28.6.19

LET'S GET FAT! Fat-bulous Buffet Dinner 🍽️ C’est Si Bon Restaurant, VOUK Hotel & Suites Penang

Hasil tangkapan!

Hello u olls,  dua minggu lepas masuknya hujung minggu Vouk Hotel Suites Penang panggil I olls mai pekena depa punya buffet dinner yang dipanggil LET'S GET FAT! Haaa terasa akak okay.  Actually depa panggil LET'S GET FAT! sebab dia punya ketua chef dan chef-chef semua gendut dan comel-comel belaka haa.....hamik kau! Chef Fat Fong,  baik hati,  peramah and punca utama kenapa buffet dinner ini menjadi sedap. 

Buffet dinner ni depa buat dekat C’est Si Bon Restaurant.  Haaa sebut betul-betul nama restoren ni bagi bunyi persis orang Paris --- seh -- sii -- bon. 

Pernah dengaq tak satu kata-kata "Don't trust a skinny chef," ataupun "Jangan hangpa nak pi percaya kat tukang masak hat kuruih." Maksudnya...seorang chef yang pandai masak,  masakan dia sedap,  dia akan makan banyak sooooooooooooooooo dia akan gemok la.


"Don't trust a skinny chef."


26.6.19

Kyoto Bundle Bandar Perda Penang


Hello u olls!  Ni sapa peminat Bundle?  Mai aku nak rekemen ampa satu kedai Bundle baru bukak kat Bandar Perda bertajuk Kyoto Bundle.  Pasaipa Kyoto?  Sebab most of the baju mai daripada Jepun,  berkualiti,  bersih dan elok!  Tapi selain Jepun,  baju bundle yang terdapat di sini adalah dari Australia,  USA,  Canada dan Korea.  So pada satu hari yang mulia,  aku dan kawan-kawan aku mai la bershopping kat sini.  


Mula-mula kami mai, tauke bundle ni takdak. So kami pi makan dulu, tapi lepas dia mai, haruslah dia ajak bukak tongkol bundle satu. Syiok gila wehs. Rasa macam kena lipat kain tapi orang lain yang lipat. HAHAHAHA. Hangpa boleh tengok video full kat sini: https://youtu.be/5fp27j2jezw


Sapa minat bundle yang duduk area sini,  wajib mai sini.  Best and enjoy gila mai KYOTO BUNDLE. Banyak barang, macam-macam pilihan, dari pelbagai jenama ORIGINAL, kualiti baguih dan yang paling penting owner dia baik hati ajak kami rongkah satu tongkol bundle baharu. Macam-macam khazanah kami dapat. So sapa-sapa nak cari seluar jeans, baju T Shirt, tops untuk wanita, baju kerja, jacket, blazer, kasut dan macam-macam lagi....mai singgah kat KYOTO BUNDLE di Perda BM

25.6.19

I Want To Be Lizzo


Oi meletops pompuan agam nama Lizzo ni. Hangpa kalau nak tau lani kat Amerika duk mai satu pompuan agam yang sedang meningkat naik. Nama dia Lizzo. Dia ni adalah seorang wanita agam, memang besaq gila ataih dan bawah dan berbakat gila. Dia seorang pemuzik, dia tulis lagu dan menyanyikan lagu-lagu dia sendiri. Yang uniknya pompuan agam ni adalah masa dia perform dia akan main seruling. HAHAHAHA sedangkan dia ni adalah wanita penyanyi dalam genre pop electric dan hiphop. Tiba-tiba main seruling kan? 


Tapi yang penting sekali membuatkan aku suka kat dia adalah dia punya tahap confident. Bukan sahaja di atas pentas, kalau hangpa tengok dia buat interview, cara dia bawa diri dia ketika bercakap memang confident gila. Contohnya masa dia ditemuramah oleh Trevor Noah, kepada yang tak tau, Trevor Noah adalah seorang pengacara dan comedian dari South Africa yang sangat hemsem dan hot. Dan baru-baru ini dia baru break off dengan girl friend dia, so masa Lizzo ni ditemuramah oleh Trevor dia punya flirting dengan mamat ni Ya Allah punyalah meletops. Dalam Bahasa kasaq aku selalu carut kat anak-anak ayam aku bila depa duk cerita pasai jantan “Hangpa ni perasan na macam hangpa ni kecik dan manih.” 

Aladdin (2019)

Aladdin dan lampu ajaib!

