Paskal: The Movie (2018)



Hello u olls,

Rebiu ini aku buat dari perspektif seorang penonton tempatan tanpa cuba membandingkan hasil seni ini dengan karya Hollywood yang tahap kayangan.  Jika ada perbandingan,  pastinya yang baik-baik dan positif untuk kebaikan bersama.  EHHHHH SOPANNYA PERMULAAN ARTIKEL INI.  INI MUNGKIN SEBAB BARU HABIS TENGOK ABAM-ABAM PASKAL YANG SUNGGUH JANTAN.  KEPEREMPUAN KITA BERTAMBAH U OLLS....


So I've done watching movie ini.  Mulanya ingatkan filem ini ala-ala cerita polis/askar yang menentang kejahatan rempit dan sebagainya yang dah biasa-biasa kita tengok macam Aaron Aziz berlakon semua tu.  Tapi the first 10 minutes,  mak dah rasa macam woww...kena pay attention ni.  Cerita ni best.


Cerita ini mengisahkan Arman seorang askar dalam pasukat elit yang dinamakan PASKAL.  Sebagai seorang PASKAL (Pasukan Khas Laut),  macam-macam pengorbanan yang perlu dia hadapi dalam menjalankan tugas.  Antaranya macam-mana mak dia yang macam tak redha dia teruskan cita-cita menjadi PASKAL sedangkan bapak dia dulu sendiri mati sebab bertugas dalam PASKAL.  Aku mula-mula duk ingat PASKAL tu nama sapa-sapa dalam cerita ni....hahaha sebab Pascal adalah nama sinonim bangsa Perancis dan Italy.  Kalau Italian akan panggil Pasqualet.  HAHAHAA...


So dalam nak menjalankan tugas sebagai PASKAL,  dia kena santuni hati mak dia yang merajuk sebab rasa ditinggalkan sendirian di rumah,  dan pada masa yang sama sahabat baik dia baik dalam satu misi bersama PBB (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) kat negara apa ka rasanya blah-blah Afrika Utara nak pi arab-arab tu.  Dan lepas tu,  kawan baik dia satu team, setelah dipecah dari PASKAL,  dia join jadi Lanun dan merancang nak menyamun harta negara.


Rentak filem ini agak pantas,  takdak ruang-ruang yang boring seperti babak-babak cinta tak perlu.  Ada scene nakal dan lawak.  Tapi yang paling banyak adalah adegan nervous dan bagi adrenaline kita laju berlari dalam darah kita.  Scene yang paling nervous adalah scene depa hambat lanun tu sampai ke sempadan Filipin!  Yang tu memang smart gila...

Ampa taste hat mana satu?  Aku tau Ridhwan Sharif taste dua dari kiri.

Filem ini diarahkan oleh Adrian Teh seorang anak tempatan dari Pulau Pinang.  Dia dah buat banyak filem kat negara kita ni tapi tak ramai yang tahu kot sebab kita sebagai rakyat Malaysia hanya support filem dari Mamat Khalid.  Penulis skrip iaitu Anwari Ashraf adalah nama biasa dalam filem Malaysia yang bersifat penyiasatan dan kepolisan.  


Tahniah kepada semua pembikin filem ini sebab ampa telah membuatkan aku sebagai penonton rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.  Rupa-rupanya pasukan PASKAL kita adalah sangat terbaik dan telah menjadi pembantu kepada misi-misi antarabangsa malah bukan untuk negara Malaysia sahaja.  Masa opening filem ini turut dinyatakan,  pasukan PASKAL adalah pasukan pertama di dunia ditubuhkan untuk menjaga harta negara apabila melalui perairan-perairan yang mempunyai banyak ancaman lanun.  Hinggakan,  apabila kapal dari Malaysia berlayar,  kapal-kapal dari negara lain akan ikut di tepi sebab nak tumpang keselamatan.  Kerlassss......


Satu lagi aku nak sangat bangga dengan PASKAL adalah dari segi dia punya kerahsiaan.  Dalam anggota PASKAL yang langsung tak kenal nama sesama depa,  sampaikan masa bila sampai kat pelabuhan,  muka depa ditutup.  Mak dia mai dekat dia,  nak peluk nak salam pun tak boleh,  dia tunduk sahaja tanda hormat.  Kerahsiaan ini dijaga untuk memastikan ke-elit-an pasukan ini terpelihara dan disamping itu untuk jaga keselamatan depa la....Tengok apa jadi bila Jeb keluar dari Paskal langsung habis dia boleh penetrate sampai ke lubang cakcing.


