3.6.19

Cara-cara Nak Handle Diri Semasa Musim Perayaan 💗 Bacaan Khas untuk Penjagaan Kesihatan Mental

Hello u olls semua.  Ingat nak buat video untuk ulas topik ni tapi macam tak dan ja mai ujung-ujung Ramadhan ni pelan sibuk.  Jadi aku curi-curi masa untuk garapkan catatan ini dahulu.  Insya Allah hari raya pertama nanti kalau aku free takdak kerja sangat,  aku buat video untuk ulas topik yang sama.  So u olls ada dua version,  satu penulisan (baca) sahaja satu lagi (video).  Kot-kot la u olls rasa boleh trigger tengok muka aku yang terlalu ceria ni,  so u olls baca sahaja.

Baru-baru ini aku dan kawan aku Sunmelon telah mengenal pasti 10 cara nak handle diri semasa musim perayaan.  Seperti hangpa tau,  aku menghidap Bipolar Mood Disorder dan Sunmelon pulak ada Anxiety.  Kami bukan pandai-pandai self diagnose ya,  kami pi jumpa doktor tau!  And both of us dah start amik ubat sejak setahun yang lalu.

Gambar raya ton 2017! I always get craze during raya.  I always wanna get crazy but time i wanna be crazy in the right mood!


DISCLAIMER
Tapi sebelum kami mulakan penulisan ini,  kami nak habaq disclaimer siap-siap dulu. PENULISAN INI BUKAN RUJUKAN PROFESIONAL.   Ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri dengan tujuan rujukan umum dan memberikan pendedahan kepada orang ramai untuk memberikan pengertian baharu tentang pemahaman orang dengan keadaan kesihatan mental yang berbeza.  Kami menyarankan anda semua mendapatkan bantuan yang betul dan profesional daripada kaunselor bertauliah ataupun ahli psikiatri sebab semua orang ada cara masing-masing untuk coping.

So let's start!


1.  Don't Force Yourself
Jangan force diri untuk pi beraya atau pi open house kat rumah orang.  Kalau tak boleh takpa.  Kalau dapat jemputan,  balaih politely kata tak boleh mai sebab kesihatan tak berapa okay.  Jangan tipu! Jangan tipu kata tak boleh mai sebab kereta rosak la etc etc.  Balaih kot Whatsapp pun takpa.  Jangan sengap terus dan tak pi,  sebab selalunya kita akan rasa lagi bersalah dan rasa serr gila!  Perasaan bersalah dan serr gila tu boleh trigger kita untuk jadi lebih murung.  So lebih baik kita habaq siap-siap kata tak boleh mai.  



2.  Be With Your Love One
Banyakkan duduk dengan orang yang kita sayang iaitu family sendiri (yang closed dan betui betui memahami).  Kalau family sendiri yang masalah,  sila pi cari kawan-kawan ataupun support system yang membuatkan hang rasa tenang.  Kalau takdak jugak kawan-kawan yang best....PI DUDUK MASJID KA ATAUPUN ENVIRONMENT YANG GIVING (memberi) contohnya pi buat kerja amal.  Pi rumah anak yatim ka,  rumah-rumah orang tua ka.  Im sure there someone in this world who will be with us no matter what.  Ingatlah...takdak sapa kat dunia ini boleh survive sorang-sorang kat dunia ini.  Captain Marvel pun perlukan bantuan.





3.  Mind What You Eat
Jaga pemakanan yang ni sama macam orang normal pun.  Orang penyakit macam kita pun kena jaga pemakanan,  elakkan makanan terlalu manis (sebab nanti hang hyper...hahaha) dan elakkan terlalu banyak caffein (Yang ni pun sama la hang akan jadi hyper).  Well you know your body kan?  Apa benda yang membuatkan hang jadi angin,  sakit perut,  kentut kuat,  haaa...mau jaga buang.  Satgi duk sakit-sakit,  pastu tak larat nak bangun,  pastu nanti lie down,  pastu tengok orang lain duk berayaaa....haaa mulalah semua pikiaq bodo-bodo akan mai kan?





