Kyoto Bundle Bandar Perda Penang


Hello u olls!  Ni sapa peminat Bundle?  Mai aku nak rekemen ampa satu kedai Bundle baru bukak kat Bandar Perda bertajuk Kyoto Bundle.  Pasaipa Kyoto?  Sebab most of the baju mai daripada Jepun,  berkualiti,  bersih dan elok!  Tapi selain Jepun,  baju bundle yang terdapat di sini adalah dari Australia,  USA,  Canada dan Korea.  So pada satu hari yang mulia,  aku dan kawan-kawan aku mai la bershopping kat sini.  


Mula-mula kami mai, tauke bundle ni takdak. So kami pi makan dulu, tapi lepas dia mai, haruslah dia ajak bukak tongkol bundle satu. Syiok gila wehs. Rasa macam kena lipat kain tapi orang lain yang lipat. HAHAHAHA. Hangpa boleh tengok video full kat sini: https://youtu.be/5fp27j2jezw


Sapa minat bundle yang duduk area sini,  wajib mai sini.  Best and enjoy gila mai KYOTO BUNDLE. Banyak barang, macam-macam pilihan, dari pelbagai jenama ORIGINAL, kualiti baguih dan yang paling penting owner dia baik hati ajak kami rongkah satu tongkol bundle baharu. Macam-macam khazanah kami dapat. So sapa-sapa nak cari seluar jeans, baju T Shirt, tops untuk wanita, baju kerja, jacket, blazer, kasut dan macam-macam lagi....mai singgah kat KYOTO BUNDLE di Perda BM



Haaaa seronok la aku masuk bundle jadi tak ketahuan.

Inilah Kyoto Bundle yang terletak di Bandar Perda Penang.




Dalam ni banyak baju pompuan!

Yang ni Nizal nak beli tapi aku marah dia!



PEMINAT KASUT
sila tarik napas

Haaaa kasuttt!  Macam-macam jenama and semua kualiti elok-elok.  Original punya.

Mari membayaq.

Okaylah mai tengok video aku edit cantik-cantik bagi hangpa tingok.  Ada dua video satu hat ni,  satu lagi hat membukak tongkol bundle.  Link semua ada kat Youtube ni.  Ampa jangan lupa Subscribe youtube aku wehs.




KYOTO BUNDLE 
📌 Lot 52 Bandar Perda, Bukit Mertajam Penang (Boleh waze E Red Hotel Perda) 
Whatsapp: www.wasap.my/601119820284 atau boleh hubungi kami di 0179483238

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...