Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank Part 1


Wedding Dress
Bila mula-mula tengok wedding dress yang dipakai oleh si pengantin perempuan,  aku tertarik pada bahagian leher/bahunya.  Terbuka luas dan menampakkan lipatan besar.  Tapi impression awal aku bila mula-mula tengok dress ini,  aku tak immediately terus jatuh cinta,  tapi pelan lama bila aku baca dan amik tahu tentang detailing dress ini,  aku rasa macam makin lama dress ini jadi makin cantik di mata aku.

Berbanding royal bride yang dah kawen beberapa dekad ini,  semuanya menampakkan pilihan untuk memakai veil.  Sama ada veil yang sarat dengan sulaman ataupun veil kosong,  namun veil ataupun layah bukanlah kemestian dalam protokol fesyen pengantin diraja British.  Jadi Princess Eugenie memilih untuk tidak memakai layah kerana dia dah buat dress yang merelek ke belakang dan supaya dia dengan berani dan yakin menunjukkan parut besar di belakang belikatnya akibat daripada pembedahan untuk membetulan tulang belakang yang dia jalani ketika berusia 12 tahun.  Satu langkah yang amat berani!



Bahagian belakang dress yang terbuka menampakkan parut pembedahan si puteri.

Dress beliau direka oleh dua orang pereka British iaitu Peter Pilotto and Christopher de Vos.  Wedding dress ini dijahit menggunakan fabrik yang ditenun khas dengan memasukkan corak-corak yang mempunyai sentuhan peribadi.  Pada fabric ini,  ada motif-motif bunga seperti bunga Scottish Thistle (sebab depa sorang sangat suka dengan kampung halaman nenda depa iaitu Balmoral),  dedaunan Shamrock bagi menghargai leluhur bunda Princess Eugenie iaitu Sarah Ferguson yang berasal dari Ireland dan White Rose of York sebab bapak dia,  Prince Andrew adalah Duke of York.

Aku cuba cari gambar yang menunjukkan gambar kasut yang dipakai oleh pengantin diraja ini tetapi tidak dijumpai.  Tapi kasut dia dibuat oleh Charlotte Olympia.  Okay jom tengok gambar-gambar yang menunjukkan dress Peter Pilotto yang cantek.

Pengantin lelaki yang tampan bergaya.


OMG,  dia nampak sangatlah cantek time ni.

Dress yang melerek-merelek. Cool ja bapak dia Prince Andrew sanggup tunduk untuk betulkan dress anak perempuannya.


Ketika melangkah keluar dari gereja.


Yang ini sangat cantek sekali u olls!





Ramai orang duk kata,  ciuman depa ni paling intimate dan mesra sekali berbanding ciuman diraja yang lain.  Sebab Jack Brooksbank siap peluk pinggang isteri dia.



Sebagai tambahan,  aku cari kat hangpa gambar Princess Eugenie masa umur 3 tahun.  Back in 1993,  dia jadi bridesmaid untuk dia punya nanny bernama Alison Wardley.  Comei kan!  Tapi sempoi kecik-kecik dia rambut blond,  tapi dah besar,  rambut dia jadi brunette.



Barang Kemas
Macam dulu-dulu tulis barang kemas instead of accessories.  Aku sangat suka pilihan Princess Eugenie untuk memakai tiara yang bernama "Greville Emerald Kokoshnik Tiara" pada majlis perkahwinan ini kerana disaat dia memilih untuk membuat reka deko bertemakan musim luruh,  tiba-tiba ada BATU PERMATA HIJAU MACAM MANA KA ATAIH KEPALA.  Teruih rasa macam semua benda kat keliling ni macam tak menyerlah langsung.  Duk nampak pengantin ja duk mai dari jauh!



Tiara yang dipinjamkan dari QEII dibuat pada tahun 1919.  Sebelum diwariskan kepada QEII,  tiara ini merupakan milik seorang bangsawan bernama Mrs Greville.   Dia bagi kat QEII pada tahun 1942.  Rekaan tiara ini ala-ala cekak dipanggil gaya ‘kokoshnik’ yang dipopularkan oleh keluarga diraja Russia pada kurung ke 19.

Selain tiara,  Princess Eugenie turut memakai cucuk sanggul yang dipinjamkan dari QEII.  Aku try cari kot-kot ada gambar yang menunjukkan cucuk sanggul tu,  tapi takdak la pulak.  Princess Eugenie memakai sepasang anting-anting zamrud dan berlian yang merupakan hadiah daripada pengantin lelaki.

Princess Eugenie memakai sepasang anting-anting zamrud dan berlian yang merupakan hadiah daripada pengantin lelaki.


Dan of course (selain cincin kahwin - yang dipakai),  Princess Eugenie turut memakai cincin pertunangannya yang merupakan sebuah cincin batu permata padparadscha sapphire yang dikelilingi berlian.  Bentuk cincin perkahwinan ini sangatlah klasik,  bunga like.  Tapi ini first time aku tau pasai padparadscha sapphire.  So basically,  batu zafir a.k.a sapphire commonly kita tau dia warna biru kan?  Tapi sebenarnya sapphire ada banyak warna,  kuning,  putih dan sebagainya.  batu padparadscha selalunya warna dia nak mai pale pink ke orange gitu.

Gambar ketika depa announce pertunangan depa.



Gambar cincin pertunangan batu permata padparadscha sapphire yang bertatahkan berlian.


Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...