Kedai Baharu A Ghaffoor Martabak Original


Hangpa mesti tau kan kedai makan milik kawan aku Nizal Ashriff? Tauke A Ghaffoor Martabak Original. Aku selalu post cerita pasai martabak dia, nasi dia, perghhhh....sapa sapa kalau tengok post aku memang terliok la. 

Bukan sebab gambaq tu cantek, tapi memang ramai yang dah termakan dengan pukauan aku di sosmed dan terperangkap dan dah pi makan kat A Ghaffoor Martabak Original ni. Dan alhamdulillah....boleh kata semua jatuh hati dengan kesedapannya.

Nak habaq kat hangpa ni.  Kedai depa dah pindah pi premis baharu yang terletak di Jalan Dato' Kramat.  Untuk lebih mudah nak kenal pasti, sederet dengan Public Bank and showroom Proton. Hangpa nanti nampak kedai ni punya besaq dia punya sign board.









Ruang cafe yang lebih cun,  cerah dan sejuk!

Waktu perniagaan pun dah berbeza.  Lani depa meniaga dari siang sampai malam!  Dari 10:00 pagi sampai 3:00 petang macam biasa ada nasi tomato dan nasi minyak serta lauk pauk macam makan kenduri. Dan tak dilupakan martabak Ghaffoor yang nala besaq dan maha sedap tu.

Nasi Minyak & Lauk Kenduri A Ghaffoor Martabak Original




Ayam goreng panas-panas.  Sempena bulan Ramadhan dijual bermula 3pm.

Nasi tomato,  ayam goreng,  dalcha.  DUDUK SENGAP SENGAP SEMUA.


Martabak Ghaffoor

Pastu sambung 3:00 petang sampai 12:00 malam depa sambung meniaga Mee Ratu (signature dish),  satay Semeling, nasi lemak dan nasi kacang, pulut sekaya, pulut kuning dengan gulai daging, lempeng pisang dan lempeng nyioq.


Mee Ratu
Chef Nizal duk buat mee ratu special!

Nampak tu punya pekat kuah dia!  Ini memang aku punya feveret.  Aku duk habaq kawan-kawan semua duk syiok mai sini sebab Mee Ratu ni.

Hirup lah!


Satay Semeling
Satay Semeling Sungai Petani memang terpaling sedap nak mampuih aku sangat feveret. Berita baik orang Penang kalau nak makan satay Semeling ni boleh mai kat kedai A Ghaffoor Martabak Original. Every night kecuali Sunday.



Satay daging my favorite!


Lepas makan satay ni u akan jadi Wuverin.  Insya Allah.


Nasi Lemak,  Nasi Kacang & Nasi Lemuni
Bila mai malam,  ada macam-macam lauk pauk yang dimakan dengan tiga jenis nasi.  Nasi Lemak,  nasi Kacang ataupun nasi lemuni.  Sorry aku ada gambar ni sahaja.



Lempeng Pisang & Lempeng Nyior
Haaa yang ni memang tak boleh kata laa.... Dap.....nostalgia wehs.  Orang darat panggil ni PEKNGA



Pulut Sekaya & Pulut Kuning
Pulut putih tu makan dengan sekaya hijau rasa pandan.  Manis.  Untuk yang suka rasa savory,  boleh amik set pulut kuning dengan gulai daging.

 



Masya Allah. Okay lah lagi aku cerita lagi hangpa raplah. Maybe aku akan buat video pulak.  Lani kan aku dah ada Youtube Channel.  Ampa dah tengok Youtube aku?  Dah subscribe belum?  Nah tengok sini:  Youtube.com/user/jumiessmerr  Nak tengok gambar  kami yang manis-manis ni masa lepak kat A Ghaffoor Martabak Original.




A Ghaffoor Original Recipe
🍽 A Ghaffoor Martabak Original
📍 504 Jalan Dato Kramat, 10460 Georgetown,  Pulau Pinang
📱 +60 12-496 8937
👨‍💻 ghaffoor.original@gmail.com
IG:  @A.GhaffoorMartabak
Facebook:  http://bit.ly/2wRwxRd

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...