Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank Part 3


Bunga Tangan
Untuk bunga tangan yang dipegang oleh pengantin diraja,  Rob Van Helden yang bertanggungjawab membuat dekorasi dalam gereja St George's Chapel sempena perkahwinan diraja antara Princess Eugenie & Jack Brooksbank telah meminta jasa baik adik dia sendiri iaitu Patrice Van Helden Oakes untuk membuat gubahan bunga tersebut.  Mereka menggunakan bunga-bunag seperti Lily of the Valley, Stephanotis pips, hints of baby blue thistles, white spray roses and trailing ivy.

Bentuk bunga tangan ini lebih besar dan juga memanjang jatuh ke depan,  tetapi still gubahan bunga ini klasik dan simple.




Gambar kahwin mak dan bapak dia dulu.

Masa mak dan bapak dia kawen dulu,  mak dia pakai bunga tangan bentuk S sebab mak dia nama Sarah Ferguson.  HAHAHA agak lawak tapi time tu (awal 90an) mesti kira trend habis la!  Bunga tangan Sarah di gubah oleh floris bernama Jane Packer menggunakan bunga gardenias, ros, lily of the valley dan sprig of myrtle. Pastu mak dia pun memakai flower crown,  tapi lepas menikah mak dia tukar pakai crown betui-betui punya.  

Senarai Bunga
Senarai bunga-bunga yang digunakan adalah seperti berikut:

Ros putih yang melambangkan kesucian cinta dan keikhlasan.

 Mengikut tradisi perkahwinan di raja British,  si pengantin perempuan punya bunga tangan mesti ada bunga Sprigs of myrtle.  Untuk jambangan bunga Princess Eugenie,  bunga Sprigs of myrtle dipetik dari Osbourne House,  Isle of Wight salah sebuah istana singgah keluarga diraja British.

Lily of the valley simbol kesucian.


Thistle adalah bunga kebangsaan bagi negeri Scotland yang melambangkan keberanian dan kesungguhan.  Satu pilihan menarik rasanya untuk meraikan nenda ratu QEII yang mempunyai istana hinggap di Balmoral,  Scotland.

Untuk menyegarkan lagi gubahan,  dedaun ivy digunakan.  Ivy adalah lambang tradisional bangsa British.

Ini macam bunga meloq la juga.  Nama bunga ni Stephanotis.




Selepas majlis selesai,  menjadi tradisi kepada pasangan pengantin diraja untuk meletakkan bunga tersebut di mana-mana kubur bekas tentara yang meninggal dunia akibat perjuangan.  



Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...