunan,  sekali apek ni lalu! Spoil la!





Walaupun IC aku 02,  tapi aku tetap PENANG GIRL!

Tahun ini,  instead buat majlis bukak posa time nak last-last orang dah sibuk nak beraya apa semua,  kami buat majlis iftar on the first Sunday of Ramadhan dan pilih punya pilih akhirnya kali ini kami pilih untuk berbuka di Lagenda Cafe.  Sebabnya, kalau makan hotel kena bangun jalan-jalan amik makan,  kat sini kami boleh duduk macam ratu anai-anai dan makan sahaja.  Ayaq pun orang mai tuang bagi.

Seperti ampa tau,  Lagenda Cafe adalah lokasi kesukaan I olls sejak ianya baru dibukak.  Dan baru-baru ini,  Lagenda Cafe telah dinaik taraf jadi Lagenda House,  sebabnya the whole bangunan tu depa dah amik.  Bahagian bawah (semua bahagian dari depan sampai belakang) depa buat cafe,  dan bahagian atas ada hotel rooms!  

Untuk tempahan bukak puasa ni,  I olls berhubung dengan owner dia Mr.  Shad dan Whatsapp dengan dia untuk tempahan semua.  I olls kata nak booking meja untuk 16 orang.  Pastu I olls tanya,  u nak booking kami meja di depan atau belakang?  Pastu dia kata "Ikut puan la..."  So I olls kata,  "Tolong booking kot belakang sebab kami bising macam binatang" Urusan untuk tempahan berjalan lancar,  depa send hang satu menu (PDF) pastu hang habaq siap-siap nak makan apa,  pastu nanti depa siap kat hang.

Ruang Makan Yang Meletops
Thank you Cafe Lagenda for the lovely set up!

Aku tak paham pasai pa Yuss Rambut Sergom ni kena duduk siap siap lagu ni.  Aku tak tau apa dia cuba buktikan.

Aku tau pasaipa dia duduk sini,  dia nak sembunyi siap siap...satu ratu ratu lain nak sampai....dia nanti kena teruk la.  3 tahun baru mai Penang balik!



Dia tau kami semua suci suci so dia pun bubuh bunga putih.

So ingatkan duduk kat belakang jadi macam tak berapa best (kami tak kisah pun,  sebab makan kat sini yang best!!) ,  rupanya u ollls...bila I olls menjejakkan kaki ke bahagian belakang cafe yang di set up untuk meja khas kami....wehsssssss best gila!! Nampak sangat exclusive,  meletops,  cantek,  kayangan dan sesuai untuk ratu-ratu anai anai semua.  

Alhamdulillah,  semua went well.  Lepas berbuka puas di Lagenda Cafe,  kami semua ramai-ramai jalan kaki pi minum teh tarik kat sebuah kedai tepi jalan di Chulia Street.  Jom la tengok gambar!



Sesi Sembang U olls

Tengku Zaren dan Azmi Martopo.  Duk gelak apa tak tau.

Nischa and Kak Yan! Ehhhh!


Sabaq Azmi...satgi makanan hang akan sampai.



Bibiaq pink ni....haram betui.








Ara sedang memberikan penerangan cara-cara nak bok masuk feri kot Penang Port.


Siap bagi penerangan dia duk sengap.


Yaaaaaa...Kak Zah dan Vivi!  Duk sembang apa tu.....

Dari kiri,  Kak Fina,  Shada Kapadokia dan Ezal Hazel Azami. EH!

Nis-Cha dan Yazid!

Aku nak selfie dengan Kak Baby depa tu pun sibuk!




Kunon amik gambaq panorama!

Tapi muka aku jadi lagu ni.  Haram betui la.


Bismillah......



Ze Food
Kami order macam-macam.  Ada yang order ala carte,  ada yang order set!  Nah tengok la....


Netizen duk amik gambaq.


Set Bakaq-Bakaq Ramadhan
Dua orang dari kami amik set ni.  So share untuk empat orang.  Nak tau lebih lanjut tentang Set Bakaq-Bakaq Ramadhan Cafe Lagenda,  mai baca sini:  Bakaq Bakaq Ramadhan Lagenda Cafe Penang



Gado-Gado 
My favorite!



Ayam Percik Madu Tiga
"Jumie,  Kak Fina nak Ayam Percik Madu Tiga." 
"APA???? AYAM PERCIK MADU SAMPAI TIGA? Kak Fina biaq betui..."
#IQ300kunon



Counter Hall Burger 


Prawn Lemak Pineapple


Chicken Chop



Cheese Stick


Flower Power
SAPA LAA GARIK ORDER AYAQ NI.......FLOWER POWER KUNONN.... (tapi ayaq ni sedap...nama ja macam meletops)


Banana Bakar


Kurma - Complimentary


April Birthday Girls
Biasalah la kan......mesti nak kena tiup tiup lilin.  Kami sambut semua yang birthday bulan 4.  Azmi,  Taufiq,  Nis-Cha dan Azren.





Azmi awat hang tak tau nak mangkit ka sikit ciup lilin tu!

Happy birthday girls....sorry hari ni takdak crown.


Tea Session
Inilah teh tarik port yang best kat tepi Chulia Street,  nak habaq dia...ampa masuk ja Chulia Street dekat dengan masjid yang rumah flat tanah wakaf tu,  ampa nampak dah lorong kecik ni ada lukisan harimau.  Nak baca kat sini:  Teh Tarik Harimau, Penang




Apa la cucu dengan Nanima ni duk sembang.




Okay lah kami bubuh la nama-nama depa, Ezal,   Taufiq,  Azren,  Arafat,  Yuss,  Yazid,  Nizal,  Mamu,  Ridhwan Shariff,  Nis-Cha,  Veena,  Shada dan di belakang sekali Kak Fina & Jumie.

Kenangan tak boleh beli dengan wang ringgit.  Terima kasih ratu-ratu semua sebab sudi jadi kawan I olls.  Kita bertemu lagi dalam sesi Sweet-Sweet Raya!


Lagenda House & Cafe
Alamat:  43, Lebuh Campbell, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
No Telefon:  +60 12-437 5449 (Shad) atau 04-261 2293


2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...