Hey! Benda ni dah lama dah aku tengok tapi lani baru nak buat review. Sorry noks! Aku pun nampak Alia review pasai Aladdin ni baru aku tulis notes nak kena review jugak. Hangpa dah tengok belum? So sebelum hangpa sambung baca, macam biasalah aku nak kena pesan siap-siap, ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER. WHAT DO YOU EXPECT! 


Jalan cerita Aladdin versi orang ni sama ja macam cartoon, cuma ada penambahan sedikit sahaja. Iaitu penambahan keluarga atas boat yang mana bapak dia suka bercerita kat anak-anak dia sebagai hiburan di atas laut. So Aladdin ni merupakan salah satu kisah yang dilipur larakan oleh si bapak. 

Ini pengarah filem ini,  Guy Ritchie.  Deni dulu kawen dengan Madonna.  Tahun 2000-2008.

Daripada scene atas kapal tu bawaklah kisah Aladdin dan monyetnya Abu yang hidup di sebuah market di negeri bernama Agrabah. Depa hidup setiap hari dengan mencuri makanan dan barangan daripada orang ramai kat market. Long story cut short, satu hari Aladdin dapat kerja upah masuk satu gua tengah padang pasir bentuk kepala harimau. Sebijik macam dalam kartun, dalam gua tu la bila dia terkambuih dia jumpa karpet ajaib dan juga jin pakai tonceng bewarna biru. 


Narcos (2015–2017)



Hello u olls,


Hari tu tauke Pure by SO bagitau, "Wehs hang rekemen gambaq apa pun dalam Netflix aku mesti akan pi tengok lepas tu" Okay! aku nak rekemen satu cerita drama TV bersiri Netflix actually cerita ni dah mula 3 tahun lepas tapi aku baru nak tengok. Haram J betui. Cerita ini bertajuk Narcos. Jangan confuse dengan Narcos Mexico, yang tu siri yang berlainan, ini Narcos sahaja. Berkisah tentang kehidupan king pin terkaya dan paling femes kat dunia ini dari dulu sampai sekarang iaitu Pablo Escobar dari Colombia. 


Aku tau nama Pablo Escobar, aku tau dia jual dadah, aku tau dia punya kaya sampai ada zoo sendiri, tapi aku tak tau pasaipa kisah dia jadi besaq sangat. So drama bersiri ini bagi aku memberikan satu perspektif yang sangat baik untuk kita semua tengok.


Of couse, sebagai seorang taikun dadah, Pablo Escobar akan digambarkan sebagai seorang yang jahat dan cerita jahat dia sahaja yang akan keluar. Tapi drama bersiri ini, bagi aku dia balance. Dia bagi satu perspektif yang sangat luas sampaikan perasaan aku sebagai penonton jadi kucar kacir sendiri.


Drama bersiri ini bermula dari saat macam mana resepi membuat kokain boleh sampai ke tangan Pablo Escobar. Pastu dia fast forward dengan penceritaan yang ringkas macam mana Pablo Escobar mulakan penyeludupan dadah sampai ke Miami, Amerika Syarikat. Dari situ, dia jadi kaya raya gila babi. Pastu dia dah kaya, di samping still menjalankan kerja penyeludupan dadah, dia lawan kerusi parlimen dan menang sebagai ahli politik tapi of course, he is not welcome in the parlimen. Dari situ, dendam dia dengan sistem dan kerajaan menebal.

Kat belakang tu bukan toto ya...tapi dadah.

21.6.19

Lunch at Dandy Modern Food

Lambang Kecantikan

First of all nak ucapkan sorry banyak-banyak kat tiga orang ni,  Nana,  Ezal and Vick.  Kami pi makan semua baguih-baguih bulan 3 yang lalu.  Sekali aku HENG 2 minggu masuk dalam alam barzakh.  HAHAAH.  Nampak tak punya duk ceria seronok-seronok pi makan kat kedai meletops,  pastu duk bincang benda-benda yang produktif,  tiba-tiba boleh HILANG TERUS.  Itulah cabaran orang yang ada Bipolar Disorder macam I olls.  Tapi tak mengapa,  Im back on my medication dan yang paling best sehingga kini (bulan 6 menuju bulan 7)  alhamdulillah dah sihat walafiat!  Insya Allah kalau sihat sampai Disember ini aku nazar nak kenduri sikit kat kawan-kawan office yang banyak tolong aku time aku sakit.

