Ayam Jingkrak Mbax Ardilla

Ayam Penyet ala Ayam Jingkrak Mbax Ardilla

Haritu dah post gambaq,  pastu post video...lani kami post semua kat Facebook nih!  Sapa peminat Indonesian food wajib mai try Restoran Ayam Jingkrak Mbax Ardilla yang terletak depan BJ Court.  Sebenarnya,  aku dan Azmi nak pi makan kedai lain.  Elok-elok dah sampai kedai tu,  kedai tu katop pulak.  Kami ingat nak suprise tauke kedai tu (kawan kami) tapi last-last kami yang kena suprise.

JUMIE DAN AZMI.  Ni la muka dua dua kena SUPRAIS!  HAHAH Effa takpa kami tak marah hang,  nanti kami mai lain punya untuk hang.


So alang-alang ada kat BJ aku pun habaq kat Azmi jom kita pi try satu resto Indonesia yang terletak kat area-area ini.  Sebab minggu lepas,  lepas balik karaoke dengan Kak Pah,  kami lalu la jalan ni dan nampak resto ni besaq warna purple lampu semua bercahaya tapi time tu resto ni dah nak tutup. Tak bolehlah nak berhenti dan makan.


Inilah resto Ayam Jingkrak Mbax Ardilla.  Kalau lalu main road depan BJ Complex and BJ Court pasti akan nampak.


MENU
Ini adalah menu yang ada kat sini.  Nama hidangan yang tersedia kat sini lawak-lawak.






Perasan tak ada ayaq MERANA DAN MERAJUK! HAHAHAH Aku nak order ni tapi out of stock.




NAS GOR! Singkatan untuk nasi goreng.


I know we look so tantalizing but Im so sorry peole we are not in the menu.  HAHAHAH

Alhamdulillah hari ini dapatlah rezeki nak makan sini.  Rupanya resto Ayam Jingkrak Mbax Ardilla telah beroperasi di Pulau Pinang sejak 4-5 tahun yang lalu tapi sekarang ni baru depa bukak cawangan yang tepi BJ Court ni. Haaa kerlasss siap amik dua lot kedai.  Resto yang aku mai makan ni baru sahaja di bukak 4-5 bulan yang lalu.  Dan untuk pengetahuan ampa,  Ayam Jingkrak Mbax Ardilla juga mempunyai cawangan di dalam BJ Complex.  

Memang always penuh!

Lepas aku rasa juadah kat sini memang terbaiklah!  Sup bakso beranak dia memang padu.  Pekat terangkat kau memang the bomb mister loba loba.  Pasaipa bakso beranak?  BAKSO BERANAK KOSONG (takdak mee takdak lontong) harga RM14!! Amik hang tapi dalam bakso gemok macam Nizal tu ada telur dan cheese,  pastu dia letak lagi bola bola bakso kat tepi dengan cebisan daging-daging lembu.  PERGHS!





Bakso Beranak Kosong.

Bakso Beranak Kosong dengan telur dan cheese.

Aku order Ayam Jingrak,  dapat ayam goreng,  nasi putih dan tempe goreng.  Dia punya sambal Ayam Jingrak punyalah pedaih terangkat. Memang pedaih betui. Itu aku tak amik pun lagi Ayam Jingrak Fire Set...kalau amik tu confirm kena telipon 994.  Azmi order Ayam Penyet dia macam ayam jingrak jugak tapi dia ada sayoq.  Harga kat sini not bad affordable. Sesuai dengan resto yang berhawa dingin. Kerlass.

Ayam Jingrak Set

Pecal Ayam set.

Dia pakai raga ni buat lapik.  Baguih.

 
TEH BOTOL!

Nenjia deni sampai tekeluaq lidah semua sebab pedaih!

AYAM JINGRAK MBAK ARDILLA
Alamat:  8A- G,Jalan Rumbia 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang (Opposite BJ Court)
No tel:   +6013-4312302
Waktu Perniagaan:
Isnin - Jumaat 12pm -10:30pm
Sabtu - Ahad  12pm -11:30pm

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...