11.6.19

KUAH KACANG BERAPI 💟 Gado-Gado Di Dapur bersama Kuah Kacang Berapi

Nenjia gado gado Kak Zah!

Ini dah kali kedua order Kuah Kacang Berapi ni. Masya Allah memang sedap gila. Pedaih, berasa semua bahan-bahan dia yang paling penting senang dan mudah. Hanya bancuh dengan ayaq dah siap elok.  Tapi kalau ampa rajin,  ampa boleh la nak tumis apa bawang sikit pastu masak kuah kacang ni sikit dengan ayaq asam.  Pergh! Itu untuk orang rajin majin,  mai mai macam aku ni,  buh dalam mangkuk pastu bubuh ayaq Coway hat panaih tu sikit.  Kacau kacau nah siap!







So lepas tengok depa duk post macam-macam kat Facebook, pelbagai cara untuk makan Kuah Kacang Berapi ni,  aku pun angan-angan bila dapat Kuah Kacang Berapi order kali ini nak masak gado-gado untuk bukak posa.  So aku pun masak la......haram wehs daripada sebelum bukak posa sampai dah bukak posa,  pukul 10 malam baru dapat makan.  Nak masak bahan-bahan gado-gado ni yang renyah.  Mana nak buat cucuq bawang,  rebuih teloq dan ubi kentang (pastu goreng pulak),  goreng tempe,  taukua,  celuq sayur...........punya banyak benda nak buat.





TAPI NAK BANCUH KUAH KACANG BERAPI NI TAK SAMPAI PUN 0.02 SAAT!

Tapi nasib baik la KKB ni sedap.....berbaloi segala peluh di celah ketiak aku ketika menyediakan gado gado.

KKB ni versetail, boleh makan dengan nasi impit sahaja, makan dengan cucoq, makan dengan satay ataupun digunakan sebagai bahan tambahan dalam mee kuah! .

Cadangan Hidangan
Aku kutip gambar ini daripada Facebook founder Kuah Kacang Berapi!


Saiz Kuah Kacang Berapi
Kuah Kacang Berapi available 3 saiz tau. Kecik, sederhana, besar.

200g - boleh cicah 10-12 orang.
400g + isian percuma 5gram - boleh cicah 20-22 orang.
400g + isian percuma 20gram - boleh cicah 24 -32 orang.


Apa yang best pasal Kuah Kacang Berapi ni:
✅ Fresh! Fresh! Fresh!
✅ Tak hapak lansung, baik kacang atau cili kering.
✅ Pedas di skala 8/10. Pedas yang sedap.
✅ Tidak dimasukkan daun cekur/kencur.
✅ Cukup rasa manis, masin & pedas.
✅ Tekstur dan saiz kacang pelbagai.
✅ Bancuhan Kuah Kacang terbaik, tak macam bubur.
✅ Bersih dan halal.
✅ Resepi turun temurun dan kacang ditumbuk menggunakan lesung kayu.
✅ Available seluruh Malaysia!  Order sahaja depa akan post....agent pun merata negeri duk ada!


Sedap u olls! Ampa patut cuba. Mesti akan repeat. Sebab memang sedap. Kalau panaskan balik untuk makan esok hari, Kuah Kacang Berapi still sedap dan tak lemau. Sungguh, lain dari kuah kacang lain. Kuah Kacang Berapi ni betul-betul berapi & terbaikkk!


FOR MORE INFO CHECK OUT
IG @ kuahkacangberapi


My review on Youtube.  Jangan lupa untuk Subscribe channel aku ya!  

Kami Makan!
Okay ni gambaq kami makan-makan.


Aku punya cucoq bawang sumpah sedap nanti aku buat post asing untuk resepi cucoq bawang ni.


 Makan ni saja-saja dengan Kuah Kacang Berapi....pergh!


 Deni nama pendek dia Musi.  Nama panjang dia Musibat. HAHAHAH

Terima kasih na Abang sanggup tunggu makan sajian utama buka posa pada jam 10:00 malam.  HAHAHA

 Deni pun kesian kena tunggu punya lama baru boleh makan.  Teruih dia kuruih sikit. Sekuntum Bunga Biru yang Cantik.


Disclaimer:  Post ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.  Aku share sebab memang betul-betul sedap!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE