Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Kak Zah dengan beg Nelopa di tetek sedang membeli.

Tudia!! Aku rasa dah separuh daripada populasi manusia dari Perak,  Penang,  Kedah dan Perlis dah sampai kat pasar terapung yang famous kat Hatyai ni,  nah aku baru first time nak kunjung. Walaupun dah berkali-kali mai Hatyai tapi tak pernah pun nak sampai ni.  So now,  kita dah sampai ke Khlong Hae Floating Market,  Hatyai.  Ini adalah pada hari pertama aku sampai Thailand so petang tu,  kami pun memang takdak benda apa nak buat so kami mai la Khlong Hae Floating Market.

So cara dia kalau nak pi market tu,  daripada hotel kita kat mana-mana pun di Hatyai (lokasi bandar) naik la mana-mana pakcik tut tut.  So basically kami bayar dia 300 Thai Baht sahaja,  dan charge itu adalah untuk pergi dan balik.  Dia akan hantar kita pi market tu,  pastu bagi masa sejam ka dua jam,  dia akan tunggu dan hantar kita balik ke hotel.  

Nama dia Pakcik Sawi,  umur dia 229 tahun.  Tuaaa dah pakcik ni.

Daripada lokasi hotel kami inap iaitu Singapore Hotel untuk menuju ke Khlong Hae Floating Market,  Hatyai hanya lebih kurang 5 kilometer sahaja.  Naik tut tut tak sampai 15 minit dah sampai u olls.  Traffic pun tak berapa nak menakutkan.  Setibanya kami di sana,  kami disambut dengan suasana ala-ala kampung orang Thai di persisiran sungai gitu.  Ada gerai-gerai jual macam-macam jenis makanan,  baju,  beg dan goodies lain sebagai tanda mata.  Rata-rata penjual kat sini boleh cakap Melayu sikit sikit.




Gerbang masuk ke Khlong Hae Floating Market



Disebabkan kat area nak masuk Khlong Hae Floating Market ada wat,  so kat sini akan ada banyak orang tempatan duk jual barangan sembahyang seperti bunga dan lain-lain.  Makcik ni duk anyam daun pandan jadi bunga rose.  Ya Allah canteknya.

Kalau kat market Taman Tun Sardon ada jual lagu ni confirm Azmi akan beli hari hari buh dalam kereta dia sebab dia memang suka beli pewangi kereta Fleur bauan Pandan.  

Pastu on your  left,  ada wat iaitu tempat sembahyang.  Kita boleh masuk,  sebab kat tepi wat tu,  tepi sungai dia ada macam pavillion kita boleh duduk tengok pemandangan Khlong Hae Floating Market.




Ini yang menarik perhatian aku.

Kak Zah make up tanpa apa apa warna.  Semata-mata bedak.  Persis terung putih.

So kami pun jalan-jalan dan ushar dulu.  Nohorommmmmmmmmmmm semua pelancong ni mai dari Malaysia.  Melayu,  Cina,  India....semua rakyat Malaysia bersatu kat situ.  Ada yang kekwat,  ada yang sombong.  Yang sombong tu biasa la,  yang jenih mai dari kam-kam ni,  pastu dressing meletops sikit sebab mai melancong kat luaq kan?  Satu macam punya duk buat macam ranggi.  Sebab kat kampung depa takdak sapa nak tengok depa pakai segak lagu tu.  Yang tak sombong ni macam orang-orang KL semua,  duduk sebelah kami makan sama-sama teruih jadi geng.


Aku rasa kat sini semua okay la.  Walaupun floating market ni olok-olok.  Makcik yang meniaga ni semua bukan duduk betui-betui atas rumah tepi sungai,  bukan jenis macam kat Damnoen Saduak Floating Market tu semua di mana memang masyarakat kat situ menggunakan boat sebagai pengangkutan utama.    Khlong Hae Floating Market adalah floating market buatan yang dibangunkan sebagai eksploitasi kedatangan pelancong dari Malaysia yang terlalu ramai.  Pandai depa buat marketing!  Sebab tu makanan yang dihidangkan jugak banyak yang halal dan harganya tidaklah terlalu mencekik darah!  Sedap ka tak?  Aku pilih makanan yang pelik,  rupanya tak sedap.  Selainnya aku rasa,  banyak makanan yang tak original.  Sushi pun ada.  Depa betui-betui ikut citarasa pelancong.

Nak suruh aku mai lagi?  Maybe not! Jom kita tengok gambaq.


 



Kakak ni gigih duk perform.  Aku bubuh la 50 baht.

Terung putih ni muncul lagi.















Punya ramai rakyat Melesia

Banyak stray dog kat sini.  Yang ni ja susah sikit sebab time kita makan,  depa suka mai dekat. Dan depa akan amik makanan dalam sampah.

This is What We Eat
HAHAHAHAH kawan aku kalau baca ni mampuih depa akan gelak.  Aku kan feeling nak try makanan yang pelik-pelik kunonnya food adventure gitu.  Tapi memang jadi hampeh wehs!  Aku pun feeling la amik satu sup ni,  sup kulit ikan dengan bihun.  Nampaknya macam sup ni likat-likat tau dalam tu ada sayur macam mana ka.  Aku pun beli,  orang Malaysia lain (pelancong) tak beli pun kat pakcik tu,  tapi aku beli......LAST LAST SEKALI HARAMMMMMMMMMMMMMMMMMMM BAU REBUNG!  Style kuat gila.  


Sup perut lembu dengan nasi putih.  Sup dia.....ampa tengok la halia takdak,  bawang takdak,  apa rempah pun takdak.  Ayaq,  perut lembu dan tetel sikit sikit dengan garam.   HAHAHA.  Memang aku tak boleh blah.  Kunon nak food adventure la.

Inilah sup kulit ikan dengan rebung tu.  Tengok ni pun aku dah ngilu.  Macam ni aku beli,  macam ni la aku buang.  Tak boleh telan.  Bau rebung terlalu kuat.


Kot blah ataih ni kedai-kedai pulak.  Kat sini,  ada la sikit makanan babi-babi


Sapa lesbian?????? Ampa taste tak tengok aku kalau lagu ni!  Auuu.




Khlong Hae Floating Market
Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...