So!  Pada satu hari,  kami berempat nak keluaq cari lunch tapi tak tau nak makan kat mana.  Aku kata,  takpa,  kita drive ja sampai Bayan Baru sana banyak resto baru yang hebat-hebat kita cuba.  Sekali kami terjumpa tempat ni.  Dandy Modern Food.

  
Dandy Modern Food

Ayam Jingkrak Mbax Ardilla

Ayam Penyet ala Ayam Jingkrak Mbax Ardilla

Haritu dah post gambaq,  pastu post video...lani kami post semua kat Facebook nih!  Sapa peminat Indonesian food wajib mai try Restoran Ayam Jingkrak Mbax Ardilla yang terletak depan BJ Court.  Sebenarnya,  aku dan Azmi nak pi makan kedai lain.  Elok-elok dah sampai kedai tu,  kedai tu katop pulak.  Kami ingat nak suprise tauke kedai tu (kawan kami) tapi last-last kami yang kena suprise.

JUMIE DAN AZMI.  Ni la muka dua dua kena SUPRAIS!  HAHAH Effa takpa kami tak marah hang,  nanti kami mai lain punya untuk hang.

12.6.19

Video-Video Raya Jumie 2019

Hello u olls!  Alhamdulillah tahun ini raya aku best.  Terimalah video-video raya yang aku edit.  Untuk hari raya pertama,  kedua dan ketiga.  Apa pun,  ampa jangan lupa untuk like semua video ini dan klik butang Subscribe untuk chanel Youtube aku!  Youtube.com/jumiessmerr


Exploring Night Life in Patpong Bangkok

Sebelum u olls sambung baca artikel ini, I olls nak bagi disclaimer sikit yep! I hope that you all will keep your mind open and 'sporting' as I'm telling my experiences on my journey. Catatan ini bukanlah untuk menggalakkan tetapi sekadar melaporkan apa yang aku alami.




Pada malam pertama aku sampai kat Thailand,  so siang tu aku dah mai dah ronda area Patpong yang dikatakan lokasi night life yang agak hectic sekitar Silom,  Bangkok.  Semua informasi tentang apa kelab malam yang ada aku check melalui Google Maps sahaja.  Dalam Google Maps apps,  hang just search night life,  dia akan keluar semua aktiviti yang duk ada.  Clubbing ada,  Gay club ada,  drag show ada,  massage semua lah!  Siap ada rating dan juga komen daripada pengunjung yang lain.  So hang boleh tengok la mana hang nak pi,  mana hang boleh elak.

Tapi aku dengan kawan-kawan macam dah habaq dah kami memang open minded punya,  kami nak try semua,  mana yang semua orang setuju dan selesa nak masuk sebab wehs benda macam ni kat Malaysia takdak!  Inilah masanya kita nak tengok apa yang jadi,  apa yang boleh jadi. HAHAHA.  

10 tahun lepas aku pi Phuket sorang-sorang masa frust cinta,  aku ingat lagi aku pi melawat Bangla Street sorang-sorang time malam.  Masa tu aku masuk satu ja kelab menonton tarian PING PONG di mana aku menyaksikan penari aksi lucah itu memasuk dan mengeluarkan pelbagai objek ke dalam genetalianya dan....dia jugak memasukkan ikan.  Kesiannya kat ikan tu!

Pengalaman aku kat Bangla Street tidak begitu mengenakkan sebab penari tiang yang memenenuhi kelab-kelab malam itu rata-rata kelihatan sendu dan tarian depa.....BAIK BAGI AKU MENARI LAGIIIII BEST! MEREPEK-REPEK PUN....nampak la aku ni hidup.

Pengalaman aku di Patpong adalah berbeza.  Sangat berbeza!  Okay mai sini aku nak story.

11.6.19

Us (2019)



Cerita ni dah lama keluaq,  cuti hari raya baru aku berkesempatan nak tengok dalam phone.  Pergh!  Memang best la.  Jordan Peele tidak mengecewakan peminat horror filem berlatar belakangkan manipulasi mental dan psikologi.  Sama macam cerita dia buat dulu Get Out,  aku pernah review kat sini:  Ulasan Filem Get Out (2017)

Kepada yang yang familiar dengan filem arahan Jordan Peele,  dia punya gambaq horror bukan jenis hantu tekejut-tekejut ataupun bunuh darah-darah.  Tapi dia punya takot more kepada keadaan mental manusia yang macam-macam,  ada yang tamak,  ada yang dominasi,  ada yang penipu.  Dan segala keadaan mental yang pelbagai ini menyebabkan kita akan pikiaq dan bayangkan macam-macam dalam kepala otak kita,  bukan sahaja ketika menghayati filem tu tetapi bila kita dah habis tonton filem tu.  Haaaaa ini lagi menakutkan bukan?