Skrip dan jalan cerita filem ini disimpulkan bukan sahaja dengan memberikan suntikan semangat kepada penonton seperti kita,  tetapi turut memberikan satu pengajaran kepada kita semua tentang pengorbanan especially kepada perajurit negara yang berkorban masa,  tenaga dan nyawa bukan semata-mata gaji dan pencen di hari tua tetapi......nyawa mereka sendiri untuk negara.  Filem ini telah menaikkan maruah diri seorang askar yang selama ini kita golongan mak nyah dan adik-adik ni,  kalau dengar abang askar ja....bergetar bulu puki semua sebab abang askar yang kita tahu semua taik puki dan suka main pondan.  Babilaa......


Okay now baru nak cakap pasai komplen light-light akak untuk filem ini.  First sekali akak macam WHY AMPA AMIK HAIRUL AZREEN JADI HERO?  Sebab muka dia macam adik-adik sangat pastu suara dia pun very the adik Universiti.  Tapi towards the end of the movie baru akak nampak,  kesungguhan dia dalam lakonan dia,  dia maintain dia punya jiwa sampai last dan satu benda la akak nampak kepada Pengarah pilih dia sebagai hero adalah kerana wajah orang macam Hairul Azreen relatable dengan ramai anak muda kat negara kita ni.  Maksudnya muka Melayu biasa-biasa tak tahap dewa sangat,  masih muda itu yang penting.  Sebab kalau tengok filem ini,  pastinya ramai anak muda yang rasa tertarik dan tiba-tiba ada cita-cita nak jadi PASKAL.  Kan?


Aku jugak nak ucapkan tahniah kepada Ammar Alfian,  kalau dahulu nama dia tenggelam sebentar sebab skandal gambar bogel yang melibatkan dirinya,  tiba-tiba dia buat comeback dalam filem ini.  Not only lakonan dia bagus,  dia punya fight scene yang last tu aku sangat suka sekali.  Oh yes,  English dia ...american u ollls.  Kerlas sangat.  Sangat sesuai Ammar Alfian jadi watak jahat.  Orang jahat kena hemsem......

Saja la nak bubuh gambar ni kan?  HAHAHA


Lakonan yang paling tak boleh blah bagi aku...Dato’ Eizlan Yusof.  HAHAHAH sorry Dato'.  Punyalah bersungguh nak bagi nampak muka dia macam askar-askar,  sampai berkerut anak mata semua masa dia bercakap dengan Hairul Azreen kat scene kat tugu peringatan tu.  Punya nak bagi nampak macam dia garang lah...tapi tak boleh juga.  HAHAHAH sorry,  Dato' please stick to drama TV slot 9:30 pm Akasia.


Satu lagi,  makcik yang berlakon dari mak hero.  Dia juga nenek tua yang berlakon dalam cerita PULANG.  Pasaipa lani semua banyak duk amik dia jadi mak mak?  Adakah mungkin sebab pelakon mak-mak lain dalam Malaysia lani its either you too cantik untuk jadi mak yang tua ataupun,  pelakon tua lain semua muka dah rosak sebab botoks.  Apa pun kesinambungan watak makcik tua ni tak balance,  masa dia duduk rumah dia pakai anak tudung tutup aurat,  bila nak pi tengok abang-abang askar kat pelakon,  makcik tua ni bukak tudung nampak rambut strawberry blonde?  Awat makcik nak try ngurat abang abang askar ka?


Aku punya last komen pasai filem ini,   aku nak bagi komen adalah dari segi vocal para pelakon.  Aspek ini mungkin kita tak berapa nak perincikan tetapi aku nampak ini satu benda yang Hollywood amat titik beratkan dalam casting.  Bila nak cari pelakon bukan sahaja rupa paras yang dilihat tetapi suara mereka.  Sebagai sebuah filem askar yang menitik beratkan mutu suara juga,  kejantanan suara itu boleh diubah suai melalui latihan vocal daripada guru profesional.  Dan of couse bantuan daripada sistem rakaman yang hebat.  Hangpa tengok drama bersiri Narcos pasai Pablo Escobar,  suara Boyd Holbrook yang berlakon sebagai watak Agen Steve Murphy narate the whole drama dengan jantannya.....siries aku sangat suka.


Sekian sahaja ulasan aku.  Filem ini aku bagi 8/10!

1 comment:

  1. hahahahaha...ketawa kuar aimata darah aku baca komen jujur ko...lawak sangat tau

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...