Exploring Night Life in Patpong Bangkok

Sebelum u olls sambung baca artikel ini, I olls nak bagi disclaimer sikit yep! I hope that you all will keep your mind open and 'sporting' as I'm telling my experiences on my journey. Catatan ini bukanlah untuk menggalakkan tetapi sekadar melaporkan apa yang aku alami.




Pada malam pertama aku sampai kat Thailand,  so siang tu aku dah mai dah ronda area Patpong yang dikatakan lokasi night life yang agak hectic sekitar Silom,  Bangkok.  Semua informasi tentang apa kelab malam yang ada aku check melalui Google Maps sahaja.  Dalam Google Maps apps,  hang just search night life,  dia akan keluar semua aktiviti yang duk ada.  Clubbing ada,  Gay club ada,  drag show ada,  massage semua lah!  Siap ada rating dan juga komen daripada pengunjung yang lain.  So hang boleh tengok la mana hang nak pi,  mana hang boleh elak.

Tapi aku dengan kawan-kawan macam dah habaq dah kami memang open minded punya,  kami nak try semua,  mana yang semua orang setuju dan selesa nak masuk sebab wehs benda macam ni kat Malaysia takdak!  Inilah masanya kita nak tengok apa yang jadi,  apa yang boleh jadi. HAHAHA.  

10 tahun lepas aku pi Phuket sorang-sorang masa frust cinta,  aku ingat lagi aku pi melawat Bangla Street sorang-sorang time malam.  Masa tu aku masuk satu ja kelab menonton tarian PING PONG di mana aku menyaksikan penari aksi lucah itu memasuk dan mengeluarkan pelbagai objek ke dalam genetalianya dan....dia jugak memasukkan ikan.  Kesiannya kat ikan tu!

Pengalaman aku kat Bangla Street tidak begitu mengenakkan sebab penari tiang yang memenenuhi kelab-kelab malam itu rata-rata kelihatan sendu dan tarian depa.....BAIK BAGI AKU MENARI LAGIIIII BEST! MEREPEK-REPEK PUN....nampak la aku ni hidup.

Pengalaman aku di Patpong adalah berbeza.  Sangat berbeza!  Okay mai sini aku nak story.



Seawal 9 malam aku dan kawan-kawan naik Grab dari Silom Village Inn ke Patpong.  Nak ikutkan boleh jer nak jalan,  tak sampai 15 minit sahaja tapi sebab kami dah make up cantek tak mau berpeluh so kami pun naik la Grab.


The Stranger Bar (House of Drag Queens)
First sekali kami pi The Stranger.  Sebuah kelab pertunjukan drag show.  Tiada cover charge,  u olls beli drinks sahaja.  Ayaq dia semua lebih kurang dari 200TB dan ke atas.  Show mula jam 9:00 malam tetapi semuanya itu adalah slow-slow warm up sahaja.  Kami tengok dua miming show.  First sekali oleh mak ayam veteren yang aku rasa sangatlah profesional dan berpengalaman.  Cara dia goyang bibir,  olah raut wajahnya serta gerak badan selari dengan suara nyanyian Jessie J untuk lagu Money Money Money.  Memang real gila macam dia sendiri yang nyanyi lagu tu tapi dia buat bagi jadi lawak.  Deni memang standard drag show New York yang duk masuk dalam Rupaul Drag Race semua.  Pastu warm up show kedua oleh adik-adik cantik daripada Chiang Mai katanya.  Putih salju dan mempunyai iras-iras mat salleh.  Mungkin dia mix racial. So dia buat show lagu petikan filem Burlesque lakonan Christina Aguilera.  Kehebatan dia kat tarian dan rupa paras yang cantik sahaja,  dari segi miming,  MAK AYAM KERTU tadi jauh lebih hebat.  Deni style miming mulut ke langit,  lagu ke darat.



Disebabkan kami mai awai,  kami dapat duduk seat depan yang agak best.  Maka lebih jelaslah segala gerak tubuh dan persembahan ratu-ratu drag malam itu.  Aku ternganga melihat kelincahan depa menari kat tangga.  Kalau aku menari lagu tu confirm dah masuk ICU sebab tulang belakang aku patah. 




Kami stay untuk beberapa persembahan awal sahaja.  Depa stop at 10pm.  Persembahan utama akan diadakan jam 11pm.  Kami tak tunggu la...kami blah pi tempat lain.  Aku sangat suka mai sini sebab ini adalah first time dalam hidup aku tengok drag show dekat kelab malam.  Dan show depa adalah best!





Glamour Patpong
Next,  kami masuk Glamour Patpong.  Yang ni adalah kelab tarian tiang yang dimenari oleh perempuan-perempuan betul.  Aku macam takut-takut nak masuk sebab aku duk terbayang penari tiang kat Phuket yang sendu.  Tetapi bila kami masuk,  kami disambut oleh perempuan-perempuan Siam yang genit dan gedik.  Depa menari macam okay la,  goyang-goyang Inul gitu pastu sambil tu depa buat interaction dengan kami yang duduk kat sofa.



Aku amik gambar ni dari Youtube.  Inilah bar yang kami pi.  Sorry masa hari tu aku tak amik gambar sebab depa tak bagi.


Untuk masuk Glamour Patpong ni kami kena bayar 200TB dan kami dapat 1 air pilihan.  So kami bolehlah duduk dan tengok depa menari berapa lama pun kami mau.  Tapi trick dia adalah,  lepas depa menari satu lagu,  dua orang penari tiang tu mai kat meja kami....pastu depa pun sembang-sembang,  tanya kami semua dari mana,  pastu depa pujuk kami suruh beli ayaq untuk depa.  Satu ayaq depa 200TB,  dua orang so 400TB.  Pastu pelayan tu bok mai la ayaq kat meja kami,  sah-sah depa minum ayaq arak la.  Dalam gelaih kecik pastu bubuh garam kat keliling gelas tu.  Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku musykil!! Silap hari bulan depa minum ayaq masak jaa....sebab depa mesti tak mau mabuk depa nak kerja dan depa buat ni adalah strategi semata-mata untuk buat sales lebih tinggi di kelab depa. KAN!!





Banana Boys
So sebelum depa ni pelingkup duit kami suruh beli ayaq banyak-banyak,  kami pun beredar keluar dari situ.  Mak ayam drag dah settle!  Perempuan menari tiang dah settle!  Lani aku nak try masuk gay club plak.  HAHAHAH.  Dekat lorong Patpong tu ada 2 kelab gay yang masyor.  Pertama Jupiter.  Jupiter ni semua orang duk rekemen aku suruh pi.  Depa kata depa pernah masuk dan best la apa semua.  Tapi nak masuk dia cover charge sampai 500TB.  Nohorom punya mahai.  Aku pun jalan-jalan lagi kot depan,  pastu ada satu lagi gay bar bertajuk Banana Boy.  Aku pun tanya berapa harga,  promoter tu kata,  350TB dapat ayaq 1.  Fuck!  Awat gay bar semua lagi mahai dari kelab pompuan dan kelab mak ayam.

 Inilah lokasinya.  Gambar ni semua aku amik dari Facebook official depa  https://www.facebook.com/Bananabarbangkok

Kami pun bayaq-bayaq semua,  pastu promoter tu kejan kami suruh masuk cepat-cepat "Faster-faster.  Go now.  Show is start"  kami pun naik tangga kecil menuju gay bar yang terletak di bahagian atas.  Sekali wehssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss aku masuk-masuk........................................................................DUA ORANG LELAKI SEDANG BERSENGGAMA DI ATAS PENTAS tanpa seurat benang.  Atas pentas tu ada sebuah sofa dan keliling pentas itu ditutup dengan tabir manik-manik koran untuk menunjukkan ilusi kunonnya depa berdua sedang bersenggama di dalam bilik.

Ni official photo dari FB page depa.  Ni kira scene nak start show tut tut la.

Kami diberikan tempat duduk paling depan belah kiri pentas.  Aku duduk kat tengah-tengah kawan-kawan aku.  Keempat-empat kami mata tak lepas daripada apa yang sedang dipertunjukkan di atas pentas.  Aku pernah tengok porn.  Aku pernah tengok gay porn.  Tapi aku tak pernah tengok gay porn secara langsung.  Aku kaleh kat Achi Ayaq duduk blah kanan aku "Weh ni betui ka?"

Achi Ayaq pun jawab "Mak rasa depa koreografi sahaja bagi nampak macam betui.  Mak tak rasa depa f*** betui-betui." Tak lama lepas itu,  persembahan senggama secara langsung pun terhenti.  Aku berasa lega! Lega sebab sepanjang tengok depa duk buat tarian ulik mayang tu,  aku pulak yang ngilu.  Habis show depa,  mai pulak satu group ala-ala anak-anak ikan pakai seluaq dalam warna putih duk menari ramai-ramai pastu di tengah-tengah ada sorang mak ayam drag sebagai ketua persembahan.  Dia miming nyanyi lagu apa aku tak hengat.  Aku pun layan la tengok persembahan depa.  Nyatanya Achi Ayaq yang duduk sebelah aku macam terhibur melihat anak-anak ikan berseluar dalam putih menari getis di pentas.

Stairway to hell.


Aku curi-curi untuk pandang sekeliling kelab malam itu yang gelap.  Meja-mejanya kecik dan sempit diperbuat daripada besi pateri,  cukup-cukup untuk letak gelas air.  Aku tengok belakang aku,  ada dua lapis lagi manusia duduk di atas meja ala-ala pavillion tengok bola,  semakin belakang,  semakin ke atas.  Untuk maksimakan pemandangan.  Di belakang aku ada ramai mat salleh tua-tua asyik menonton persembahan sambil anak ikan tidak berbaju di sisi.

Aku tengok ke kanan aku,  tudiaaaaaaaaaaaaaaaa penuh dengan anak-anak ikan berseluar dalam putih.  Yang tinggi,  yang pendek,  yang manis,  yang muka kampung-kampung,  yang muka korea,  yang muka Siam.......semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada!  Di seluar dalam mereka ada satu kertas warna pink bentuk hati dan tertulis nombor di atas kertas itu.


NENJIAAAAAAAA...ikan bilih mata biru special dari Langkawi. HAHAHA

Pastu aku tengok ke depan ku,  mata aku tertumpu kepada beberapa orang waiter yang sedang berdiri.  Mata aku tertumpu kepada mereka bukan sebab depa telanjang,  depa lengkap berseluar dan blazer cumanya depa dari tadi duk ushar aku.  Rupanya,  aku yang merupakan salah seorang wanita yang sikit jumlah dalam kelab ini menjadi tumpuan.  Aku pun senyum kat depa balik.  Depa buat gesture tangan,  sama ada aku nak order air lagi.  Aku menggeleng.

Habis persembahan kakak drag show dengan anak-anak ikan,  DJ membuat announcement khas dalam bahasa Inggeris tapi dalam loghat Thai yang pekat so aku pun tak faham.  Tapi lebih kurang macam nak habaq,  okay u olls...sekarang tibalah masanya kami membuat pertunjukkan anak-anak ikan.  Silalah pilih mana yang hangpa suka!

Maka semua anak-anak ikan pakai seluar dalam putih dengan tulisan nombor bentuk hati mula berbaris dan apabila nama mereka diumumkan,  depa tampil ke depan pentas dan berdiri seketika.  SOOOOOOOOO KAEDAHNYA......kalau ampa minat kat dia,  ampa boleh tempah dia.  Panggil dia untuk mai teman ampa minum,  atau apa apa sahajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. WOWWWWWW.  Aku teruih pegang bahu-bahu kawan-kawan aku,  gerak depa daripada lamunan cinta.  Aku tau depa ni macam teruja tengok anak ikan elok-elok.

"Jom blah..blah..."



Aku Bukan Kak Ren!
Kami pun bangun dan bergerak untuk beredar.  Sebagai mak ayam aku bagi anak-anak ayam aku jalan di hadapan dan aku ikut di belakang sebagai tanda keselamatan takut depa nanti kena tarik dengan sapa-sapa ka,  tak pasai!  So masa nak keluar tu,  kami kena lalu la depan beberapa anak ikan seluar dalam putih dan juga waiter boy.........anak-anak ayam aku semua duk bye bye kat depa...kata Sawadika.....

TAPI BILA AKU LALU...........anak-anak ikan tu semua pukui pungkok aku. PAP.....hahahah haram betui.  Aku macam termalu dan blah teruih.  Kojiaq betui depa ni.

Kami pun keluaq dan terus gelak-gelak kat tepi jalan.  Semua kami duk eksaited cerita pengalaman masing-masing.  Time ni la baru nak cakap kan apa yang kami rasa.  Tadi kat dalam tu semua terkejut u olls.  Kejutan budaya.  HAHAHA.  Malam masih muda,  lebih kurang 11:00 pm.  Boleh pi merambu banyak tempat lagi.  Aku tengok keliling di sepanjang lorong kecil Pat Pong itu,  di tepian kami penuh dengan outdoor cafe dan bar,  tersusun penuh kerusi yang diduduk dengan segala mat salleh.  Masa ni aku perasan satu benda...............

SEMUA MAT SALLEH NI DUDUK DENGAN ANAK IKAN SIAM!  Boleh kira dengan jari mat salleh yang duduk dengan kapel sendiri atau dengan marka mak nyah ataupun 'ayam' a.k.a pompuan Siam!  The rest semua duduk dengan 'anak ikan' Siam.

Aku kaleh kat Kak Yan "Nyah.......................semua depa ni angkut jantan la.  Aku sebagai perempuan ber'fuh' rasa sungguh terhina.  Jatuh martabat aku."  Kami berempat pun tergelak.  10 tahun lalu masa aku kat Bangla Street Phuket,  keadaannya jauh berbeda sebab semua mat salleh yang mai lepak kat sana berkepit dengan pompuan-pompuan Siam sama ada seorang ataupun dua orang.  Ikut citarasa.  Tapi citarasa kat sini jauh berbeda.  Adakah Patpong memang scene untuk LGBT?  Adakah Bangkok lebih laku untuk golongan Gay?  Adakah di Phuket jugak turut berubah gaya perniagaan seks nya?

Gambar ni aku amik dari www.travelgayasia.com.  Inilah Patpong dan inilah lebih kurang scene malam tu.  Most of them are gays.  Tapi aku as perempuan tidak dihalau pun.  Depa layan okay ja...

Pastu kami jumpa satu lagi kelab,  dari luar nampak kelab ini dihias dengan deko yang mewah. Merah dan hitam warna utama,  selainnya kain baldu,  kemasan ukiran kayu hitam serta kulit.  Ada seorang lelaki Siam yang tua dan tidak hemsem menyambut kami.  Dia jemput kami masuk dalam kedai dia yang takdak sapa tu.

"Do you want to see something special.  Once in a life time experience that you will never get in other place in this world!"  lelaki Siam tu sembang dengan kami dalam bahasa Inggeris yang sangat petah.  Rupanya dia nak suruh kami tengok show kat bar dia.  Dan show bar dia adalah show BDSM.  Sapa yang tak tau BDSM tu apa...sila Google.  Harga tiket untuk tengok show BDSM dia adalah 900TB.  No horom lebih kurang RM100 jugak.

Kami pun berbincang dalam bahasa Melayu sebab barulah dia tak paham kan.  Aku kata "Tak payahla nyah tengok orang buat sex sakit-sakit ni semua.  Hang ingat aku Kak Ren.  Kalau Kak Ren dia suka la tengok ni semua."  Sorry aku tak boleh nak share lokasi semua sebab aku tak ingat nama bar tu dan aku cuba cari atas map pun tak jumpa! Tapi dia dekat-dekat dengan glamor girls semua.



Tawan!
So kami pun blah dan terus berjalan.  Jalan punya jalan,  kami pun meninggalkan lorong Patpong dan menuju balik ke hotel.  Entah macam mana,  kami jumpa satu lagi tempat ni nama dia Tawan.  HAAAAAAAAAAAAA tempat ni memang duk ada dalam Google Maps dan banyak orang bagi rating yang tinggi.  Tawan dalam bahasa Thai bermaksud jejaka.  Gitu.  Tawan pun adalah sebuah gay bar la.  Tapi lainnya Tawan dari Banana Boy,  Jupiter dan lain-lain adalah semua yang menari kat Tawan ni style badan tough-tough macam Awie Resdongs.  HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA mak pun syiok la. Pucuk dicita ulam mendatang.  Tak sangka pulak nak terlalu kat sini.


Ni bila lalu siang,  aku amik la gambaq.  Selainnya ampa pi google sendiri la gambar.

Promoter kat depan-depan Tawan mula menyapa dan memujuk kami untuk masuk tengok show depa.  Yang mai approach aku ni,  badan sedap-sedap ni,  ala-ala Awie Resdongs jugak tapi kecut sikit.  Muka elokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk nak macam dia duk ajak masuk tengok show which was about 500TB dapat satu ayaq.

Aku pun apa lagi....duk menggatai dengan mamat yang hemsem ni.  "I dont want la...im tired already.  See many show. Now I want go back. Sleep."

Gediknyaaaaaaaaaaaaaaaaa gediknyaaa lupa suami di rumah!!!! Pastu mamat hemsem tu kata "If you tired,  come massage.  We have massage.  Cheap-cheap. U relax."

"Who do massage?  Big boy?"  aku tanya.  Dia pun jawab "Yes. Yes.  Big boy."  haaa maksudnya hat sado-sado jugaklah yang akan massage aku.

WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS aku syiook hahahaha.  Pastu aku menggatai lagi "I dont want big boy.  I want you massage.  U do me massage i want." Nohoroommmmmmmmmmmm kalau Khafi ada sebelah aku dia akan sepak kuda lumping 10 penanda aras kat pipi kanan aku.

"Okay yes...can-can.  I do you massage."  kata mamat tu sampai separuh kakinya melangkah masuk ke dalam bar dan separuh badannya dengan tangan melambai suruh aku ikut.  Masa tu aku macam terangkat nak terbang ikut dia dah HAHAHAHA.  Tapi nasib baik ada Achi Ayaq.  Dia pegang erat lengan aku dan kata "Mak ayam...tak payah.  Mak bara review kat Tawan ni depa suka penipu.  Depa nanti extra charge merepek-repek sampai hang muflis teruih"



So anak-anak ayam aku pun selamatkan tarik aku dan kami pun berjalan meninggalkan Tawan.  Jalan punya jalan,  kami pun balik lah ke hotel.  Sebelum balik,  kami singgah 7 Eleven untuk cari roti Halal.  😅😆😅😆😅😆

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...