Tokong Nang Nak (Mae Nak Phra Khanong Shrine), Bangkok Thailand

Mae Nak Phra Khanong Shrine

Haaaa.....haritu kan aku habaq kat hangpa aku mai bercuti ke Bangkok?  8 hari 7 malam.  Cerita utama tentang percutian tu ada dalam post lain.  Hangpa boleh baca kat sini:  xx  Post hari ini adalah tentang pengalaman aku pi tokong Nang Nak. 


Haaa......sapa tak tau kan cerita hantu Nang Nak dari Thailand tu.  Dalam banyak-banyak version cerita hantu Nang Nak,  versi yang aku paling suka adalah filem Nang Nak arahan Nonzee Nimibutr yang diterbitkan pada tahun 1999.  Filem ini dilakonkan oleh Intira Jaroenpura sebagai watak utama iaitu Nang Nak.  Aku rasa dalam banyak-banyak versi,  versi yang ni paling skeri dan diceritakan dengan penuh maruah. 


The Legend of Mae Nak or Nang Nak
Kepada hangpa yang tak tau cerita Nang Nak ni macam mana?  Kisahnya macam ni.  Nang Nak ni adalah satu pompuan,  dia baru kawen dengan laki dia.  Masa dia tengah mengandung,  laki dia kena pi fight perang.   Masa laki dia duk perang tu,  Nang Nak beranak dan mati!  Depa pun tanam dia semua.  Tapi bila laki dia balik dari perang,  laki dia nampak bini dia baguih elok duk tunggu tepi sungai,  balik rumah sama-sama makan tinggal semua sekali,  macam normal. And of course la bila malam ada romen-romen semua.  Bersalahnya nak tulis tu sebab lani duk posa.  HAHAHAH


Aku pernah tulis pasai filem ni dulu.  Nang Nak  Aku memang suka cerita ni sebab tu aku nak mai sangat sini.



So basically laki dia sebenarnya bukan hidup dengan Nang Nak tetapi dengan hantu bini dia.  Orang kampung semua duk habaq la kat laki dia yang bini dia tu hantu,  tapi laki dia tak percaya.  Sapa pecah lobangs kat laki dia kata Nang Nak tu hantu,  malam tu nanti mampuih kena bunuh dengan hantu Nang Nak.


Sampailah satu hari,  laki dia dengar nasihat daripada seorang tok sami.  Tok sami tu kata,  hang kalau tenangkan hati,  hang tengok melalui celah kangkang hang boleh nampak bini hang tu orang ka hantu.   Jadi pada satu malam yang sunyi,  Nang Nak duk masak kat dapur.  Pastu buah limau jatuh di celah lantai papan hingga jatuh ke tanah.  Nang Nak kan hantu!  Dia bok masuk tangan dia celah papan pastu tangan dia jadi panjang dan dia pun boleh capai buah limau tu.  KEBETULAN MASA TU LAH....laki dia tengok dari celah kangkang macam mana ka!!


So laki dia pun lari la ke tokong tok sami tadi dan minta tolong sebab lani dia baru nampak rumah dia sebenarnya dah usang dan anak dalam buaian tu semua adalah batu sahaja.  Hantu Nang Nak pun mengamok la sebab hantu tu nak jugak-jugak laki dia balik rumah.  GILAAAAAAAAAAAAAAAAAA.  


So mai satu tok sami lagi pangkat tinggi,  tok sami tu sembahyang kat kubur Nang Nak,  pastu dia katok kepala tengkorak mayat tu untuk depa sembahyang dan simpan.  Sejak dari itu,  Nang Nak punya hantu pun dah tak kacau laki dia dan orang kampung lagi. 


Kisah Nang Nak menjadi buah mulut,  dari buah mulut,  ke cerita,  ke lagenda.  Sehingga kini,  sebuah pokok di tepian sungai Phra Khanong menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk sembahyang dan memohon hajat especially kalau nak memohon hajat dari segi hubungan dan cinta.   Nama tempat tu adalah Wat Mahabut.  Depa kata,  masa laki Nang Nak lari dari hantu tu,  dia mai berlindung dan mintak tolong dengan tok sami dari wat ini la.  Nak baca lebih lanjut bukak sini:  Mystical Thailand: The Ghostly Legend of Mae Nak 


Perjalanan ke Wat Mahabut
So masa aku kat Bangkok,  masuk hari kedua.  Kawan-kawan aku semua duk kalut nak pi Chatuchak Weekend Market.  Sapa tak tau Chatuchak kan?  Market paling besaq di Asia macam mana ka?  Bolehlah nak shopping macam-macam ada.  Siriesly aku tak minat,  1 sebab aku memang tak minat shopping.  2 Chatuchak tu style besaq gila.  Kawan aku sorang kata,  kalau pi hang kena ingat pintu mana hang nak masuk nombor apa!  Nanti hang kalau sesat cari pintu tu sahaja.  Hey gila....hang ingat Mekah ka nak ingat nombor pintu semua?


