Projek One Shawl, One Child by Farasyikins Official


Girl!!! Sebaik sahaja aku announce kata aku dah kembali menulis blog,  aku punya page view mencanak naik.  Actually aku dah senyap-senyap kembali menulis sejak Januari 2019 tetapi sehinggalah sebelum aku officially announce yang aku kembali menulis blog,  setiap hari aku punya page view hanyalah lebih kurang 300-400 view sehari.  Walaupun aku share link penulisan blog di FB and Twitter aku,  itu sahaja views yang aku dapat.  

Tapi since aku dah announce,  nenjiaaa terus views harian jadi 1000 ke atas.  TERIMA KASIH U OLLS SEMUA!  Walaupun hangpa tak komen blog aku...aku tau hangpa semua lebih selesa jadi silence reader.  It's okay u olls.  Biar pun hangpa silence reader,  aku harap ampa jadi silence reader yang pro active,  maksudnya kalau aku habaq apa apa information terkini hangpa supportlah apa yang aku habaq tu okay.





Tiga orang founder Farasyikins yang segak segak!

Contohnya,  baru-baru ini I olls dapat DM dalam Instagram oleh satu orang ni dia habaq dia kata...dia baca blog aku sejak dulu silence reader dan dia ucapkan tahniah sebab aku kembali menulis. Pastu dia mintak tolong aku untuk promote satu projek yang dia dan kawan-kawan meniaga dia buat.  Projek One Shawl,  One Child by Farasyikins Official


So aku pun check out dia punya IG.....meletops u olls.  Depa ni tiga sekawan buat meniaga tudung.  Dah lama depa meniaga,  sejak tahun 2011.  Pilih kain sendiri,  jahit sendiri,  ada label sendiri dan paling penting....sebagai fellow Penang people aku rasa macam bangga sebab depa ni ada class tersendiri.  Hangpa pi check out IG depa,  walaupun depa ada dua koleksi tudung ja tapi HANG BULEH MAINTAIN MENIAGA DARI 2011 SAMPAI 2019 memang aku respek la.  Daripada hang gah gah meniaga 1000 koleksi tudung,  tapi tak sampai 1 tahun hang dah takleh sustain kan?  Check out IG:  @farasyikins




Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,  Farasyikins akan menganjurkan Projek One Shawl,  One Child.  So basically apa yang kita boleh buat adalah,  kita bagi derma duit sama paling minima RM29 untuk sponsor 1 helai shawl untuk anak yatim terpilih daripada rumah-rumah anak yatim sekitar Pulau Pinang.  Haaaaaaa.....seronok laa depa nanti nak raya u olls dapat tudung baru.  Penyerahan hadiah shawl ini akan diberikan pada 1 Jun 2019.  Oleh itu,  kena cepat-cepatlah kita menderma u olls.

Segala sumbangan boleh diserahkan dalam bentuk wang kepada Farah Aniis Azeera Azeman (Hubungi 017-412 9239 atau Nurasyikin Zainol (017-410 7858)  Download:  Surat Sponsor - Sumbangan Projek One Shawl One Child

Okay dah habis baca kan?  Tak komen takpa tapi ....jangan lupa share artikel ini on your Twitter and Facebook!  Thank you.....

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...