The Marvelous Mrs. Maisel


Aku suka tengok cerita tak kisahlah movie atau drama bersiri yang latar belakang dia,  vintage,  lama-lama,  zaman dulu-dulu.  Especially kalau cerita dia latar belakang kampung-kampung lama di negara Britain lagi aku suka.  Tapi yang ini,  The Marvelous Mrs. Maisel,  adalah sebuah cerita berlatar belakangkan era 50an-60an di New York,  USA.

Summary
Cerita ini mengenai satu pompuan Yahudi nama Miriam,  dia ni kira macam anak orang kayalah.  Dia dengan suami dia,  Joel duduk satu bangunan apartment dengan mak bapak Miriam.  Siang,  Joel tu kerja office,  malam dia punya cita-cita nak jadi stand up comedy.  Miriam tak kerja (standard la perempuan zaman tu),  so dia jaga rumah dan support suami dia.




Malam bila suami dia nak jadi stand up comedy,  Miriamla yang paling over bagi supports dan buat preparation semua.  Walaupun hakikat,  laki dia tak berbakat dan lawak-lawak yang Joel bacakan semuanya lawak plagiat daripada pelawak terkenal lagi.


Jadi walaupun Mariam dah support laki dia semua,  back up laki dia gila-gila,  tapi one day,  Joel packed semua baju dia dan decided untuk meninggalkan rumah dan meninggalkan Mariam for good.  Rupanya dia ada hubungan sulit dengan setiausaha dia kat pejabat.

Miriam punya stress malam tu,  dia keluar rumah,  dia pi mabuk mabuk mabuk,  pastu dia pi kat cafe yang laki dia selalu buat stand up comedy (tapi tak berjaya),  pastu dia naik stage dan dia buat sesi stand up comedy!! Semua audience sukaaaaaaaaaaaaaaaa sampai last sekali Miriam diangkat sebagai pelawak wanita New York yang disukai.


Why I Like This Story
Aku suka cerita ni sebab dia adalah cerita revenge perasaan antara seorang perempuan yang dah buat everything untuk laki dia,  tapi still laki dia tak tau nak hargai dia dan end up duk pi ada affair dengan perempuan lain semua.

Pelakon-pelakon dalam cerita ini pun hebat.  In fact pelakon utama dan juga pelakon wanita pembantu pun menang anugerah kat Emmy baru-baru ini.  Skrip hebat!  Tempo cerita ni laju,  pelakon punya skrip pun style banyak dan cakap laju-laju,  hangpa kena dengar teliti baru tangkap lawak dia.

Tapi paling aku suka dia punya set & kostum.  Make up semua sangatlah 50s yang sangat cantek u olls.  Aku macam kagum awat orang dulu-dulu always looks good like that.

Sekarang ni baru first season,  ada 8 episod.  Aku tak tau la untuk second season depa nak mereka cerita macam mana lagi.  Sebab penulis kena pandai nak twist cerita kalau kita nanti mendatar dan audience pun mulai lah boring.

So hangpa pi cari cerita ni dan try tengok!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...