Lepas kami semua breakfast kat market bersebelahan dengan hotel kami,  depa yang lain pun terus adventure menuju Chatucak market.  Aku?  Aku balik hotel dan tulis blog. HAHAHAHAH masa tu duk sibuk habiskan lagi beberapa artikel review bukak posa kat hotel.  Gigih ya mak mai Bangkok,  kot belakang bag pack 8kg,  kot depan bag laptop pulak.  Kot perut,  pakai fanny pack macam Neelofa.  HAHAHA


Selesai menulis blog sampai dah nak masuk tengah hari,  aku pun pikiaq nak pi Wat Mahabut.  So aku pun amik GrabBike dari hotel menuju Wat Mahabut.  Jarak daripada hotel kami duduk iaitu Silom Village Inn ke Wat Mahabut lebih kurang 11km sahaja.  Tetapi takdak bus yang jalan direct ke sana.  Kalau nak naik bus kena hopping.  So aku pun amik GrabBike sahaja dan ini adalah peluang untuk aku try naik GrabBike ataupun teksi motor dan harga dia pun boleh tahan juga lebih kurang 130 Thai Baht.  


Naik GrabBike
Kalau hangpa nak tau,  kali terakhir laki aku keri aku naik motor pi USM rasanya sebelum aku kawen.  Lepas tu dia tak pernah bawak aku naik motor jauh-jauh,  setakat area rumah sahaja.  Pasaipa?  Sebab dia kata bawak aku naik motor macam bawak almari.  Haram punya laki.  


So ada la perasaan gayat jugak nak naik motor kena keri kan?  Dah la nak naik dengan jantan u olls.  HAHAHA.  Lepas mak request,  datanglah abang GrabBike tu motor dia ala-ala scooter u olls.  Nampak dia tinggi dan badan dia steady la.  Mak pun rasa macam yakin la nak naik motor kan dengan dia.  Dan mak rasa dia pun agak terkejut la tengok almari depan hotel dia nak kena bawak sampai Wat Mahabut.

Ini la abang yang bawak aku naik motor.

Bila dah naik motor...haaa amik hang punya laju dia bawak.  Aku mula-mula duk pegang tempat pegang kat belakang tu,  tapi dah pelan lama dia laju mak pun pegang la bahu dia sikit.  Perjalanan kami agak lama lebih kurang 15 minit melalui jalan-jalan utama di tengah bandaraya Bangkok.  Aku boleh nampak perubahan pemandangan dari lokasi yang very the banyak international tourist,  pastu duk pelan lama duk mai dah nampak macam area ni semua tourist pun tak sampai!  Kedai-kedai di tepian jalan dah takdak tulisan English lagi,  rumah-rumah,  jalan... Hangpa boleh tengok sedikit klip video aku naik motor kat sini:  My 4 Seconds Clip - Hatyai Bangkok Visit 2019


Wat Mahabut

Dan akhirnya kami pun tiba di sebuah lengkok kecik dengan sign board,  masuk lorong tu dan sampailah aku kat Wat Mahabut.  Aku pun bayar kat brother tu.  


Hari itu adalah hari Ahad,  ada ramai orang yang mai untuk sembahyang dan aku rasa pihak wat (Thailand's temple) ada menyediakan makanan percuma kepada orang ramai yang datang.  Ada muzik Thai yang dimainkan dengan kuat.  First sekali aku nampak adalah bangunan-bangunan sembahyang dengan bumbung warna oren emas.  Aku pun jalan sekitar tempat ni.  Siriesssss......memang tempat ni takdak tourist mai.  Tapi tempat ni memang tempat depa mai sembahyang.  Tapi kat mana Tokong Nang Nak?

Lorong nak masuk ke Wat Mahabut.  Banyak kedai-kedai tepi jalan untuk tilik nasib.


Nah baca.  Dia punya English style direct from Google translation aku rasa.






Mula-mula tengok ada toilet.  Style bersih u olls.

Ruang legar yang aku lepak buat video call dengan mak aku kat Penang.

