6.5.19

Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank

Anak Kate & Prince William,  duduk atas bangku blah kiri comei gila!

Hello semua,

Pada hujung minggu yang lalu (Jumaat) telah berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu kepada Prince Harry dan Prince William iaitu Princess Eugenie.  Kepada u olls yang tak berapa familiar dengan leluhur keluarga diraja British,  mai sini aku nak story sikit kat hangpa.  Eugenie Victoria Helena ataupun gelarannya,  Princess Eugenie adalah anak perempuan kedua kepada Prince Andrew dan bekas isterinya Sarah Ferguson.  Prince Andrew merupakan anak ketiga kepada Queen Elizabeth II.  Dia kawen dengan dengan Sarah Ferguson lebih kurang sama-sama time dengan Princess Diana kahwin dengan Prince Charles.  

Tapi Sarah Ferguson ni macam trash u olls.  Dia bohsan bila kawen dengan Prince Andrew,  laki banyak kerja-kerja rasmi,  selalu takdak rumah,  keluar berbulan-bulan tak jumpa,  so Sarah Ferguson pun menyelingkuh dengan jantan lain.  Akhirnya depa bercerai.  Masa tu paparazzi memang banyak la duk keluarkan gambar-gambar Sarah Ferguson dengan jantan lain apa semua.  Lepas dia bercerai,  Sarah Ferguson ni terlibat dengan banyak skandal kewangan,  maksud aku,  hutang!  Dia hutang punya banyak dan dia mintak bantuan Istana.  Tapi bekas pak mentua dia,  iaitu Prince Phillip adalah antara orang yang paling banyak membantah.  Dia kata,  buat apa nak tolong barua siye ni!



Secara ringkasnya,  keluarga Prince Andrew,  Sarah Ferguson dan anak-anak dia ni Beatrice dan Eugenie bukanlah keluarga diraja Britain yang disayangi oleh rakyat UK.  Depa dicop sebagai suka perabih duit kerajaan.  Kalau aku salah,  sila betulkan aku!

Infact perkahwinan ini juga menjadi bualan hebat sebab depa feeling nak buat big wedding sampai nak tutup jalan apa semua bagai.  Dengan harapan,  ramai rakyat Britain yang akan mai tengok majlis perkahwinan ini macam wedding Prince Harry dan Prince William sebelum ini.  Tapi sayangnya,  macam tak berapa ramai sangat pun yang mai tengok depa berarak kat tepi-tepi jalan.  Ada orang tapi tak ramai sangat.  So sampai nak barricade jalan banyak2 tu semua macam membazir sahaja.  Pastu dia kawen kat sama tempat dengan Prince Harry,  iaitu Istana Windsor punya gereja iaitu St George's Chapel.  Dikatakan untuk tetamu khas yang duduk dalam gereja tu sahaja mencapai lebih kurang 1000 orang.  Menurut pihak Istana,  depa ni terlalu ramai sahabat sandai.  Gitu!


Tak ramai sangat orang kan.......tapi to think positively,  depa bersedia dari awai.  Kot kot ramai orang.  Kena pikiaq aspek keselamatan.


Siapa suami dia?
Suami dia bernama Jack Brooksbank.  Tak hemsem sangat,  muka style anak-anak orang kaya,  orang Putih yang typical.  Memang la tulis dalam website semua kata bapak dia accountant dan mak dia manager syarikat apa ka.  Tapi bukan syarikat biasa-biasa la ni sebab dari kecik pun jantan ni dihantar ke sekolah khas golongan elit.  

Lepas sekolah,  Jack Brooksbank tak pergi Universiti,  dia straight away kerja!  Dia masuk dalam industri hospitality,  jadi pengurus kepada beberapa kelab malam elit dan pengurus untuk satu syarikat jenama arak.  

Dia dan Princess Eugenie bertemu pada tahun 2010 di sebuah lokasi peranginan salji.  Dari situ depa mula berkenalan,  dan bila Princess Eugenie berpindah ke New York,  depa hari hari akan Skype sampailah Princess Eugenie kembali berpindah ke London.  So boleh dikatakan,  depa ni couple agak lama la u olls sebelum depa berkahwin.  Depa announce pertunangan depa pada awal tahun ini,  tak berapa ramai orang tahu,  dan seterusnya now depa berkahwin.

Gambar rasmi yang dirakamkan oleh Alex Bramall.  Paling rare sekali budak perempuan (flower girl),  blah kiri,  yang duduk depan,  blah kanan.  Relaks ja muka macam tak puas hati sambil pegang toys!  Dia mesti tak suka ambil gambar ni.

In this second photograph released by Princess Eugenie and Jack Brooksbank, Prince George and Princess Charlotte are pictured with other Members of the Royal Family including The Queen and The Duke of Edinburgh. #RoyalWedding pic.twitter.com/GokSSy4TUb

Double Royal Wedding
Perkahwinan depa berdua ini merupakan perkahwinan diraja yang kedua untuk keluarga QEII untuk tahun ini.  Pada bulan Mei yang lalu,  Prince Harry menikahi Meghan Markle yang juga rakyat biasa,  dan sekarang,  Princess Eugenie bernikah dengan kekasih hatinya Jack Brooksbank.  Okay,  aku tau lah hangpa kaya nak mampus dan boleh buat 2309823 perkahwinan setahun dalam keluarga hangpa,  tapi tak ka macam satu commotion yang besar sebab sepupu rapat kot,  kahwin pada tahun yang sama.  And hangpa bukan orang biasa,  hangpa adalah keluarga diraja yang paling diikuti oleh seluruh rakyat di dunia ini.

Tak bolehkah salah seorang daripada hangpa tunggu setahun lewat?  Aku malas nak pi dig lagi banyak cerita,  sebab aku tau kalau aku cari kat Google mesti banyak gossip pasai benda ni.  Hangpa kalau rajin,  boleh tak baca dan tulis kat komen,  aku nak tau jugak!

Lebih shady apabila,  beberapa hari lepas Princess Eugenie dan Jack Brooksbank menikah,  Prince Harry dan Meghan Markle buat announcement kata depa mengandung.  SHIT wehsss....terus orang macam tak bercakap pasai wedding ni.  Tak tau la,  mungkin bagi depa macam normal kot?  One news after one news,  all the happy news.  Tapi tak tau la.....macam tak kena ja!

So aku akan membuat review sebaiknya berkenaan dengan majlis perkahwinan diraja ini.  Macam biasa,  aku akan review baju-baju,  dekorasi dan macam-macam lagi.  Jom baca.

Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)

2 comments:

  1. Kak jumie, actually yang umum pregnancy tu PH dengan MM.
    Bukan Prince William

    ReplyDelete
    Replies
    1. Who ever you are...thank you. Ive made the amendment.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region