I'm Back



Okay dah cut the long story shot.  Aku dah start menulis balik kat blog ini.  Malah semua artikel lama-lama dalam blog ini sudah kembali ke udara.  Back in August 2018,  adalah benda yang membuatkan aku tersentap dan merajuk dan aku pun pikiaq better aku tutup blog aku ni.  Tapi lepas luahkan segala cerita kepada anak ayam aku bertajuk Fazli Zainol,  haruslah aku kena maki teruk dan dia suruh aku back on track buat macam biasa.


Masa aku tutup blog aku tu,  bukan sahaja aku 'revert to draft' semua artikel yang aku dah tulis dulu,  malah ramai kawan-kawan kat Facebook dan Instagram pun aku delete.  Memang merajuk teruk la time tu.  Kepada yang aku dah delete dan remove from followers tu,  aku mintak mahap banyak-banyak,  memang salah aku.  Ampa jangan merajuk dengan aku k.  Kalau ampa tau apa yang jadi kat aku,  hangpa akan faham pasaipa aku bara teruk!


Pasaipa?  Aku tak boleh nak tulis kat sini,  tapi pikiaq macam ni ja la.  Aku tak pernah ada niat nak menjatuhkan sapa-sapa,  aku menulis sebab aku suka menulis,  aku suka bercerita.  Kalau hangpa jumpa aku live pun,  aku BANYAK cerita nak sembang.  Semua penulisan yang terzahir dalam ketukan papan kunci laptop ini bukanlah aku buat-buat,  semuanya keluar macam tu ja orang Penang kata,  keluar macam mata ayaq.





Tak perlulah aku nak ceritakan panjang dan terperinci apa yang betul-betul berlaku,  lani macam ni,  apa yang dah berlaku biarkan ianya berlaku dan biarlah ianya menjadi pengajaran dalam hidup aku.  Don't mess with the wrong people.


Aku akan terus bercerita......dan kepada yang sudi membaca,  jemputlah terus membaca.  I love u olls.


Lay out ini cantek,  nampak pro dan banyak feature menarik.  Tapi banyak kelemahan.


So bila aku dah start tulis balik kat blog ni hangpa boleh perasan lay out kat blog dah berubah u olls.  Susah tau nak susun coding untuk lay out baharu ini,  makan banyak masa jugak.  Tapi lepas dah siap elok,  aku nampak banyak kekurangan.  Kepada yang baca melalui handphone,  banyak gambar jadi distorted (dia tarik saiz jadi pelik).  Pastu aku perasan,  banyak artikel aku takdak dalam list mengikut selakan page.  Tak best!  So aku akan ubah lay out page ni lagi.


Jadi ucapan aku untuk ampa semua,  selamat berpuasa.  Selamat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan.  Dan yang paling penting sekali,  jangan lupa untuk habaq kawan-kawan ampa semua yang duk baca blog I olls ...habaq kat depa "JUMIE GILA DAH START TULIS BLOG DIA BALIK...."


Sekian,
Perempuan gila, baik hati & lambang kecantikan
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...