4.  Raya Enough Rest Enough
Jangan nak beraya sakan sangat. Rehat yang cukup adalah penting untuk meneruskan hari hari mendatang.  In my oponion,  u olls kena ada jadual,  hari ni buat apa,  esok buat apa sebab kita kan nanti cuti raya yang panjang.  Kalau nak pi beraya di tempat yang jauh,  make sure esoknya u olls ada hari yang rehat dan santai di rumah.  Because one thing i learn about my previous mistakes is that our energy are related to my mood and to my mental health.  So kena jaga!




5.  Do Things That Makes You Feel Good
Kadang-kadang stesen TV ni celaka.  Dok tayang movie yang sedih-sedih dan horror bila mai time raya.  Nak buat macam mana,  memang hari raya....itulah kesukaan rakyat Malaysia.  Drama raya ni memang sedap nak tengok,  kalau funny dan buat kita gelak takpa,  tapi kalau cerita-cerita sedih ni kadang-kadang dia akan trigger benda lain.  Kenangan buruk,  unfinished business,  guilty dan macam-macam lagi.

Kalau anda rasa benda ni akan mengganggu mood anda. Berhenti menonton dengan segera.  Yes!  Instead,  banyakkan buat benda yang faedah sikit macam,  pi tengok pemandangan,  jalan tepi laut,  melukis,  bermain dengan kucing (Binatang peliharaan) atau memancing.  Ustaz (boss I olls) pernah pesan,  kena tengok alam ciptaan Allah selalu,  ketenangan tu akan mai lain macam!



6.  Brace Yourself,  Over Caring Pakcik and Makcik are coming!
Time beraya,  memang nanti ada la makcik pakcik, sepupu, dua pupu yang rajin selak kain kita setahun sekali dengan alasan "caring" akan cuba tanya soalan siye (contoh) "Bila nak kawin, bila nak habis study, bila nak itu, bila nak ini."  Kita tak boleh elak,  sebab kadang-kadang kita nak pi rumah tu sebab ada orang kat rumah tu yang kita suka dan kita sayang sangat-sangat tapi depa pulak ada kat situ.  Ataupun depa mai rumah kita!  

So orang macam ni kita kena set dalam kepala otak kita awai-awai "Depa just nak bertanya....depa tak bermaksud apa-apa negatif".  So the moment depa tanya soalan macam tu,  kita balas dengan senyuman sambil angkat pungkoq dan blah!  Lagi lama duduk situ,  satgi bunga taik semua akan keluaq.  

Go mingle with people that makes you feel good! Yang penting,  mental kita kena jaga dan kuatkan dahulu.  




7.  Jangan Semua Last Minit
Jangan last minit buat preparation raya, shopping last minit, kemas rumah last minit, buat kuih last minit.  Yang ni memang aku punya style tapi aku dah ubah banyak tahun ini.  Bila kita buat list preparation dan buat semua siap-siap dari awal,  kita jaga kita punya energy.  Rancang aktiviti yang perlu di buat dalam phone atau kertas,  pastu bagi due date untuk disiapkan,  bila kita duk tick-tick kerja mana yang dah siap,  kita pun rasa GOOD ABOUT OURSELF tau. Banyak ketenangan kita boleh dapat bila kita tengok list tu banyak dah disettlekan.  


8.  Dont' Forget Your Special Meds
Duk pi makan.....duk pi beraya.....JANGAN LUPA MAKAN UBAT SEPERTI YANG DIJADUALKAN.  Aku tau kita mesti ada tendency tak mau makan ubat time time raya nak lepak dengan family and kawan-kawan sebab macam aku,  bila aku makan ubat aku akan jadi laloq dan relaks sikit.  So lawak-lawak yang keluar dari mulut aku pun tak berapa best dan aku jadi tak berapa happening!  Tapi ingat,  u are not paid clown.  Bila hang sakit nanti,  sapa nak jaga hang?  Bek pila beradik hang semua kata hang tak best,  janji hang makan ubat dan hang relaks dan tenang.  




