4.5.19

Pergaduhan Kawan-Kawan

Photo by Philbert Pembani from Pexels

Okay hari ni mak nak sembang-sembang sikit dengan u olls bertemakan tips kehidupan kita.  Selain keluarga yang kita sayang,  dalam hidup kita mesti ada kawan.  I olls selalu kata,  kawan-kawan adalah 'keluarga' yang kita pilih.  Sebab adik abang kakak semua,  kita tak boleh pilih. Depa tu kita kena sayang 'by default'.  😂😂  Hang wujud saja kat dunia ni hang akan ada kakak abang adik semua tu.  Nasib baik dapatlah family dari syurga,  nasib hang tak baik dapatlah family dari acuan neraka.  Tapi kawan-kawan lain,  hang boleh pilih.  Guna kebijaksanaan untuk pilih kawan yang baik,  yang tak baik kita tinggal.


So inilah yang I olls nak kongsikan hari ini.  Sebelum ini I olls pernah tulis jugak pasai bab ni tapi dah lama,  bila ada pembaca blog mai luahkan perasaan.  Nah ampa boleh baca kat sini:  Bergaduhan Gadis-Gadis Sororiti  Best kan dulu ramai orang suka tulis cerita dan luahkan kat I olls.  Pasaipa lani takdak dah?  HAHAH Ampa tak suka kat aku dah ka?  (Paranoid dah.....)


Lama dah aku tulis blog ini,  kalau ikut sejarah dah lebih kurang 11 tahun dah.  Terima kasih kat hangpa semua yang duk baca blog I olls dari dulu sampai lani.  Penulisan yang aku buat ni semua sebenarnya banyak mengajar aku untuk appreciate benda-benda dalam hidup especially bab-bab persahabatan.  Menghargai ataupun mem-blah-hi kawan-kawan itu adalah persoalannya.



Sapa pernah gaduh dengan kawan?  Im talking about pergaduhan dengan kawan-kawan baik!  Dah pelan tua ni aku nampak dalam perjalanan hidup aku dah banyak kali dah aku bergaduh dengan kawan-kawan baik aku.  Betuilah orang kata,  dalam persahabatan ni kena ada gaduh,  bila hang boleh jumpa solusi dan berbaik semula,  pastinya hubungan itu akan jadi lebih utuh.


Hari ini aku nak share dua kejadian besaq yang mengajar aku benda besaq bila berhadapan dengan isu ini.  Pergaduhan aku dengan kawan-kawan baik aku.  Actually bukanlah bergaduh fizikal macam gila,  fight-fight drama dengan berbalas status di Facebook,  tarik-tarik rambut atau sebagainya.  Oh noooo....bukan lagu tu aih.  'Bergaduh' yang aku maksudkan dalam pengalaman aku ini more kepada isu dalaman yang melibatkan emosi yang tercalar.


Kadang-kadang dalam hidup bila kita berjaya dan 'ada',  kita lupa dengan orang-orang yang 'tidak ada' walaupun orang itu adalah sahabat yang paling rapat dalam hidup kita.  Hangpa boleh kata yang aku ni sensitif lebih, cepat terasa dan sebagainya.   Tapi jangan lupa,  perasaan dan sensitiviti itulah yang menjadikan kita manusia.  Bayangkan kalau kita hidup tanpa ada apa-apa perasaan.  Do you think you live?


So dua situasi adalah seperti ini,  bila aku nampak perubahan pada kawan baik aku.  Di mana kata-kata dan perbuatan yang dia buat terhadap kita,  semakin hari semakin membuatkan hati merengkam dan membara teruk.  


Situasi pertama,  bila aku dah tak tahan sangat nak hadap dia punya negativiti,  aku terus mendiamkan diri dan memulaukan diri sendiri daripada golongan itu.   Aku sendiri pilih untuk stop diri aku ada apa-apa jenis hubungan dengan depa,  walaupun melalui sosial media.  Jumpa kat tempat awam pun,  aku cuba untuk buat tak kenal.  Tapi nasib baik la,  Allah tu maha besar dan dia nak tutup aib kita dua-dua pihak.  Tak pernahlah nak terjumpa walaupun sama-sama duduk dalam Pulau Pinang yang tak besaq tara mana pun.


Bila aku moved on,  aku rasa macam lebih ringan dan lebih mudah.  Semuanya sebab diri aku tidak dibelenggu rasa tidak berguna,  worthless,  tak cukup best,  tak cukup hebat,  tak cukup bagus untuk jadi kawan depa.  Tapi of course,  ada juga pihak yang tidak faham dan kata aku tidak moved on,  instead aku lari dari kenyataan dan sebab itu aku punya penyakit mental tidak boleh sembuh.  Itu adalah satu pandangan yang berat untuk aku terima,  tapi aku tak boleh salahkan orang yang memberi pandangan sebab pandangan itu lahir dari keikhlasan hati dia yang melihat dari sudut yang berbeda,  dari sudut luar.


Aku terus tetap dengan pendirian aku.  So far memang apa yang aku buat adalah satu langkah yang amat baik untuk diri aku sendiri.  Kenapa hang kena terus berkawan dengan kawan-kawan yang setiap hari bagi hang input negatif?  Kalau bukan bagi input negatif tentang diri hang.....depa duk bagi input negatif tentang orang-orang yang tak pernah kacau hidup hang langsung.  Hang faham?  Maksud aku...depan hang depa akan mengumpat/gossip pasai kawan-kawan lain yang hang langsung tak kenal!  Aku selalu pesan kat depa "Wehs awat hangpa duk amik tau semua pasai depa punya life,  hangpa tak pernah like or komen pun depa tu punya Facebook post?"