15 Iklan Raya 2019 Wajib Tonton

Hello u olls,  tradisi aku bila hari raya selain makan dan makan,  aku suka melayan semua video-video raya yang sedia ada.  Sekarang ini,  bukan sahaja syarikat besar macam Petronas dan TNB akan buat iklan raya,  malah kompeni social media macam Laparpo pun buat iklan raya jugak. Ada yang lawak,  ada yang sedih,  jom kita tengok semua dan aku tulis review sikit mana aku suka!



KUAH KACANG BERAPI πŸ’Ÿ Gado-Gado Di Dapur bersama Kuah Kacang Berapi

Nenjia gado gado Kak Zah!

Ini dah kali kedua order Kuah Kacang Berapi ni. Masya Allah memang sedap gila. Pedaih, berasa semua bahan-bahan dia yang paling penting senang dan mudah. Hanya bancuh dengan ayaq dah siap elok.  Tapi kalau ampa rajin,  ampa boleh la nak tumis apa bawang sikit pastu masak kuah kacang ni sikit dengan ayaq asam.  Pergh! Itu untuk orang rajin majin,  mai mai macam aku ni,  buh dalam mangkuk pastu bubuh ayaq Coway hat panaih tu sikit.  Kacau kacau nah siap!


4.6.19

Ocean Eight


Hello u olls,

Shit maderkafer, aku tulis punya panjang pastu tak tekan save. Pi masak sambal tumis ...balik2 mai tengok kot phone semua yang aku tulis (nak masuk 3 perenggan dah) hilang begitu sahaja.  Nak story pasai filem Ocean's Eight yang aku baru tonton. Untuk pengetahuan semua, aku tengok movie pakai online pirated bertajuk  http://putlockers.plus. Hang bleh click kat situ, takpayah register, tak perlu download, most of Hollywood and Korean movie ada situ. Boleh stream terus.  Tapi masa mula2 filem Ocean's Eight ni tak berapa clear, tapi minggu ni aku check it out...dah elok. Bukan HD tapi okay la nak tengok clear bukan rakam dalam panggung punya.

3.6.19

Cara-cara Nak Handle Diri Semasa Musim Perayaan πŸ’— Bacaan Khas untuk Penjagaan Kesihatan Mental

Hello u olls semua.  Ingat nak buat video untuk ulas topik ni tapi macam tak dan ja mai ujung-ujung Ramadhan ni pelan sibuk.  Jadi aku curi-curi masa untuk garapkan catatan ini dahulu.  Insya Allah hari raya pertama nanti kalau aku free takdak kerja sangat,  aku buat video untuk ulas topik yang sama.  So u olls ada dua version,  satu penulisan (baca) sahaja satu lagi (video).  Kot-kot la u olls rasa boleh trigger tengok muka aku yang terlalu ceria ni,  so u olls baca sahaja.

Baru-baru ini aku dan kawan aku Sunmelon telah mengenal pasti 10 cara nak handle diri semasa musim perayaan.  Seperti hangpa tau,  aku menghidap Bipolar Mood Disorder dan Sunmelon pulak ada Anxiety.  Kami bukan pandai-pandai self diagnose ya,  kami pi jumpa doktor tau!  And both of us dah start amik ubat sejak setahun yang lalu.

Gambar raya ton 2017! I always get craze during raya.  I always wanna get crazy but time i wanna be crazy in the right mood!


DISCLAIMER
Tapi sebelum kami mulakan penulisan ini,  kami nak habaq disclaimer siap-siap dulu. PENULISAN INI BUKAN RUJUKAN PROFESIONAL.   Ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri dengan tujuan rujukan umum dan memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk memberikan pengertian baharu tentang pemahaman orang dengan keadaan kesihatan mental yang berbeza.  Kami menyarankan anda semua mendapatkan bantuan yang betul dan profesional daripada kaunselor bertauliah ataupun ahli psikiatri sebab semua orang ada cara masing-masing untuk coping.

So let's start!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE