Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank Part 5

The Royal Lodge,  lokasi majlis resepsi sempena perkahwinan Princess Eugenie & Jack Brooksbank  diadakan.

Reception Dinner Dress
Selepas selesai majlis pernikahan di gereja,  next depa buat majlis resepsi di The Royal Lodge in Windsor.  Untuk majlis malam ini,  Princess Eugenie memilih gaun malam yang lain dari tradiri pakaian pengantin diraja dengan memakai gaun warna pink blush rekaan pereka fesyen dari Amerika iaitu Zac Posen.  Depa ni kawan sebab dulu Princess Eugenie pernah duduk New York u olls.  Aku sangat suka dress ini sebab dia punya potongan bahagian atas style korset macam mana ka,  dia sangat-sangatlah membuatkan Princess Eugenie nampak kurus.

Gaun ini menggunakan material yang ditempah khas dari Biddle Sawyer Silk.  Sebuah kedai kain ekslusif yang popular kat UK.  Kira kalau kat Malaysia,  ni level Jakel la.



Dulu,  Kate Middleton dan Meghan Markle kedua-duanya memilih pereka British untuk gaun majlis resepsi.  Kate pakai dress dari Alexander McQueen dan Meghan pakai dress dari Stella McCartney.

Sorrylah tak banyak gambar sebab majlis resepsi adalah sebuah majlis rahsia.

Dekorasi
Untuk dekorasi di The Royal Lodge turut meraikan tema musim luruh.  Reka gubahan disusun atur oleh Simon Lycett.  Nak tau lebih lanjut,  sila follow IG The Duke of York untuk tahu lebih lanjut.  Okaylah tak mau tulis banyak-banyak.  Tengok sendiri.







Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...