15 Iklan Raya 2019 Wajib Tonton

Hello u olls,  tradisi aku bila hari raya selain makan dan makan,  aku suka melayan semua video-video raya yang sedia ada.  Sekarang ini,  bukan sahaja syarikat besar macam Petronas dan TNB akan buat iklan raya,  malah kompeni social media macam Laparpo pun buat iklan raya jugak. Ada yang lawak,  ada yang sedih,  jom kita tengok semua dan aku tulis review sikit mana aku suka!




Misi Putra Nak Berhari Raya from Laparpo Production by ZYQ Homes

Rezeki Laparpo Production ton ni dapat beberapa job iklan raya tapi paling aku suka iklan raya ni.  Bukan sahaja sebab my brother Lanun Barakbah Al Mashud telah berlakon menjadi gelandangan yang berjaya menangihkan hati hati kita tetapi aku rasa drama raya ni mempunyai mesej yang mendalam.  Mengajar anak-anak kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.

IKLAN RAYA TM 2019 - ATUK GAMER | #LebihUntukMu

Mesej yang cuba disampaikan dalam iklan ini adalah marilah kita menggalakkan generasi Baby Boomers iaitu mak mak dan tok kita semua bermain internet.  Sebab siriesly lepas mak aku belajar Whatsapp...whatsapp group family kami sangat meriah.  HAHAHAH


Seringgit by JinnyBoyTV for Samsung Malaysia

Iklan ni best cuma terganggu sebab hero cerita ni tak tau sebut R.  HAHAHAH.  Orang style duk komen kat Youtube kot.  HAHAHA


Rendang SoRaya by PETRONAS
Iklan raya ni yang first buat aku nangeh.....part bapak dia makan Rendang part last.  Sedih wehss...




Konvoi Epik Fantastik by TNB

Video ni best!  Aku suka sebab depa pakai loghat Kedah.  Lawaaaakkk wehs....hang smart na...hang lagi smart!  HAHAHAH.  Keluarga ni aku namakan keluarga Topex Noor sebab dalam duk beraya depa boleh masuk Siam semata-mata nak beli keropok. HAHAHAH


Cucu-cucu Tok Ucu: Filem Pendek Hari Raya daripada Celcom

Ni paling aku suka! Editing memang smart,  pastu lawak betui skrip dia.  Aku suka jugak pilihan pengarah untuk buat dubbing suara untuk Tok Ucu.  I dont think itu suara betui dia,  tapi pandai depa buat bagi nampak selari dan real!  Itu yang jadikan Tok Ucu lagi lawak.


Pondok Kasih by PKNS
Cerita ni best,  sedih,  ada mesej yang best iaitu jangan menilai orang dari luaran.  Cuma aku rasa macam tak lojik masa Ustaz Madi habaq kena pi sollat jenazah,  budak budak tu sapa pun tak tanya.


Impian Aidilfitri by Aina Beauty

TAK LOJIKKKKK POMPUAN MELAYU STYLE BERTUDUNG MACAM NI LUPA HARI RAYA!  MACAM MANA PUN HANG BEKERJAYA....DEPA NI LA YANG SETIAP HARI DUK INGAT HARI RAYA DAN BAJU RAYA APA DEPA NAK BELI.



Meja Bulat Mak by Suria FM
Iklan ni huru hara.  Nak lawak tak lawak.  Nak sedih tak sedih.  Skrip pun merapu.



#BakalMertuakuGengster by Matluhtfi90 from Touch N Go


HAHAHAHAH aku suka video lawak ni.  Baguih Touch N Go amik deni produced iklan raya depa.  Masih mengekalkan lawak kering dan skema ala Mat Luhtfi tapi editing lagi kemaih dengan bunyi background yang meletops!  Termasuk lagu sedih dia pakai part last,  lagu tu macam sedap.  Cayalah faveret vlogger aku.  


Raya Kuasa 7 by Astro Gempak

Gila Astro punya iklan kot.  Kalau tak nampak mahal dan meletops ...sia sia lah duit yuran ampa duk bayar bulan-bulan kat depa!


Dugaan Raya Aiman by MTAS Production for DOMINOS PIZZA
MTAS ni buat banyak iklan raya tau.  Masyuk la......memang best pun depa buat.  Idea bernas,  skrip padat,  editing cantek.  Berbaloi!!  Contohnya iklan ini untuk Dominos Pizza.  Iklan ni lagi best daripada iklan raya Suria FM!  Watak Aiman tu lawak la cakap tak lepaih. HAHAHAHAHA



Pak Duan & Calon Menantu by MTAS Production for ADABI

Ini produksi kedua pilihan aku dari MTAS Production.  Again lawak ending dia.  Simple ja u olls.  Yang penting,  hero iklan raya ni....achah achah Zul Ariffin la kan.  HAHAHAH


#BuangBalikRaya by Grab
Okay la.......Good Job.


Tumpang by PLUS

Sapa potong bawang tepi aku niiiii!!!!!!! #ohshit #ohshit


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...