Patung berhala yang menunjukkan influence dari fahaman Budha,  Taoism malah Hindu.


Kat area depa semayang ni aku tak masuk la. Sebab malas.




Aku pun pi dekat sorang brother ni duk jaga parking,  aku tau deni mesti orang wat ni.  So aku pun tunjuk gambar tokong Nang Nak kat dia kat fon aku.  Nah....dia terus pegang pergelangan tangan aku sikit dan suruh aku ikut dia.  Depa kat sini memang macam ni,  kalau hang mintak tunjuk apa-apa depa akan pegang tangan hang sikit dan tarik sikit untuk suruh ikut depa.  Sebab depa mostly tak pandai cakap English,  one two three pun tak tau sebut.  
Makcik ni jual minyak angin.

Depa ni semua jual nombor ekor.

So aku pun ikutlah mamat tu.  Rupanya kalau di bahagian depan kompleks Wat Mahabut sarat dengan tokong besar dengan berhala dan seni bina ketuhanan Buddha nampak mewah dan cantik,  di bahagian belakang dan dekat dengan sungai baru terletaknya Tokong Nang Nak.  So aku pun mai la tempat ni,  hangpa bolehlah tengok gambar yang aku tunjuk kat bawah ni.  Tapi tak nampak menakutkan dan horror pun sebab depa dah potong pokok yang dulunya menjadi tumpuan masyarakat untuk mai sembahyang.  Dan bangunan yang menempatkan Tokong Nang Nak tu dah digantikan dengan bangunan baharu dengan lantai batu.  Kira tempat ni dah upgrade dah...tak macam dalam gambar aku tengok kat Wikipedia.

Aku tak tau kayu ni untuk apa dan pasaipa.  Nak tanya kat orang awam,  depa bukan tau cakap English pun.  Pastu takdak pun signboard ka apa.



Yang gajah,  ayam dan kuda dalam gambaq ni semua patung.  Yang anjing kat tengah tu anjing betui.  Style gemokkk.....dia duk makan semua makanan orang letak sembahyang kat situ.

Lenny ka ni?  Duk baca doa atas kertas.

Ini shrine Nang Nak pertama kot blah luar.

Dulu pokok ni besaq.  Dah tua ka apa ka...depa potong.  Cari gambar Google lama duk ada gambar pokok ni.

Aku duk baca,  offering untuk Nang Nak depa bagi la duit,  barang mekap,  baju,  barang kemas semua.  Untuk anak Nang Nak depa bagi la mainan.  Kat cucuk ni ada patung macam monyet kan?


Aku rasa ni semua barang betul.  Duk ada dalam almari kaca tepi tokong Nang Nak tapi berkunci la.


Untuk pengetahuan ampa aku pakai baju biasa ja, seluaq itam, t shirt putih lengan dan selendang biasa ja. Aku ingat mak aku pesan masa aku nak mai sini, aku habaq la kat orang tua tu "Mak nanti Jumie pi Bangkok, Jumie nak pi tengok Tokong Nang Nak," mak aku pesan "Hang nanti pi sana...hang bukak tudung tau...nanti depa tangkap hang." HAHAHAHAH So basically aku pakai la tudung ala-ala selempang gitu. Aku rasa depa pun ingat aku ni orang Siam yang mai, dan pakai tudung tu sebab lindung cahaya matahari sebab panaih.


Aku pun tengoklah depa ni semua duk mai sembahyang.  Ramai orang!  Siries...bukan sahaja tadi kat depan ramai orang mai sembahyang.  Kat belakang pun ramai.  Aku mula-mula tengok dari jauh,  tengok depa buat apa,  lagu mana.  Pastu aku pun pelan-pelan mai dekat,  mula-mula aku duduk betul-betul kat tengah bagi nampak straight dengan Tokong Nang Nak tu.  Tokong tu rasanya diperbuat daripada emas.  Aiiiyooooooo agak skeri ya patung itu.  




Pastu aku pun jalan makin dekat dan makin dekat. Tapi siries u olls,  mak tak rasa apa-apa six sence.  Aku rasa masa masuk Baitul Annur kat Kuala Kangsar lagi ceghing! (Ceghing tu orang Utara maksud berdiri bulu roma).  


