25.6.19

Aladdin (2019)

Aladdin dan lampu ajaib!

Hey! Benda ni dah lama dah aku tengok tapi lani baru nak buat review. Sorry noks! Aku pun nampak Alia review pasai Aladdin ni baru aku tulis notes nak kena review jugak. Hangpa dah tengok belum? So sebelum hangpa sambung baca, macam biasalah aku nak kena pesan siap-siap, ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER. WHAT DO YOU EXPECT! 


Jalan cerita Aladdin versi orang ni sama ja macam cartoon, cuma ada penambahan sedikit sahaja. Iaitu penambahan keluarga atas boat yang mana bapak dia suka bercerita kat anak-anak dia sebagai hiburan di atas laut. So Aladdin ni merupakan salah satu kisah yang dilipur larakan oleh si bapak. 

Ini pengarah filem ini,  Guy Ritchie.  Deni dulu kawen dengan Madonna.  Tahun 2000-2008.

Daripada scene atas kapal tu bawaklah kisah Aladdin dan monyetnya Abu yang hidup di sebuah market di negeri bernama Agrabah. Depa hidup setiap hari dengan mencuri makanan dan barangan daripada orang ramai kat market. Long story cut short, satu hari Aladdin dapat kerja upah masuk satu gua tengah padang pasir bentuk kepala harimau. Sebijik macam dalam kartun, dalam gua tu la bila dia terkambuih dia jumpa karpet ajaib dan juga jin pakai tonceng bewarna biru. 




Pastu Aladdin mintak tolong jin suruh dia jadi kaya sebab dia nak mengurat Princess Jasmine dan pada masa yang sama, ada masalah politik dalam istana di mana wazir negara itu cuba merampas takhta daripada sultan. So part ni ada penambahan baharu iaitu Princess Jasmine style fight dan back up bapak dia kau-kau. Dia nyanyi lagu Speechless (lagu ni adalah lagu tambahan) dan dia ada buat monolog di mana dia bagi kesedaran kepada ketua pengawal istana iaitu Hakim untuk memilih siapakah yang hang patut respect dan siapa yang patut takut! Suara Naomi Scott  yang melakonkan watak Princess Jasmine adalah sedap u olls. Mak impressed. 

The rest, macam biasalah dalam filem Disney, they live happily ever after. 


Part ni....Marni punya getis sebelah aku dia punya duk feeling macam dialah yang pakai baju ni.  Naomi Scott yang berlakon sebagai watak Princess Jasmine mempunyai darah Inggeris dan India.  Bukan Arab.  Ramai yang mengamok kata macam pelakon ni kenalah arab....wehssss relaks la.  Agrabah pun bukan negara yang betui-betui wujud!

Will Smith 
Walaupun Will Smith ni boleh kata sebagai pelakon pembantu lelaki (hero adalah Mena Massoud yang menjadi Aladdin) tapi still tak boleh dinafikan orang mai tengok filem ni sebab nak tengok Will Smith menjadi kaler biru. Dan aku akui, Will Smith memaniskan filem ini. Aku antara orang pertama yang bara dan terkejut gila bila depa release first look of Will Smith kat internet. Nohorom punya buruk. Tapi akhirnya bila filem ni dah jadi siap semua, memang aku suka. 

Gotcha! Aku saja gempaq teaser bagi buruk.  Tapi bila filem siap,  CGI aku elok.


Will Smith tidak mencuba kuat menandingkan dirinya dengan Robin Williams yang memegang watak Jinnie dalam filem Aladdin versi animasi. Mendiam Williams memang hebat gila, hanya dari suara, dia boleh hidupkan karakter Aladdin ke tahap yang luar biasa. Will Smith dia jadi diri dia, Jinnie biru versi Fresh Prince of Bel-Aire. Paling aku suka sekali part nyanyian lagu Prince Ali. HAHAHHAHAH memang aku paling suka bab ni. Boleh kata depa tiru setiap scene penting dalam video clip kartun lagu ni. Part yang Jinnie menyamar jadi perempuan seksi kat balkoni melambai-lambai kat orang ramai pun depa masukkan! 


Aku suka depa gunakan animasi CGI untuk watak Abu the monyet. Jangan kita menyiksa menitang. Binatang patut duduk dalam hutan dan bukan di studio lakonan. Aku jugak suka kelawakkan the magic carpet. Watak dia maintain sama! Lawak tanpa suara. 



Mena Massoud
Adakah aku sorang yang melt dengan jantan arab pendek ni. Wehssssss aku syiokkk kat deni. Macam mana Marni punya duk excited tengok Princess Jasmine turun pakai dress dragging Panjang kat belakang sambil turun tangga, macam tu la aku punya eksaited bila tengok Mena duk menari. Haram wehs dah la senyum manis, menari pun hebat! Aku suka la kat dia. 

Pandai depa cari pelakon muka sama macam kartun.  Especially part senyum ni.

Walaupun aku tak taste Arab look,  tapi aku tak tau pasaipa aku sangat tertaste kat makhluk yang elok ni.  Dia memang Arab tapi dia bukan Arab Islam tau.  Depa Arab yang agama Kristian dulu-dulu punya.  Depa menetap ja kat Canada.


Aku bagi 8/10. Sebab filem ini memang menghiburkan. Tapi filem ini memang untuk orang dewasa. Untuk kanak-kanak, not so much. Arash anak Nis-cha 10 kali duk tanya dalam wayang “Mak…pasai pa dia marah kat burung tu?” Haaaaa kan!

1 comment:

  1. Aku taste kt jin tu lagi.. Hahahha.. Haram is elok sungguh will Smith jadi apa pun

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Terima Kasih Tourism Malaysia Northern Region