Jadi kalau hangpa berdepan dengan situasi yang sama macam ini,  walaupun sahabat-sahabat itu ampa kenai dari zaman sekolah dan sekarang ini hangpa dah masuk alaf anak 2,  IT'S NOT TOO LATE!  Just do it....hidup ini hanya sekali kenapa perlu habiskan dengan orang-orang negatif.  Unless hangpa jenis manusia ketagih jus-jus negatif,  kalau macam tu aku tak boleh nak kata apa lah....


Seterusnya,  kes kedua,  adalah orang yang betul-betul aku sayang dan sama juga situasinya.  Pelan lama pelan banyak negatif feedback yang aku dapat.  Aku pun sampai jadi pelik,  kenapa dia kena hukum aku bertubi-tubi?  Di mana salah dan silap aku?  Kesalahan aku dalam situasi sahabat kedua ini adalah instead of aku berdepan dan tanya kat dia,  aku duk pi mengadu dan duk pi cerita kat orang-orang keliling aku.


"Wehs...pasai KEDUA ni duk kata kat aku macam ni?"  "Weh hang tau tak pasai KEDUA ni duk kutuk aku...style kata aku depan depan nak bagi aku down...tapi pasaipa?"


Aku mengadu kat semua orang yang sama-sama kenal aku dan sama-sama kenal dia.  Tapi rupa-rupanya dalam ramai-ramai yang cuba memberikan nasihat dan panduan,  ada seorang yang menjadi 'orang tengah' yang amat baik.  Apa dia buat?  Dia pi mengadu semua benda aku duk cerita kat dia kepada dia.  FCUK kan?


Hang rasa kawan aku tu nak kawan ka balik dengan aku?  Langsung nama aku terus hilang dalam hidup dia.  Terang-terang kali ini aku pulak yang dipulaukan dan dibiarkan pergi.  Aku sedih gila,  tapi aku pikiaq satu benda yang dia sendiri pernah ajar dan pesan kat aku.  Kadang-kadang,  kita hanya perlu biarkan masa untuk ubati segalanya.


Aku pun biarkan masa berlalu dan menyapa hati-hati kami,  nenjia.....lepas 5 tahun.  Kami kembali rapat.  Boleh bercerita derita dan suka di atas sepinggan nasi goreng yang dikongsi bersama.  Bliss!  Tak boleh nak bayangkan.  


Jadi pengajaran yang aku dapat dalam kejadian-kejadian ini adalah,  kalau hati kita yang terluka dalam dunia persahabatan,  lebih baik kita berdepan dan berterus terang sebelum kita ambil apa-apa tindakan selanjutnya.  Tambahan pulak dalam dunia aku,  yang banyak bercampur dengan geng-geng LGBT yang terkenal dengan mulut-mulut mereka yang lahar!


Baru-baru ini aku pun ada terasa teruk dengan penyataan seorang mak ayam yang sangat aku hormati,  aku tau,  dia berniat nak bergurau dengan aku.  Tapi again aku terlalu sensitif dan aku tak mau nak terus rasa sentap dan akhirnya pergi begitu sahaja tanpa memberikan sebarang penjelasan.


Aku ada mengadu kat sorang anak ayam aku mengenai perkara ini dan nasihat daripada anak ayam aku ini begitu menusuk hati:


Dia bagi 6 bijik point yang aku dah telan dan aku harap hangpa semua pun telan sama.  


1. Aku rasa kan, mulut pondan, kot mana pon memang macam tu  maybe hang bara kot dekat dia sebab tak bulih nak carut apa-apa balik dari dulu. (Yes,  sebab orang yang carut aku tu adalah seorang mak ayam.  Aku pun ada title mak ayam tapi crown dia lebih besar #eh)


2.  Maybe dia pun tak sedar yang hang tak selesa dengan ayat ayat macam tu.  So nak salahkan dia 100% pon tak bulih. 


3.   For me, dia okay ja,  kita carut orang, orang carut kita kena terima lah.  Kita bukan bulih control mulut orang pun.


4.  Yang paling penting sekali,  kita kena perkuatkan emosi, pemikiran kita,  kalau orang serang kita bulih bertahan.


5.  Aku harap kawan-kawan lain tidak menambah minyak, kita kena firm bagi jawapan dekat Jumie.


6.  It's easy.  Tak boleh nak kawan dengan sapa-sapa dekat media sosial, just block depa,  tak payah dok komen-komen suci tapi tak sebenarnya tak suka personally.


Setelah mendapat 6 point makan dalam ini,  maka aku pun PM kat mak ayam itu dan menjelaskan perasaan aku sebenarnya.  Aku habaq dalam ayat tersusun bahawa ini bukan kali pertama aku terasa,  dah tiga kali dah aku terasa.  Dan aku harap sangat dia tak buat dah lawak-lawak tu,  kalau melawak bab lain tak apa.  Alhamdulillah lepas tu,  beliau memahami dan meminta maaf.  Aku pun happy dan lega sebab betul kata anak ayam aku ni,  tak adil kalau aku nak pereng over kat dia,  sedangkan dia tak tahu perasaan hang yang sebenar tentang lawak itu.




Jadi berbalik kepada perkongsian pada hari ini,  sejauh mana hangpa mengambil langkah dalam menangani masalah bila bergaduh dengan kawan-kawan? I say,  kalau kawan itu adalah worth untuk hangpa simpan sampai mati......FIGHT FOR IT!  Otherwise.....

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region