U olls,  ini video masa jalan-jalan kat tepi terusan Phra Khanong di sebelah tokong Nang Nak.  Boleh tengok dalam video ni ikan gemok-gemok duk timbul.  Jangan lupa Subsribes Youtube Channel I olls:  YouTube/jumiessmerr

Mak rasa tempat ni dah jadi terlalu komersial.  Mana taknya,  on the way nak masuk penuh dengan orang duk jual nombor ekor.  Pastu masuk tempat sembahyang dia punyalah ramai orang.  Pastu kat tepi-tepi sungai dia penuh dengan orang duk buat offering sembahyang.  Hang beli la anak belut,  katak,  burung atau apa pun jenis binatang,  hang pi sembahyang kat tepi sungai,  nanti ikan gemok-gemok akan makan.  Haaa....aku tak tau ikan apa tapi ikan tu sangat gemok dan besar.  Bukan sebab hang sembahyang,  kalau hang jalan kat tepi-tepi sungai tu pun,  ikan tu boleh sense hang punya presence dan depa akan timbul kat tepi sungai tu.


Semua binatang di atas akan dibeli untuk dilepaskan ke dalam sungai.  Burung tu untuk dilepaskan la kot.  Setiap binatang ini mempunyai simbolik tertentu.  Kalau hangpa nak tau apa dia?  Nah baca diskripsi di bawah:  👇👇👇


Amik hang bahasa Siam!



Sekitar bahagian depan Nang Nak Shrine.  Banyak kedai-kedai kecil yang jual 'offerings' lain untuk tujuan sembahyang kepada semangat Nang Nak.



Sebab tu la aku kata,  tempat ni tak berapa gerun dah.  So aku pun beli ayaq mineral water satu botoi sebab sangat panaih.  Pastu aku buat video call dengan mak aku,  mak aku pun tengok la sikit bumbung-bumbung Wat Mahabut ni.  Lepas dah sejuk apa sikit,  aku pun amik Grab Bike dan menuju ke tempat lain. 

Jalan menuju tepian sungai.
 
Pokok ni cantek so i decided to take the photo.  Kalau mai dengan sapa-sapa bolehlah aku feeling iklan Loreal Paris bawah rimbungan bunga tu.


Kakak baju purple ni kan...dia duk cakap dengan aku.  Cakap Siam...aku senyum ja kat dia.  HAHAHAH dia tak tau aku Boyan.  Lawak betui.  Bersungguh dia cerita kat aku.  Aku pun tak tau apa dia story.

 
 So basically kalau hang beli binatang apa-apa ka,  hang akan mai macam ni la kat tepi sungai.  Baca doa....pastu hang lepas la binatang ni dalam ayaq.  Masa dia duk baca doa ja pun,  ikan tu duk menggelegak timbul.

Kelihatan Nizal dan Shada duk mandi tepi sungai.

Mak posing macam ni la u olls.  Tak berani nak pass phone kat orang suruh amik gambar.  Satgi dia lari dengan phone aku naya!

Orang duk baling roti ke dalam sungai jugak bagi ikan makan. Mana tak gemok macam Azmi ikan tu semua!


Depa buat kayu macam mana ka,  tahan semua roti-roti tu,  barulah sungai depa tak kotoq.  Baguih.  Idea yang bernas.



Terusan Phra Kanong yang merupakan macam anak sungai kepada Sungai Chao Phraya.  Dulu kat Bangkok semua terusan macam ni la jadi macam jalan untuk semua orang bergerak.  Nak pi mana-mana naik boat sahaja.  Tetapi sekarang,  semua sungai dan terusan ini ditutup dan dijadikan jalan.


Nenjia statue of Nang Nang.  Ini kira baru la.  Dia punya interpretation of patung ni tiru sebijik macam dalam filem Nang Nak.

Lukisan di belakang tugu.



Sekian sahaja catatan aku untuk pengalaman melawat Tokong Nak.  ps/  Sorry artikel lain untuk Hatyai-Bangkok trip tak siap lagi on the way.  Ampa tunggu na.

Mae Nak Phra Khanong atau Wat Mahabut
Adress:  77 Khwaeng Suan Luang,
Khet Suan Luang, 
Krung Thep Maha Nakhon 
10250 Thailand

Business Hour:  Open everyday.  Masa tak pasti.  Best mai hari Ahad atau hari kebesaran agama Buddha.  Ramai orang masa tu.

Entrance Fee:  NONE


3 comments:

  1. Rare weh entry blog ni. Tapi betul memang suka tengok nang nak versi tu. Haram jadah betul masa dia ambik limau tu. Seram gile dok takot2 tutup mata tapi nak tengok jugak. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you dear. Something different to share about Bangkok right?

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...