Royal Wedding 2018: Princess Eugenie & Jack Brooksbank Part 7

Royal Guest
Jom tengok baju-baju yang dipakai oleh para tetamu diraja ke majlis perkahwinan Princess Eugenie & Jack Brooksbank yang telah berlangsung di St George's Chapel at Windsor Castle pada 12 Oktober 2018 yang lalu.  QEII hadir bersama suaminya Prince Phillip walaupun hakikat suami dia dah tua gila gila babi wehs tengok pun aku takut macam betui ka tok wan ni boleh berjalan lagi?  Baru-baru ini pun Prince Phillip terlibat dengan satu prosedur pembedahan di bahagian pinggang,  tapi nenjia dia boleh mai juga!

Camilla, the Duchess of Cornwall dan Prince Charles tak boleh mai.  Sebab depa ada royal engagement yang memang dah tak boleh elak dah.  Pirah...silap silap ada alasan lain yang menyebabkan depa tak mau nak mai.  Gila ni wedding besaq kot!  Zaman dulu-dulu kan Sarah Ferguson semua fight dengan mendiang Puteri Diana semua...mesti la ada kes kes lama yang tak settle lagi. Kenn....

Tapi siriesly bagi aku la kali ini penampilan semua royals di majlis perkahwinan ini adalah dull dan bohsan.  Mungkin sebab sekarang ni musim luruh,  so semua pun pakai colour2 bohsan,  gelap dan tua-tua.


Queen Elizabeth II
QEII memakai dress pendek dengan coat dari Stewart Parvin warna dusty baby blue dengan topi sedondon dari Angela Kelly.  Makcik ni umur 92 tahun dah.....








Kate Middleton Duchess of Cambridge
Mak ayam ni memakai dress pendek warna hot pink dari Alexander McQueen.  Dipadankan dengan kasut baldu merah hati dari Prada dengan clutch baldu warna sedondon.  Headdress dari Philip Treacy.  

Kuruihnya deni!

  
Cantek kasut dia!

Headdress dari Philip Treacy. 




Meghan, Duchess of Sussex
The new royal in town!  Gila lani media kira tala kat dia sahaja.  Kate Middleton boleh relaks sat dengan adanya biras dia ni.  Semasa majlis perkahwinan ini,  Meghan tampil dengan coat labuh warna biru gelap dari Givenchy,  tumit tinggi dengan warna yang sedondon dari  Manolo Blahnik dan head dress dari Noel Stewart.  Yang menjadi perhatian adalah aksesori yang dia pakai iaitu cincin,  gelang dan subang dari Pippa Small.  



Head dress dari Noel Stewart.



Sarah, Duchess of York
Siriesly sebagai mak pengantin,  pilihan baju deni sangatlah OUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT teruk.  Tapi memang dari dulu pun dia punya pilihan fesyen sangatlah teruk.  Dia pakai dress warna hijau ketat dari Emma Louise Design dengan topi Jess Collett bentuk macam bola snitch dari Harry Potter.  Sapa sokong apa aku kata,  sila angkat tangan!  Beg clutch yang dia pakai pulak adalah beg vintej dari Manolo Blahnik kepunyaan mak dia,  yang mak dia sendiri pakai masa Sarah Ferguson kahwin back in 1986!  Hangpa tengok gambar-gambar Sarah semua nampak macam dia eksaited gila amik gambar semua lambai sana sini,  aku ada baca website gossip duk tulis yang dia mabuk teruk.  Before majlis ni dia duk minum arak banyak dah.  Aiiiyoooo!

Ketat ni!

Ketiak dengan basah semua cukup.




  

Sapa la deni duk bye bye!



Princess Beatrice
Kakak pengantin pakai baju sama macam orang-orang lain ja.  Takdak menarik pun.  Dress ini dari  Ralph & Russo.  Info lain i takdak!











Pippa Middleton
Dia bukan royal,  tapi sebab kakak dia satu hari akan jadi Queen maka secara otomatik dia jadi royal la jugak.  Pippa tengah sarat mengandung so dia pakai dress dari Emilia Wickstead dan topi dari Jane Taylor.  Beg dan kasut dari Charlotte Olympia.



  




Zara Tindall
Deni dah tak mengandung dah.  Dia dah beranak dah.  Pakai baju colour sama jaa dengan Meghan,  dengan Beatrice.  Baju dia ni dari Claire Mischevani.




Part 1 (Wedding Dress & Accesories)
Part 2 (Make Up & Hair Do)
Part 3 (Bunga Tangan)
Part 4 (Dekorasi)
Part 5 (Reception Dinner)
Part 6 (Wedding Cake & Goodie)
Part 7 (Royal Guest)
Part 8 (Tetamu Selebriti)

1 comment:

  1. If you are looking for luxurious Gucci Handbags bearing designer labels, Vitapress.By is the destination to visit. It is a website where you will find genuine leather Christian Dior Bags of luxury handbags from famed brands like Balenciaga, Celine, Dior,Hermes handbags, Fendi and Saint Laurent among others. And the sale price and high quality has won a great reputation all over the world.Also ,The Breitling Watches It offers free shipping for all orders and countries.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...