9.  Disable Your Facebook & Instagram
Elakkan bukak Facebook and Instagram sebab time raya ni semuaa nanti duk post gambar raya pi mana. Pakai baju apa,  anak depa berapa orang,  bahagianya depa dengan laki dia....etc etc etc.  Pirah...gambaq ja bahagia,  tapi sebenarnya hakikat hang bukan nak pi tau kan!  So tak pasai-pasai nanti kita akan rasa down sebab tengok penipuan paparan sosmed oleh teman-teman.  Mai la soalan-soalan bodo macam "Pasaipa kita tak beli baju rayaa cantek?"  "Pasaipa depa bahagia,  "Pasaipa laki depa suka posing?"  Shitlaki aku gambaw pun susah.

So I olls sarankan disable atau UNINSTALL terus apps Facebook dan Instagram dalam fon u olls sampai seminggu or dua minggu lepas raya.  Nak bukak whatsapp tu pun jangan download gambar,  haa satgi orang duk post gambar raya.  Nanti jadi serr jugak kan!

Focus on yourself!  Your head is the most important thing.



10.  Visualized Your Raya
Ini paling penting sekali so aku bubuh paling last sekali.  Apa sahaja yang kita lalui,  kita hadapi,  yang lalu,  yang sekarang,  yang masa depan....ITS ALL HAPPENING IN YOUR HEAD.  Jadi otak hang yang paling penting sekali.  Apa yang otak hang fikir adalah yang paling utama.  Dari awal sekali,  bayangkan "Apakah hari raya yang bahagia dalam hidup hang!"  Tahun ini,  aku tulis satu surat syahdu kat laki aku. Aku luahkan something like this "Selamat Hari Raya Aidilfitri Abang.  Apakah makna hari raya yang indah dalam hidup abang?  Ya tanya soalan ini pada diri ya sendiri dan Ya dapat jawapan dengan cepat sekali.  Hari raya Aidilfitri yang paling indah buat Ya adalah dapat berhari raya dengan keluarga,  sahabat DI SISI ABANG.  Doa Ya tahun ini,  Ya dapat berhari raya dengan Abang di sisi Ya.  Tanpa Abang...impian ini tiada erti"

Haaa syahdu tak kata-kata aku,  bukan laki aku kerja ataih pelantar minyak pun u olls.  Tapi actually ini adalah satu simbolik kepada hati dan otak aku untuk menyatakan,  apa pun jadi raya ini,  aku nak duduk dengan laki aku.  Kalau laki aku ada dengan aku....itulah raya aku!  Nothing else matter.

So what is your raya!  Write that down....visualized what you want and doa kuat-kuat.  Allah dengar.

PESANAN
Sebelum aku akhiri penulisan aku hari ini,  aku nak sampaikan pesanan kepada Ahli keluarga dan rakan yang membaca posting ini,  sentiasalah tanya /ambil tahu keadaan pesakit mental macam kami ini.  Kalau ampa tau,  ampa ada kawan-kawan yang ada keadaan macam kami,  tak pi ziarah dia pun takpa,  hangpa mesej-mesej la dan tanya khabaq.

Kalau penyakit lain,  jumpa doktor,  makan ubat, buat fisio...insya Allah dah boleh dah.  Tapi macam kami,  kena ada support dari orang sekeliling.  Kesudian ampa untuk bagi ruang untuk memahami kami itulah paling berharga sekali.  Dunia ini bulat,  ya kami tak ada kuasa untuk yakinkan hangpa yang kami bukan saja-saja buat 'perangai'.  Mungkin esok lusa,  bila anak hangpa sendiri yang kena depression,  masa itu,  doa kami tolonglah jadi 'indenial' dan biar anak hangpa hanyut dengan 'perangai' dia tu.  Mental health is real and we all can face this as long as we do it together.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE