I Want To Be Lizzo


Oi meletops pompuan agam nama Lizzo ni. Hangpa kalau nak tau lani kat Amerika duk mai satu pompuan agam yang sedang meningkat naik. Nama dia Lizzo. Dia ni adalah seorang wanita agam, memang besaq gila ataih dan bawah dan berbakat gila. Dia seorang pemuzik, dia tulis lagu dan menyanyikan lagu-lagu dia sendiri. Yang uniknya pompuan agam ni adalah masa dia perform dia akan main seruling. HAHAHAHA sedangkan dia ni adalah wanita penyanyi dalam genre pop electric dan hiphop. Tiba-tiba main seruling kan? 


Tapi yang penting sekali membuatkan aku suka kat dia adalah dia punya tahap confident. Bukan sahaja di atas pentas, kalau hangpa tengok dia buat interview, cara dia bawa diri dia ketika bercakap memang confident gila. Contohnya masa dia ditemuramah oleh Trevor Noah, kepada yang tak tau, Trevor Noah adalah seorang pengacara dan comedian dari South Africa yang sangat hemsem dan hot. Dan baru-baru ini dia baru break off dengan girl friend dia, so masa Lizzo ni ditemuramah oleh Trevor dia punya flirting dengan mamat ni Ya Allah punyalah meletops. Dalam Bahasa kasaq aku selalu carut kat anak-anak ayam aku bila depa duk cerita pasai jantan “Hangpa ni perasan na macam hangpa ni kecik dan manih.” 


Maknanya kita punya confident menggatal dengan laki tu sampai kita lupa yang saiz badan kita adalah sebesar gajah. Begitulah Lizzo. Dia confident duk menggatal dengan Trevor sampai aku rasa at the end of the interview, Trevor dah mengandung anak Lizzo. 

Lizzo dengan Trevor Noah

Tapi apa yang aku nak habaq adalah aku sangat suka cara Lizzo membawak diri dia. Dia sangat confident dan selesa dengan diri sendiri. Contohnya Beyonce, aku pun suka tengok sepupu aku perform. Pompuan tu pun enegertic dan powerful gila bila atas stage, tapi somehow kita tak akan fully connected dengan dia sebab dia K E C I K. Kita? G A J A H 


Bila aku tengok Lizzo perform kat BET Awards aku punya tepuk tangan sorang sorang dalam bilik. SHIT! Pompuan ni nyanyi punyalah power, cantik, confident dan paling penting main seruling ikut note betui! 


Pasaipa aku tak boleh jadi macam dia balik? Aku rasa dulu aku pun macam dia, style berani dan confident macam haram. Aku jalan pi mana pun orang tengok aku, sapa cakap apa pun, aku maki balik! Tapi along the line, I think I’ve been touched by reality. Ive been ‘touched’ by many people, environment, problems and personal issues yang menyebabkan sekarang ini apabila aku berdepan dengan masalah dan isu, aku lebih suka mendiamkan diri dan blah buang. Punya memendam dan berdiam, sampai aku rasa tahun ni baru aku belajar untuk meluahkan apa yang aku rasa dengan seseorang tanpa cakap belakang dan bara sorang-sorang. 

This goes on my friends story today.  OMG!  The good old days. Sapa yang feeling pakai dress kat tengah tu #walaupun?

Jadi melihat Lizzo dengan ke-out-of-the-world-nya macam satu saluran untuk aku luahkan my inner beast aku. Aku rasa its okay kalau aku feeling sorang-sorang macam ni, biar aku sorang yang tahu. Aku rasa hangpa semua pun yang sama rasa dengan aku, it’s okay untuk kita kalah dan menjadi orang yang pasif sedikit. Kita un-learn untuk menjadi sassy dan spread negativity semata-mata untuk kepuasan, kita re-learn untuk menjadi sederhana dan menemui kepuasan dalam angan sorang-sorang dan ruang sendiri. 


Semua orang ada cara masing-masing. Semua orang ada jalan cerita dalam hidup masing-masing. Like mama Regina always pesan, asalkan u olls tak buat haru. Sudahla….

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...