Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank Part 2

Make Up
Ramai yang bandingkan majlis perkahwinan diraja ini dengan majlis perkahwinan Meghan Markle dan Prince Harry. Dari segi baju,  hiasan dan sebagainya.  Tapi entahlah u olls,  bagi aku,  aku majlis perkahwinan Princess Eugenie & Jack Brooksbank ini walaupun simple,  tapi nampak lebih royal daripada perkahwinan M&H.  Macam sebelum ni aku dah cerita lebih kurang about baju ni majlis pernikahan,  bagi aku sah-sah baju Princess Eugenie ni lagi cantek dan regal.  Dan kalau nak bandingkan tentang make up dan hair do.....................siriesly!!! Princess Eugenie punya make up dan rambut siriesly 23987972384 kali lebih eloookkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Kalau hangpa pengikut setia keluarga diraja British ni macam aku,  hangpa mesti perasan yang Princess Eugenie ni sebenarnya segak.  Tapi sebab dia macam gemok-gemok sikit,  so media macam tak berapa nak cover sangat pasai dia.  Berbanding kakak dia  Princess Beatrice yang tua dari dia lebih kurang 21 bulan sahaja,  muka detu banyak ikut muka mak depa Sarah Ferguson,  tapi muka Princess Eugenie kalau hangpa tengok dia more kepada muka bapak,  iaitu Prince Andrew.



Sebelum ini,  Princess Eugenie suka make up simple tapi dia suka over tang mata.  Dia akan pakai celak yang heavy membuatkan orang macam tertumpu kat mata dia sahaja.  Ini beberapa gambar lama Princess Eugenie yang merupakan contoh yang baik.


 Beberapa gambar Princess Euginie yang menunjukkan beliau dengan make up mata yang agak berat serta bentuk kening yang lurus.


Sekali nenjia......jurusolek professional iaitu Hannah Martin yang merupakan MUA kepada jenama kosmetik Bobbi Brown telah membuktikan bahawa solekan wajah adalah satu ekspresi seni dan bukan semata-mata contiang dan dibayar RM150.00 sahaja.  Solekan adalah seni dan seni solekan wajah tidak semestinya datang dari bahan-bahan solekan yang mahal,  tetapi dari bakat si tukang make up dan kegigihan dia berlatih untuk dapatkan sentuhan solekan yang mejik.  Dari wajah-wajah biasa kat atas tu......NAH!!! KAMI BAGI SEORANG PUTERI RAJA..............



Hannah Martin juga bertanggungjawab untuk bantu dalam solekan Kate Middleton masa dia kawen back in 2011.  Tapi time tu Kate kata dia make up sendiri,  Hannah just tolong-tolong ja.  Baguih Princess Eugenie pilih Hannah untuk make up dia pulak....pilihan yang tepat.

Aku pun Google kat sana sini untuk tau apakah rahsia kecantikan Princess Eugenie kelihatan berseri di majlis perkahwinannya.  First,  dia pi melawat satu salon kecantikan yang meletops pang pong pang yang dimiliki oleh hair stylist terkenal iaitu Luke Hersheson.  Dia ni style buat rambut untuk Victoria Beckham apa semua.  So kat sini dia buat facial treatment menggunakan cahaya LED.  Teknik ini akan membuatkan collagen,  elastin dan hyaluronic acid bertindak dan meresap lebih banyak dalam kulit.

Pastu untuk make up,  Hanna bagi pakai Bobbi Brown’s Vitamin Enriched Face Base sebagai permulaan.  Ini rahsia nya u olls.  Sapa nak cantek berseri like puteri raja,  pi beli face base ni lekaih!

Seterusnya,  untuk make up mata,  Hannah hanya menggunakan eyeliner dengan warna-warna cokelat sahaja.  Sebab warna ini akan menaikkan lagi warna mata Princess Eugenie yang blueish gray!  Dia kata,  eyeliner hitam akan menyebabkan warna mata Princess Eugenie tidak menyerlah.  Dan of course untuk bulu mata,  dia bagi pakai mascara banyak-banyak layer untuk dapatkan mata yang segar!

Untuk kening aku rasa dia macam ubah sikit arch tu supaya mata bulan Princess Eugenie tidak kelihatan terlalu bundar dan warna pensil celak yang lebih koko digunakan untuk mewarnakan kening,  dan bukannya koko atau hitam gelap.  

Untuk lipstick,  depa pakai Bobbi Brown Lip Pencil in Pale Peach or Pale Pin dan Luxe Lip Colour.  Untuk pipi dia pakai Bobbi Brown's Pot Rouge tapi tak tau colour apa.  









Hair Do
Untuk dandanan rambut,  Princess Eugenie memilih Sonnie Jo Macfarlane sebagai hair dresser beliau!  Aku sukaaaaaaaa rambut beliau sebab dia nak buat macam relaks,  santai,  terkeluar-terkeluar tapi still rambut dia terletak elok kemas!  Bukan macam rambut Meghan Markle dulu masa kawen duk terkeluar sana,  terkeluar sini.  Rimaih macam nak pi masuk dalam TV dan pi sikat rambut dia bagi elok!

Kerapkali Princess Eugenie kelihatan dengan topi/hat dress yang pelik-pelik dan menutup kecantikan wajah dia, tapi untuk majlis pernikahan ini Sonnie Jo Macfarlane buat sanggul siput-siput susun di belakang,  bahagian depan dia belah tengah dan merambu jatuh kat tepi.  Elok sangat!  Compliment kedudukan tiara atas kepala dia.




Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)











No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...